Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label MHRD. Show all posts
Showing posts with label MHRD. Show all posts

Sunday, October 18, 2020

Projek 2020: Lily Pad Granny Square Crochet Pillow Cover in Tiramisu Brown

 Assalamualaikum..

Salam sejahtera..

Semoga sihat semua..

Alhamdulillah.. akhirnya siap satu projek sempena cuti semester yang panjang.. hahaa.. 😁

Lily Pad Granny Square Crochet Pillow Cover in Tiramisu Brown



Sebenarnya tersentak juga jiwa ini bila sedar-sedar cuti dah nak habis tapi apakah pencapaian ku sepanjang cuti?! macam sikit sangat projek yang ku sentuh.. huhuhuhu....

Maka sempena PKPB 2.0, kita korek lah tong khazanah crochet kita dan jumpa beberapa squares yang dah lamaaaaaa siap tapi terbengkalai.. Siap tapi tak siap begitulah statusnya. hahaha!😆

Jadi dua 15 inch squares telah terpilih..

 

Square pertama adalah Coklat Tiramisu Granny Square ini  yang patternnya bernama Lily Pad Granny Square, pattern dari www.favecrafts.com

 


saya block crochet square ni guna kaedah steam blocking yang saya kaji di Youtube.. 👍


Square kedua 👆 ni adalah simple design je.. Granny square pattern all the way hahaa.. 

Both Granny Squares adalah menggunakan  Benang jenama Iceyarn Turkey. Suatu masa dahulu la kan kemain kemaruk membeli benang bercorak ni..Boleh baca Kisah benang saya di sini ya.. kat Malaysia masa tu takde Spotlight lagi.. hahaha...  so semua beli online.. (sekarang pun makin mega shopping online kan hahahaha)

Front and back side bantal ni saya cantum dengan cara saya single crochet je all 3 sides.. right sides together and crochetkan je.. pastu terbalikkan dia dan saya jahitkan zip pada side ke-4.. tiada fabric lining untuk bantal ni sebab cari tutorial semua macam tak berkenan di hati.. hahaha..




Alhamdulillah siap! It's DONE! tengok bantal ni teringin makan coklat la plak! haish!

Marilah kita simpan semua benang-benang ini sempena semester baru pun akan bermula esok!
Semester tiga mhrd.. wish me luck ya! lagi 10 bulan je to the finishing line! time flies really rocket fast guys 😅

Take care dan jumpa lagi!
Bye!

Wassalam,
zila @ mamadaniel

Friday, August 28, 2020

Kisah 2020: Semester terpanjang abad ini dan cuti semester panjang pun bermula... plus cerita pokok bunga telang (shout: yehaaaaaa!)

Assalamualaikum..

Salam bulan kemerdekaan.. Salam Merdeka ke-63 Malaysia! Tahun ni sungguh berbeza kan.. tiada sambutan seperti tahun-tahun yang lalu.. bertabahlah kita semua.. semoga wabak yang datang ni cepatlah Allah angkat pergi dari muka bumi ini.. amin.. #prayhard  Apapun, bersyukurlah sentiasa.. negara kita antara negara terbaik menangani wabak ni.. teruskan usaha #kitajagakita 💪

Bulan ni saya lega dah.. final exam semester 2 MHRD dah selesai.. ada satu paper je kena ambil exam.. yang lain lecturer ubah format, ada yang reflective paper dan assignments + presentations (which I score high ;)) Yang amik peksa tu memang kaput la mak... otak mak dah tak sama level macam orang-orang muda.. berkarat bebenor.. huhuhu.. walau pun begitu, saya tetap syukur yang amat sangat.. Semester ni penuh dugaan. Kena belajar online, exam pun online, presentation online.. hihihi.. menggigil kena jaga slide, pastu kena present lagi.. technical problem jangan kata lah.. hadap je lah.. Gi kelas pun 2-3 minggu pertama je, masa tu pun dah kecoh pasal Covid-19.. Tak lama tu terus PKP. Walau dah PKPP pun, kami masih kelas online. Langkah berhati-hati.. keselamatan semua perlu diutamakan. lamanya tak gi UPM.. haihhhh.. 

