Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label Kebun Papa. Show all posts
Showing posts with label Kebun Papa. Show all posts

Monday, November 30, 2020

Projek 2020: Macrame

Assalamualaikum..

Hai!

This is the first macrame that I made using a dowel rod. 

Rod tu saya beli kat kedai buku di Bangi.. susah nak jumpa tau! Online pun susah nak jumpa.. ada yang jual kat local online shop tapi limited.. dari overseas ada banyak la tapi lama kena tunggu la haiiii.. Hihi.. yang saya guna tu pine wood stick.. panjangnya 30cm. Just nice for a plant hanger! Macrame cotton cord saya tu semua saya order online.. semua ada di shopeepeepeee 😜


Ini adalah macrame saya yang ketiga sebenarnya.. Cubaan y
ang pertama dan kedua adalah si biru berdua inih 💙💙..





Macrame yang saya buat ni semua beginner level. InsyaAllah tak susah.. 

Yang susah pasal projek ni adalah susah nak mula je miahahahaha ðŸĪŠ lagi satu bila dah mula.. susah pulak nak siapkan hahahaa tersadai la sampai mood mariiii ðŸĪ­ðŸĪ­ðŸĪ­ #sejenisperangai Alhamdulillah adalah juga hasil sikit-sikit nih.. walaupun selowwww.. 

Ok! sekarang ni cuma masalahnya adalah tempat gantung yang belum ada.. hahaaa.. 😓


Kalau nak cuba boleh refer link tutorial kat bawah ni ya..

Macrame plant hanger (blue) 

https://www.youtube.com/watch?v=aTwB4TT35c0

Macrame wall plant hanger

https://www.youtube.com/watch?v=SSjlWlanFJE&t=19s


ada banyaaaakkkk sangat tutorial di youtube! sila skodeng hehee

selamat mencuba ya!

jumpa lagi & stay safe everyone! 

#keeppraying #prayhard #spreadlove

-mamadaniel-


Friday, July 31, 2020

Kisah 2020 : my first Qurban

 Assalamualaikum..

Aidiladha tahun ini.. punya rahmat dalam dugaan Covid-19.. syukur Allah beri saya peluang untuk melaksanakan ibadah Qurban. Ini korban pertama saya.. 1 bahagian daripada 7 bahagian seekor lembu. Alhamdulillah, doakan saya dapat terus melaksanakan ibadah ini di tahun-tahun yang akan datang.. 💕 

balik kampung empat hari empat malam tawakal je tinggalkan pokok-pokok.. 

bila balik tengok pokok, ada yang kuning teruk macam bayam brazil ni.. tapi syukur sebab banyak pokok lain selamat.. 

begitulah keadaannya bila ada pokok-pokok kan.. nak tinggalkan lama-lama pun risau. 

belum ada ayam itik lagi tu.. hahaha..

😆

Saturday, May 30, 2020

Kisah 2020: Salam Aidilfitri 1441H dengan hashtag #covEid

Assalamualaikum..

Salam 7 Syawal.. (dengan trending #covEid)
hihihi... nak jugak ikut trend 😉😉😉
salam raya di perantauan..


jangan scroll dekat-dekat gambar ni.. nanti nampak muka mami ni yang penuh dengan jerawat.. hahaa.. mungkin stress masa nak raya haritu.. stress tak dapat balik kampung.. stress nak masak lauk pauk raya.. hati memang tak rela.. sampai melalak la jugak.. call makabah kat kampung sambil meratap di bucu katil.. i cry like an old baby.. hahaa.. 

