Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label Projek Rumah. Show all posts
Showing posts with label Projek Rumah. Show all posts

Monday, November 30, 2020

Projek 2020: Macrame

Assalamualaikum..

Hai!

This is the first macrame that I made using a dowel rod. 

Rod tu saya beli kat kedai buku di Bangi.. susah nak jumpa tau! Online pun susah nak jumpa.. ada yang jual kat local online shop tapi limited.. dari overseas ada banyak la tapi lama kena tunggu la haiiii.. Hihi.. yang saya guna tu pine wood stick.. panjangnya 30cm. Just nice for a plant hanger! Macrame cotton cord saya tu semua saya order online.. semua ada di shopeepeepeee 😜


Ini adalah macrame saya yang ketiga sebenarnya.. Cubaan y
ang pertama dan kedua adalah si biru berdua inih 💙💙..





Macrame yang saya buat ni semua beginner level. InsyaAllah tak susah.. 

Yang susah pasal projek ni adalah susah nak mula je miahahahaha ðŸĪŠ lagi satu bila dah mula.. susah pulak nak siapkan hahahaa tersadai la sampai mood mariiii ðŸĪ­ðŸĪ­ðŸĪ­ #sejenisperangai Alhamdulillah adalah juga hasil sikit-sikit nih.. walaupun selowwww.. 

Ok! sekarang ni cuma masalahnya adalah tempat gantung yang belum ada.. hahaaa.. 😓


Kalau nak cuba boleh refer link tutorial kat bawah ni ya..

Macrame plant hanger (blue) 

https://www.youtube.com/watch?v=aTwB4TT35c0

Macrame wall plant hanger

https://www.youtube.com/watch?v=SSjlWlanFJE&t=19s


ada banyaaaakkkk sangat tutorial di youtube! sila skodeng hehee

selamat mencuba ya!

jumpa lagi & stay safe everyone! 

#keeppraying #prayhard #spreadlove

-mamadaniel-


Friday, August 28, 2020

Kisah 2020: Semester terpanjang abad ini dan cuti semester panjang pun bermula... plus cerita pokok bunga telang (shout: yehaaaaaa!)

Assalamualaikum..

Salam bulan kemerdekaan.. Salam Merdeka ke-63 Malaysia! Tahun ni sungguh berbeza kan.. tiada sambutan seperti tahun-tahun yang lalu.. bertabahlah kita semua.. semoga wabak yang datang ni cepatlah Allah angkat pergi dari muka bumi ini.. amin.. #prayhard  Apapun, bersyukurlah sentiasa.. negara kita antara negara terbaik menangani wabak ni.. teruskan usaha #kitajagakita 💊

Bulan ni saya lega dah.. final exam semester 2 MHRD dah selesai.. ada satu paper je kena ambil exam.. yang lain lecturer ubah format, ada yang reflective paper dan assignments + presentations (which I score high ;)) Yang amik peksa tu memang kaput la mak... otak mak dah tak sama level macam orang-orang muda.. berkarat bebenor.. huhuhu.. walau pun begitu, saya tetap syukur yang amat sangat.. Semester ni penuh dugaan. Kena belajar online, exam pun online, presentation online.. hihihi.. menggigil kena jaga slide, pastu kena present lagi.. technical problem jangan kata lah.. hadap je lah.. Gi kelas pun 2-3 minggu pertama je, masa tu pun dah kecoh pasal Covid-19.. Tak lama tu terus PKP. Walau dah PKPP pun, kami masih kelas online. Langkah berhati-hati.. keselamatan semua perlu diutamakan. lamanya tak gi UPM.. haihhhh.. 

Kelas online ni, banyak cabarannya. Emosi turun naik. tak dapat keluar rumah, tak dapat jumpa kawan-kawan untuk bincang kerja kumpulan.. struggle... semester ni pula jadi panjang sebab ada cuti PKP dan kelas online pun tak sama kelas face-to-face, jadi ada yang kena dipanjangkan sedikit untuk habiskan syllabus. Longest semester ever!! Bila dah mula cuti ni, rasa sangat legaaaaa... i tell you! siapa kata sambung belajar ni senang amat! hahahaa.. ok.. tak susah sangat, tapi bagi saya tidaklah mudah juga.. ada pasang surutnya.. tapi tetap seronok la... hihihi.. #mixedfeeling

Cuti semester kali ni dapat panjang la sikit.. bulan Oktober nanti baru bukak semester baru.. pejam celik dah nak masuk sem 3 dah mak ni haaa.. cuti panjang ni macam-macam plan nak buat.. nak menjahit, nak cari balik cross stitch, nak siapkan runner, nak masak, nak tanam sayur, nak hiking, nak senam.. bahahahaha... plan je la tu.. setakat ni yang jadiknya cuma mengait mask extender je.. menyudahkan janji yang taknak kucapatikan.. hahaha.. ok share gambar sikit... hihihi..