Kelas online ni, banyak cabarannya. Emosi turun naik. tak dapat keluar rumah, tak dapat jumpa kawan-kawan untuk bincang kerja kumpulan.. struggle... semester ni pula jadi panjang sebab ada cuti PKP dan kelas online pun tak sama kelas face-to-face, jadi ada yang kena dipanjangkan sedikit untuk habiskan syllabus. Longest semester ever!! Bila dah mula cuti ni, rasa sangat legaaaaa... i tell you! siapa kata sambung belajar ni senang amat! hahahaa.. ok.. tak susah sangat, tapi bagi saya tidaklah mudah juga.. ada pasang surutnya.. tapi tetap seronok la... hihihi.. #mixedfeeling

Cuti semester kali ni dapat panjang la sikit.. bulan Oktober nanti baru bukak semester baru.. pejam celik dah nak masuk sem 3 dah mak ni haaa.. cuti panjang ni macam-macam plan nak buat.. nak menjahit, nak cari balik cross stitch, nak siapkan runner, nak masak, nak tanam sayur, nak hiking, nak senam.. bahahahaha... plan je la tu.. setakat ni yang jadiknya cuma mengait mask extender je.. menyudahkan janji yang taknak kucapatikan.. hahaha.. ok share gambar sikit... hihihi..



Menanam sayur ada la sikit-sikit.. hikmah duduk di rumah lama.. hihi.. dapat la bercucuk tanam.. semua masih peringkat anak pokok.. hahaa.. lambat besar atau terbantut tumbesaran..saya pun tak berapa pasti.. maklumlah baru belajar menanam kan.. hihihi... tapi cakap betul la.. hati gembira tengok biji benih yang ditanam, tumbuh jadi anak pokok, lepas tu membesar.. banyak daun, keluar bunga.. oooo makkkk.. takleh cerita la perasaan tu.. hihi.. bak kata omputih Horticultural Therapy

Bila menanam ni kita dapat mengeluarkan hormon gembira kita.. Tak payah la kita tunggu orang bagi bunga kat kita, kita tanam pokok bunga.. hari-hari dapat bunga, hari-hari gembira..hihi.. walaupun bunga pokok bendi.. miahahahaha.. Sekarang paling gembira dengan pokok bunga telang biru ku... dah mula berbunga dah... yehaaaa... kawan bagi tips, kalau nak pokok kita sihat segar bugar, kita kena cakap i love you hari-hari kat pokok kita.. hihi.. ok, dah cuba buat, tapi bisik-bisik je la.. kot jiran dengar, malu alah plak nanti.. hahahahaha

Pokok bunga telang ni saya tanam dari biji benih.. benih tu beli di shopee.. 
benih siam mari.. satu ayat pun tak paham kat plastik dia.. hahaa... 

anak pokok dia halus je kan..

Gambar bawah ni dah sebulan lepas semai..

tak berapa pandai lagi menanam kan, satu pasu saya masukkan dua anak pokok.. pastu sekarang macam menyesal plak, nak gali balik takut terputus akar ke apa ke kan.. jadinya tawakal je la untuk sepasu telang ni... akar dia berbiji-biji tau.. masa ni sepohon tu tak jumpa tiang nak membelit lagi.. hihi


sehari lepas tu jenguk, dia dah jumpa dah tiang dia.. hehee...
bahagianya rasa.. tetiap hari belek dia nih.. hihi


Trellis hijau ni saya beli di Homepro IOI City Mall.. tak ingat harga.. tapi tak mahal mana la.. masa ni dah cuak tengok dia macam takde tempat nak belit kan.. Pastu kita beli plak trellis buluh kat shoppee.. oversea mari.. tunggu la 12 hari baru dia sampai.. ada jual buluh tu kat Mr DIY, tapinya size dia besar.. saya nak cari yang kecil je, tempat gantung tak berapa luas.. hihii..

Ini baby sulung kita.. hihihi

tapi tak sempat kembang, dah jatuh gugur ke bumi.. tak tau la angkara siapa.. takmo tuduh-tuduh la kan.. (tapi semalam nampak cik belalang elok parking tak atas pagar 😑) huhuhu


Ini pula gambar hari ini...
dah keluar dah bunga dia.. trellis buluh halus tu la beli di shopee.. 


