Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Friday, January 22, 2016

Projek 2016: Disappearing Nine Patch block

Assalamualaikum..

Projek sambungan dari 2015..
Disappearing nine patch quilt..
Asalnya nak buat untuk sahabat yang sedang pregnant.. tengok-tengok bakal dapat baby boy.. bila ditelek-telek, macam tak sesuai pulak warna ni untuk boy.. makanya.. susun-susun ambik gambar pastu simpan balik.. muahahaa.. tak jahit lagi.. gambar bawah ni testing sahaja.. hi hi hi...


Disappearing 9 patch ni agak mudah nak buat.. asalnya adalah 9 keping fabric yang dicantum bernama 9 patch block. Setiap  fabrik sebelum cantum cuma 4 inci je.. agak kecil. Lain kali kalau nak buat saya plan nak buat besar sikit.. sebab bila racik nanti taklah rasa halus sangat.. hehe... 

fabrik di tengah-tengah 9 patch ini akan menentukan warna tema quilt kita.. jadi saya pilih oren-kelabu-maroon combo.. fabrik di 4 penjuru guna warna apa pun boleh.. ini scrappy quilt.. jadi campur gaul sesedap rasa.. ;)


Memula kita adjust bagi elok atas cutting mat. Pastu potong dua betul-betul di bahagian tengah 9 patch block kita... 


Pusing elok-elok blok ni.. dan potong tengah juga.. kalau tak nak pusing kain.. pusing cutting mat.. kalau tak.. pusing je badan.. heheehe...


Pastu adjust la susunan 4 block yang dah racik tu sampai dapat susun atur yang berkenan.. pastu cantum balik.. jadilah disappearing 9 patch blok seperti ini..


Senang kan? Cantum 9.. potong 4.. cantum balik 4 tu.. hehehe... potong cantum potong cantum.. itulah kerja den.. :p

Tak tahulah jadi apa nanti dengan 12 blok yang dah siap ni.. nak tambah lagi buat besar lagi macam tak mampu dah.. hehe.. silap-silap jadi sarung bantal lagi ni.. hehe..

Sebabkan yang ni tak sesuai untuk baby boy.. maka saya pun mulakanlah projek quilt baru.. haha.. stay tuned!

Jumpa lagi..
Take care!

Sunday, November 16, 2014

Tutorial: Half Square Triangle

Assalamualaikum..

Ingat tak Sarah's Choice quilt block? Block yang nampak macam banyak segitiga tu... blok bintang yang macam kuih bakar tu.. hahaha... blok tu terhasil menggunakan teknik half square triangle atau lebih glamer dgn nama HST. Jom kita nak share teknik HST yang mudah tapi perlu berhati-hati ini... :)

Sifir untuk HST ni adalah 7/8. Yang bermaksud kalau kita nak block HST kita bersaiz 6 1/2 inci (siap), kita kena potong kain kita 6 7/8 inci. Kali ni saya nak buat HST dengan saiz 6 1/2, jadi saya potong 2 jenis kain berbeza dengan saiz 6 7/8 inci × 6 7/8 inci. Saya pilih biru dan merah.. ;) kalau perasan kain ni 1/8 inci je nak jadi 7 inci..


Size 6 7/8 inci × 6 7/8 inci

Lepas tu, kita gariskan kat belakang kain ni dari bucu ke bucu.. garisan ini adalah sebagai panduan untuk jahit dengan jarak 1/4 inci di kiri dan kanan garisan tu.. dalam gambar tu saya garis siap-siap dengan garis putus-putus yang bermaksud kena jahit di garisan itu.. kita akan jahit 2 kain merah dan biru ni right side facing ek.. jahit pada wrong side... 


Lepas jahit akan dapat seperti ini..


Pastu potong la dia.. okey.. ini peralatan mesti ada untuk quilting..
Rotary cutter
Cutting mate
Ruler

Semua ni bersama saya sejak 2008 lagi..
Rotary cutter tu tukar blade je..
:)


Lepas potong dia..maka terbelah la dua menjadi segita..


Bila kita buka..
taraaaaa..
jadilah half square triangle. .


Senang je kan...

Saya buat 4 keping..
Nak buat pinwheel block..

Kita cantumkan satu side dulu.. kiri dan kanan seperti dalam gambar atas ni yang dah siap jahit tu... seam allowance mesti 1/4 inci ek.. ini memang sifir cikgu quilt ajar.. hehehe

Kemudian satu side lagi..
atas ke bawah.. saya akan pin banyak-banyak terutamanya kat point bertemu kat tengah-tengah block ni..


Pastu press elok-elok..
Siap satu block..
Bersaiz 12 1/2 inci..
Bila cantum dengan block lain, block ni akan jadi 12 inci (finished)

Hehe..

Buat menambah BOM 2014 kita..
;)

okey.. makcik ini mengaku.. bukan senang nak buat entry tutorial..
sebab banyak gambar.. dan kena fikir camner nak tulis sebaik mungkin..
makcik baru belajar.. salah silap dan kekurangan mohon dimaafkan ek..
Hehe.. harap Cik Ina kat Kuantan baca entry ni.. kerana cik ina shoguna kita ni la saya memberanikan diri buat tutorial.. tapi cakap betul google je HST, boleh dapat baaaaanyak tutorial.. mat salleh memang rajin berkongsi ilmu..
Owh..lupa.. tengah tunggu kelas jahit mula ni.. nak belajar jahit baju kurung pahang.. doakan saya diterangkan hati.. senang terima ilmu baru ini.. amin....

tata..
Take care!
Jumpa lagi..!
♡♥♡♥♡♥