Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label Quilt. Show all posts
Showing posts with label Quilt. Show all posts

Tuesday, February 11, 2020

Projek 2020 : Mini Sajadah - Quilt and crochet combined

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. masih bertemu di sini.. 😃

Sempena cuti semester pertama ni, saya berjaya siapkan mini sajadah saya..
Simple je.. quilted.. dan kali ni nak berbeza sikit.. saya kaitkan tepinya.. buat crochet edging.. 
 Quilt patutnya ada binding, tapi untuk projek ini tiada binding. 😉 saya jahit je keliling dengan mesin.. harap bertahanlah lepas basuh nanti tak berambu ramba.. huhu.. Lepas tu saya hand stitch keliling dengan blanket stitch guna benang kait. Saya guna Lace Yarn Daiso #20 White Color.


Pattern lacy crochet edging ni saya dapat dari blog thegreendragonfly
Kejadian edging saya ni nampak tak segebu tuan punya pattern tau. Mungkin faktor benang. benang daiso ni keras sikit la.. dia tulis 100% cotton. mungkin sebab tu keras sikit. tapi saya suka.. dia jadi sturdy.. keras kejung sikit tapi tak kembang.. acaner nak explain tu.. hahaha 😀


Ada beli benang color pink gak.. berangan untuk next project la.. tapi nak cari pattern edging lain pulak .. yang lagi comel.. muahaahaaa.. #beranganituindah 

Yeay.. lepas basuh boleh guna!
percubaan pertama takleh bagi orang.. segan!
hihi..

Semester baharu dah pun bermula semalam.. tapi kelas belum mula lagi.. 
Langkah berjaga-jaga sempena coronavirus, maka kelas pun online sahaja.
Take care ya! semoga kita semua dalam lindungan Allah sentiasa. Dijauhkan dari wabak penyakit yang merbahaya dan semoga wabak ni cepat berakhir..Amin...

Till next project!
Jumpa lagi InsyaAllah 😊

Friday, November 25, 2016

Nov 2016 : sini sikit sana sikit

Assalamualaikum..

Update progress hari ini..

Sana sikit.. sini sikit.. lama-lama siap lah kan.. hehehee....

Sejak dua menjak ni sibuk menjahit binding dua baby quilt. Hadiah untuk 2 orang baby yang agaknya dah merangkak sekarang.. hahaha.. sorrylah baby.. I am a slow quilter. Hahaha...


Alhamdulillah dah siap hand stitch binding ni.. tapi belum boleh reveal the whole quilt. Kena tuan punya dia tengok dulu baru boleh tayang.. hihi...


Projek frozen ni pun lama simpan. Frozen pun macam dah habis season.. Setahun kain ni terlipat rupanya.. sampai ada kesan faded kat lipatan.. sayang betul.. dah la kainnya pun 1/2 meter je.. huuuhuhu..




Cik sun bonnet sue yang comel ni hasil sulaman sahabat saya mamahakimi.
Saya hantar cotton putih tu dan minta dia sulamkan beberapa gambar antaranya cik sue ni lah.. aduhai.. saya memang suka sulam.. dulu zaman sulam murah.. semua baju saya kalau boleh nak sulam. Siap hantar contoh tudung bawal dan minta orang sulamkan kat baju.. heee... aduhai.. sulam-sulaman mamahakimi ni buat daku kepingin mesin sulam saja.. hahaa.. tapi keadaan ekonomi belum mengizinkan.. kena la penuhkan tabungan dulu kan.. heeheee.. berangan-berangan la dulu.. dulu pun lama berangan baru dapat belajar menjahit.. Alhamdulillah sampai masa Allah izinkan juga.. :)


Aman dah habis tadika 4 tahun. Sekolah aman sekarang cuma sampai 4 tahun je. Lepas ni semua bertebaran la masuk tadika baru. Cikgu buat la majlis perpisahan. Aman masuk persembahan silat. Hihi.. lawak jugaklah anak-anak 4 tahun buat persembahan kan. Yang paling best tarian.. memang jadi diorang menari tarian melayu.. :) ada nasyid dan senam robik. Yang senam tu pun best macam zumba pun ada.. hahahah..