Menanam sayur ada la sikit-sikit.. hikmah duduk di rumah lama.. hihi.. dapat la bercucuk tanam.. semua masih peringkat anak pokok.. hahaa.. lambat besar atau terbantut tumbesaran..saya pun tak berapa pasti.. maklumlah baru belajar menanam kan.. hihihi... tapi cakap betul la.. hati gembira tengok biji benih yang ditanam, tumbuh jadi anak pokok, lepas tu membesar.. banyak daun, keluar bunga.. oooo makkkk.. takleh cerita la perasaan tu.. hihi.. bak kata omputih Horticultural Therapy

Bila menanam ni kita dapat mengeluarkan hormon gembira kita.. Tak payah la kita tunggu orang bagi bunga kat kita, kita tanam pokok bunga.. hari-hari dapat bunga, hari-hari gembira..hihi.. walaupun bunga pokok bendi.. miahahahaha.. Sekarang paling gembira dengan pokok bunga telang biru ku... dah mula berbunga dah... yehaaaa... kawan bagi tips, kalau nak pokok kita sihat segar bugar, kita kena cakap i love you hari-hari kat pokok kita.. hihi.. ok, dah cuba buat, tapi bisik-bisik je la.. kot jiran dengar, malu alah plak nanti.. hahahahaha

Pokok bunga telang ni saya tanam dari biji benih.. benih tu beli di shopee.. 
benih siam mari.. satu ayat pun tak paham kat plastik dia.. hahaa... 

anak pokok dia halus je kan..

Gambar bawah ni dah sebulan lepas semai..

tak berapa pandai lagi menanam kan, satu pasu saya masukkan dua anak pokok.. pastu sekarang macam menyesal plak, nak gali balik takut terputus akar ke apa ke kan.. jadinya tawakal je la untuk sepasu telang ni... akar dia berbiji-biji tau.. masa ni sepohon tu tak jumpa tiang nak membelit lagi.. hihi


sehari lepas tu jenguk, dia dah jumpa dah tiang dia.. hehee...
bahagianya rasa.. tetiap hari belek dia nih.. hihi


Trellis hijau ni saya beli di Homepro IOI City Mall.. tak ingat harga.. tapi tak mahal mana la.. masa ni dah cuak tengok dia macam takde tempat nak belit kan.. Pastu kita beli plak trellis buluh kat shoppee.. oversea mari.. tunggu la 12 hari baru dia sampai.. ada jual buluh tu kat Mr DIY, tapinya size dia besar.. saya nak cari yang kecil je, tempat gantung tak berapa luas.. hihii..

Ini baby sulung kita.. hihihi

tapi tak sempat kembang, dah jatuh gugur ke bumi.. tak tau la angkara siapa.. takmo tuduh-tuduh la kan.. (tapi semalam nampak cik belalang elok parking tak atas pagar 😑) huhuhu


Ini pula gambar hari ini...
dah keluar dah bunga dia.. trellis buluh halus tu la beli di shopee.. 


22.6.2020 - 28.8.2020 - macam tak lama la sebenarnya nak tunggu dapat bunga ni..
jadi kalau nak mula tanam pokok bunga, saya cadangkan mulakan dengan cik telang ni.. hehee.. tengok gaya dia tahan lasak juga.. tinggal balik kampung pun dia survive.. pastu bunga biru plak tu.. memang kegemaranku lah kan.. makanya kembang sahaja hati ku memandangnya.. cheeeewahhhh! hahahaha... pakcik uols suruh tanam orkid pulok.. sebab orkid pun kebal, boleh tinggal lama.. ok, jom cari orkid biru 😍😍😍

Sekian karangan panjang kali ini.. Lama tak menulis ginilah jadinya.. hahaha

Kengkawan yang singgah sini sila tinggalkan jejak anda di ruang komen ya! 

