Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label FINISHED. Show all posts
Showing posts with label FINISHED. Show all posts

Monday, November 30, 2020

Projek 2020: Macrame

Assalamualaikum..

Hai!

This is the first macrame that I made using a dowel rod. 

Rod tu saya beli kat kedai buku di Bangi.. susah nak jumpa tau! Online pun susah nak jumpa.. ada yang jual kat local online shop tapi limited.. dari overseas ada banyak la tapi lama kena tunggu la haiiii.. Hihi.. yang saya guna tu pine wood stick.. panjangnya 30cm. Just nice for a plant hanger! Macrame cotton cord saya tu semua saya order online.. semua ada di shopeepeepeee 😜


Ini adalah macrame saya yang ketiga sebenarnya.. Cubaan y
ang pertama dan kedua adalah si biru berdua inih 💙💙..





Macrame yang saya buat ni semua beginner level. InsyaAllah tak susah.. 

Yang susah pasal projek ni adalah susah nak mula je miahahahaha ðŸĪŠ lagi satu bila dah mula.. susah pulak nak siapkan hahahaa tersadai la sampai mood mariiii ðŸĪ­ðŸĪ­ðŸĪ­ #sejenisperangai Alhamdulillah adalah juga hasil sikit-sikit nih.. walaupun selowwww.. 

Ok! sekarang ni cuma masalahnya adalah tempat gantung yang belum ada.. hahaaa.. 😓


Kalau nak cuba boleh refer link tutorial kat bawah ni ya..

Macrame plant hanger (blue) 

https://www.youtube.com/watch?v=aTwB4TT35c0

Macrame wall plant hanger

https://www.youtube.com/watch?v=SSjlWlanFJE&t=19s


ada banyaaaakkkk sangat tutorial di youtube! sila skodeng hehee

selamat mencuba ya!

jumpa lagi & stay safe everyone! 

#keeppraying #prayhard #spreadlove

-mamadaniel-


Sunday, October 18, 2020

Projek 2020: Lily Pad Granny Square Crochet Pillow Cover in Tiramisu Brown

 Assalamualaikum..

Salam sejahtera..

Semoga sihat semua..

Alhamdulillah.. akhirnya siap satu projek sempena cuti semester yang panjang.. hahaa.. 😁

Lily Pad Granny Square Crochet Pillow Cover in Tiramisu Brown



Sebenarnya tersentak juga jiwa ini bila sedar-sedar cuti dah nak habis tapi apakah pencapaian ku sepanjang cuti?! macam sikit sangat projek yang ku sentuh.. huhuhuhu....

Maka sempena PKPB 2.0, kita korek lah tong khazanah crochet kita dan jumpa beberapa squares yang dah lamaaaaaa siap tapi terbengkalai.. Siap tapi tak siap begitulah statusnya. hahaha!😆

Jadi dua 15 inch squares telah terpilih..

 

Square pertama adalah Coklat Tiramisu Granny Square ini  yang patternnya bernama Lily Pad Granny Square, pattern dari www.favecrafts.com

 


saya block crochet square ni guna kaedah steam blocking yang saya kaji di Youtube.. 👍


Square kedua 👆 ni adalah simple design je.. Granny square pattern all the way hahaa.. 

Both Granny Squares adalah menggunakan  Benang jenama Iceyarn Turkey. Suatu masa dahulu la kan kemain kemaruk membeli benang bercorak ni..Boleh baca Kisah benang saya di sini ya.. kat Malaysia masa tu takde Spotlight lagi.. hahaha...  so semua beli online.. (sekarang pun makin mega shopping online kan hahahaha)

Front and back side bantal ni saya cantum dengan cara saya single crochet je all 3 sides.. right sides together and crochetkan je.. pastu terbalikkan dia dan saya jahitkan zip pada side ke-4.. tiada fabric lining untuk bantal ni sebab cari tutorial semua macam tak berkenan di hati.. hahaha..




Alhamdulillah siap! It's DONE! tengok bantal ni teringin makan coklat la plak! haish!