Dah habis persembahan..dah siap makan.. saya pun nak balik la.. tengah jalan nak pergi tu, tetiba cikgu panggil balik.. katanya ada 1 lagi acara..  rupanya ada anugerah kecemerlangan juga.. hihi.. dan Aman la yang dapat tu.. 3 lelaki 3 perempuan yang dapat. Pastu ada anugerah parent paling sporting. Ini kawan saya yang dapat. Hehe.. Alhamdulillah. Dalam ramai-ramai Aman yang cikgu pilih. Bukan ada exam ke apa ke.. mungkin berdasarkan penilaian cikgu yang mungkin lebih telus dari jawapan di kertas peperiksaan. Alhamdulillah. Abang-abang dia tak dapat apa-apa pun tahun ni. Haha.. tapi saya syukut sangat.. Danish ada peningkatan. Daniel UPSR tahun depan.. fuhhhh... ok.. itu kita fikir tahun depan la.. buat masa sekarang kita nikmatilah cuti sekolah yang panjang ini.. hehe.. cuti iron baju.. cuti angkut beg sekolah yang banyak pagi-pagi.. jalan kurang jem.. haha.. 


Oklah.. jumpa lagi.. happy school holiday !
;)

Tuesday, August 30, 2016

Projek 2016 : Rag Quilt yang cinonit

Assalamualaikum..

Projek kecil-kecilan lagi..

Rag Quilt namanya
Green and blue combo.. dengan merah sebagai penyeri..
:)


Block saya kecik je.. 5 ini je..
Backing guna fleece warna merah.. beli murah-murah kat Spotlight masa sale..
Saya guna tutorial Cottagemama

Saya jahit silang-silang je..
cepat siap..
hehe..


Block bawah ni silap sikit jahitan dia.. 
sepatutnya seam allowance tu jangan press ke tepi.. kena press open..


Bila dah silap kena la bukak balik jahitan..
Jahit semula..
Agak mencabar jahit ni sebab dia dah tebal-tebal.. bila kita pinkan.. masa jahit tu asyik tercucuk jarum.. huhuhu.. kena hati-hati.. 

Bila dah siap.. semua seam kita buka.. pastu jahit keliling.. 
Bila dah siap jahit kita potong tepi-tepi seam tu semua..
Nak buat rambu ramba..

Dah siap potong.. 

kita kena basuh dan patutnya masuk dryer..
Tapi saya takde dryer.. saya jemur je..
Jadi saya punya rambu ramba tu tak berapa menjadi..
 

Backing merah menyala..
Hehe..



Rajin nanti nak bawak gi kedai dobi self service tu la..
Kot kot lepaa tu rambu ramba dia menjadi mcm omputih punya tu.. hehehhe...


Cinonit kan.. size place mat je.. hehee..

Sekian cerita projek kali ini..
Selamat menyambut Hari Merdeka ke 59 esok..
Merdeka!

Monday, September 28, 2015

Projek 2015 : Nine patch yang akan hilang...

Assalamualaikum..
Lama pula blog ini saya biarkan menyepi.
Penyakit M melanda.
Malas nak edit gambar.
Hihu..
Ampun..
Tapi.
Hari ni saya rajin dah!

Nak cerita pasal projek baru..

Saya nak buat dissappearing nine patch quilt! Saya mulakan awal September.. setakat ni saya dah siapkan nine patch blocks dia yang made up from 4 inch squares. Saya guna pre cut 4 inch yang saya beli dari cik zara dulu. Hmmm.. apa khabar agaknya cik zara.. lama betul menyepi. I hope she's fine.. and happily sewing and also quilting.. ;)

Saya tambah juga 4 inch squares daripada stash saya sendiri. Pastu kalau perasan setiap row tengah 9 patch tu menggunakan fabrik yang sama cuma susunannya saya pusing-pusing bagi variety sikit.. 

lepas siap cantum ni nanti saya akan belah tengah dia dan kemudian cantum balik.. hahaha.. it sounds a little bit voodooh sikit.. racik cantum racik cantum.. hahaha... tapi percayalah.. hasilnya memang cute! Tak caya tengok tutorial ni..

Saya ada masa tak sampai 6 bulan untuk siapkan projek ni... actually saya ada 2 quilts kena siapkan sebelum bulan 3 tahun depan.. dua orang kawan saya pregnant.. syukur Alhamdulillah.. so really happy for them.. doakan quilt ni sempat siap before the babies arrived ek... dan doakan juga quilt ni jadi cantik.. hahaha..

Dan sedikit selingan..

Gambar keluarga sebagai kenang-kenangan..kami tema marroon gi kenduri kendara masa cuti raya haji.. semua gambar makcik-makcik.. pakcik-pakcik semua pemalu.. hihi..


Jumpa lagi!
Take care. .

Monday, February 2, 2015

Quilt for Amani..

Assalamualaikum..

Quilt untuk Amani..

