Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label Quilt a Gift. Show all posts
Showing posts with label Quilt a Gift. Show all posts

Tuesday, December 13, 2016

Projek 2016 : Frozen Pillow

Assalamualaikum..

Bantal tema Frozen.. saiznya 16 x 16 inci.. beli fabrik frozen tu kat Spotlight, The Mines. Saya tambah border pink.. nasib baik menjadi combo ni.. hehe... quilting sikit je.. keliling border pink tu. pastu kat bintang-bintang biru tu..


Belakang bantal guna fabrik pink yang sama.. buat style envelope pillow je.. 


Hadiah buat anak seorang sahabat.. yang tertangguh sejak sekian lama.. harap Anna dan Elsa masih pujaan hati kakak.. :)


Harap belum terlewat nak ucapkan Salam Maulidur Rasul..
Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.aw.


Sekian catatan ringkas kali ini..
Jumpa lagi!
Take care..



Friday, November 25, 2016

Nov 2016 : sini sikit sana sikit

Assalamualaikum..

Update progress hari ini..

Sana sikit.. sini sikit.. lama-lama siap lah kan.. hehehee....

Sejak dua menjak ni sibuk menjahit binding dua baby quilt. Hadiah untuk 2 orang baby yang agaknya dah merangkak sekarang.. hahaha.. sorrylah baby.. I am a slow quilter. Hahaha...


Alhamdulillah dah siap hand stitch binding ni.. tapi belum boleh reveal the whole quilt. Kena tuan punya dia tengok dulu baru boleh tayang.. hihi...


Projek frozen ni pun lama simpan. Frozen pun macam dah habis season.. Setahun kain ni terlipat rupanya.. sampai ada kesan faded kat lipatan.. sayang betul.. dah la kainnya pun 1/2 meter je.. huuuhuhu..




Cik sun bonnet sue yang comel ni hasil sulaman sahabat saya mamahakimi.
Saya hantar cotton putih tu dan minta dia sulamkan beberapa gambar antaranya cik sue ni lah.. aduhai.. saya memang suka sulam.. dulu zaman sulam murah.. semua baju saya kalau boleh nak sulam. Siap hantar contoh tudung bawal dan minta orang sulamkan kat baju.. heee... aduhai.. sulam-sulaman mamahakimi ni buat daku kepingin mesin sulam saja.. hahaa.. tapi keadaan ekonomi belum mengizinkan.. kena la penuhkan tabungan dulu kan.. heeheee.. berangan-berangan la dulu.. dulu pun lama berangan baru dapat belajar menjahit.. Alhamdulillah sampai masa Allah izinkan juga.. :)


Aman dah habis tadika 4 tahun. Sekolah aman sekarang cuma sampai 4 tahun je. Lepas ni semua bertebaran la masuk tadika baru. Cikgu buat la majlis perpisahan. Aman masuk persembahan silat. Hihi.. lawak jugaklah anak-anak 4 tahun buat persembahan kan. Yang paling best tarian.. memang jadi diorang menari tarian melayu.. :) ada nasyid dan senam robik. Yang senam tu pun best macam zumba pun ada.. hahahah..

Dah habis persembahan..dah siap makan.. saya pun nak balik la.. tengah jalan nak pergi tu, tetiba cikgu panggil balik.. katanya ada 1 lagi acara..  rupanya ada anugerah kecemerlangan juga.. hihi.. dan Aman la yang dapat tu.. 3 lelaki 3 perempuan yang dapat. Pastu ada anugerah parent paling sporting. Ini kawan saya yang dapat. Hehe.. Alhamdulillah. Dalam ramai-ramai Aman yang cikgu pilih. Bukan ada exam ke apa ke.. mungkin berdasarkan penilaian cikgu yang mungkin lebih telus dari jawapan di kertas peperiksaan. Alhamdulillah. Abang-abang dia tak dapat apa-apa pun tahun ni. Haha.. tapi saya syukut sangat.. Danish ada peningkatan. Daniel UPSR tahun depan.. fuhhhh... ok.. itu kita fikir tahun depan la.. buat masa sekarang kita nikmatilah cuti sekolah yang panjang ini.. hehe.. cuti iron baju.. cuti angkut beg sekolah yang banyak pagi-pagi.. jalan kurang jem.. haha.. 


Oklah.. jumpa lagi.. happy school holiday !
;)

Monday, September 28, 2015

Projek 2015 : Nine patch yang akan hilang...