Marilah kita simpan semua benang-benang ini sempena semester baru pun akan bermula esok!
Semester tiga mhrd.. wish me luck ya! lagi 10 bulan je to the finishing line! time flies really rocket fast guys 😅

Take care dan jumpa lagi!
Bye!

Wassalam,
zila @ mamadaniel

Tuesday, February 11, 2020

Projek 2020 : Mini Sajadah - Quilt and crochet combined

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. masih bertemu di sini.. 😃

Sempena cuti semester pertama ni, saya berjaya siapkan mini sajadah saya..
Simple je.. quilted.. dan kali ni nak berbeza sikit.. saya kaitkan tepinya.. buat crochet edging.. 
 Quilt patutnya ada binding, tapi untuk projek ini tiada binding. 😉 saya jahit je keliling dengan mesin.. harap bertahanlah lepas basuh nanti tak berambu ramba.. huhu.. Lepas tu saya hand stitch keliling dengan blanket stitch guna benang kait. Saya guna Lace Yarn Daiso #20 White Color.


Pattern lacy crochet edging ni saya dapat dari blog thegreendragonfly
Kejadian edging saya ni nampak tak segebu tuan punya pattern tau. Mungkin faktor benang. benang daiso ni keras sikit la.. dia tulis 100% cotton. mungkin sebab tu keras sikit. tapi saya suka.. dia jadi sturdy.. keras kejung sikit tapi tak kembang.. acaner nak explain tu.. hahaha 😀


Ada beli benang color pink gak.. berangan untuk next project la.. tapi nak cari pattern edging lain pulak .. yang lagi comel.. muahaahaaa.. #beranganituindah 

Yeay.. lepas basuh boleh guna!
percubaan pertama takleh bagi orang.. segan!
hihi..

Semester baharu dah pun bermula semalam.. tapi kelas belum mula lagi.. 
Langkah berjaga-jaga sempena coronavirus, maka kelas pun online sahaja.
Take care ya! semoga kita semua dalam lindungan Allah sentiasa. Dijauhkan dari wabak penyakit yang merbahaya dan semoga wabak ni cepat berakhir..Amin...

Till next project!
Jumpa lagi InsyaAllah 😊

Tuesday, January 31, 2017

Projek 2017 : Essential Oil Projects - soothing eye pillows, diffusers and pincushion

Assalamualaikum..

Projek pertama menggunakan essential oil..
bagi mengurangkan stress.. insyaAllah.. hihihi..

Saya buat dua:
Pink untuk lavender
Hijau untuk stress away

Dua-dua e.o. ni untuk relaxing..sesuai la untuk tidur..
Kalau nak buat untuk mencergaskan diri pun boleh tapi kena guna e.o. lain macam peppermint. Saya suka juga bau peppermint.. minyak ni saya beli dengan kawan saya.. 
boleh follow ig dia @mamaminyak. :)


Pattern soothing eye pillow ni saya follow tutorial dari sew4home


ni gambar side depan dan side belakang eye pillow saya..
bau lavender tu saya bagi anak bongsu saya guna.. 
nak bagi kurangkan tantrum dia sikit..
hehe.. kita cubalah kan.. :)


Pastu ada kain olive lebih-lebih tu buat la diffuser.. bagi la bau peppermint letak dalam kereta.. kawan bagi sample untuk peppermint ni.. hihihi... bau macam gula-gula polo yang bulat kat tengah ada lubang tu.. refreshing la bau dia..


Buat diffuser lagi.. smaller size.. saja buat gantung dalam bilik jahit..
Pastu buat pincushion bubuh juga sikit e.o. dalam tu... hadiah buat kakak geng senam.. :)


Apa yang saya bubuh dalam semua-semua tu?

Ni haa..

Beras merah campur flax seed.
Titikkan e.o. setitik dua.
Pastu masukkan dan jahit.


saya follow je sebijik-sebijik tutorial tu tunjuk..
hihihii.. nak bubuh benda lain pun boleh kot..

Sekian cerita projek kecil-kecilan kali ini..

Esok Februari sudah...
;)
Take care dan jumpa lagi!