Kalau nak tengok saya menceceh selalu, boleh jugak ke ig berkebun  saya https://www.instagram.com/acikmokberkebun/


dan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-63
#malaysiaprihatin



Jumpa lagi!

Wassalam!

Wednesday, April 22, 2020

Kisah 2020 : Dugaan - Meter elektrik terbakar


Dugaan

.
Di musim covid
.
Syukur
.
Alhamdulillah
.
Jiran sebelah ada fire extinguisher
.
Terus cik abe kata 'kita kena ada gak tu'😅
.
Ok
.
Betul
.
Kena ada fire extinguisher
.
Dan fire escape plan sekali
.





Kejadian ni patut boleh dielakkan. Lampu satu rumah dah berkelap-kelip seminggu. Hati dah tak sedap. Tapi masih tak call tnb. Tanya seorang kawan je.. dia pun advice, tanya jiran-jiran selorong camne.. sama ke.. kalau rumah diorg ok, maknanya rumah saya je problem. wajib call tnb.. tapi saya masih juga tak bertindak.. tak tanya jiran apa lagi nak call tnb.. huhu 

Malam kejadian, dalam dekat-dekat pukul 10 malam, lampu satu rumah berkelap-kelip lagi.. aduhai... Terus wasap jiran sebelah tanya rumahnya sama juga ke?? Mujur.. tengah berwasap dengan jiran sebelah, dia pula tergerak hati nak selak langsir dan jenguk rumah saya. Dia nampak api memercik.. ada bunyi meletup.. api terus marak. Rupanya meter kat luar rumah dah terbakar. saya masa kejadian masih kat dalam bilik, kat atas belah belakang, memang tak dengar apa lah.. Tetiba Daniel menjerit 'mama keluar skrg'.. saya masih terpinga-pinga.. dok tanya nape2? dalam masa sama nasib baik sempat capai telekung.. Huhu.. cepat-cepat lari keluar..

Mujur juga rumah jiran sebelah tu ada fire extinguisher. Cepat2 husband dia padamkan api. Syukur #Alhamdulillah Saya nampak api tu sekelip mata je, sebab saya turun lambat kan dari atas rumah. huhu.. 

Call tnb.. Dalam setengah jam lebih sampai. Alhamdulillah settle. Dalam pkl 12 tghmalam ada dah lampu balik. Org tnb pesan, masa kelap kelip aritu tu patut dah call tnb dah, dtg cek. Huhu.. Baiklah.. Dah seminggu kejadian, Alhamdulillah atas pertolongan kawan-kawan, dapat kontraktor yang boleh pasangkan board untuk meter baru. Dalam musim covid-19 ni, tak ramai ada stok barang hardware. Alhamdulillah, Allah permudahkan banyak urusan kami. Alhamdulillah, kami terlindung dari kejadian tidak diingini. Alhamdulillah.. Syukur yang amat sangat!

Sekian.
Kisah dugaan kecil kami.
Semoga menjadi peringatan bersama.

Stay safe. Stay home!
#kitajagakita

Saturday, March 28, 2020

Projek 2020: Projek Pokok

Assalamualaikum..

Salam #stayathome
Salam #siladudukrumah

Sempena duduk rumah ni, mari rajinkan diri membelai tumbuh-tumbuhan..
hehe.. minat tanam pokok dah lama.. cuma asyik tak panjang umur je pokok yang saya ada.. haha..tak pandai jaga.. mak abah ku memang paham sangat la perangai ku.. maka dikirimnya dua pasu pokok senang jaga.. satu pokok Chrysalidocarpus atau Palm kuning dan satu pasu lagi si sansevieria jenis mother-in-law tongue (lidah mertua) [nama seram kan.. hahaha] 

maka dengan bermulanya dua pasu pokok itu, maka bertambahlah pasu-pasu yang lain.. dan semakin terjatuh cinta pula dengan si sansevieria ni.. nama melayu pokok ni lidah jin.. huhu.. pun seram juga namanya kan... hahaa


ini moonshine sensevieria.. paling saya sayang.. haha.. 
harga pun mahal sikit.. size kecil dalam RM17-RM18
peneman buat assignment..
air purifier tau.. pokok ni kuarkan banyak oksigen..