Assalamualaikum..
Lama pula blog ini saya biarkan menyepi.
Penyakit M melanda.
Malas nak edit gambar.
Hihu..
Ampun..
Tapi.
Hari ni saya rajin dah!

Nak cerita pasal projek baru..

Saya nak buat dissappearing nine patch quilt! Saya mulakan awal September.. setakat ni saya dah siapkan nine patch blocks dia yang made up from 4 inch squares. Saya guna pre cut 4 inch yang saya beli dari cik zara dulu. Hmmm.. apa khabar agaknya cik zara.. lama betul menyepi. I hope she's fine.. and happily sewing and also quilting.. ;)

Saya tambah juga 4 inch squares daripada stash saya sendiri. Pastu kalau perasan setiap row tengah 9 patch tu menggunakan fabrik yang sama cuma susunannya saya pusing-pusing bagi variety sikit.. 

lepas siap cantum ni nanti saya akan belah tengah dia dan kemudian cantum balik.. hahaha.. it sounds a little bit voodooh sikit.. racik cantum racik cantum.. hahaha... tapi percayalah.. hasilnya memang cute! Tak caya tengok tutorial ni..

Saya ada masa tak sampai 6 bulan untuk siapkan projek ni... actually saya ada 2 quilts kena siapkan sebelum bulan 3 tahun depan.. dua orang kawan saya pregnant.. syukur Alhamdulillah.. so really happy for them.. doakan quilt ni sempat siap before the babies arrived ek... dan doakan juga quilt ni jadi cantik.. hahaha..

Dan sedikit selingan..

Gambar keluarga sebagai kenang-kenangan..kami tema marroon gi kenduri kendara masa cuti raya haji.. semua gambar makcik-makcik.. pakcik-pakcik semua pemalu.. hihi..


Jumpa lagi!
Take care. .

Thursday, January 22, 2015

Pink Purple Rug..

Sebuah projek kecil-kecilan...


Purple pink rug.. boleh jadi mug rug.. boleh jadi alas periuk.. boleh jadi apa sahaja.. ;) size lebih kurang 9 inci × 9 inci..

Lama simpan projek ni.. dah lama siap.. ingat nak bagi Disember tahun lepas.. tapi takde rezeki nak bertemu dengan bakal pemiliknya. Minggu lepas baru sempat diposlajukan.. ;)


Guna charm pack kesayangan.. charm pack yang sama dengan Quilt I.heart.purple. Quilting honeycomb style. Tapi banyak humps and bumps here and there.. hmmmmpphhh.. harap diampunkan.. binding pun macam pelik.. tengok macam binding tu matching dengan backing dia pulak.. hohoho.. ;) memula ingat nak machine binding je.. dah siap jahit 1 side.. fikir-fikir macam tak berapa cun pulak.. makanya tetas balik dan jahit lah dengan tangan keliling binding tu.. hehe..


Budak takde gigi ni pun interframe.. ;p


Projek comel nama manjanya..
Buat seorang sahabat..
Sebagai hadiah hari lahir tertunda..
Hehehe...
Hope u like it mamahakimi!
♡♥♡♥♡♥

Monday, March 24, 2014

Table Runner buat Tok Mak dan Tok Abah...

Assalamualaikum..

Ini table runner.. Made with Love .. khas buat Tok Mak dan Tok Abah.. hehehe..

Sebenarnya dah lama siap.. Disember 2013..
tapi entah kenapa.. asyik tertangguh je nak update blog pasal runner ni..


Saya memulakan projek ni semasa saya dalam pantang lagi.. maknanya dalam bulan Julai 2013..
buat kat kampung.. guna kain perca tok mak.. kain lebih-lebih jahit baju orang.. hahaha.. baju kakak saya dan baju anak saudara saya rasanya.. nasib lah baju korang sama dengan alas meja... miahahaha... ;P

Saya berkenan satu runner ni.. nama dia Rail Romp.. tapi free tutorial tak jumpa.. hehe..
Maka saya follow tutorial Patriotic Rail Fence dari blog MaryQuilts.. dan buat la ikut gambar Rail Romp tu..
Untuk border pula.. saya ikut tutorial Sugar Cookies Table Runner dari Moda Bakeshop... Pelbagai bahan rujukan kan...kan..kan... hehehe... ;)


Backing guna fabrik lebihan projek terdahulu juga..  straight line quilting je.. itu sahaja style yang makcik confident..  nak fmq tak berani lagi.. huhuhu.. entah sampai bila la nak penakut nih... :(