Saturday, December 31, 2016

Dari 1 Januari hingga 31 Disember 2016

Assalamualaikum...

Jom kita wrap up tahun 2016 dengan gambar-gambar cantumtampal ini.. ;)




Alhamdulillah..
Projek kecil-kecilan sahaja untuk tahun 2016..
Berjaya menyelitkan juga aktiviti menjahit dan mengait dalam kesibukan bersenam bagai.. hihihi..

Tahun 2016.. Alhamdulillah followers blog ni sebanyak 276.. (mekaceh..mekaceh..) dengan sekarang ni semua orang ada facebook dan instagram (termasuk diri sendiri juga).. lebih senang dan cepat nak update apa-apa.. tapi saya masih juga dengan blog ni.. ni kira macam catatan peribadi saya la.. kot-kot lupa boleh refer je sini balik.. hihihi.. Blog post tahun ni pun paling sikit.. Cuma 20 termasuk entry ni.. mmg rekod.. hahaha...

Penghujung 2016 saya berjaya mengemas bilik jahit.. Alhamdulillah.. walaupun belum kemas sepenuhnya.. tapi kemas sebelah pun jadiklah kan.. harap dapat cerita pasal sewing room mamadaniel awal tahun depan.. ngeeee.. harap diberi kekuatan, kesabaran, sumber ilham untuk menjadikan bilik tu lebih kemas dan cantik.. hehee... ;)


Tahun 2016 juga saya berjaya menurunkan berat badan saya.. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat.. dapat jumpa program yang benar-benar menjadi untuk saya.. syukur...syukur.. sekarang dalam proses mengekalkan berat badan.. memang mencabar..naik turun sekilo dua la.. hihi.. kalau tersasar masih boleh kembali berenang ke tepian.. hihihi.. belum tenggelam ke lautan dalam..mungkin sebab ada pengalaman dan sedikit ilmu yang dikongsi oleh coach dan rakan-rakan seperjuangan..syukur Alhamdulillah....


Tahun ni juga anak saudara pertama dalam keluarga mendirikan rumah tangga.. cucu pertama atok mak atok abah.. uish.. tengok budak kecik ni kawin.. terasa diri ini dah tua.. haha.. dia lahir masa saya form 1 kot.. tengok dia besar.. suka gelakkan dia cakap gagap-gagap masa dia kecik.. hihihi.. sekarang dah 24 dah umurnya.. memang lagi tinggi dari makcik pakcik dia.. hihihi..  bila dia dapat anak nanti, saya jadi nenek okeh.. nenek vogue.. panggil tok chik comel la.. hihihi... ;)


Banyak gak dapat join aktiviti baharu dalam tahun 2016 ni.. Dapat join fun run.. dapat panjat Bukit Broga.. dapat beraquazumba.. pergi MAHA.. join zumba marathon.. main basikal dengan anak-anak.. :) banyak juga dapat kenalan baru.. Alhamdullillah.. tahun riang ria  untuk saya.. hihihi... :) Harapnya tahun depan juga lebih ceria.. amin.. semoga Allah beri kesihatan untuk cuba pelbagai perkara baharu kelak...hihihi..

Azam tahun 2017?
Daniel darjah 6 tahun depan.. UPSR dan PSRA menanti... mama papa kena jadi lebih gagah secara luar biasa.. haha.. ultrapower... hahaha.. kurung dia dalam bilik jahit.. sambil suruh dia buat revision sambil mama menjahit.. miahahaha...

Jumpa lagi!
Selamat tinggal 2016.
Sweet memories remain..
dan
Selamat datang 2017.

Semoga segalanya Allah permudahkan untuk kita..
Amin..

♥♥♥♥♥♥






Tuesday, August 30, 2016

Projek 2016 : Rag Quilt yang cinonit

Assalamualaikum..

Projek kecil-kecilan lagi..

Rag Quilt namanya
Green and blue combo.. dengan merah sebagai penyeri..
:)


Block saya kecik je.. 5 ini je..
Backing guna fleece warna merah.. beli murah-murah kat Spotlight masa sale..
Saya guna tutorial Cottagemama

Saya jahit silang-silang je..
cepat siap..
hehe..