sesekali kita jemurkan juga dia.. dapatlah matahari sikit.. heeeeheee



 sansevieria tiga beradik yang sempat saya cekau betul-betul beberapa hari sebelum RMO bermula. Saya beli ni di nurseri bukit mahkota cheras. Nama nurseri tu Artech HOME DECOR - Garden Nursery and Garden Deco, sebelah Petronas Batu 10 Cheras. Best nurseri ni.. owner dia pun peramah.. haha.. mujur tak ku bawak balik semua sanseveiria yang ada.. hahaa..

sansevieria MIL tongue dalam pasu biru tu lah kiriman mak abah dari kampung.. hehe.. pemula kisah #sansevieria saya.. pokok asal yang maka abah tanamkan tu dah besar gila.. dapat pindahkan ke 4 biji pasu.. hihihi.. seronok tengok dia beranak-pinak.. Alhamdulillah, akhirnya ada juga pokok yang serasi di tanganku.. hahahaha

Sebenarnya pokok ni senang nak jaga.. Kalau letak indoor, siram seminggu sekali je. Kalau jemur matahari, boleh la siram kerap kalau tak hujan.. kalau hujan takyah la siram lagi.. akarnya tak tahan berendam air.. nanti busuk.. ini pesanan tokey nursery.. hehee..

Sekian cerita pokok.
Take care ya everyone.. Dalam tempoh restricted movement order ni, saya mohon kita semua patuhlah pada arahan pihak berkuasa. demi kebaikan kita juga.. duduklah di rumah.. nikmati setiap saat bersama keluarga.. berdoalah kepada Allah semoga wabak ini segera berakhir.. semoga negara kita kembali seperti sedia kala.. amin.. #prayhard

Wassalam..
sehingga ke temu lagi..
-mamadaniel-


Sunday, August 7, 2016

Projek Rumah : Kid's Corner in the making

Assalamualaikum...

Lama sungguh tidak bersiaran..
Sibuk beraya sebulan pulun abis..
Hahaha.. tak cukup-cukup ada juga yang buat pasca raya.. hihihi.. semua niat murni nak meraikan saudara-mara dan sahabat handai.. :)

Semalam saya eat clean semula.. Masaklah beras merah, grillkan ayam dan makan dengan salad.
Alhamdulillah pagi tadi ku beranikan jua diri ini untuk naik penimbang.. hehe.. seram sejuk rasa.. tengok-tengok berat makcik maintain uols... hihihi.. tak sangka dan tak percaya.. ingatkan penimbang tu pening lalat. amik dumb bell 2 kg timbang.. eh.. betul pulak.. hihihi... memang rasa kagum sekejap.. Syukur sangat.. sangat-sangat.. terus rasa nak lompat bintang.. hehehe...

Sebab berat maintain, maka untuk meraikan kegembiraan ini.. kami pi makan meatball kat ikea.. hahahaha... teruk betol.. sehari je eat clean.. hahahahah... alang-alang ke ikea saya beli la alas bangku. lama dah niat nak buat kids corner untuk anak-anak. Haritu pergi beraya rumah kawan. Dia buat kids corner memang meriah dengan mainan dan buku-buku. Anak-anak dia asyik main. Anak-anak saya pun sama.. Asyik diorang main sampai boleh la mak-mak beraya dengan tenang.. hahahah...

Jadi, saya rasa memang sewajarnya ada ruang untuk mereka. Ruang tu memula niat nak buat kat bilik diorang. tapi diorang ni jenis di mana mak bapak ada di situ mereka ada.. hahaha.. jadi buat kat bilik kang bukan diorang guna pun.. hihihi... buatlah dekat dengan dapur. supaya masa mak busy kat dapur takde orang dok mengacau. hihihihi... jadi inilah dia ruangnya setakat petang tadi, Masih kosong takde mainan lagi.. masih kemas la.. tengok lah nanti bila kesepahan berlaku..





Tengok google punya contoh rumah memang cantik belaka.. kalau rajin nanti nak letak frame. Nak sorok contengan si Aman kat dinding light blue tu.. hihihi...




Ho  ho  ho.. ini memang sepah.. 
ini kalau mak tak tahan sangat sepah nanti mak akan bubarkan ruang tersebut.. hahahahha..


oklah.. semoga dapat idea untuk bagi kid's corner ini berjaya.. hihihi..

