Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label Papa. Show all posts
Showing posts with label Papa. Show all posts

Sunday, February 9, 2014

We love you Papa!

Selamat hari lahir yang ke tiga puluh lima
Papa D...

Tahun ni kita hadiahkan papa tuala.. dengan sulaman..custom made by cik shiedah sonice.. gambar pinjam dari fb cik shiedah.. mohon pinjam ek puan. . X sempat lagi kawan ni nak berphotoshoot.. hihi...
cantik kan sulaman ni.. rasa sayang plak nak guna... hihihi

Baru balik dari mandi manda di Morib.. tempat yang dekat dan anak-anak enjoy..
Lain kali kita citer ek...
Selamat hari lahir dear...Segala doa yang baik-baik hanya untuk suami ku jua. . Amin... :)

Monday, January 27, 2014

Cuti-cuti 2014 : Cameron Highlands, Malaysia :)

Percutian singkat.. 3 hari 2 malam.. sempena hari lahir Aman..
Percutian yang tidak begitu dirancang..
punya la ramai orang kat Cameron.. cuti Thaipusam kan.. 
kitorang kat sana dari 17 hingga 19 Februari 2013..
cuaca memang sejuk.. kalau tak silap sampai 14 darjah celcius..
jem sana sini.. parking penuh.. gitulah kalau ada weekend yang panjang..

 Masa ni kat Agro Farm..
Masa kat kebun teh.. Danish jatuh tergolek-golek..
Aduhai.. rasa nak meraung tengok anak jatuh gitu..
Diorang tak sabar-sabar.. excited sangat berlari..sekali tergelincir..
Calar la juga siku dan tapak tangan dia..
Pastu taubat.. Danish asyik kata takmoh pegi tempat tu lagi!
hahaha..

Dzarif nasib baik elok kelakuan masa kat Cameron..
owh.. dia ni kalau berjalan okey je..
hehehe...

Balik dari Cameron kami singgah ke Kem PLKN Nilam Ehsan, Bidor, Perak.
Melawat anak saudara.. seronok tengok wirawati ini.. nampak gembira dia berPLKN di sana.. hehe.. 

Memang seronok la berjalan-jalan..
Tempat sejuk..pastu dapat makan aiskrim strawberry..
Saya pun sakan makan buah strawberry..
Makanan kat medan selera Tanah Rata pun sedap..
Terkenang-kenang pulak cendawan goreng tepung yang rangup itu.. 
Balik rumah timbang berat naik setengah kilo..
hihihi..padan muka ku...hihihi..

okey sekarang sambung diet balik..
makan sayur.. salad dari Cameron
:P



Plan nak ke Tambun tak jadi.. 
kalau tak boleh jumpa Kak Mila kat sana.. hihihi..

Oklah..jumpa lagi.. take care.. jaga kesihatan ek.. Cuaca sejuk sekarang... :D

Friday, December 13, 2013

Hasil tangkapan di Penang.. ;)

Assalamualaikum..

Pergi ke Penang 3 malam..
Dapat berjalan 1 hari je..
Sebab hari lain terperap kat bilik hotel..
Tapi mak tak kisah.. sebab 1 hari mak boleh cover semua.. hihihi

Dapat makan Nasi Beriyani Claypot Kapitan..
Dapat makan Pasemboq Gurney Drive.. pastu siap tapau makan kat hotel.. haha..
Dapat makan char keow teow Sg Dua..
Cuma tak sempat makan Mee Ketam kat Sungai Dua.. belum rezeki kami..

Saya dapat ke kedai Friendship Quilts ini..
Kedai ni Mamahakimi yang bagitau.. gambar ni pun dari Mamahakimi juga..
Thanks my fren! hihihi..
Kitorang sampai Gurney Drive awal sangat.. gerai pasemboq pun belum beroperasi..haha..
Jadi kami round situ.. nasib baik buka kedai ni...
Saya masuk berdukungkan Dzarif.. jadi tak dapat la membelek sakan..
Saya cuma dapat tangkap ini flower pins..