Block bawah ni silap sikit jahitan dia.. 
sepatutnya seam allowance tu jangan press ke tepi.. kena press open..


Bila dah silap kena la bukak balik jahitan..
Jahit semula..
Agak mencabar jahit ni sebab dia dah tebal-tebal.. bila kita pinkan.. masa jahit tu asyik tercucuk jarum.. huhuhu.. kena hati-hati.. 

Bila dah siap.. semua seam kita buka.. pastu jahit keliling.. 
Bila dah siap jahit kita potong tepi-tepi seam tu semua..
Nak buat rambu ramba..

Dah siap potong.. 

kita kena basuh dan patutnya masuk dryer..
Tapi saya takde dryer.. saya jemur je..
Jadi saya punya rambu ramba tu tak berapa menjadi..
 

Backing merah menyala..
Hehe..



Rajin nanti nak bawak gi kedai dobi self service tu la..
Kot kot lepaa tu rambu ramba dia menjadi mcm omputih punya tu.. hehehhe...


Cinonit kan.. size place mat je.. hehee..

Sekian cerita projek kali ini..
Selamat menyambut Hari Merdeka ke 59 esok..
Merdeka!

Tuesday, March 1, 2016

Projek 2016 : All In Row - Quilted Mug Rug

Assalamualaikum..
 
Sebuah lagi projek kecil-kecilan..
copy paste seratus peratus tutorial Samelia's Mum
tuan punya tutorial buat placemat
saya buat mug rug je..
comel lote..
hihihi
 
 
purple hijau
guna saki baki charm pack yang ada
nak buat projek kecik je
yang cepat siap
last-last lama gak peram
sebab susah nak decide binding
macam biasa la kan..
hahahaha
 
akhirnya hijau muda ni yang terpilih..
ok kan?
berbaloi tunggu lama nak siap kan..
hahaha
 
ini masa in progress..
 
close up sikit..
 
 
Yeay!
Siap!
:)
 
 


Wednesday, February 3, 2016

Projek 2016 : Crocodlile Stitch Pouch (Siapkan projek 2012)

Assalamualaikum..
Sudah masuk bulan kedua tahun 2016 dah kita..
Seperti biasa.. azam saya tahun ini adalah sama seperti tahun-tahun terdahulu iaitu saya sesungguhnya berazam untuk menyiapkan projek-projek yang lama tertangguh tak siap-siap bertahun-tahun lamanya.. hihihi...
kali ini saya dapat siapkan projek yang saya mulakan pada pertengahan tahun 2012. pastu tertangguh pada penghujung 2012.. entah nape masa tu takde mood langsung nak siapkan. satu hal sebab cari tutorial menjahit zip dan lining yang best tapi tak jumpa-jumpa.. pastu try jahit sendiri macam pandai tapi tak menjadi pastu terus tolak tepi.. mood memang ke laut.. maybe masa tu pregnantkan si Dzarif.. hihihi... sekarang Dzarif nak masuk 3 tahun.. makanya projek ini ambil masa untuk siap selama lebih kurang 3 tahun setengah.. muahahaha...
Alhamdulillah..
siap akhirnya

Crocodile Stitch Pouch
with zipper and lining
ngeeee

Zip siap jahit kira-kira empat bulan yang lalu.. jahit tangan je.. running stitch.. selit kat benang crochet tu.. tak nampak pun jahitan..
;)
 
Saya guna tutorial carriewolf.net untuk jahit zip dan lining pada crochet piece saya tu. cuma cara dia jahit lining macam complicated sikit ikut bentuk crochet bag dia.. saya jahit lurus je.. sekeping kain ikut panjang dan lebar pouch tu.. pastu lipat 2.. jahit kiri kanan.. haha.. bertahun memikir macam mana kaedahnya.. miahahaha...