22.6.2020 - 28.8.2020 - macam tak lama la sebenarnya nak tunggu dapat bunga ni..
jadi kalau nak mula tanam pokok bunga, saya cadangkan mulakan dengan cik telang ni.. hehee.. tengok gaya dia tahan lasak juga.. tinggal balik kampung pun dia survive.. pastu bunga biru plak tu.. memang kegemaranku lah kan.. makanya kembang sahaja hati ku memandangnya.. cheeeewahhhh! hahahaha... pakcik uols suruh tanam orkid pulok.. sebab orkid pun kebal, boleh tinggal lama.. ok, jom cari orkid biru 😍😍😍

Sekian karangan panjang kali ini.. Lama tak menulis ginilah jadinya.. hahaha

Kengkawan yang singgah sini sila tinggalkan jejak anda di ruang komen ya! 

Kalau nak tengok saya menceceh selalu, boleh jugak ke ig berkebun  saya https://www.instagram.com/acikmokberkebun/


dan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-63
#malaysiaprihatin



Jumpa lagi!

Wassalam!

Tuesday, June 30, 2020

Projek 2020: PPE Mask Adaptor #inisemuakeranacodiv19

Assalamualaikum..

Posting kali ni in English ya gaisss... hahaa.. sebab saya buat write up dan poster untuk assignment subject Adult Education. Subject ni fun sebab the instructor is so creative! hihi.. so alang-alang dah buat poster, saya share la kan sini sebagai kenang-kenangan 😊😊 #sharingiscaring


This project started when a friend shared a photo of mask adaptor crocheted by DYMM SPB Raja Permaisuri Agong on Instagram (airtangan_tunkuazizah). My friend knows that I like to do craft work, so she suggested me to try this too. The mask adaptor crochet pattern used by DYMM SPB Raja Permaisuri Agong was also then shared by the kind crafter on her Instagram account after so many requests in her Instagram account (Instagram account: Tatarenda.my). 

Unfortunately, I don’t know how to read graphic crochet pattern that was shared. I only know how to read written pattern. So, I search for free pattern via the Internet and there was a variety of patterns. Few patterns really catch my attention. (Keyword for searching: mask adaptor crochet pattern, mask extender crochet pattern, free crochet pattern). 

After screening through the patterns found, I decided to try crocheting the mask adaptor using only two patterns, both have written patterns and YouTube videos. With few trials, I choose to stick to the pattern by Carol Passaro, which was shared by Sarah-Jayne Fragola on her blog Cella Coco Crochet at this link  https://bellacococrochet.com/ppe-mask-adaptor-pattern/. I made a few and post it on my Instagram Stories. Unexpectedly, there are more requests coming in from my fellow friends who would love to have this mask adaptor. Since I’m doing this just for fun and didn’t intend to sell it yet, some friends are paying me with banana cake, cookies, chocolates and ‘duit raya’ for my kids #bartertrade.

Here, I would like to share about the process of crocheting a PPE Mask Adaptor. Picture collages are snapshots from my amateur video recording (need to learn how to shoot videos afterward!). The materials needed are also in the pictures below.





These are the pictures of some of the mask adaptors I managed to crochet during the short semester break/ MCO break. Do try to make it yourself! You’ll be amazed with the results.

---
till next time gaisss!
take care!
❤️💙❤️💙❤️💙
zila @ mamadaniel

Friday, November 22, 2019

Kisah 2019 : New Adventure Begins - my MHRD journey

Assalamualaikum...

Dear blog, lama ku tinggalkan dikau.... (ampun...) Janji aritu nak kerap menulis di sini.. tapi tak jugak.. ni pun datang jenguk sebab tetiba ada blogger tanya pasal trip gi Bandung dulu.. hihii.. tak manis pulak kalau tak dijawab kan pertanyaan beliau.. Terima kasih ya menanya.. kalau tak bertambah la sawang blog mamadaniel nih.. hihihi

Sekadar nak create memories di sini.. perkongsian cerita yang bakal jadi sejarah suatu masa nanti..
Di usia 40 tahun, Alhamdulillah Tuhan rezekikan saya dapat sambung belajar peringkat Sarjana. Sejak September 2019, saya merupakan pelajar lah semula.. haha.. setelah meninggalkan title student sejak tahun 2002. Tahun 2019 saya kembali menjadi student kertu.. hahaa.. Saya ambil Masters in Human Resource Development di Universiti Putra Malaysia.