Alhamdulillah, masa 1 Syawal saya dah tenang dan redha.. syukur tak menangis di pagi raya yang mulia.. penuh syahdu beraya di rumah sendiri.. tak pernah umur lagi tau.. dulu dah due nak bersalin nombor dua pun ku cekalkan hati balik kampung juga.. Doktor pesan jangan jalan jauh, takut sakit nak bersalin tengan jalan jammed camne nanti.. hahaha.. time tu degil nok!! hahaa! balik Johor je masa tu, tak berani balik Kelate.. hihihi.. Alhamdulillah 16 Syawal baru bersalin masa tu #kenangan2008

syukur juga.. saya ada kakak yang duduk dekat.. dia dan anak-anaknya semua ada di sini juga.. meriah lah jugak kami raya bersama.. Pagi raya video call dulu dengan mak abah dan abang-abang dan juga parent-in-law kat Kelantan. Makan-makan.. Saya masak sup tulang resepi azie kitchen.. memang terbaik boh!!!  sedap amat!! sesi malam saya masak nasi minyak dengan ayam masak merah.. resepi azie kitchen juga.. yummmeh!!! Siang saya beraya rumah kakak, malam diorang pulak beraya rumah saya.. 


Done raya 2020! Tahun ni kerajaan bagi kebenaran beraya sehari sahaja.. maka dengan skemanya kami pun menurut perintah. hahaa.. tak memasal la nak bayar kompaun kan. duit baik guna beli pokok.. eh!! hahahhaha

Yup! betul! oleh kerana tak dapat beraya rumah sanak saudara, maka saya pun beraya la di nurseri.. haha.. beli pokok dan pasu buat terapi jiwa.. hahaha...


Nurseri ni namanya Artech Home Decor. 
google je insyaAllah jumpa.. dia kat area Cheras ya..
Datang sini kalau tak bawak balik apa-apa memang ajaib ler.. hahaa..

pokok dalam pasu biru bernama sansevieria trifasciata dacaena kot.. banyak sangat variation.. saya pun tak habis kaji lagi.. hahaha.. yang dalam pasu putih tu namanya golden haahni
jenis pokok sansevieira ni sekarang memang tengah viral.. orang kata untuk air purifier dalam rumah..  dan insyaAllah senang jaga juga.. kategori hard to kill plant.. hahaha..


dan yang ini whale fin!! kesayangan hamba yang baru tiba dari Melaka! beli kat shopee je uols!
hahaa.. cari kat nurseri memang habis belaka.. online juga akhirnya.. alhamdulillah.. sampai dalam keadaan yang selamat.. elok seller tu wrap dengan kertas tebal, pastu masuk dalam kotak (tanpa pasu).. memang risau takut daun dia patah dalam perjalanan ke kan.. hihi.. syukur.. si cinonit ni sampai terus saya tanam elok-elok dalam pasu.. ada rezeki nanti kita cari pasu baru ye darling.. hihihi..

pasni nak tanam salad dan sawi plak.. geram tengok kawan share gambar pokok sayur dia.. hahaa..

take care semua!
jumpa lagi!





Saturday, March 28, 2020

Projek 2020: Projek Pokok

Assalamualaikum..

Salam #stayathome
Salam #siladudukrumah

Sempena duduk rumah ni, mari rajinkan diri membelai tumbuh-tumbuhan..
hehe.. minat tanam pokok dah lama.. cuma asyik tak panjang umur je pokok yang saya ada.. haha..tak pandai jaga.. mak abah ku memang paham sangat la perangai ku.. maka dikirimnya dua pasu pokok senang jaga.. satu pokok Chrysalidocarpus atau Palm kuning dan satu pasu lagi si sansevieria jenis mother-in-law tongue (lidah mertua) [nama seram kan.. hahaha] 

maka dengan bermulanya dua pasu pokok itu, maka bertambahlah pasu-pasu yang lain.. dan semakin terjatuh cinta pula dengan si sansevieria ni.. nama melayu pokok ni lidah jin.. huhu.. pun seram juga namanya kan... hahaa


ini moonshine sensevieria.. paling saya sayang.. haha.. 
harga pun mahal sikit.. size kecil dalam RM17-RM18
peneman buat assignment..
air purifier tau.. pokok ni kuarkan banyak oksigen..

sesekali kita jemurkan juga dia.. dapatlah matahari sikit.. heeeeheee



 sansevieria tiga beradik yang sempat saya cekau betul-betul beberapa hari sebelum RMO bermula. Saya beli ni di nurseri bukit mahkota cheras. Nama nurseri tu Artech HOME DECOR - Garden Nursery and Garden Deco, sebelah Petronas Batu 10 Cheras. Best nurseri ni.. owner dia pun peramah.. haha.. mujur tak ku bawak balik semua sanseveiria yang ada.. hahaa..