Saya pin banyak-banyak keliling lining.. kain lining right side facing up. Pinkan kain lining tu ke bawah sikit dari zip. Kalau nak selamat jarakkan jauh sikit lagi dari zip tu supaya nanti tak terzip kain lining masa nak buka tutup zip. Cotton kain yang lembut lembik kan.. kalau guna felt mungkin selamat sikit.. ;)

Masa jahit lining ke pouch tu saya lipat bahagian atas dalam setengah inci ke dalam dan kemudian jahit dengan blind stitch.. hand stitch.. tak yakin nak jahit dengan mesin.. ;) kang tak jadi kena tetas balik kang tersadai lagi setahun.. hehehe...

Alhamdulillah..
Siap satu..
:)

Jom siapkan WIP seterusnya.. hihi..
Jumpa lagi!
Take care..
♡♡♡♡♡♡

Thursday, December 31, 2015

Dari 1 Januari hingga 31 Disember 2015

 ASSALAMUALAIKUM..

1 Januari - 31 Disember 2015

Sedikit wrap up sebelum meninggalkan 2015 :)

2015: Baby quilt dapat siapkan satu, sejadah muka dapat sekeping, mug rug pun satu, pin cushions meriah tahun ini.. dapat siapkan 3.. owl, hexagon dan tuna can pin cushions.. crochet dapatlah satu.. ini semua projek dapat siap dalam 2015.

Projek start dan tak siap-siap dalam tahun 2015 pun ada.. hahahaha.. antaranya projek jahit blouse ni... pattern dapat free.. laundry day tee.. saya guna kain moss crepe beli kat Gio fabric Bangi. RM16.90 semeter. Saya tak tau nak bajet.. beli 2.5 meter.. akhirnya banyak kain lebih yang tak tau nak buat apa.. maybe buat scarf gi senamrobik... kikiki.....



Dapat siapkan sepasang baju kurung pahang.. huhu.. awal tahun siap potong.. hujung tahun dapat pakai.. dalam 9 bulan peram.. hahaha... nasib siap.. haha...


Tahun 2015 juga saya berjaya gigihkan diri untuk join senamrobik.. senamrobik helwa taman perumahan kitorang buat pada hujung minggu.. saya juga join tabata. memang syok tabata ni.. masa buat rasa tak teruk sangat.. tapi coach yatt kata pembakaran lemak dia 24 hingga 48 jam.. memang rasa kat part dia tumpukan contohnya perut dan peha.. kalau kat perut mau dua hari rasa tegang bila batuk.. huhu... pastu saya join astika fitness aerobik studio.. merasalah zumba dan aerodance.. piloxing sekali.. saya suka zumba.. bila peluh memang memercik gila.. berbaloi-baloi berjoget.. hehehe.. saya ni larat senamrobik je.. nak suruh saya  berjogging memang tak larat..  berat saya statik.. tahun 2015 ni macam takde perubahan.. turun naik turun naik takuk 70kilos gak.. huhu...


Tahun 2015 Alhamdulillah followers blog ni dah ada 287.. blog suam-suam kuku pun ada gak darlings2 nak follow kannn. Mekaceh makcik ucapkan.. Blog post tahun ni paling sikit.. Cuma 32 termasuk entry ni.. tahun 2015 hidup agak bercelaru dengan projek rumah yang makan masa lebih lapan bulan.. Alhamdulillah siap juga rumah kami.. dengan pelbagai dugaan.. bertukar kontraktor.. over budget lagi.. ho ho ho.. memang telan sahaja segala ranjau onal dan duri..hihi... masih belum siap sempurna deko rumah kami.. kena kumpul tabung bagi penuh balik baru berani fikir nak deko2 gitewww... ;)

 

Alhamdulillah... tahun ini juga Allah rezekikan saya peluang untuk laser mata.. sekarang hidup bebas contact lense and cermin mata.. Alhamdulillah.. impian 10 tahun simpan.. ;) sedar tak sedar dah 2 bulan lepas buat relex smile dgn prof muhaya.. :) syukurlah mata tak kering lagi.. cuma masih belum berani terjun kolam.. insyaAllah januari 2016 kita start balik ya!

Apa yang belum tercapai 2015?
Hmmmm... banyak!
Sambung tahun depan lah ek..
Hehehe..

Semoga tahun depan adalah lebih baik.. insyaAllah..
Amin..
♡♥♡♥♡♥

JUMPA LAGI!

