Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label WISH. Show all posts
Showing posts with label WISH. Show all posts

Friday, July 31, 2020

Kisah 2020 : my first Qurban

 Assalamualaikum..

Aidiladha tahun ini.. punya rahmat dalam dugaan Covid-19.. syukur Allah beri saya peluang untuk melaksanakan ibadah Qurban. Ini korban pertama saya.. 1 bahagian daripada 7 bahagian seekor lembu. Alhamdulillah, doakan saya dapat terus melaksanakan ibadah ini di tahun-tahun yang akan datang.. 💕 

balik kampung empat hari empat malam tawakal je tinggalkan pokok-pokok.. 

bila balik tengok pokok, ada yang kuning teruk macam bayam brazil ni.. tapi syukur sebab banyak pokok lain selamat.. 

begitulah keadaannya bila ada pokok-pokok kan.. nak tinggalkan lama-lama pun risau. 

belum ada ayam itik lagi tu.. hahaha..

😆

Saturday, May 30, 2020

Kisah 2020: Salam Aidilfitri 1441H dengan hashtag #covEid

Assalamualaikum..

Salam 7 Syawal.. (dengan trending #covEid)
hihihi... nak jugak ikut trend 😉😉😉
salam raya di perantauan..


jangan scroll dekat-dekat gambar ni.. nanti nampak muka mami ni yang penuh dengan jerawat.. hahaa.. mungkin stress masa nak raya haritu.. stress tak dapat balik kampung.. stress nak masak lauk pauk raya.. hati memang tak rela.. sampai melalak la jugak.. call makabah kat kampung sambil meratap di bucu katil.. i cry like an old baby.. hahaa.. 

Alhamdulillah, masa 1 Syawal saya dah tenang dan redha.. syukur tak menangis di pagi raya yang mulia.. penuh syahdu beraya di rumah sendiri.. tak pernah umur lagi tau.. dulu dah due nak bersalin nombor dua pun ku cekalkan hati balik kampung juga.. Doktor pesan jangan jalan jauh, takut sakit nak bersalin tengan jalan jammed camne nanti.. hahaha.. time tu degil nok!! hahaa! balik Johor je masa tu, tak berani balik Kelate.. hihihi.. Alhamdulillah 16 Syawal baru bersalin masa tu #kenangan2008

syukur juga.. saya ada kakak yang duduk dekat.. dia dan anak-anaknya semua ada di sini juga.. meriah lah jugak kami raya bersama.. Pagi raya video call dulu dengan mak abah dan abang-abang dan juga parent-in-law kat Kelantan. Makan-makan.. Saya masak sup tulang resepi azie kitchen.. memang terbaik boh!!!  sedap amat!! sesi malam saya masak nasi minyak dengan ayam masak merah.. resepi azie kitchen juga.. yummmeh!!! Siang saya beraya rumah kakak, malam diorang pulak beraya rumah saya.. 


Done raya 2020! Tahun ni kerajaan bagi kebenaran beraya sehari sahaja.. maka dengan skemanya kami pun menurut perintah. hahaa.. tak memasal la nak bayar kompaun kan. duit baik guna beli pokok.. eh!! hahahhaha

Yup! betul! oleh kerana tak dapat beraya rumah sanak saudara, maka saya pun beraya la di nurseri.. haha.. beli pokok dan pasu buat terapi jiwa.. hahaha...


Nurseri ni namanya Artech Home Decor. 
google je insyaAllah jumpa.. dia kat area Cheras ya..
Datang sini kalau tak bawak balik apa-apa memang ajaib ler.. hahaa..

pokok dalam pasu biru bernama sansevieria trifasciata dacaena kot.. banyak sangat variation.. saya pun tak habis kaji lagi.. hahaha.. yang dalam pasu putih tu namanya golden haahni
jenis pokok sansevieira ni sekarang memang tengah viral.. orang kata untuk air purifier dalam rumah..  dan insyaAllah senang jaga juga.. kategori hard to kill plant.. hahaha..


dan yang ini whale fin!! kesayangan hamba yang baru tiba dari Melaka! beli kat shopee je uols!
hahaa.. cari kat nurseri memang habis belaka.. online juga akhirnya.. alhamdulillah.. sampai dalam keadaan yang selamat.. elok seller tu wrap dengan kertas tebal, pastu masuk dalam kotak (tanpa pasu).. memang risau takut daun dia patah dalam perjalanan ke kan.. hihi.. syukur.. si cinonit ni sampai terus saya tanam elok-elok dalam pasu.. ada rezeki nanti kita cari pasu baru ye darling.. hihihi..

pasni nak tanam salad dan sawi plak.. geram tengok kawan share gambar pokok sayur dia.. hahaa..

take care semua!
jumpa lagi!





Saturday, March 28, 2020

Projek 2020: Projek Pokok

Assalamualaikum..