Jumpa lagi..
tata..

Monday, November 23, 2015

Projek kebun : Ku lihat hijau...

Assalamualaikum..
Ini hobi baru papadaniel.. bercucuk tanam.. dalam pasu..

Saya pun dapat hobi baru.. hobi menengok tanaman.. kikiki...

Saya sebenarnya suka pokok hiasan.. tapi setakat ni yang saya ada cuma 3 pasu je. 2 jenis out door.. tahan lasak jemuran.. satu lagi pokok duit tu.. dulu bawak balik dari kampung.. kecik je.. pastu bila dah gemuk gedempol kitorang bahagi masuk dua pasu.. sekarang nampak macam merengkek sikit.. pokok duit ni pokok in door.. takleh jemur.. mmg letak tempat redup je... sekarang nampak macam x segar sangat.. harap sihat gemuk gedempol kembali seperti tuan dia.. kikkkiki...

Papadaniel pulak suka nak menanam pokok yang ada hasil... boleh makan punya.. hehee..Takpe.. makcik ikutkan je la.. lagi pun dia yang jaga.. hahaha..

Yang kecik-kecik dalam poli bag itu adalah anak pokok tomato yang baru bercambah. Suka tengok bila menjadi ni.. ;)


Ada pokok limau kasturi, limau purut dan pokok cili api. Pokok-pokok ni beli kat nursery kat bangi.

Pastu ada tanam pokok bawang.. kangkung dengan daun sup baru semai..

Saya berangan nak beli tangga-tangga besi tu untuk letak pasu-pasu. Tapi tunggu menjadiklah dulu kan.. banyak gak modal tu.. hehe..

Semalam baru beli pokok mangga.. kat ekspo kat labis. Hantar budak-budak balik kampung cuti sekolah.. katanya boleh tanam dalam poli bag besar.. tunggu ek.. lagi 2 tahun dapatlah merasa buahnya.. kikikiki....

Ni gambar daniel dan papa dia masa majlis anugerah kat sekolah dia minggu lepas.. nampak tak pokok gantung tepi tu? Kreatif sangat.. recycle guna botol air.. I like!
Tahun ni daniel dapat anugerah cemerlang untuk 1 subjek bagi tahun empat. Cuba teka subjek apa? Pendidikan kesihatan! Haha.. sama macam masa dia darjah 1.  Bolehlah tu.. Secara keseluruhan..pencapaian anak-anak saya biasa sahaja.. semua huruf ada kecuali F. Walau agak merisaukan saya pasti akan jalan untuk mereka di masa akan datang.. Pelajaran pun makin susah. Usaha tangga kejayaan!!

Sekian cerita kali ini.. Jumpa lagi!

Wednesday, August 19, 2015

Ho ho ho #5: percikan biru di mana-mana

Assalamualaikum..
Masih kisah projek rumah..
Kisah orang baru belajar nak deko..
Susah oiii..
Tak pandai!
Memang payah rupanya..
Orang tak kreatip ginilah... hahaha...
Nak susun tempat letak garam pun takde idea.. lama bebenor dapur tutup kan...nasib baik musim raya.. ada peluang lawat jiran tetangga.. sambil beraya.. sambil masuk dapur orang.. miahaha.. gila blurr wehhh... cakap betul! Nak susun pinggan dalam almari.. nak susun senduk sudip.. sampai sekarang masih tukar-tukar susunan.. huhu.. sampai puas hati..sambil2 skodeng idea dari google juga la.. ngeeee... ;)

Sebagai makcik yang sukakan biru, saya cuba hadirkan warna biru di sana-sini.. saya pernah baca biru tak begitu sesuai untuk ruang makan atau dapur.. warna merah yang sesuai sebab merah menaikkan selera. Tapi..tapi.. saya ni tak berapa in dengan merah.. merah macam warna garang.nanti saya jadi makin garang.. takmoh.. takmoh.. haha.. biru lebih menenangkan.. gitew.. haha..

