Kawan-kawan... Tq friends..
Monday, January 13, 2020
Selamat Tahun Baharu 2020
Thursday, June 30, 2016
Projek 2016 : Purple Granny squares
Perlahan2 mengait granny squares yang besar.. besar tak besar cukuplah untuk buat throw pillow 4 segi sama tu.. mungkin dalam 14 inci..
Guna benang ice yarn turkey tu..
Start kait masa dalam kereta. Balik kelantan cuti tahun baru cina Feb 2016. Sampai sekarang masih sekeping granny square. Masih belum jadi bantal lagi. Beberapa tahun lepas saya ada kait 1 GS purple gak.. belum jadi apa.. ingat nak kahwinkan dengan purple ni la.. insyaAllah.. hehe..
Sudah habis setengah tahun.
Sudah nak sampai penghujung Ramadhan.
Tuesday, February 23, 2016
Aktiviti 2016 : Bukit Broga
Rasanya pukul 8.30 kami start mendaki.. track dia memang clear.. sebab memang ramai orang dah naik Broga ni kan.. cuma memang curam.. memang mendaki kebanyakan masa.. susah nak cari track landai. saya ingat bukit ni landai.. rupanya tidak.. hihihi.. nasib baik saya beli kasut outdoor siap-siap. memang grip.. kalau nak beli kasut beli macam kasut ni ek.. tapak dia banyak biji-biji dan biji besar..hihihi.. saya beli kat Sport Planet, Aras 3 Bangi Utama Shopping Complex tu. Tengah sale 50% saya tangkap la satu..
Masa nak turun Broga tu lagi mencabar dari masa daki naik.. especially kat track yang kena naik dengan tali.. bila turun memang struggle. dengan anak lagi kan.. nasib baik ada tracker yang tolong dukungkan Danish masa turun tu.. memang syukur sangat.. ramai trackers yang baik hati.. tolong pegangkan tangan.. masa tu group kami dah terpecah dah.. sebab ramai kan..pukul 9.45 start turun.. dalam pukul 10.30 pagi kami dah sampai kat bawah.. lepak-lepak minum air kelapa, coconut shake, makan roti.. semua kelaparan kehausan.. hihihi.. tunggu geng yang ke puncak ke 3 turun tu dalam pkl 11 lebih.. pastu bersurai dalam pkl 11.30 pagi..
Syukur sangat..
Friday, October 16, 2015
Danish tujuh tahun...
Sudah tujuh tahun dah budak manja ni.. perasan manja.. haha..
Suka bercakap juga..Tapi ceritanya selalu melompat-lompat.. unrelated stories cakap sekali harung dan disambung dengan kata hubung 'tapi'.. asalkan dia dapat sampaikan apa yang terbuku di hati.. haha..
Sunday, November 2, 2014
Main-main di hujung minggu... ;)
Tengah semangat ni.. haha..
Take care!
♡♥♡♥♡♥
Sunday, July 27, 2014
Selamat hari raya.. ampun maaf dipinta..
Friday, April 25, 2014
Daniel's first swimming class
Di manakah budak kecik lagi dua orang???
hehehe..
PapaD bawak jalan-jalan di Alamanda..
bertabahlah papa..Si Aman dalam stroller, Dzarif pulak dalam carrier..
hehehehe... and they survived! ala.. 2 jam je pun..hahaha...
;)
Projek menjahit?
masih tertangguh..
Rindu mesin jahit....
Thursday, March 6, 2014
Ruang Keluarga : Projek sofa biru
Wednesday, February 12, 2014
Cuti-cuti 2014 : Gold Coast Morib Resort, Malaysia dan percubaan meroti serta probiotic BBG
Sunday, February 9, 2014
We love you Papa!
Papa D...
cantik kan sulaman ni.. rasa sayang plak nak guna... hihihi
Monday, January 27, 2014
Cuti-cuti 2014 : Cameron Highlands, Malaysia :)
Friday, November 15, 2013
Penang-Langkawi Trip
Wednesday, October 16, 2013
Amar Danish is now 5!
Wednesday, September 18, 2013
Home Organizing kecil-kecilan : Kemas almari untuk Danish
Thursday, June 20, 2013
Sudah 15 hari...
Actually baru 15 hari berpantang...
Ada lagi 29 hari...
Harus bersabar..
Kelmarin tetiba tekak teringin nak minum air laici suam dan dunkin donut! Apa punya tekak daaa! Menduga makcik betol!
Pantang kali ni saya berniat nak rehat betul-betul...
Setakat hari ni masih berpantang la..
Belum sentuh jarum dan benang lagi..
Tapi esok lusa tak tahu lagi lah..
Hehe..
Doakan saya dapat menurunkan berat dan membuang lemak di badan dengan jayanya ek! Baru 3 hari berganggang.. mak saya sangat komited nak men'slim'kan saya kali ni. Risau dia tengok 'pengembangan' saya yang ditahap amat membimbangkan... jadi saya pun kena la tunjukkan komitmen juga walaupun perit wo duduk atas bara api campur kemenyan arab dan halba tu.. rasa kering je badan kena salai.. hahaha...
Oklah...
Jumpa lagi!
Take care..