Salam #stayathome
Salam #siladudukrumah

Sempena duduk rumah ni, mari rajinkan diri membelai tumbuh-tumbuhan..
hehe.. minat tanam pokok dah lama.. cuma asyik tak panjang umur je pokok yang saya ada.. haha..tak pandai jaga.. mak abah ku memang paham sangat la perangai ku.. maka dikirimnya dua pasu pokok senang jaga.. satu pokok Chrysalidocarpus atau Palm kuning dan satu pasu lagi si sansevieria jenis mother-in-law tongue (lidah mertua) [nama seram kan.. hahaha] 

maka dengan bermulanya dua pasu pokok itu, maka bertambahlah pasu-pasu yang lain.. dan semakin terjatuh cinta pula dengan si sansevieria ni.. nama melayu pokok ni lidah jin.. huhu.. pun seram juga namanya kan... hahaa


ini moonshine sensevieria.. paling saya sayang.. haha.. 
harga pun mahal sikit.. size kecil dalam RM17-RM18
peneman buat assignment..
air purifier tau.. pokok ni kuarkan banyak oksigen..

sesekali kita jemurkan juga dia.. dapatlah matahari sikit.. heeeeheee



 sansevieria tiga beradik yang sempat saya cekau betul-betul beberapa hari sebelum RMO bermula. Saya beli ni di nurseri bukit mahkota cheras. Nama nurseri tu Artech HOME DECOR - Garden Nursery and Garden Deco, sebelah Petronas Batu 10 Cheras. Best nurseri ni.. owner dia pun peramah.. haha.. mujur tak ku bawak balik semua sanseveiria yang ada.. hahaa..

sansevieria MIL tongue dalam pasu biru tu lah kiriman mak abah dari kampung.. hehe.. pemula kisah #sansevieria saya.. pokok asal yang maka abah tanamkan tu dah besar gila.. dapat pindahkan ke 4 biji pasu.. hihihi.. seronok tengok dia beranak-pinak.. Alhamdulillah, akhirnya ada juga pokok yang serasi di tanganku.. hahahaha

Sebenarnya pokok ni senang nak jaga.. Kalau letak indoor, siram seminggu sekali je. Kalau jemur matahari, boleh la siram kerap kalau tak hujan.. kalau hujan takyah la siram lagi.. akarnya tak tahan berendam air.. nanti busuk.. ini pesanan tokey nursery.. hehee..

Sekian cerita pokok.
Take care ya everyone.. Dalam tempoh restricted movement order ni, saya mohon kita semua patuhlah pada arahan pihak berkuasa. demi kebaikan kita juga.. duduklah di rumah.. nikmati setiap saat bersama keluarga.. berdoalah kepada Allah semoga wabak ini segera berakhir.. semoga negara kita kembali seperti sedia kala.. amin.. #prayhard

Wassalam..
sehingga ke temu lagi..
-mamadaniel-


Friday, March 31, 2017

Kisah 2017: Rezeki

Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah..
Berita gembira di bulan Mac 2017..
24 Mac 2017..
9 tahun berkhidmat untuk negara..
3 tempat berbeza..
Tahun kesembilan ni juga Allah kurniakan saya rezeki. Anugerah perkhidmatan cemerlang... Alhamdulillah Syukur sangat sesangatnya..  Hehe..  Okey..  Sebenarnya kawan² saya ada je yang dah dapat dua tiga kali.. Saya baru je dapat tahun ni..  Hahaa saya makcik terlepas keretapi sebenarnya. Apapun..  Syukur saya..  Diberi peluang dan terpilih untuk dpt anugerah ini di tempat yang baru saya berkhidmat tak sampai 4 tahun.. Kalau ikutkan ramai lagi yang layak. Terima kasih boss² dan rakan sekerja.. Semoga kita semua sentiasa cemerlang dalam memberi khidmat di mana jua kita berada demi agama, bangsa dan negara... Ni gambar-gambar semasa majlis..  Semoga dapat disimpan di sini sebagai kenang-kenangan diri ini jua..







Alhamdulillah.... 
💙❤💙❤💙❤



Saturday, December 31, 2016

Dari 1 Januari hingga 31 Disember 2016

Assalamualaikum...

Jom kita wrap up tahun 2016 dengan gambar-gambar cantumtampal ini.. ;)




Alhamdulillah..
Projek kecil-kecilan sahaja untuk tahun 2016..
Berjaya menyelitkan juga aktiviti menjahit dan mengait dalam kesibukan bersenam bagai.. hihihi..

Tahun 2016.. Alhamdulillah followers blog ni sebanyak 276.. (mekaceh..mekaceh..) dengan sekarang ni semua orang ada facebook dan instagram (termasuk diri sendiri juga).. lebih senang dan cepat nak update apa-apa.. tapi saya masih juga dengan blog ni.. ni kira macam catatan peribadi saya la.. kot-kot lupa boleh refer je sini balik.. hihihi.. Blog post tahun ni pun paling sikit.. Cuma 20 termasuk entry ni.. mmg rekod.. hahaha...

Penghujung 2016 saya berjaya mengemas bilik jahit.. Alhamdulillah.. walaupun belum kemas sepenuhnya.. tapi kemas sebelah pun jadiklah kan.. harap dapat cerita pasal sewing room mamadaniel awal tahun depan.. ngeeee.. harap diberi kekuatan, kesabaran, sumber ilham untuk menjadikan bilik tu lebih kemas dan cantik.. hehee... ;)


Tahun 2016 juga saya berjaya menurunkan berat badan saya.. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat.. dapat jumpa program yang benar-benar menjadi untuk saya.. syukur...syukur.. sekarang dalam proses mengekalkan berat badan.. memang mencabar..naik turun sekilo dua la.. hihi.. kalau tersasar masih boleh kembali berenang ke tepian.. hihihi.. belum tenggelam ke lautan dalam..mungkin sebab ada pengalaman dan sedikit ilmu yang dikongsi oleh coach dan rakan-rakan seperjuangan..syukur Alhamdulillah....