Si biru ni ada merah-merah sikit.. dispenser sabun ni sebenarnya bathroom set.. tangkapan di homepro ioi citymall.. kat clear out area.. sebenarnya ada 3 benda 1 set tu.. tapi satu bekas pecah. Jadi diorang letak kat clear out area dan jual RM10 je. Harga asal RM29.90 tak silap. RM10 dapat dispenser ni dan bekas soap bar. Hehe.. saya memang suka clear out area ni. Haritu saya dapat cermin besar dapat sinki gak.. haha.. itu lainkali kita cerita ek.. ;)


Rak besi biru bentuk epal ni plak saya beli kat Mr. DiY Bangi. Saya memang mencari tempat nak selit chopping board.. jumpa ada biru terus tangkap bawak balik.. hahaha..


Inilah sudut rak pinggan dan tempat letak senduk sudu bagai.. saya tak sangkut senduk semua.. sebab sayang nak ketuk dinding.. haha.. saya memang mcm tu.. haha.. alas biru petak-petak tu beli kat Daiso.. suka alas tu.. serap air.. untuk terbalikkan apa-apa nak bagi kering sebelum sorok dalam almari.. hehe..

Ini pula pembaziran terkini..
Spray mop..
Jenama rubbermaid. Beli kat homepro juga.. termimpi-mimpi kat benda ni dah lama.. dapat juga.. hehee.. senang nak mop.. masukkan air dan sabun pencuci lantai dua sudu makan.. pastu tekan pancit dia kat handle.. pancit2 jalan.. hehe.. daniel pun boleh buat.. hehe.. ;) cuma untuk long term usage setiap kali siap mop kita cabut la botol tu. Sebab bila pancit botol tu kempis.  Jadi pada saya lebih baik cabut botol tu, buka penutup betul, kembalikan botol yang kempis tu le bentuk asal dan kemudian simpan atau letak tinggi2 atas almari. huhu.. takut anak2 ingat tu botol air minum.. yang biru tu.. pintu baru.. nanti cerita ek.. tak siap sepenuhnya lagi.. hihi.. ;)


Ini pula lampu chandelier cinonit.. kecik je lampu ni. Makcik ni teringin nak lampu cenggini.. nak lampu ada bunga ada kristal.. ngeh ngeh ngeh.. RM69 je. Beli mentol lagi mahal dari rangka lampu ni. Hehe.. letak kat tangga. Mana yang biru? Dinding belakang tu la... hehehe.. ;)
The very light blue..

Sekian cerita daripada pencinta biru..
Haha..
Ada lagi biru..
Lain kali kita cerita ek..
Jumpa lagi!
Take care..
♡♥♡♥♡♥

Tuesday, June 30, 2015

Ho ho ho #4 : Alhamdulillah setelah 6 bulan menunggu...

Assalamualaikum... sedar tak sedar dah nak pertengahan Ramadhan.. tengok-tengok bulan Jun pun dah sampai ke hujung.. sabar punya sabar rupanya sudah enam bulan projek ho ho ho saya ni.. projek rumah slow and steady namanya.. huhu.. banyak dugaan.. banyak ujian.. banyak mengajar saya macam-macam perkara.. mengajar saya lebih redha.. berlapang dada.. bersabar.. berdoa.. bertawakal.. bertolak ansur.. beralah.. dan macam-macam berr lagi.. hahahaha...

Alhamdulillah.. akhirnya siap juga dapur rumah ini.. projek ho ho ho ni mula awal Januari 2015. Anak-anak start sekolah projek ni kick start.. anak-anak amik report card exam pertengahan tahun baru projek ni siap.hahaha..  Bayangkanlah sepanjang 6 bulan kami hidup dengan rumah bersepah.. barang dalam kotak.. dapur takde sinki pun takde.. makanan beli kat luar.. basuh pinggan dalam tandas.. habuk simen jangan kata.. sampai anak-anak pun dah pandai main vakum dan mop.. sebab asyik tengok mak bapak pegang gadget2 tu tiap kali balik kerja.. haha.. stress?? Ho ho ho.. jangan sebut la.. salah sikit nak bergaduh je kerjanya.. saya la yang paling stress kot.. saya plan nak pindah sementara tapi susah rupanya nak cari rumah sewa untuk beberapa bulan.. kalau ada pun agak mahal.. boleh buat modal untuk benda lain. Huhu.. walau pun begitu.. saya amat bersyukur..Alhamdulillah. Kami bertahan.. anak2 pun tuhan lindungi.. Alhamdulillah... itu yg paling penting sebenarnya.. :) pengalaman ini sedikit sebanyak menambah kematangan diri.. ;) kalau dulu gaduh asyik nak menang.. asyik degil.. cik abe saya kata saya ni degil.. ho ho ho.. saya biasa dengar perkataan tu.. hahaha. Saya tau saya degil.. saya degil dan cerewet.. tapi ada masanya saya juga mengalah.. tapi cakap betul.. dalam mengalah ada kemenangan lain yang tuhan anugerahkan.. hihi.. pengalaman ini juga mengajar saya satu perkara.. bahawa semua ini bersifat sementara.. takde yang kekal pun.. jadi nak buat bertegang urat sangat pun.. tahun depan tengok benda yang kita nak sangat tu punah dah pun.. hahahaa... tak pun benda yang kita taknak tapi pasangan kita nak sangat.. kita pejam mata je la.. paling lama tahan pun lima enam tahun. Panjang umur ada rezeki kita dan kalau kita ingat lagi apa yang kita nak tu.. kita dapatkanlah.. tak rugi mana pun.. hihi...