WELCOME 2016!




Tuesday, December 22, 2015

Projek 2015 : Apple and crochet?

Assalamualaikum...
Projek kecil-kecilan 2015.. hihi..


Fabrik apple..

Yang terselit tersorok sekian lama..
Cari-cari kain terjumpa dia ni.. kecik ni.. size fat quarter je.. terselit antara kain-kain yang bersaiz lebih besar..huhu..
Nak buat alas kecik je.. nak mencuba crochet pada fabrik.. size siapnya cuma 9 inci.. :) depan belakang fabrik apple.. :)

Saya rasa part paling susah payah saya buat ialah menjahit jahitan asas pada kain guna benang kait.. hehe.. saya guna blanket stitch dengan benang yang saya beli kat daiso suatu ketika dahulu.. jahit guna jarum cross stitch pulak tu.. pastu tak pandai bajet panjang benang.. kena sambung separuh jalan.. huhu.. dah berbendul-bendul kat tempat sambungan tu.. ada banyak cara sebenarnya nak buat base stitch ni..  boleh kait terus.. boleh tebuk dahulu..

Bila dah siap tu.. crochetnya mudah sahaja.. shell pattern kan ni.. sekejap je siap.. tak sampai sehari pun..


Saya jadi excited nak try lepas tengok sarung bantal bercrochet kat internet.. terus saya jahit sarung bantal.. dapatlah 6 helai.. tapi sarung bantal tinggal sarung bantal.. pastu malas nak crochet.. hahaha.. teruk benor perangai.. :p nasib siap sarung bantal.. boleh gak buat ganti yang dah kusam-kusam.. hehe...;)

Tahun ni semua projek kecik.. kikiki... projek WIP last2 years memang belum siap.. sambung azam tersebut pada tahun hadapan.. haha.. harap kain tu semua belum mereput.. :p
Take care semua!
Jumpa lagi..
♡♥♡♥♡♥

Reference: yougogirl.typepad.com
Nanti saya link ek... guna hp macam tak gheti.. hehehe.. ;)

Sunday, October 18, 2015

Projek 2015 : Owl Pincushion

Assalamualaikum...

Perkenalkan Sarip the Owl...
Hehehe...
;)


Ini owl pertama saya.. Puas mencari di google pattern owl yang comel, cantik dan tidak menakutkan.. hahaha.. akhirnya jumpa tutorial yang berkenan di hati.. boleh refer toturial bugsandfishes ni ek.. siap template..siap cara jahit..  kita.gollow saja.. hehe..ni template dia lepas saya potong-potong.. nampak dah rupa woot woot tengah kenyit mata... ;)

Sebenarnya saya berangan nak buat banyak-banyak.. tapi yang jadi cuma satu ni je.. haha.. slow sikit sebab hand stitch semuanya.. pastu saya tak banyak felt. Jadi pilihan warna adalah amat terhad. Guna je apa yang ada dalam stok.. hehe..  habis adjust dapat la 4 pilihan. Tunjuk pada kawan-kawan ramai suka no. 4 hidung pink tu. Tapi entah macamana masa jahit, saya terjahit juga hidung coklat. Huhu.. berangan betul.. hahaha... maka akhirnya jadilah yang nombor 2 tu.. huhu...


Pattern ni guna whip stitch untuk jahit keliling owl dan keliling mata dan hidung dia tu.. tapi saya ubah guna blanket stitch. Harap tahan lah nanti..
Bila dah cucuk-cucuk pin tu macam seram plak saya tengok.. hahaa...  tapi kejap je seram.. pastu cucuk je lah.. buat tempat cucuk shawl pins pun comel gak ni.. cuma masalahnya dia ni tak boleh berdiri sendiri. Kena letak dalam bekas atau kena bersandar la kat mana- mana..
Pasni nak try owl pattern lain lah. Guna fabrik pulak..buat bantal pun comel gak ni.. hehe.. kita berangan dulu... ;) hehe..

Jumpa lagi..
Tata..
Take care semua!
♡♥♡♥♡♥