Tahun ni juga anak saudara pertama dalam keluarga mendirikan rumah tangga.. cucu pertama atok mak atok abah.. uish.. tengok budak kecik ni kawin.. terasa diri ini dah tua.. haha.. dia lahir masa saya form 1 kot.. tengok dia besar.. suka gelakkan dia cakap gagap-gagap masa dia kecik.. hihihi.. sekarang dah 24 dah umurnya.. memang lagi tinggi dari makcik pakcik dia.. hihihi..  bila dia dapat anak nanti, saya jadi nenek okeh.. nenek vogue.. panggil tok chik comel la.. hihihi... ;)


Banyak gak dapat join aktiviti baharu dalam tahun 2016 ni.. Dapat join fun run.. dapat panjat Bukit Broga.. dapat beraquazumba.. pergi MAHA.. join zumba marathon.. main basikal dengan anak-anak.. :) banyak juga dapat kenalan baru.. Alhamdullillah.. tahun riang ria  untuk saya.. hihihi... :) Harapnya tahun depan juga lebih ceria.. amin.. semoga Allah beri kesihatan untuk cuba pelbagai perkara baharu kelak...hihihi..

Azam tahun 2017?
Daniel darjah 6 tahun depan.. UPSR dan PSRA menanti... mama papa kena jadi lebih gagah secara luar biasa.. haha.. ultrapower... hahaha.. kurung dia dalam bilik jahit.. sambil suruh dia buat revision sambil mama menjahit.. miahahaha...

Jumpa lagi!
Selamat tinggal 2016.
Sweet memories remain..
dan
Selamat datang 2017.

Semoga segalanya Allah permudahkan untuk kita..
Amin..

♥♥♥♥♥♥






Thursday, November 12, 2015

Wishlist: ReLEx SMILE - siri terakhir ;)

Hihihi..
Post sebelum ni panjang sangat kan.. mahaplah.. jari jemari rancak menaip. Sedar-sedar pkl 1.30 pagi.. terpaksa stop.. takut kesiangan plak.. hihi.. sebenarnya saya rasa mcm dah basi plak citer ni.. tp sebab dah janji nak cerita.. saya sambung la ek...

Saya tertinggal plak 1 cerita.. selepas jumpa optometrist saya kena cek lagi seround dengan mesin-mesin canggih tu. Ada 1 mesin tu tak dapat bacaan mata sebelah kiri. Techinician lain yang handle saya. Ada 1 mesin tu.. dia suh tenung star hijau. Saya tenung dah. Tapi dia kata saya tak tengok. Adoi. Risau dah.. apa la masalah mata kiri saya ni.. mata kiri saya ni macam juling air sikit.. bila jumpa prof.. prof kata ok je.. fuhh..lega.. hehe..

Seperti yang diterangkan oleh encik ravi.. saya kena stay calm dan tenung lampu selama 23 saat. 23 saat sahaja.. okey.. 23 saat pada saat itu terasa 23 minit kot.. hahaha... bukan senang nak pandang straight untuk 23 saat.. saya rasa saya pandang tapi sebenarnya mata saya bergerak-gerak mencari lampu.. tapi bila dapat tangkap je lampu tu.. dapat je cara betul nak tenung, prof terus buat sambil prof berkata-kata berbentuk motivasi.. habis je ayat prof tu terus Tahniah Zila! Alhamdulillah.. you are doing great.. fuh.. lega... ingat setel dah.. rupanya belum ya puan-puan.. digolek2nya mata saya.. masa tu saya takleh fokus dah.. bergerak ke laut mata ku.. haha.. tapi masa prof repair mata saya tu..saya takdelah perlu stay tenung straight. Tapi takdelah boleh melilau-lilau jugak.. buat jadik lambat keje prof
.. Hahaha.. sekejap je sebenarnya..tapi saya tak sure berapa minit.. itu baru sebelah kanan ya..

Pastu beralih ke mata sebelah kiri pula.. mata yang tak dapat reading tadi.. lagi masalah mata kiri ni.. saya dah tenung tapi prof kata saya tak tengok. Adoi mak.. it was hard. Prof siap tegur.. prof kata saya yang menentukan sama ada boleh buat ke tak. Saya yang control mata saya.. prof kena tunggu saya buat baru dia boleh buat mata saya.. hoho.. pressure juga.. tapi Alhamdulillah. Akhirnya berjaya jugak.. syukur.. nasib tak kena hempuk.. apa nak buat.. mata kiri degil.. ;p

Surgeri SMiLe ni siap dalam 10 ke 15 minit kot..sepatutnya lagi cepat. Tapi nak buat cemaner.. mata ku degil.. makcik nebes.. I thought it was kacang.. tapi sesungguhnya tak sekacang yang ku bayangkan.. kikiki... lepas prof setel dan keluar dari surgery room saya tanya en ravi.. saya okey tak tadi? En ravi kata good.. cuma mata susah control masa mula-mula.. hehe.. tq.. I know you're being nice demi menjaga hati saya.. haha...
En ravi bagi cermin mata saya.. saya tanya nak pakai ke.? Haha.. try la pakai.. dia kata.. kabur ke terang? Hahaha.. saja nak bergurau.. ;p mestilah kabur sebab mata dah terang... ; )

Dalam pkl 11.30 pagi setel surgery.  Saya dok la luar menunggu dipanggil untuk jumpa prof lagi sekali. Sementara menunggu tu mata saya macam berkabus jerebu gitu. Saya nampak jauh tapi tulisan kat handphone apa pun tak nampak. Huruf keypad main agak-agak.. nasib baik nampak icon nak call husband. Huhu... pastu mata pedih-pedih. Kejap-kejap assistants prof datang titikkan eye drops. Kat kaunter dapat ubat. Settelkan bayaran. Ubat ada 4 jenis. 2 ubat kena titik untuk 1 minggu. 2 ubat lagi untuk 3 bulan. Semuanya ubat titik. Takde ubat makan. Dapat mc untuk 2 hari..