Perjalanan memulakan pengajian ni saya dah start sejak mungkin 3 ke 4 tahun yang lepas.. Saya niat nak dapatkan biasiswa la kan untuk sambung belajar, biasiswa dengan cuti belajar bergaji penuh. Jadi untuk dapatkan biasiswa tu bukanlah mudah. Ok, ada orang senang dapat, tapi saya cuba dua kali barulah sangkut.. hihi.. rezeki memasing la kan..

Saya ni masuk kategori minta lambat sebenarnya.. orang lain seawal masuk kerja dah cuba nasib dah. tapi saya amik keputusan lambat sikit. Biasalah kategori pikir panjang memang macam ni.. haha.. tapi bila dah dapat tajuk yang kena dengan jiwa sanubari saya, saya terus go for it lah! memang work hard dan pray even harder.. i really pray hard. i mean it! saya doa dan doa dan doa.. lepas saya gagal kali pertama, saya cuba lagi sekali dengan proposal yang sama.. saya nekad taknak tukar!  lepas hantar tu, saya tak henti henti berdoa.. doa saya memang spesifik sangat.. saya nak dapat HLP, saya nak gi belajar, saya nak dapatkan masters.. Ya Allah, tolonglah makbulkan doa ku.. permudahkan segalanya.. (mcm tu lah lebih kurang doanya..) hihi dan saya tahu keluarga saya terutama suami, mak abah dan adik beradik saya serta kawan-kawan pun doakan saya juga. diorang tahu betapa saya nak sangat benda nih.. hahaha... habis kat fb pun cik abe suh kengkawan dia doakan saya.. hahaa...

Dalam masa saya tunggu keputusan untuk biasiswa, Allah rezekikan saya peluang untuk naik pangkat.. maka berhijrah lah saya ke organisasi baharu.. Dalam seminggu dua kat sana keluar keputusan saya dapat biasiswa sambung belajar.. hihi.. masa ni gembira amat toksah citer la.. tapi pada masa sama berbelah bahagi sebab baru sangat pindah kerja.. sepanjang beberapa bulan saya memang tak boleh decide.. nak gi belajar tahun ni ke, atau nak extend ke tahun depan..

Dalam berfikir-fikir tu, tempat kerja baru pun banyak dugaan dan cabaran yang saya hadapi. Kerja Alhamdulillah, ramai yang membantu.. tapi ada beberapa perkara yang tak berapa best kat sana.. maka istikharahlah saya.. selagi hati tak jelas, selagi tu saya solat.. sampai satu ketika tu, saya solat dengan satu keputusan.. saya decide, ok.. saya akan gi belajar pada tahun ini, September 2019. Ya Allah, jika keputusanku ini sesuatu yang baik, kau permudahkanlah Ya Rabb.

Selesai solat tu, terus hati saya jadi lega. Macam ada batu beban yang berat tetiba jatuh dari hati saya, dari bahu saya, dari kepala saya! Lapangnya dada! yang ni saya susah nak explain.. perasaan tu sukar digambarkan dengan perkataan saya yang terbatas.. huhu.. Terus saya wassap kawan saya, Ok Tir, akak decide sambung belajar tahun ni. Takpelah rezeki naik pangkat ni... akak lepaskan je lah dulu. Lagipun bila difikir balik, benda ni lah yang nak sangat haritu kan, kenapa sekarang berdolak dalik pulak.. hahaha.. Kawan saya terus support keputusan saya! Maka dengan dia ni lah saya urus segala dokumen perjanjian, medical check up bagai.. dan Alhamdulillah dapat sambung belajar sesama walaupun lain fakulti.. hihi.. janji sama-sama UPM.. hahaa.. (thank you my friend).

Alhamdulillah.. program masters yang saya hadiri ni akan makan masa 4 semester, InsyaAllah..
Doakan saya ya.. Mampu menghadapi setiap cabaran yang mendatang dengan tenang dan tabah. Dipermudahkan setiap urusan, diterangkan hati dan dapat menerima ilmu supaya dapat dimanfaatkan kelak..

Syukur juga saya dikelilingi kawan-kawan satu program yang ramai.. saling membantu dan menyokong antara satu sama lain.. Syukur sangat.. Semoga kami dapat cemerlang bersama dan graduate bersama nanti! okey.. ni gambar kami masa Sesi Ikrar (oath taking ceremony). Simpan sini sebagai kenangan.. InsyaAllah diorang tak baca blog ni.. hahahaha..




Jumpa lagi!
Take care.

zila@mamadaniel