Kawan-kawan... Tq friends..

Friday, December 13, 2013

Hasil tangkapan di Penang.. ;)

Assalamualaikum..

Pergi ke Penang 3 malam..
Dapat berjalan 1 hari je..
Sebab hari lain terperap kat bilik hotel..
Tapi mak tak kisah.. sebab 1 hari mak boleh cover semua.. hihihi

Dapat makan Nasi Beriyani Claypot Kapitan..
Dapat makan Pasemboq Gurney Drive.. pastu siap tapau makan kat hotel.. haha..
Dapat makan char keow teow Sg Dua..
Cuma tak sempat makan Mee Ketam kat Sungai Dua.. belum rezeki kami..

Saya dapat ke kedai Friendship Quilts ini..
Kedai ni Mamahakimi yang bagitau.. gambar ni pun dari Mamahakimi juga..
Thanks my fren! hihihi..
Kitorang sampai Gurney Drive awal sangat.. gerai pasemboq pun belum beroperasi..haha..
Jadi kami round situ.. nasib baik buka kedai ni...
Saya masuk berdukungkan Dzarif.. jadi tak dapat la membelek sakan..
Saya cuma dapat tangkap ini flower pins..

Lama dah teringin nak beli.. Aritu risik-risik kat Yee Button pun takde.. dah habis stock..

Lepas tu, semasa kami pusing-pusing Georgetown, kami ternampak SSF..
miahahaha... sungguh menggelitik hati ini..meronta-ronta kalbu nak masuk SSF.. dah terlepas jalan masuk.. kami pusing satu round lagi.. almaklumlah.. banyak jalan sehala sini.. kami tak paham sangat jalan kat Penang ni..hehe.. akhirnya dapat juga singgah SSF..
PapaD tanya.. nak beli apa kat sini? Saya jawab nak beli dulang je..
hehe..
dulang saja?? mana mungkin...

jadi...
inilah hasil tangkapan di SSF Penang


1. Storage organizer 3 compartments (RM5.90) - untuk drawer PapaD
2. Storage organizer 6 compartments (RM7.90) - untuk drawer PapaD
3. Drawer divider 10cm height (RM12.90) - untuk bilik jahit 
4. Storage box (RM11.90) - untuk bilik jahit juga, nak simpan small cut fabrics
5. Fridge lock (RM7.90) - bagi mengelakkan si kenit bukak tutup peti ais sesuka hati..
6. Storage basket bertangkai (RM6.80) - ini mak dah mengidam lama.. haritu jumpa warna hijau..nak putih..
7. Serving tray (RM9.90)- haaaa.. inilah dulang yang mak sebut tadi... betul kan mak beli dulang??? hihi
8. Spice jar set (RM10.00) - nak ganti bekas garam dan serbuk kunyit kat dapur ku yang cinonit itu..
9. Airtight clips (RM4.00) - saja beli.. sebab seronok tengok ada 2-3 size satu plastik.. hihi..

Ala.. sembilan je barangnya pun... tak banyak kan... hihihi.. ini semua untuk projek home organizing pelan-pelan kayuh mamaD.. miahahaha... bila nak kemas tak tawwww...

Semasa di Penang juga sakit lutut yang saya deritai semakin menjadi-jadi..
Sambil-sambil jaga anak, sambil-sambil google search..
Baca punya baca saya terus decide nak try ephyra.. terus sms tanya dealer ephyra ni kat Penang..
Saya kata saya nak beli dan kalau boleh hantar ke hotel saya nak malam tu juga..
Dealer tu kata ok.. jadi memang rezeki terus dapat minum ephyra ni..
baru seminggu minum.. so belum boleh review lagi.. 
cuma yang saya perasan, saya kurang penat.. rasa banyak tenaga.. tapi perut jadi cepat lapar pula.. aishhh... tak begitu elok untuk diet mak di situ... hihihi

Dan ini adalah hasil tangkapan cenderahati..
 coaster manik...

coaster kerawang..

keychains.. berkenan betul basikal biru tu..

okey.. coaster dah guna kat ofis..hehe..
suka!