Bila jumpa prof.. cek mata.. baca huruf kat dinding.. Alhamdulillah.. saya boleh baca walaupun pandangan berkabus.. rasa sungguh ajaib la time tu.. prof kata lagi 1 week saya dah boleh terjun kolam balik.. hehe.. tapi sampai sekarang saya tak berani.. cuci muka pun berhati-hati. Saya tak boleh gosok mata.. tak boleh pun any pressure to my eyes. Jangan gatal-gatal nak genyeh-genyeh mata macam selalu. Huhu.. tabiat tu.. sedap dapat genyeh mata.. 

Lepas final consultation dgn prof.. kita amik gambar lagi! Siap selfie weefie uols.. hahaha... ;)


Balik rumah.. sampai ke malam mata berkabus. Pedih-pedih macam potong bawang tu. Mandi pun tak berani. Hahaha.. siapa tanya cemaner keadaan saya malam tu..saya akan jawab saya separuh menyesal.. sebab tak pernah hidup dalam kekaburan kan.. Alhamdulillah.. takde orang yang tanya.. haha.. tau kot saya tak stabil lagi. Esoknya baru ok.. dan Alhamdulillah saya dah 15 hari selamat Relex SMiLe.. masih adapting dengan power kiri 75 ni especially bila driving atau tenung benda yang jauh. Mata masih kering dan kena rajin titik eye drops. Yang bestnya bila balik kampung dah tak payah angkut solution lense dan sahabat2nya serta cermin mata yang acapkali tertinggal bila travel.. hehe.. 

ada orang kata saya laser mata sebab nak cantik.. aish... itu bukan tujuan saya yang utama.. sebab sebelum ni pun saya memang pakai lense setiap hari tanpa gagal..lagipun saya bukan cantik pun.. hahaha.. comel je.. hahaha.. (sila muntah di sini) 
sebenarnya saya dah tak larat dah nak pakai lense dan spek tu. Saya selalu tertidur pakai lense bila penat sangat. Saya tahu bahaya.. Saya selalu rasa susah bila sedar tengah malam dan teraba-raba cari botol susu anak.. kadang-kadang anak pun tak nampak.. boleh terpijak bila diorg tidur bersepah-sepah sesuka rasa... hahaha.. lagipun saya rasa sekaranglah umur yang sesuai.. sebelum mata beralih ke rabun dekat. Power pun agak stabil setahun dua ni.. jadi saya rasa sekarang masa paling sesuai.. :) kalau ada yang perasan saya tak cerita pasal harga.. segan juga.. saya tak bayar tunai.. sikit sahaja tunai.. balance swipe.. huhu.. boleh instalment credit card 12 bulan.. kalau orang tanya saya kata macam boleh gi umrah 2 orang la.. huhu.. harap takde orang baca ayat ni.. ;p

Sekian sahaja cerita Relex Smile saya.. pengalaman saya.. dari mata saya.. pandangam peribadi saya.. tiada tujuan lain selain untuk kenangan saya semata-mata.. :) saya ni pelupa.. cerita bersalin pun saya refer sini bila nak ingat balik... Hehe..

Bye bye cermin mata...

Tata contact lense..


Terima kasih untuk khidmat bakti sekian lama.. :)

Terima kasih juga pada suamiku papadaniel.. kerana redha saja dengan keputusanku ini.. hihi.. mak abah kat kampung dan keluarga pun.. redha juga mendoakan.. :) sayang semua!
Hehe.. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi.. ♡♥♡♥♡♥





