Kawan-kawan... Tq friends..

Tuesday, November 19, 2013

My nine patch block to-be..in blue lagi!

Assalamualaikum..
Hai...

Saya ni giannnn sangat nak menjahit... dah lama sangat tak belai mesin jahit..
Tetiba Kak Zura Lovemelots menyeru-menyeru di Quilt group kat fb untuk join satu projek kecil-kecilan.. Kecil bagi orang yang terror ek.. bagi mak yang kadang-kadang pegang mesin ni, projek ini agak mega-megaan juga tau.. hahaha.. Projek Simply Small Sewing ini A Quilting Life yang organised. Boleh terjah sana untuk details ek.. :) Maka bila diseru-seru ni.. mak pun tergoda untuk follow sekali... gian aihhh!

 Hujung minggu lepas dapat pula peluang balik kampung..hantar Daniel cuti sekolah ni.. biar dia dok kampung teman tok mak dan tok abah..hehe..Kat kampung saya dah target dah nak racik-carik kain biru ku.. koleksi From Siam With Love..Lama simpan kain ni.. sayang!! hiihiii... 

Mak saya dan kakak ipar pun berminat nak belajar patchwork ni.. mak dah ada dah set rotary cutter, ruler dan cutting mat tu.. jadi mudah la kerja kita.. Kat kampung pun ramai orang boleh tolong pegang budak kenit secara bergilir-gilir.. hihihhi.. Jadi dapatlah makcik ni peluang racik kain sambil tolong tunjuk cara yang selamat menggunakan rotary cutter tu.. :D

Projek ni kena buat 4 keping nine-patch blocks dari 2.5 inches squares.. Untuk buat satu runner yang kecil.. Kalau nak buat besar pun boleh.. tambah saja nine-patch block itu..


Saya pilih 9 fabrik yang berbeza dan potong la jadi empat segi sama bersaiz 2.5 inci..cinonit jer.. Kononnya nak buat nine-patch blocks yang pelbagai susunan.. sebab tu saya tak cantum dulu.. saya racik dulu.. kalau nak cepat kita boleh potong kain 2.5 inci lebar ni panjang-panjang, cantum dulu dan kemudian baru racik-racik 2.5 inci.. boleh bayangkan kan? :D

Saja susun-susun ni.. nak cari padanan paling cun la kononnya...hahaha


dan yang dah jahitnya cuma ini...


haha.. ini je yang sempat.. sebelum si kenit ini dah pun melolong.. hohoho


ini pun saya jahit sebab nak tunjuk kat mak dan kakak ipar bagaimana nak dapatkan cantuman yang tepat.. dan belakangnya mesti jadi begini..


ada masa nak pin siap-siap squares ni..
dapat je peluang pegang mesin, aii terus merempit.. haha.. berangan!
hari ni kat group semua dah siap cantum u!!! mak memang always ketinggalan keretapi! 
hahaha..

Okeylah..jumpa lagi ek!
Take care!
:)

16 comments:

  1. Nanti ko ajar aku pulak naa.. Anak2 kite pos kat bapak diorg.. Boleh?
    Heheheh..

    Chaiyok mamaD!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MamaHakimiKhayra.. takpe..takpe.. nanti aku tanya Dzarif.. kalau dia setuju aku amik gambar step by step... ekeke.. buat masa sekarang sila siapkan itenary anda.. itu lebih penting... hehe... ;)

      Chaiyok mamaharris jugak! haha... bab pos kat bapak diorang tu macam tak dapat la.. hahahaha...lagipun skrg tengah kempen untuk dryer.. jadi kena amik hati bapak2 banyak2 sikit.. hahaha...

      Delete
  2. rempit zila jangan tak rempit,,,, kak shima pun berangan je nih..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Shima.. nak pos budak2 kenit kat umah auntie shima boleh tak? hihihi..
      kak shima jom aaa join gak... :D koleksi kain banyak menanti tu... hihihi...

      Delete
  3. kalau dah jiwa art.. memang tak boleh duk diam kan.. ade jer nk buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Lilynn.. jiwa art.. muahaha... jiwang karat ada la... kuikukui...

      Delete
  4. Nice fabric combo - it's going to be a really nice runner :-)
    Oh, and kisses to the baby - those cheeks are just begging to be pinched!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Zara.. thank you! jom la join the sew along.. kalau cik zara join mesti lebih meriah gitu... :D
      and budak kenit muah muah back... ;P

      Delete
  5. menarik lama dah ana tak tengok patchwork ni..cuma skrg nak cari perca kain je tak ada dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik anajingga..jom la join.. kat fb ramai orang jual kain perca.. hehe... kalau tengok memang boleh menggila nak membeli sajer.. hihihi.. ;)

      Delete
  6. waaa hebatnya mama, sempat pulak jahit menjahit meski ada si kecil. (cemburu...... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omah Nuhy... sebenarnya tiada kesempatan pun.. dah lama sangat mesin jahit di rumah sendiri tidak disentuh.. hihi.. ;)

      Delete
  7. ..mesin sy pn..cket lg nk jd tukun :D..

    xsabar nk tgk hasilnya nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu.. apa lagi.. belai-belai la mesin tu.. kesian dia.. hihihi.. saya dah on dah mesin jahit jumaat lepas..

      saya pun tak sabar.. dok terkenang-kenang..termimpi-mimpi... hihihi

      Delete
  8. Hehehe I punya dah selamat atas sewing caddy drawers kat bilik jait ni haaa....best lah 9-patch ni berangan nak wat satu quilt besar guna simple 9 patch je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zura.. bestnya.. dah dapat guna runner baru.. saya terkedek-kedek lagi..belum start quilting pun lagi.. hihihi

      memang best la kak 9-patch ni.. lagi satu kan kak..scrappy trip around the world quilt pun mcm best tau kak.. hihihi.. ;)

      Delete