Saya suka sangat fabrik untuk binding ni.. Fabrik ni beli kat Nilai 3..
Masa memula buat runner ni, confident je buat pointed ends.. ingatkan macam biasa je la nak jahit binding nanti.. tapi bila masa tiba nak jahit.. saya jadi blur sekejap.. garu-garu kepala.. camner nak jahit binding ni.. sebab pointed ends ni memberi odd angles.. dia bukan 90 darjah..hmmm.. agak payah.. maka kaji punya kaji.. saya jumpa tutorial ini.. Binding Odd Angles.. hehe.. ikut saja tutorial itu.. nasib baik ada mat salleh rajin kongsi ilmu kan.. hihi.. suka! pelajaran baru!! :D


Saiz runner tak ukur.. tapi agak-agak tinggi anak saudara saya yang umur 8 tahun tu la..
hehe.. Pastu tok mak kata..kalau buat untuk meja makan cantik kan... hihihi.. memang cantik.. tapi tak berani nak berjanji.. hihihi.. ;)

Jumpa lagi!
Teruskan berdoa untuk MH370..
Semoga dipermudahkan urusan kita semua..
Amin...
:)

Friday, September 6, 2013

Mug rug ~ a gift to a dear friend

Assalamualaikum...
Hai.. apa khabar kalian di luar sana?

Hari ini saya nak cerita tentang mug rug ini..
Mug rug coninot, hadiah untuk seorang sahabat.. sempena hari lahir..juga sempena perpisahan..
perpisahan la sangat.. saya pindah office tak sampai 1 kilometer pun..hahaha..
 

Mug rug ni ukuran dia 8 X 10.5 inci..
Saya guna block yang saya buat paper piecing haritu.. tapi blok ni terkecil sikit.. khayal buat kerja..macam itu la kejadiannya.. hehe.. jadi sebab size yang tak sama dengan blok-blok lain, maka saya transfromkan ia menjadi mug rug ini..

Sebenarnya saya dah lama teringin nak buat mug rug.. akhirnya menjadi juga..
Mug rug ni dah lama siap topnya, dah lama siap quilting juga, tapi jadi lambat finished kerana lama berfikir nak pilih fabrik binding.. pilih punya pilih, fikir punya fikir, saya decide on the cream yellowish fabric with tiny  flowers and leave pattern.. dan Alhamdulillah.. pada pandangan mata saya sangatlah matching dengan top piece itu.. syukurlah.. berbaloi tunggu lama kan.. hahahaha... (ayat bagi sedapkan hati..hahahaha)



Backing dan batting guna leftover from projek Quilt for Adlina..
Guna cotton batting, jadi mug rug ni nipis je.. dengan harapan tidak tergolek lah mug kamu yer Cik R!

Quilting pula satu side saya ikut design blok tu.. jadi dari belakang nampak macam tulip.. i like!
Pastu satu side lagi saya ikut design honeycomb kegemaranku..
Copycat Crazy Mom Quilt.. hihi.. peminat tegar kata ko! hihihi

 Projek kecil-kecilan tapi gambar kemain banyak!
tahan mata yer!
hahahaha
 
 Gambar penerima pun kuselitkan di sini.. 
Cik R yang rajin melayan keluh kesah saya semasa di tempat lama.. 
Pasni takde lagi la orang nak kacau awak jadi drebar ke pos laju lagi kenn.. hahaha
 
Have a great weekend uuollls! Take care & jumpa lagi! 
♥♥♥♥

p.s.: Dzarif hari ni dah 3 bulan  :) :) :)

Tuesday, March 26, 2013

Pink rug

Pink rug ini untuk seseorang..
yang sangat sabar.. menanti...
hihihihi


Menggunakan koleksi charm pack yang makcik simpan sekian lama..
Sayang wo charm pack ni! 
Tapi sebab tak sabar nak  buat.. dan tak sabar nak cuba quilting design ni..
ku korbankan jua charm pack ku itu..hehe... ;)
Zig zag quilting design tu saya tengok kat blog Crazy Mom Quilts yang menamakannya honeycomb quilting .. Macam mana boleh jadi nama honeycomb pun saya tak pasti..
hihihi..

Saya quilt ni dengan Encik Brother NV30 saya..guna stitch nombor 6 dan adjust stitch width dan stitch length mengikut selera saya.. Kalau tak silap yang ini saya guna sama macam crazy mom quilts punya stitch size..