Friday, November 6, 2015

Wishlist: ReLEx SMILE

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik sudah lebih 1 minggu saya selamat menjalani prosedur mata Relex Smile dengan Prof Dr Muhaya. Saya buat kat Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya kat Kajang. Dekat je dengan rumah.. tak sampai 15 minit pun..
Sepatutnya appointment saya untuk cek mata adalah pada 29 Oktober 2015 ( Khamis) tapi pihak klinik call minta saya datang pada 28 Oktober (Rabu). Saya pun ok je la. Ingatkan nak gi cek mata je kan.. nasib baik cukup ngam2 10 hari saya tak pakai contact lense. Berdebar jugak la sebab mind dah set dan bersedia untuk 29hb kan.. kalau ikutkan 29hb cek dan 30hb lasik.
Pagi-pagi saya dah sampai klinik. Appointment pukul 8.30. Husband saya teman. Staf kat klinik dah pesan jangan drive sendiri. Mesti ada orang hantar. Mesti! Saya pun ada kaji2 juga.. katanya lepas titik ubat pandangan mata akan blur. Pakcik tu hantar je. Bila siap je daftar isi borang semua dia pun balik dalam pukul 9 lebih. Hehe.. saya takut dia boring. Tapi rugi gak la. Sebab sebenarnya ada viewing room. Ahli keluarga boleh tengok prosedure dijalankan. Takpelah papaD.. takde rezeki.. hihihi.. tapi bagus gak dia tak tengok.. saya takut saya nervous berganda.. hahaha..
Lepas daftar semua.. saya dah dipanggil masuk dalam bilik untuk cek mata. Saya rasa yang cek mata ni semua technician. Saya dapat Encik Hages tak silap namanya.. Very young indian guy yang sangat berbudi bahasa. Sangat tenang bila dia handle machines tu. Saya rasa ada 6 kot mesin kena tenung. Rasa juling bijik mata. Ada mesin kena tenung star hijau..ada mesin tenung belon panas..  ada satu tu red dots. Mesin ada banyak so kita akan bersama-sama tetamu yang lain dalam bilik gelap tu.. dalam tu beberapa kali juga mata akan dititik dengan ubat. Mata saya agak kering. Mungkin sebab saya asyik menangis sebelum tu. Kecelaruan emosi sangat masa tu.. huhu.. Alhamdulillah.. emosi stabil pada hari tersebut. Kalau tak..mungkin saya tak sampai pun ke klinik prof.muhaya pagi tu.. ;) masa memula dalam bilik tu prof datang salam-salam greets semua orang.. rasa seronok sangat dapat jumpa face to face.. :) berbunga je hati.. hihi...
Lepas habis cek mata dengan en hages tu saya lepak tunggu.. pastu ada tea ladies yang datang hidang air dan sandwiches. Rasa macam kat rumah tau. Siap tanya nak minum apa.. hihi.. baru nak ngap dah kena panggil.. sempat la abiskan dulu roti tu.. hihi.. rupa-rupanya optometrist yang panggil. Tengok rupa.. hmmm mudanya adik ni...a young lady yanh cantik tapi serious sikit orangnya... hehehe... okeh.. kebanyakan staf situ semua mudanya dan belianya.. terasa aii ni makcik2 sudah... kikikiki...
Optometrist tu pandangan pertama saya is muda kan...jadi bila muda mestilah baru kerja kan.. tapi bila dah cek mata dengan dia.. owh... memang kagum...teliti sungguh orangnya. Cara cek macam nak buat cermin mata tapi extra lagi.. memang pro..lepas tu dengan optometrist ni la ditentukan mana satu mata dominan saya.. mata kanan adalah mata dominan. Mata kiri saya yang bukan dominan ni akan ditinggalkan sedikit rabun (75) untuk standby rabun dekat yang mungkin saya akan dapat dengan peningkatan usia kelak... jadi bila saya rabun dekat nanti saya boleh membaca dengan mata kiri ni tanpa perlu cermin mata lagi.. InsyaAllah... lepas tu prof kata mata prof pun sama macam saya. Kiri 75 dan sekarang tak perlu cermin mata untuk membaca.. :)
Siap jumpa optometrist.. saya lepak lagi sementara tunggu nak jumpa prof. Masa tu mata dah blur dah. Nak baca wassap pun tak nampak dah. Kembang je semuanya.. huhu...
Kejap je melepak. Dalam pkl 11 dapat jumpa prof. Prof cek mata.. prof kata saya sangat calm.. hehe.. mata saya relaks je la.. saya tak nampak nervous. Hmmmm.. ye.. memang time tu tak nervous ya puan-puan.. sekejap lagi hamik ko... hahahaha..
Siap cek.. prof cadangkan saya buat relex smile. Sebab mata saya agak kering. Takut saya amik masa hingga 6 bulan untuk pulih sepenuhnya. Lepas tu bila prof tunjuk vidoe beza lasik dan relex smile... hmmm terus decide nak buat relex. Hahaha... relex smile ni procedure dia amik masa 23 saat on each side. Prof akan laser kanta mata sedikit sahaja. Kalau lasik akan laser keliling dan flap terbuka.. huhu... tak gheti nak explain cemaner sebab bukan doktor kan.. sekejap je jumpa prof.. dalam 10 minit kot. Keluar je dari bilik prof tak lama saya dah kena panggil untuk prep. Milo pun tak sempat minum.. hihi... sebelum tu prof ajak bergambar.. nasib baik prof ajak.. aii kan pemalu... kikiki.. nasib ajak.. kalau tak memang takde gambo la kita.. hahaha...


Staff lelaki yang saya rasa berbangsa india yang preparekan saya untuk surgery tu. Prepare pakai kot biru dan topi biru tu la. Pastu dia explain apa yang saya perlu buat.
1. Saya perlu bertenang
2. Saya akan memandang 1 lampu di hadapan saya selama 23 saat. Pandang depan tanpa menggerakkan mata.
3. Sentiasa selawat
4. Baca surah kul huwallahuahad 3 kali dalam hati
Okeh... saya rasa dia bukan Islam dan dia asyik ulang no.3 dan no. 4.. hihi..
Dalam bilik surgeri.. ada seorang lagi staff.. a lady. sangat soft spoken... saya aasume dia nurse ek.. huhu.. sebab dia tak perkenalkan diri.. saya pun silap tak menanya.. huhu.. nurse ni asyik berpesan perkara yang sama.. baca alfatihah..selawat.. kulhuah.. kemudian dia bersihkan mata saya lepas saya baring atas katil surgeri tu. Okay.. masa ni baru macam sedar dari khayalan.. okay... aku nak laser mata ni.. betul ke aku ni.. adoi.. berani betul.. betul ke aku berani ni.. okay.. reality really hits me saat tu... tetiba saya mcm nervous. Nurse tu pesan kalau nebes tarik nafas tahan 7 saat lepas perlahan-lahan.. adoi... 10 kali buat tp saya boleh dengar degup jantung sendiri... (okay.. a bit exaggerating di sini) tapi saya memang nebes time tu.. tuhan je tau. Mulut tak berhenti kumat kamit... takut bebenor..
Bila prof masuk prof sapa kedua-dua staff yang ada tu... apa khabar mr ravi.. apa khabar puan xyz.. saya macam.. hah? Ravi? Hahaha... ravi yang ajar selawat tadi.. hahaha.. owh ravi..kagum mak dengan ravi.. ;) ;) ;)
Okay.. now... laser mau mula...

Mahu sambung sekarang ke?
Hmmm...
Nantilah....
Tunjuk gambar last berspecky ek...
;)

To be continued...

;)

Friday, October 30, 2015

Wishlist : Alhamdulillah Allah makbulkan doa dan hajat hati...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..