Itu sahaja hasil tangkapan menjala di Pulau Pinang..
Lepas ni nak cerita hasil tangkapan di LSN year end sale pulak!
hahaha...
Pastu duit dah habis.. dok diam-diam kat rumah..
hahaha..

Okey..jumpa lagi!
take care!
:D

Wednesday, December 11, 2013

Kenangan dari Pulau Pinang...

Assalamualaikum...
Minggu lepas kami ke Pulau Pinang..
Mengikut PapaD yang ada urusan tugas di sana..
Maka MamaD pun ikut la.. angkut la 3 hero..
Memula fikir boleh ke saya handle mereka ini bersendirian di hotel nanti..
Tapi bila fikir lagi teruk kalau kena tinggal kat rumah..
Maka tawakal saja, pejam mata, takmoh pikir panjang-panjang dan follow saja!
haha..

Sebelum ke Penang, saya ke Multifilla.. ada sedikit pesanan dari orang Penang.. hihihi..
Jadi dah berjanji-janji..nanti nak jumpa di Penang..
First time nak blind date nih..
hihihi..

Nak dijadikan cerita.. orang Penang itu anaknya kena admit hospital pula.. Jadinya lari la plan kami nak bertemu.. Kesian pula dengan mereka.. sibuk nak urus anak lagi.. sibuk pula nak jumpa kita.. maka saya decide takpelah.. mungkin takde rezeki nak jumpa.. mungkin nanti saya boleh pos saja barang-barang itu..

Bila PapaD dah habis tugasannya, saya pun bagitau la.. sahabat saya ni anaknya di hospital.. cemaner? PapaD kata dah alang-alang di sini... takkan nak dipos pula barang-barang itu kan..
Maka.. kami pun pergi  ke hospital tu dengan bantuan Waze dan Sygic.. hihihi...

Dari Tanjung Bungah..
Ke Georgetown..
Kemudian ke Bayan Baru..

:)

Maka dapat la berjumpa dengan Cik Marie!
dan anak serta suaminya..

dan dapat lah hantar barang-barang pesanan Cik Marie..

Tapi mak malu..
Sebab cik Marie bagi saya kenang-kenangan dari Pulau Pinang..
tapi saya tak bawak apa-apa pun..
huhuhu..
malu ai...

Cik Marie bagi saya ini tau..

fabric untuk buat apron..
hehe..
sayangnya nak potong..
kalau jadi apron pun, mungkin sayang nak pakai.. nanti kotor kena sabun basuh pinggan... hehehe..

dan cik marie pun hadiahkan kita ini..


majalah  patchwork..aiii like!!!
belum pun sempat nak membelek lagi ni.. hihihi..

Terima kasih cik marie..
Pertemuan pertama.. terasa mesra.. macam pernah bersahabat lama..
semoga hubungan silaturrahim ini berkekalan hendaknya...
Amin..

okey.. kami memang tak ambil gambar bersama..
satu sebab mak malu badan tengah gebu..
dua sebab mak sangat comot sememeh anak beranak..
dan tiga sebab kat hospital kot.. mak segan nak bergambar sakan..
hahaha..

okeylah..
nanti kita nak story hasil tangkapan lain di Pulau Pinang pulak..
Stay tuned ek!
:P

dan tarikh hari ni cantik
11.12.13
wajib ada 1 entry untuk para blogger hari ini..
hahaha..

Take care everybody!
Jumpa lagi!
:)

Friday, December 6, 2013

.Dzarif.enam.bulan.

Assalamualaikum..
Genap enam bulan dah si kenit hidung kembang kuat melalak saya ni..
hehehe..