Akhirnya siap juga quilt untuk amani.. amani dah 10 bulan kot masa terima quilt ni.. hahaa.. ampun.. ibu amani yang beli quilt panel ni. Saya cuma tolong quiltkan sahaja.. ;) ibu amani ni kawan saya sejak tingkatan 1.. ;) dia poskan panel sebelum dia bersalinkan amani lagi... punyala lama ambik masa.. kenapa lama? Sebab saya fikir panjang cemaner la nak quilt panel dengan design bulat-bulat ala2 wedding ring quilt pattern ni.. saya tak pandai fmq... jadi saya handquilting kat bulatan tu.. tu pun tak dapat quilt semua.. makcik tak mampu.. huhu...

Bila dah siap.. amik gambar.. baru perasan.. jahitan wavy kat sebelah atas quilt tu senget.. huhu... dah siap binding dah.. aishh.. sakit mata nengoknya.. maka tetas balik... garis light2 je dengan pensel.. jahit semula.. hehehe.. nasib dapat diselamatkan.. ibu amani kata biar je.. mcm art gitu.. haha.. art.senget. hahaha...

Backing ceria pink polka dot gitu..

Amani.. auntie tau amani tak sempat golek-golek atas quilt ni masa amani baby.. auntie so sorry dear.. harap adik amani dapat guna quilt ni pasni.. ibu amani sila segerakan usaha untuk next baby okeh... hahahaa...  sarung bantal ibu amani jahit sendiri ek.. dah tangkap brother hellonkitty tu sila rajin-rajin ek ;p
Amani.. semoga membesar sebagai anak yang solehah.. amin...  

♡♥♡♥♡♥

Thursday, April 4, 2013

Quilt for Adlina

Quilt yang baru disiapkan.. dan sudah selamat sampai di tangan Adlina..nun di Batu Pahat..


Malu sebenarnya nak cerita pasal quilt ni.. Ibu Adlina request quilt untuk Adlina ni pada April 2011, sebelum saya mengandungkan si Aman lagi.. Lepas tu saya mabuk..pening-pening lalat.. lepas tu saya sarat..tak larat pegang mesin.. lepas tu saya nak bersalin..dan bila dah bersalin lagi la macam-macam hal.. dan Ibu Adlina sabar menunggu hinggalah sekarang.. Hujung Mac 2013 baru Adlina terima quilt ni.. Nak masuk 2 tahun.. huhuhu.. projek jangka masa panjang sungguh! Saya naik malu dengan ibu Adlina.. tapi ibu Adlina amat memahami keadaan saya.. Dia kata dia tak kisah dan akan tunggu.. huhuhu.. Terima kasih Kak! Halalkan segala kekurangan ek.. :)


Quilt for Adlina
Pink, green and cream color theme..
Applique Adlina's name di bahagian atas quilt.. 
Ibu Adlina kata masa Adlina guna quilt ni nama Adlina akan berada dekat dengan hatinya..
hmmm... awesome!!! :)
Single Size (approximately 64 X 80 inci)..
White flowers applique..
Machine quilted.. FMQ around the white flowers..
Menggunakan cotton batting.. dan
Binding with fabric from Japan.. ribbon design..suka betul fabric untuk binding tu..

Saya jahitkan sehelai sarung bantal untuk Adlina.. simple-simple aje.. 
tapi takde gambar.. sebab sempoi sangat! hihihi..
dan pink rug yang saya ceritakan sebelum ini..adalah hadiah untuk Ibu Adlina.. 
seseorang yang sangat sabar menunggu.. ;)

Harap Adlina suka quilt ni..
Semoga Adlina membesar anak yang solehah..
menjadi kebanggaan ayah dan ibu dunia dan akhirat..

:)
Jumpa lagi!
Take care!

Friday, April 20, 2012

Quilt untuk Fatini

Quilt ni dah lama siap..
Hujung tahun lepas..
Baby Fatini pun dah 6 bulan dah..
Tapi kerana banyak sangat hal, 
maka baru semalam dapat diserahkan quilt ni kepada tuannya..
-Quilt top-
Centre piece adalah panel..
Ini pertama kali buat quilt dengan panel..
Jadi agak mencabar.. sebab bila prewash kain ni macam senget.. 
agak tension saya dengan panel ni..
Kemudian saya tambah pieced border and another solid border..

Selain straight line quilting, saya juga guna decorative stitches
dengan size yang besar untuk quilting..
Konon-kononnya nak menutup la panel yang senget sikit itu..
huhuhuhu
Backing yang penuh bunga-bungaan..
Binding adalah sama dengan border pertama itu.. :)




Semoga Fatini suka quilt yang auntie buat ni..
:)

Monday, March 26, 2012

Hadiah dari Quilt Group!

buat Aman Dzikry..