28 Oktober 2015..
Setelah hampir 20 tahun memakai cermin mata.. 18 tahun memakai contact lense.. akhirnya Allah izinkan hambaNya ini menunaikan hajat hati yang tersimpan sekian lama.. Alhamdulillah.. syukur yang amat sangat...

Tayang gambar dengan Prof Dr. Muhaya dulu ek..

InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman sekali seumur hidup ini kelak.. perlu catat semua yang saya lalui supaya saya tak lupa nanti.. ;) ;)

Syukur..syukur..syukur..
Akhirnya saya bebas rabun..

:)

Alhamdulillah!

Tuesday, June 30, 2015

Ho ho ho #4 : Alhamdulillah setelah 6 bulan menunggu...

Assalamualaikum... sedar tak sedar dah nak pertengahan Ramadhan.. tengok-tengok bulan Jun pun dah sampai ke hujung.. sabar punya sabar rupanya sudah enam bulan projek ho ho ho saya ni.. projek rumah slow and steady namanya.. huhu.. banyak dugaan.. banyak ujian.. banyak mengajar saya macam-macam perkara.. mengajar saya lebih redha.. berlapang dada.. bersabar.. berdoa.. bertawakal.. bertolak ansur.. beralah.. dan macam-macam berr lagi.. hahahaha...

Alhamdulillah.. akhirnya siap juga dapur rumah ini.. projek ho ho ho ni mula awal Januari 2015. Anak-anak start sekolah projek ni kick start.. anak-anak amik report card exam pertengahan tahun baru projek ni siap.hahaha..  Bayangkanlah sepanjang 6 bulan kami hidup dengan rumah bersepah.. barang dalam kotak.. dapur takde sinki pun takde.. makanan beli kat luar.. basuh pinggan dalam tandas.. habuk simen jangan kata.. sampai anak-anak pun dah pandai main vakum dan mop.. sebab asyik tengok mak bapak pegang gadget2 tu tiap kali balik kerja.. haha.. stress?? Ho ho ho.. jangan sebut la.. salah sikit nak bergaduh je kerjanya.. saya la yang paling stress kot.. saya plan nak pindah sementara tapi susah rupanya nak cari rumah sewa untuk beberapa bulan.. kalau ada pun agak mahal.. boleh buat modal untuk benda lain. Huhu.. walau pun begitu.. saya amat bersyukur..Alhamdulillah. Kami bertahan.. anak2 pun tuhan lindungi.. Alhamdulillah... itu yg paling penting sebenarnya.. :) pengalaman ini sedikit sebanyak menambah kematangan diri.. ;) kalau dulu gaduh asyik nak menang.. asyik degil.. cik abe saya kata saya ni degil.. ho ho ho.. saya biasa dengar perkataan tu.. hahaha. Saya tau saya degil.. saya degil dan cerewet.. tapi ada masanya saya juga mengalah.. tapi cakap betul.. dalam mengalah ada kemenangan lain yang tuhan anugerahkan.. hihi.. pengalaman ini juga mengajar saya satu perkara.. bahawa semua ini bersifat sementara.. takde yang kekal pun.. jadi nak buat bertegang urat sangat pun.. tahun depan tengok benda yang kita nak sangat tu punah dah pun.. hahahaa... tak pun benda yang kita taknak tapi pasangan kita nak sangat.. kita pejam mata je la.. paling lama tahan pun lima enam tahun. Panjang umur ada rezeki kita dan kalau kita ingat lagi apa yang kita nak tu.. kita dapatkanlah.. tak rugi mana pun.. hihi...

Dapur saya simple je.. kabinet atas warna putih.. bawah warna hitam.. nengok kat internet dan majalah cantik bebenor tema begini.. hahaha.. tapi bila jadi.. biasa-biasa sahaja.. hahaha.. mungkin angan-angan terlalu tinggi.. tapi bajet tak berapa nak tinggi.. hahaha.. sekali lagi.. jadinya saya bersyukur dengan apa yang dapat ni.. Alhamdulillah..

Backsplash saya ni saya punya lama la berangan.. namanya tak tau apa. Google kata subway tiles.. payah nak cari.. banyak kedai kata takde.. cari punya cari punya cari kawan saya kat Batu Pahat yang bagitau mana nak beli.. haha.. Kedai tiles nama Buimaco.. saya rasa nama penuh dia building material company... miahahaha... pepandai je akak ni.. kikiki..  Kawan saya beli kat Subang dan bagi nama Mr James. Saya contact dia dan dia bagitau ada branch kat Sri Petaling. Phewww...  dekat sikit.. senang nak ke sana.. rupanya tiles ni namanya chamfered tiles. Sekeping dapat RM2.40 tak silap. Kena order dulu tapi tak lama.. 3 ke 4 hari je. Yang kelakar bila survey kedai tiles kat Kajang.. rupanya ada jual.. hahaha... cuma agak mahal beberapa posen.. tapi dekat.. 10 minit je dari rumah... kikiki...  owh ya.. lupa nak bagitau.. tiles pun saya survey sendiri.. beli sendiri.. termasuk tiles table top.. table top konkrit je..  saya pernah duduk dalam kedai tiles sejam dua tapi balik tangan kosong tak beli apa-apa.. hahaha...punya la payah memilih.. desginer tak bertauliah beginilah kan.. lagipun dah beli tak boleh pulang balik.. hahahaa... tiles lantai dapur ni saya pilih ala-ala kayu.. yang ni beli kat super ceramic jalan reko kajang..  rasanya RM5.55 sekeping. Nak letak laminated or timber flooring makcik tak mampu.. dapatlah lantai kayu tipu.. hahaha...