Dzarif maknanya periang..
dia memang senang gelak..
terkuis perut sikit pun dia gelak..
geli agaknya...
tapi time dia baik la..
time angin monsoon dia datang..
hamik kawww..
melalak melolong punya kategori okeh..
abang-abang yang lain memang kalah dengan ini hero air mata..
hahaha..
apapun.. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat.. perkembangannya seperti bayi lain.. dalam melolong-lolong tu dapat juga dia meniarap dan sekarang mengangkat-angkat punggung untuk cuba merangkak.. ada masa dia ke depan.. ada masa dia mengundur ke belakang.. ikut tahap excitement.. hahahaha..
 dia memang jaki betul tengok saya ke hulu ke hilir sambil dia terbaring depan tv.. hangat hati la tu mama tak peduli kat dia..meraung lagi.. ada masa saya terpaksa mendukung dia sebelah tangan dan kemudian menyapu sampah dengan sebelah tangan lagi.. sapu  ala kadar namanya.. hehe..mana yang sempat la nak.. hahah.. kalau bab menceceh hal anak memang terror la makcik nih.. muahahahaha...


Dzarif... muka kategori tercengang jugak!
muahahaha

Actually nak tunjuk watermark baharu.. (sejak bila ejaan baru tukar ke baharu ek???)
comel tak? kiut tak watermark itu? :P
Watermark ni makcik tempah dengan cik sue.. boleh terjah blog suesukasusun untuk maklumat lanjut ek..
rajin dia melayan saya.. sekejap je dah siap ni... orang terror beb.. cuba suruh makcik ni.. mau berbulan baru siap border.. muahahahah...

Okeylah...
Jumpa lagi.. Take care!

Wednesday, December 4, 2013

Friday, November 29, 2013

Si Petak Sembilan... kisah kain background

Assalamualaikum...

Nine patch saya yang berwarna biru ini telah berjaya dicantum minggu lepas..


bersungguh-sungguh makcik merempit balik rumah masa lunch break Jumaat lepas tau..
sempat cantum semua.. rasanya hatiku riang gembira selama seminggu sebab dapat belai-belai mesin jahit ku..muahahahaha..

Pastu kita potong la kain background.. 
Kejadian ini berlaku pada hari Ahad lepas.. lepas Subuh.. dapat peluang dalam sejam.. hehehe.. jadiklah..

Saya pilih warna kelabu.. nak kata kelabu sangat tu tidak la... light grey.. kalau tak silap fabrik ni saya beli di Cottage Patch beberapa tahun yang lalu.. hahaha... nasib baik ada si kelabu ni.. kalau tidak mau makcik meroyan ajak papaD ke CP nun jauh di Ampang semata-mata nak cari background si petak sembilan ini.. hihihi..

okey..jom kita main roller cutter..


Memula kita potong square bersaiz 10 inci sebanyak 2 keping.. pastu potong dua di  tengah-tengah dan potong lagi sekali untuk dapatkan 4 segi tiga itu.. Untuk 4 blok nine-patch tu kita perlukan 6 segi tiga ini.


Kemudian kita potong pula square yang bersaiz 5.25 inci ini.. pastu potong tengah.. jadikan 2 segi tiga seperti gambar di atas.. kita perlukan 4 keping segi tiga.. yang ini untuk bucu hujung runner kita nanti..

Untuk rujukan di masa hadapan, saya kena tulis ini semua.. almaklumlah..pattern makcik selalu hilang entah ke mana.. organized la sangat kan kan kan.. muahahaha..

Bila siap potong. jom main susun-susun...


Masa susun ni macam pening sikit.. cemaner nak temukan bucu-bucu segi tiga tu...
Pastu tanya-tanya sahabat fb.. diorg kata betul susunan ni..
Saya pun pin-pinkan.. yang penting cantum blok yang tengah dulu dengan segi tiga segi tiga yang besar itu..