Dapur saya simple je.. kabinet atas warna putih.. bawah warna hitam.. nengok kat internet dan majalah cantik bebenor tema begini.. hahaha.. tapi bila jadi.. biasa-biasa sahaja.. hahaha.. mungkin angan-angan terlalu tinggi.. tapi bajet tak berapa nak tinggi.. hahaha.. sekali lagi.. jadinya saya bersyukur dengan apa yang dapat ni.. Alhamdulillah..

Backsplash saya ni saya punya lama la berangan.. namanya tak tau apa. Google kata subway tiles.. payah nak cari.. banyak kedai kata takde.. cari punya cari punya cari kawan saya kat Batu Pahat yang bagitau mana nak beli.. haha.. Kedai tiles nama Buimaco.. saya rasa nama penuh dia building material company... miahahaha... pepandai je akak ni.. kikiki..  Kawan saya beli kat Subang dan bagi nama Mr James. Saya contact dia dan dia bagitau ada branch kat Sri Petaling. Phewww...  dekat sikit.. senang nak ke sana.. rupanya tiles ni namanya chamfered tiles. Sekeping dapat RM2.40 tak silap. Kena order dulu tapi tak lama.. 3 ke 4 hari je. Yang kelakar bila survey kedai tiles kat Kajang.. rupanya ada jual.. hahaha... cuma agak mahal beberapa posen.. tapi dekat.. 10 minit je dari rumah... kikiki...  owh ya.. lupa nak bagitau.. tiles pun saya survey sendiri.. beli sendiri.. termasuk tiles table top.. table top konkrit je..  saya pernah duduk dalam kedai tiles sejam dua tapi balik tangan kosong tak beli apa-apa.. hahaha...punya la payah memilih.. desginer tak bertauliah beginilah kan.. lagipun dah beli tak boleh pulang balik.. hahahaa... tiles lantai dapur ni saya pilih ala-ala kayu.. yang ni beli kat super ceramic jalan reko kajang..  rasanya RM5.55 sekeping. Nak letak laminated or timber flooring makcik tak mampu.. dapatlah lantai kayu tipu.. hahaha...

Kabinet belum siap sepenuhnya arini.. nanti dah siap dan kalau rajin kita update ek.. penatnya lahhhaaiii mengemas post renovation.  Rasanya 10 kali mop pun rasa berpasir lagi lantai.. huhu.. arini kita terjah spotlight the mines beli blind dan langsir dapur.. hehe... doakan dapur saya jadi cantik ek.. tak sabar nak masak.. enam bulan tak potong bawang uols.. lama dah tak masak ayam masak kicap untuk anak4.. hahaha... tu je yang pandai pun.. hahaha... ;) hingga jumpa lagi.. selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini.. semoga kita semua dalam redha Allah sentiasa.. amin... :)

Monday, May 11, 2015

Ho ho ho #3 : jalan-jalan cari idea @ ikea

Di suatu hujung minggu yang gigih.. kami berenam berjaya ke ikea damansara sanun untuk makan meatball dan skodeng idea deco rumahtangga.. hehehe..