Backing pink.. binding striking pink..
Saya suka tengok rug ni..
boleh dijadikan hot pad atau mug rug atau apa saja..
Harap penerimanya suka!
;)

Jumpa lagi..
Take care!

Friday, June 1, 2012

Van Belon

2 buah van belon yang cinonit.. 


Saya contribute 2 blocks ini untuk 2 baby quilts yang berasingan..
Cinonit sangat kan...
Applique orang lain semua besar-besar dan gorgeous-gorgeous!
hehehe..
Yang cantumkkan semua blok menjadi quilt dan proses seterusnya adalah Fida dan Kak Aida..

Story yang lebih detail boleh tengok kat Jarum Emas ek..
:)


Inilah dia hadiah daripada Quilt Group

untuk baby Haneef Suhayl


dan untuk baby Arman

Ketiga-tiga baby boy yang dapat hadiah quilt daripada Quilt group..

gambar dipinjam daripada Kak Aida.. :D

Nanti jumpa boleh main bola sama-sama ek..
hehehe..

Friday, April 20, 2012

Quilt untuk Fatini

Quilt ni dah lama siap..
Hujung tahun lepas..
Baby Fatini pun dah 6 bulan dah..
Tapi kerana banyak sangat hal, 
maka baru semalam dapat diserahkan quilt ni kepada tuannya..
-Quilt top-
Centre piece adalah panel..
Ini pertama kali buat quilt dengan panel..
Jadi agak mencabar.. sebab bila prewash kain ni macam senget.. 
agak tension saya dengan panel ni..
Kemudian saya tambah pieced border and another solid border..

Selain straight line quilting, saya juga guna decorative stitches
dengan size yang besar untuk quilting..
Konon-kononnya nak menutup la panel yang senget sikit itu..
huhuhuhu
Backing yang penuh bunga-bungaan..
Binding adalah sama dengan border pertama itu.. :)




Semoga Fatini suka quilt yang auntie buat ni..
:)

Thursday, January 12, 2012

Hadiah buat Mualimah...

Bantal untuk Mualimah Amir Daniel..
Mualimah yang mengajar di Pasti Sutera..
Ada 5 orang mualimah..


Design yang sama.. dengan fabrik yang berbeza..


Size sarung bantal ni 16 x 16 inci.. envelope style..
Machine quilted.. with flower applique..

Dihadiahkan sebelum Daniel tamat belajar di Pasti Sutera..

Terima kasih Mualimah semua..

kerana mendidik Amir Daniel..

hanya Allah yang mampu membalasnya.. :)

dan

Sajak inilah yang Daniel persembahkan semasa Hari Anugerah Pasti..

Guru Oh Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Syukran jazilan..!

Monday, December 26, 2011

Si Merah Hitam

Pasangan warna yang menarik hatiku..
:)

suka fabrik yang berbunga ni..
digabungkan dengan polka dot hitam dan merah..
saiznya 10.5 inci..
Potholder yang agak besar..
Boleh guna sebagai hot pad juga..
:)
Straight line quilting on the border
and practicing my FMQ around the flowers..
with black thread..so that no one can notice the flaws i made! hahaha!
and machine binding.. sebab nak cepat..
projek ekspress berhad! hahaha!

A pair of pot holder..
Made with love..
as a gift
to a newly wed couple..
:)

Friday, November 18, 2011

Quilt for a princess

"Sang Hijau"'

Untuk seorang puteri..


mencuba-cuba dengan pieced backing..
agak merisaukan..
sebab kena pastikan stripes tu tegak semasa basting..
syukur menjadi..
hehe..
oleh kerana quilt ini untuk seorang puteri,
maka kita tambah applique tiga kuntuman bunga..
sebagai penyeri..

(gambar kecil sebelah kanan.. adalah hero saya yang tiba-tiba rajin nak tolong pegang..hehehe)


dan..

Inilah puteri itu..

Aliya Alisha
sangat suka berdukung dengan saya..
almaklumlah.. tilam dunlop.. hahahaha..



Lovely Green.. An hour glass quilt..
Approximately 36 X 42 inches in size,
With striped binding,
Machine quilted on the ditch and FMQ around the 3 flowers..

Made with Love
by MamaDaniel

Monday, October 3, 2011

A picture is worth a thousand words...

Baby Ammar with his quilt.



more pictures speak more words!

my feeling?

no word can describe how i feel!

but

An icon will do..



Hiks!