Kawan-kawan... Tq friends..

Friday, November 29, 2013

Si Petak Sembilan... kisah kain background

Assalamualaikum...

Nine patch saya yang berwarna biru ini telah berjaya dicantum minggu lepas..


bersungguh-sungguh makcik merempit balik rumah masa lunch break Jumaat lepas tau..
sempat cantum semua.. rasanya hatiku riang gembira selama seminggu sebab dapat belai-belai mesin jahit ku..muahahahaha..

Pastu kita potong la kain background.. 
Kejadian ini berlaku pada hari Ahad lepas.. lepas Subuh.. dapat peluang dalam sejam.. hehehe.. jadiklah..

Saya pilih warna kelabu.. nak kata kelabu sangat tu tidak la... light grey.. kalau tak silap fabrik ni saya beli di Cottage Patch beberapa tahun yang lalu.. hahaha... nasib baik ada si kelabu ni.. kalau tidak mau makcik meroyan ajak papaD ke CP nun jauh di Ampang semata-mata nak cari background si petak sembilan ini.. hihihi..

okey..jom kita main roller cutter..


Memula kita potong square bersaiz 10 inci sebanyak 2 keping.. pastu potong dua di  tengah-tengah dan potong lagi sekali untuk dapatkan 4 segi tiga itu.. Untuk 4 blok nine-patch tu kita perlukan 6 segi tiga ini.


Kemudian kita potong pula square yang bersaiz 5.25 inci ini.. pastu potong tengah.. jadikan 2 segi tiga seperti gambar di atas.. kita perlukan 4 keping segi tiga.. yang ini untuk bucu hujung runner kita nanti..

Untuk rujukan di masa hadapan, saya kena tulis ini semua.. almaklumlah..pattern makcik selalu hilang entah ke mana.. organized la sangat kan kan kan.. muahahaha..

Bila siap potong. jom main susun-susun...


Masa susun ni macam pening sikit.. cemaner nak temukan bucu-bucu segi tiga tu...
Pastu tanya-tanya sahabat fb.. diorg kata betul susunan ni..
Saya pun pin-pinkan.. yang penting cantum blok yang tengah dulu dengan segi tiga segi tiga yang besar itu..

Kemudian di suatu pagi yang hening kira-kira jam 3.30 pagi saya pun terjaga dari tidur.. Dzarif bangun merengek, lepas susukan dia mata jadi cerah pulak (hahaha..konon.. sebenarnya kerana termimpi-mimpikan projek yang belum siap ini..) bersungguh kan makcik bangun dan kemudian mencantum-cantumkan background fabric dengan 9 patch blocks itu.. tapi sejam je pun.. pkl 4.30 tidur balik.. hahaha.. jadi belum siap cantum pun.. nanti dah siap kita tunjuk ek.. takde plak dah tercerah mata jam 3 pagi.. hahaha..

Okeylah..
Jumpa lagi ek..
Take care..
:D

8 comments:

  1. wahhh dah nak siap yerr
    akak dah siap cantum tapi tak basting pun lagi kui kui. Tak perrr.. nnt kita bangun kul 3 sama2 yerr hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mila..nak basting dah.. tak lama lagi siap la tu.. highspeed tu.. hihi.. nanti tolong kejutkan saya ek... kita merempit bersama-samaan.. muaahahahah..

      Delete
  2. Ooh this is going to be so pretty! Can't wait to see the finish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik zara..saya pun tak sabar juga sebenarnya.. hehehe

      Delete
  3. kalau akak nak potong tepat2 gini mau ambik masa 1 hari... hihihi... cantik... blue as always... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak.. biru tetap di hatiku.. hihihi.. alahai kak.. terror potong dress takkan belah tiga segi makan satu hari... hihihi

      Delete
  4. wah...hebat lah zila...sempat lagi merempit balik rumah nak jahit petak2 ni ye...berbaloi lah hasilnya comel kan...tak sabar nak tengok dh siap nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Lia.. time menggila datang memang apa pun sanggup.. pastu malam pkl 9 dah pengsan kepenatan.. muahaha... saya pun tak sabar sebenarnya.. setiap kali masuk bilik jahit tesengih-sengih tengok petak2 ni.. hahaha...

      Delete