Kabinet belum siap sepenuhnya arini.. nanti dah siap dan kalau rajin kita update ek.. penatnya lahhhaaiii mengemas post renovation.  Rasanya 10 kali mop pun rasa berpasir lagi lantai.. huhu.. arini kita terjah spotlight the mines beli blind dan langsir dapur.. hehe... doakan dapur saya jadi cantik ek.. tak sabar nak masak.. enam bulan tak potong bawang uols.. lama dah tak masak ayam masak kicap untuk anak4.. hahaha... tu je yang pandai pun.. hahaha... ;) hingga jumpa lagi.. selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini.. semoga kita semua dalam redha Allah sentiasa.. amin... :)

Monday, January 6, 2014

Dari tanah Tokyo ke Tanah Melayu...

:)

Buah tangan dari Mamahakimi yang melancong ke Tokyo Disember lalu..


Seronok betul makcik!
Dapat hadiah fabrik!
Warna biru kesukaan hamba!
Merah itu kiriman asalnya.. tapi Mamahakimi kata semuanya ole-ole..no need to pay.. haha..


Pastu Mamahakimi bagi washi tape (confirmed sayang nak guna!) dan fridge magnet yang comel...
Mekaceh Mamahakimi.. Seronoknya dapat ke Tokyo.. makcik ni Singapore pun tak lepas lagi.. hihihi..


:)

Hari ni Dzarif genap 7 bulan..
Budak manja ni dah pandai merangkak.. dah pandai duduk.. dah asyik jatuh terlentang.. hahaha..
Sekarang asyik menonggeng-nonggeng.. kadang-kadang berdiri panjat sofa.. aish.. laju pulak budak ni.. maybe sebab dia tak berapa nak sabar.. nak ikut abang-abang dia.. berlari ke sana ke mari.. hihihi


dan Aman sudah nak masuk 2 tahun..tak lama lagi..
Aman pulak dah banyak perkataannya.. banyak bicaranya.. saya pun agak kagum.. entah bila dia belajar.. mungkin di rumah pengasuh.. Aman bukan saja kenal benda.. dia juga tau kata sifat untuk benda itu.. contohnya.. kalau kita cakap.. "Aman.. itu apa tu..?" "Itu kokok (pokok).. kokok tinggiiii..." hehe..
Seronok bila dia dengar bercakap.. tapi geram la jugak kalau dia taknak ikut cakap kita.. dia akan kata "No!" huhuhu... dia mengikut saya la tu... saya selalu cakap No No No pada dia... huhuhu...


owh.. Aman juga suka tengok Karoot Komedia, tapi time dikir barat je.. hihihi.. ngikut bapak dia la tu... hahahaha

Owh.. sungguh cepat masa berjalan.. berlari sebenarnya.. atau mungkin terbang?

apapun.. nak share kata-kata ni.. dari blog Yati..
ingatan untuk diri ku jua..
:)


take care!
jumpa lagi!

Monday, December 23, 2013

Dari LSN ke bilik jahit mamadaniel... :)

Assalamualaikum..

Lepas balik dari Penang aritu, saya ajak la papaD ke LSN pula..
Actually bukan ajak la.. paksa rela.. miahahaha..
Dia ikutkan saja.. sebelum muncung panjang sedepa.. hahaha

Tujuan murni ke sana.. memang dah lama saya nak beli extension wide table untuk mesin jahit..
Dah lama tahan diri ni.. sebab LSN promo kata nak sale hujung tahun.. jadi saya sabar je.. haha..
Dapat juga beli..yang ni dapat diskaun 20%.. dari RM158.00 jadi RM126.40
Memula tak boleh pasang.. tak boleh masuk rapat.. Saya call LSN, customer service tu kata memang ketat, kena tolak kuat-kuat sikit.. saya kata kalau tak boleh jugak saya gi tukar ek.. dia kata ok.. Pastu saya tanya Kak Mila @ blogrimbun.. Kak Mila pun kata ketat sikit.. Bila saya try memang kena tolak(hentak) kuat sikit baru la masuk elok.. tapi ni pun tak berapa puas hati la.. sebab macam senget.. huhu..nasib..




Saya juga beli rak benang yang kecil ini.. kecil sahaja.. boleh letak 25 benang je.. hehe.. ini adalah pembelian tidak dirancang.. last-last nak bayar tu terambil pulak.. hahaha.. nasib baik cukup duit nak bayar..

Lagi satu yang saya memang aim nak beli kat LSN adalah Walking Foot (7mm) tu.. yang ni bukan jenama Brother tau.. jadi perasaan memang agak cuak sekarang.. saya baru je guna sekali..dengan penuh berhati-hati.. speed mesin pun tengah-tengah je.. press pun perlahan je.. hihihi..takut patah.. jadi quilting pun slow motion je.. hahahaha..

Pastu beli pin berbunga dan safety pins..

Itu je yang dibawa balik ke rumah..
hehehe..

Alang-alang dah bawak masuk barang baru.. kita pun mengemas la sikit..
Ingat tak storage box yang kita beli kat SSF Penang tu..