sansevieria MIL tongue dalam pasu biru tu lah kiriman mak abah dari kampung.. hehe.. pemula kisah #sansevieria saya.. pokok asal yang maka abah tanamkan tu dah besar gila.. dapat pindahkan ke 4 biji pasu.. hihihi.. seronok tengok dia beranak-pinak.. Alhamdulillah, akhirnya ada juga pokok yang serasi di tanganku.. hahahaha

Sebenarnya pokok ni senang nak jaga.. Kalau letak indoor, siram seminggu sekali je. Kalau jemur matahari, boleh la siram kerap kalau tak hujan.. kalau hujan takyah la siram lagi.. akarnya tak tahan berendam air.. nanti busuk.. ini pesanan tokey nursery.. hehee..

Sekian cerita pokok.
Take care ya everyone.. Dalam tempoh restricted movement order ni, saya mohon kita semua patuhlah pada arahan pihak berkuasa. demi kebaikan kita juga.. duduklah di rumah.. nikmati setiap saat bersama keluarga.. berdoalah kepada Allah semoga wabak ini segera berakhir.. semoga negara kita kembali seperti sedia kala.. amin.. #prayhard

Wassalam..
sehingga ke temu lagi..
-mamadaniel-


Monday, November 23, 2015

Projek kebun : Ku lihat hijau...

Assalamualaikum..
Ini hobi baru papadaniel.. bercucuk tanam.. dalam pasu..

Saya pun dapat hobi baru.. hobi menengok tanaman.. kikiki...

Saya sebenarnya suka pokok hiasan.. tapi setakat ni yang saya ada cuma 3 pasu je. 2 jenis out door.. tahan lasak jemuran.. satu lagi pokok duit tu.. dulu bawak balik dari kampung.. kecik je.. pastu bila dah gemuk gedempol kitorang bahagi masuk dua pasu.. sekarang nampak macam merengkek sikit.. pokok duit ni pokok in door.. takleh jemur.. mmg letak tempat redup je... sekarang nampak macam x segar sangat.. harap sihat gemuk gedempol kembali seperti tuan dia.. kikkkiki...

Papadaniel pulak suka nak menanam pokok yang ada hasil... boleh makan punya.. hehee..Takpe.. makcik ikutkan je la.. lagi pun dia yang jaga.. hahaha..

Yang kecik-kecik dalam poli bag itu adalah anak pokok tomato yang baru bercambah. Suka tengok bila menjadi ni.. ;)


Ada pokok limau kasturi, limau purut dan pokok cili api. Pokok-pokok ni beli kat nursery kat bangi.

Pastu ada tanam pokok bawang.. kangkung dengan daun sup baru semai..

Saya berangan nak beli tangga-tangga besi tu untuk letak pasu-pasu. Tapi tunggu menjadiklah dulu kan.. banyak gak modal tu.. hehe..

Semalam baru beli pokok mangga.. kat ekspo kat labis. Hantar budak-budak balik kampung cuti sekolah.. katanya boleh tanam dalam poli bag besar.. tunggu ek.. lagi 2 tahun dapatlah merasa buahnya.. kikikiki....

Ni gambar daniel dan papa dia masa majlis anugerah kat sekolah dia minggu lepas.. nampak tak pokok gantung tepi tu? Kreatif sangat.. recycle guna botol air.. I like!
Tahun ni daniel dapat anugerah cemerlang untuk 1 subjek bagi tahun empat. Cuba teka subjek apa? Pendidikan kesihatan! Haha.. sama macam masa dia darjah 1.  Bolehlah tu.. Secara keseluruhan..pencapaian anak-anak saya biasa sahaja.. semua huruf ada kecuali F. Walau agak merisaukan saya pasti akan jalan untuk mereka di masa akan datang.. Pelajaran pun makin susah. Usaha tangga kejayaan!!

Sekian cerita kali ini.. Jumpa lagi!