Kemudian di suatu pagi yang hening kira-kira jam 3.30 pagi saya pun terjaga dari tidur.. Dzarif bangun merengek, lepas susukan dia mata jadi cerah pulak (hahaha..konon.. sebenarnya kerana termimpi-mimpikan projek yang belum siap ini..) bersungguh kan makcik bangun dan kemudian mencantum-cantumkan background fabric dengan 9 patch blocks itu.. tapi sejam je pun.. pkl 4.30 tidur balik.. hahaha.. jadi belum siap cantum pun.. nanti dah siap kita tunjuk ek.. takde plak dah tercerah mata jam 3 pagi.. hahaha..

Okeylah..
Jumpa lagi ek..
Take care..
:D

Tuesday, November 19, 2013

My nine patch block to-be..in blue lagi!

Assalamualaikum..
Hai...

Saya ni giannnn sangat nak menjahit... dah lama sangat tak belai mesin jahit..
Tetiba Kak Zura Lovemelots menyeru-menyeru di Quilt group kat fb untuk join satu projek kecil-kecilan.. Kecil bagi orang yang terror ek.. bagi mak yang kadang-kadang pegang mesin ni, projek ini agak mega-megaan juga tau.. hahaha.. Projek Simply Small Sewing ini A Quilting Life yang organised. Boleh terjah sana untuk details ek.. :) Maka bila diseru-seru ni.. mak pun tergoda untuk follow sekali... gian aihhh!

 Hujung minggu lepas dapat pula peluang balik kampung..hantar Daniel cuti sekolah ni.. biar dia dok kampung teman tok mak dan tok abah..hehe..Kat kampung saya dah target dah nak racik-carik kain biru ku.. koleksi From Siam With Love..Lama simpan kain ni.. sayang!! hiihiii... 

Mak saya dan kakak ipar pun berminat nak belajar patchwork ni.. mak dah ada dah set rotary cutter, ruler dan cutting mat tu.. jadi mudah la kerja kita.. Kat kampung pun ramai orang boleh tolong pegang budak kenit secara bergilir-gilir.. hihihhi.. Jadi dapatlah makcik ni peluang racik kain sambil tolong tunjuk cara yang selamat menggunakan rotary cutter tu.. :D

Projek ni kena buat 4 keping nine-patch blocks dari 2.5 inches squares.. Untuk buat satu runner yang kecil.. Kalau nak buat besar pun boleh.. tambah saja nine-patch block itu..


Saya pilih 9 fabrik yang berbeza dan potong la jadi empat segi sama bersaiz 2.5 inci..cinonit jer.. Kononnya nak buat nine-patch blocks yang pelbagai susunan.. sebab tu saya tak cantum dulu.. saya racik dulu.. kalau nak cepat kita boleh potong kain 2.5 inci lebar ni panjang-panjang, cantum dulu dan kemudian baru racik-racik 2.5 inci.. boleh bayangkan kan? :D

Saja susun-susun ni.. nak cari padanan paling cun la kononnya...hahaha


dan yang dah jahitnya cuma ini...


haha.. ini je yang sempat.. sebelum si kenit ini dah pun melolong.. hohoho


ini pun saya jahit sebab nak tunjuk kat mak dan kakak ipar bagaimana nak dapatkan cantuman yang tepat.. dan belakangnya mesti jadi begini..


ada masa nak pin siap-siap squares ni..
dapat je peluang pegang mesin, aii terus merempit.. haha.. berangan!
hari ni kat group semua dah siap cantum u!!! mak memang always ketinggalan keretapi! 
hahaha..

Okeylah..jumpa lagi ek!
Take care!
:)

Friday, November 15, 2013

Penang-Langkawi Trip

Assalamualaikum..

Lama juga kita tak bersiaran..
Sebab takde projek nak cerita..
Projek menjahit memang tak jalan..
Projek crochet berjalan dengan perlahan..
Projek cross stitch macam dah karam...
muahahaha..
dah.. jom cerita pasal jalan-jalan..
hihihi..

Minggu lepas kita cuti-cuti Malaysia..
Cuti sebelum cuti sekolah.. boleh?
haha.. memontengkan anak-anak.. nasib baik exam semua dah settle..