Jadi kita susun la kain-kain kita yang saiznya sangat cinonit..

ini banyak fat quarter atau lebih kecil saiznya.. saiz yang masih boleh dilipat la..
hmmmm.. tak banyak biru kan... hmmmm...

yang bawah tu scrap yang lebih kecil.. tapi takde la kecik sangat-sangat..
kalau setakat 2 inci tu ada la.. tapi panjang.. masih boleh digunakan untuk macam-macam projek..
storage box bawah tu main sumbat je.. sebab tak boleh nak lipat dan susun macam box atas tu..
Saya suka bekas yang boleh nampak macam ni...
Macam kena cari lagi bekas ni.. hihihi..

macam ni la keadaannya.. tidak lah kemas sangat.. tapi boleh la.. kemas satu tingkat je almari ni.. tingkat tengah.. tingkat atas dan bawah nak amik gambar pun tak sanggup.. miahahaha.. bekas rotan warna putih tu ada charm pack yang disayangi.. pastu bawah tu dalam beg kertas purple dan dalam plastik tu kain belum prewash lagi.. yang tengah-tengah tu terpaksa susun je macam tu sebab bekas tak muat.. nampak? memang kena cari lagi bekas ni kan..kan..kan..... hihihi...

ini pula bakul sampah yang baru.. kecik je ni.. elok untuk letak atas meja dalam bilik jahit ni.. bukan untuk letak sampah.. tapi untuk letak fabric scrap yang disayangi.. ini saya beli kat kedai buku kat dalam Warta Bangi.. dan gambar yang kecik bawah tu adalah desk organizer yang berwarna-warni.. beli online dekat lelong.my.. bukan untuk bilik jahit sebenarnya.. untuk meja solek kita.. hihi.. ;)

owh.. hujung tahun ni macam-macam sale ada..
nanti nak cerita pasal lawatan singkat saya ke Big Bad Wolf secara solo pula..
dengar cerita Cottage Patch pun buat sales jugak! alamak!
hahaha..

Hingga jumpa lagi di lain entry
Take care!
:)

Friday, December 13, 2013

Hasil tangkapan di Penang.. ;)

Assalamualaikum..

Pergi ke Penang 3 malam..
Dapat berjalan 1 hari je..
Sebab hari lain terperap kat bilik hotel..
Tapi mak tak kisah.. sebab 1 hari mak boleh cover semua.. hihihi

Dapat makan Nasi Beriyani Claypot Kapitan..
Dapat makan Pasemboq Gurney Drive.. pastu siap tapau makan kat hotel.. haha..
Dapat makan char keow teow Sg Dua..
Cuma tak sempat makan Mee Ketam kat Sungai Dua.. belum rezeki kami..

Saya dapat ke kedai Friendship Quilts ini..
Kedai ni Mamahakimi yang bagitau.. gambar ni pun dari Mamahakimi juga..
Thanks my fren! hihihi..
Kitorang sampai Gurney Drive awal sangat.. gerai pasemboq pun belum beroperasi..haha..
Jadi kami round situ.. nasib baik buka kedai ni...
Saya masuk berdukungkan Dzarif.. jadi tak dapat la membelek sakan..
Saya cuma dapat tangkap ini flower pins..

Lama dah teringin nak beli.. Aritu risik-risik kat Yee Button pun takde.. dah habis stock..

Lepas tu, semasa kami pusing-pusing Georgetown, kami ternampak SSF..
miahahaha... sungguh menggelitik hati ini..meronta-ronta kalbu nak masuk SSF.. dah terlepas jalan masuk.. kami pusing satu round lagi.. almaklumlah.. banyak jalan sehala sini.. kami tak paham sangat jalan kat Penang ni..hehe.. akhirnya dapat juga singgah SSF..
PapaD tanya.. nak beli apa kat sini? Saya jawab nak beli dulang je..
hehe..
dulang saja?? mana mungkin...

jadi...
inilah hasil tangkapan di SSF Penang


1. Storage organizer 3 compartments (RM5.90) - untuk drawer PapaD
2. Storage organizer 6 compartments (RM7.90) - untuk drawer PapaD
3. Drawer divider 10cm height (RM12.90) - untuk bilik jahit 
4. Storage box (RM11.90) - untuk bilik jahit juga, nak simpan small cut fabrics
5. Fridge lock (RM7.90) - bagi mengelakkan si kenit bukak tutup peti ais sesuka hati..
6. Storage basket bertangkai (RM6.80) - ini mak dah mengidam lama.. haritu jumpa warna hijau..nak putih..
7. Serving tray (RM9.90)- haaaa.. inilah dulang yang mak sebut tadi... betul kan mak beli dulang??? hihi
8. Spice jar set (RM10.00) - nak ganti bekas garam dan serbuk kunyit kat dapur ku yang cinonit itu..
9. Airtight clips (RM4.00) - saja beli.. sebab seronok tengok ada 2-3 size satu plastik.. hihi..

Ala.. sembilan je barangnya pun... tak banyak kan... hihihi.. ini semua untuk projek home organizing pelan-pelan kayuh mamaD.. miahahaha... bila nak kemas tak tawwww...

Semasa di Penang juga sakit lutut yang saya deritai semakin menjadi-jadi..
Sambil-sambil jaga anak, sambil-sambil google search..
Baca punya baca saya terus decide nak try ephyra.. terus sms tanya dealer ephyra ni kat Penang..
Saya kata saya nak beli dan kalau boleh hantar ke hotel saya nak malam tu juga..
Dealer tu kata ok.. jadi memang rezeki terus dapat minum ephyra ni..
baru seminggu minum.. so belum boleh review lagi.. 
cuma yang saya perasan, saya kurang penat.. rasa banyak tenaga.. tapi perut jadi cepat lapar pula.. aishhh... tak begitu elok untuk diet mak di situ... hihihi

Dan ini adalah hasil tangkapan cenderahati..
 coaster manik...

coaster kerawang..

keychains.. berkenan betul basikal biru tu..

okey.. coaster dah guna kat ofis..hehe..
suka!

Itu sahaja hasil tangkapan menjala di Pulau Pinang..
Lepas ni nak cerita hasil tangkapan di LSN year end sale pulak!
hahaha...
Pastu duit dah habis.. dok diam-diam kat rumah..
hahaha..

Okey..jumpa lagi!
take care!
:D