Jom layan keberanganan mamadaniel.. 
:p:p

gambar ni saya suka layout dia.. macam depan almari hitam tu ada 1 lagi almari rendah.. jadi dia create macam laluan..  pastu saya suka dinding purple tu.. cantik.. sebab susah nak cari purple yang sesuai untuk ruang begini...



Wing chair hijau ni macam syok sebab ada stool tu.. tapi tengok kain yang suci murni ni rasa macam hmmmm.. kena fikir beberapa ratus ribu kali lah.. macam sekejap je selamat kecerahan dan kemurniannya tu.. hihi...

Kerusi ni pun cantik..

Sofa biru.. warna yang sentiasa di hati daku.. sofa ni sarungnya boleh cabut basuh..

Suka setting ni.. simple dan ramai orang boleh duduk.. tak payah berebut-rberebut-rebut tempat.. haahahaha


Sofa maroon ni pun cantik.. sama jenis dengan dark blue tadi..

Saya saja je nak rasa duduk sofa ikea ni.. nak cuba try test.. sedap ke tak landing.. selamat ke tak untuk kanak-kanak yang tengah melasak.. cantik memang cantik.. cuma bab ketahanan tu yang tak pasti..
hehe.. ada bajet nanti baru decide.. banyak masa lagi..tabung belum penuh.. ada banyak masa lagi nak berangan.. hahahaa... terima kasih kerana sudi melayan angan-angan makcik! Tata.. jumpa lagi! ♡♥♡♥♡♥

Thursday, April 16, 2015

Ho ho ho #2 : I love blue

Assalamualaikum...

Sedikit update tentang projek rumah kita..

Projek ho ho ho namanya... projek pening..
pagi petang siang malam pening memikirkannya.. hihi..

Sudah 3 bulan lebih hidup dalam kesepahan..
Rumah huru-hara..
Belum siap sepenuhnya..

Bilik ini sudah hampir siap.. Bilik biru.. Walaupun bukan biru yang biru.. tapi warna ni masih dalam kategori biru.. biru laut.. ;P



Bilik ini asalnya adalah bilik jahit saya..
Bilik jahit mamadaniel telah terkorban akhirnya.. hahaha..
sekarang mesin jahit ada la terselit-selit di penjuru rumah kita tu.. hahaha... ;)

Bilik ini bakal menjadi bilik anak-anak.. cadangannya begitulah..
ada modal nanti nak cari 3 buah katil bujang.. susun macam dorm.. hahaha....
Asalnya bilik ni sampai pintu coklat tu je.. pastu kami tambah sikit ke belakang.. jadilah memanjang macam dorm asrama..



Cat bilik ni saya beli masa pergi Creative Home Expo 2015 kat IDCC Shah Alam.. gigih saya dan cik abe ke sana bulan Mac lepas.. bawak semua 4 hero saya.. kata nak beli barang sebelum GST.. hihihi..

Saya beli cat Nippon CC Aircare.. masa kat ekspo tu seronok sebab ada macam designer la bagi advice kalau kita nak warna ni.. warna apa elok untuk dipadankan.. memandangkan ini bilik kanak-kanak, saya balun la 3 warna.. warna yang senada la.. ikut hati nak je campur warna bukan-bukan.. haha... tapi takut nampak macam tadika la plak kan.. kikiki..

Cat yang biru pekat sikit tu nama dia Persian Blue..
Cat yang biru cair tu nama dia Blue Scarf..
Cat yang kat dinding ada tingkat tu warna kelabu.. nama dia Dinosaur Gray.

Bila buka lampu.. bilik ni akan berwarna biru muda.. hehe.. seronok
Dzarif pun seronok masuk bilik abang-abang..dengan bottomless dia tu... kikiki... ;)


Barang-barang belum masuk lagi..
Sebab belum siap wiring..
Lama betul proses buat rumah ni..
Idea deco-deco pun belum ada sangat la..
Ada la idea skodeng kat fb dan majalah...

source:google




PapaD berkenan double decker..
tapi saya tak berapa suka sangat..
sebab saya pernah pergi rumah orang..
katil belah atas tak guna pun..
buat tempat letak tilam bantal..



Buat masa terdekat..guna je katil yang ada..
haha..
kalau cantik nanti makcik tunjuk ek..


Kalau sesiapa ada idea boleh share dengan kita ek,..
mekaceh..


Jumpa lagi..Take care!
♥♥♥♥♥♥