Gambar tak banyak pun.. bawak budak kenit-kenit berjalan memang tak ingat la nak bergambar sakan.. lagipun badan tengah gebu sangat ni.. memang malas nak berposing bagai.. hahaha...

Masa kat Penang, kami cuba terjah tempat-tempat makan yang blogger food lover kata sedap. Dapatlah merasa Nasi Kandar Line Clear dan Roti Canai Jalan Transfer serta Pasembur Hindustan Gurney Drive.. antara ketiga-tiga tu, Pasembur menari hindustan tu la yang paling aiii terkenang sampai sekarang... memang aii like.. Sapa gi Penang tapaukan untuk makcik ek.. hahahahah... ;P Kitorang satu malam je kat Penang, bermalam kat Rumah Peranginan Persekutuan kat Jalan Scott.. Suka RPP ni.. selesa..dan yang penting murah.. haha.. cuma aircond je la wei... tak tahan tok mak kita.. hehe.. trip kali ni tok mak dan tok abah follow sekali.. sambil berjalan sambil tolong kawal askar-askar ku.. hihihi... :)


Kami dok Langkawi 3 malam.. Saya takde shopping sangat pun.. cuma beli coklat..  Pyrex cuma beli 3 biji.. Beli flask dan mug batik.. berkenan sangat.. dan perfume.. hihi.. Kami bawa satu beg extra khas untuk letak barang-barang yang diborong.. gagah la PapaD dan atok abah mengangkat beg-beg itu.. Tok mak cuma beli 1 set cawan dan mug batik dan perfume juga..

Seminggu lebih tok mak dan tok abah bersama-sama dengan kitorang.. Masa nak balik, tok mak kata tok abah bergenang air mata.. dalam kereta meleleh juga air mata tok abah.. huhu.. Sepanjang seminggu memang Aman rapat sangat dengan tok abah.. Ke hulu ke hilir berpegang berdukung dengan atok.. huhu.. Kalau lagi lama mau dimintaknya bawak Aman balik kampung... uwaaa.. nanti mak dia plak yang meraung... hahaha...


okey.. nak tunjuk juga projek crochet yang siput.. hihihi...
mengait dalam kereta pergi balik kerja.. kalau jalan jammed dapat la 30 minit.. kalau jalan baik, dapat la 15 minit.. boleh la kan.. kalau dah gian, kat memana pun boleh.. haha..
Sekarang memang sangat gian nak menjahit.. windduuuu nv30 ku!!

Oklah. jumpa lagi..
take care ek!
:)
dan selamat cuti sekolah semua!

Friday, November 1, 2013

My Ticker Tape

sudah siap!!!

Ticker tape on canvas
versi mamadaniel
proudly made in Malaysia


ok tak?
cantik tak ni?
hihihi..


yang ni masa separuh jalan hari tu..

close up sikit..
banyak scrap yang saya guna adalah dari cik zara..
saya punya sikit-sikit je..
:)
okey.. jangan muak ek.. tayang menayang gambar lebih sikit..haha..


memang tak boleh tanding la dengan crazy mom quilts punya ticker tape..
tapi apa pun.. saya sangat gembira dengan hasil ticker tape on canvas saya ini..
:)

dan


masa tulis blog entry ni saya tengah rindu dengan budak kenit ni..
kesayangan atok abah ni.. pandai buat hal sendiri dia ni.. maklumlah.. ada adik kecik semasa dia pun masih kecik.. pandai buat hal sendiri tu maknanya panjat kerusi dan naik meja makan.. tolong angkat dan kemas baju yang dah lipat.. kemas pinggan mangkuk.. bukak peti ais..selongkar tong sampah.. haha.. tapi atok sayang dia.. sebab dia senang dijaga.. :) bagi susu dia pun tidur..masuk buai pun dah tak payah berdondang sayang.. hihi.. dulu kecik2 kuat meraung juga.. tapi sekarang dah ok dah.. :) Alhamdulillah..

Oklah.. jumpa lagi!
Take care!
♥♥♥♥