Budak botak yang sangat suka dengan quiltnya!
Aman kata terima kasih banyak-banyak!
Terima kasih kepada semua auntie-auntie yang baik hati buatkan quilt untuk Aman!
Mama Aman pun nak ucapkan terima kasih juga.. Terharu sangat-sangat!


Quilt yang sangat cun melecun!
Tunggu la Aman besar sikit.. mesti semua gambar nak dikajinya.. hehehe..

Ada roket nak bawa Aman ke bulan..
Ada Encik Teddy bear yang cute..
Ada Dinosaur kuning yang comel makan daun..
Ada rocking horse yang gembira..
Ada kapal nak bawa abang-abang belayar..
dan
Ada kapal terbang nak bawa mama dan papa round the world!

Kak Aida Harun ada cerita juga di sebalik quilt ini.
Quilt ni hasil kreatif 6 crafters yang sangat baik hati!
Kak Aida, Kak Maz, Fida, Cik Ct, Mami Zainah dan Sis Nor Azlina.
Kak Aida juga buat quilting, binding and posting.. hehe..
Terima kasih semua!
Boleh baca lagi kat Jarum Emas ek.


okey..
bukan senang nak ambil gambar Si kenit ni ek!
kuat mengamuk nih!
hahaha!
tapi nasib baik.. dapat juga!
hehe..


Terima kasih yang tidak terhingga!
Thank you again!
Semua Allah merahmati kalian semua..

Friday, November 18, 2011

Quilt for a princess

"Sang Hijau"'

Untuk seorang puteri..


mencuba-cuba dengan pieced backing..
agak merisaukan..
sebab kena pastikan stripes tu tegak semasa basting..
syukur menjadi..
hehe..
oleh kerana quilt ini untuk seorang puteri,
maka kita tambah applique tiga kuntuman bunga..
sebagai penyeri..

(gambar kecil sebelah kanan.. adalah hero saya yang tiba-tiba rajin nak tolong pegang..hehehe)


dan..

Inilah puteri itu..

Aliya Alisha
sangat suka berdukung dengan saya..
almaklumlah.. tilam dunlop.. hahahaha..



Lovely Green.. An hour glass quilt..
Approximately 36 X 42 inches in size,
With striped binding,
Machine quilted on the ditch and FMQ around the 3 flowers..

Made with Love
by MamaDaniel

Wednesday, April 27, 2011

Happy Jungle Quilt

'Hutan Gembira'


Center piece
from Ikea. :)

1st, 2nd and 3rd border
follow a pattern by Piece N Quilt (TQ!).
Tapi quilt dia ni lagi canggih la.. :)

Last border
fabric bought at Nilai 3 dulu..
tak sangka matching pulak! :)

Quilting
seperti yang diketahui.. saya try buat free motion quilting sekeliling haiwan-haiwan itu.. still practicing.. memang belum perfect (tak berangan pun nak dapat perfect) hahaha.. tapi cakap betul.. lepas FMQ ni, saya asyik terkenang-kenang dan asyik teringin nak buat FMQ lagi.. hahaha.. jadi gian la pulak! hahahaha :)

Backing
swirl in green..
nak matching dengan tema hutan gembira! :)

Binding
with solid Kona Cotton in Lime.
Beli kat Yee Button on my first visit there last 2 weeks. Belum sempat update lagi citer sesat kat SS2 nih.. hehehe.. Nanti nak citer lepas gi sana lagi sekali.. hehe... :)


size: approximately 36 X 40 inches

okey.. ini model terkini saya ek.. semakin rajin tolong posing dia nih.. hehehe

alamak.. sori ek tuan punya quilt.. dedeq dah peluk-peluk dulu.. hehehe..


Happy Jungle in sephia mode!
semoga penerimanya gembira segembira quilternyer..
hiks!

Saturday, March 26, 2011

'Little Garden' for Baby Syaza

"Syaza Nuha Fareesya"
lahir pada 11 Mac 2011, jam 4.12 pagi

Machine applique starts with the blue yang bulat ;)
Hand quilt around the flowers and the alphabets
Saya quilt ala-ala fluffy bun on the cream background,
suka tengok gebu-gebu camni.. hehe
Saya juga guna decorative stitch untuk quilt around the quilt dan
sebahagiannya saya quilt on the ditch


sempat serah kat Ibu Syaza beberapa hari sebelum
dia serah diri kat Hospital.. :D
Syukur dia suka quilt ni.. :D

---
The Photo Session

ini gambar anak saya semasa dia nak berposing


dan gambar ini pula semasa dia separa rela berposing
saya minta dia pegang tapi mata dok jeling ke tv jer, aish...
last-last dedeq yang volunteerkan diri..
hehe...

Enjoy your weekend!
mmmuaaahh!