Lama dah teringin nak beli.. Aritu risik-risik kat Yee Button pun takde.. dah habis stock..

Lepas tu, semasa kami pusing-pusing Georgetown, kami ternampak SSF..
miahahaha... sungguh menggelitik hati ini..meronta-ronta kalbu nak masuk SSF.. dah terlepas jalan masuk.. kami pusing satu round lagi.. almaklumlah.. banyak jalan sehala sini.. kami tak paham sangat jalan kat Penang ni..hehe.. akhirnya dapat juga singgah SSF..
PapaD tanya.. nak beli apa kat sini? Saya jawab nak beli dulang je..
hehe..
dulang saja?? mana mungkin...

jadi...
inilah hasil tangkapan di SSF Penang


1. Storage organizer 3 compartments (RM5.90) - untuk drawer PapaD
2. Storage organizer 6 compartments (RM7.90) - untuk drawer PapaD
3. Drawer divider 10cm height (RM12.90) - untuk bilik jahit 
4. Storage box (RM11.90) - untuk bilik jahit juga, nak simpan small cut fabrics
5. Fridge lock (RM7.90) - bagi mengelakkan si kenit bukak tutup peti ais sesuka hati..
6. Storage basket bertangkai (RM6.80) - ini mak dah mengidam lama.. haritu jumpa warna hijau..nak putih..
7. Serving tray (RM9.90)- haaaa.. inilah dulang yang mak sebut tadi... betul kan mak beli dulang??? hihi
8. Spice jar set (RM10.00) - nak ganti bekas garam dan serbuk kunyit kat dapur ku yang cinonit itu..
9. Airtight clips (RM4.00) - saja beli.. sebab seronok tengok ada 2-3 size satu plastik.. hihi..

Ala.. sembilan je barangnya pun... tak banyak kan... hihihi.. ini semua untuk projek home organizing pelan-pelan kayuh mamaD.. miahahaha... bila nak kemas tak tawwww...

Semasa di Penang juga sakit lutut yang saya deritai semakin menjadi-jadi..
Sambil-sambil jaga anak, sambil-sambil google search..
Baca punya baca saya terus decide nak try ephyra.. terus sms tanya dealer ephyra ni kat Penang..
Saya kata saya nak beli dan kalau boleh hantar ke hotel saya nak malam tu juga..
Dealer tu kata ok.. jadi memang rezeki terus dapat minum ephyra ni..
baru seminggu minum.. so belum boleh review lagi.. 
cuma yang saya perasan, saya kurang penat.. rasa banyak tenaga.. tapi perut jadi cepat lapar pula.. aishhh... tak begitu elok untuk diet mak di situ... hihihi

Dan ini adalah hasil tangkapan cenderahati..
 coaster manik...

coaster kerawang..

keychains.. berkenan betul basikal biru tu..

okey.. coaster dah guna kat ofis..hehe..
suka!

Itu sahaja hasil tangkapan menjala di Pulau Pinang..
Lepas ni nak cerita hasil tangkapan di LSN year end sale pulak!
hahaha...
Pastu duit dah habis.. dok diam-diam kat rumah..
hahaha..

Okey..jumpa lagi!
take care!
:D

Friday, October 19, 2012

Sebuah kisah ditinggalkan..

Kisah ditinggalkan selama 10 hari.. 
Pertama kali dia buat passport..
Pertama kali dia ke luar negeri..
Terus dapat terbang jauh ke kota London
Rezeki dia..
Bertugas sempena Malaysia Week di sana..

dan
kerana ke sana
saya paksa relakan dia
melawat kedai ini..

hehe..
kesian dia..
tapi nasib baik
kedai ni sangat dekat dengan tempat event..
:D

Apa yang dia beli?

 3 buku benang dan 4 batang hooks..
hehe..
Ini je yang mampu..
kalau gaji dalam pound sterling, mungkin boleh borong lebih kat sana..
hahaha..
masa beli ni pun, dia call dari sana..
dan tanya satu-satu..
takut tersalah beli..
hehehe..

Suka betul dengan Clover Soft Touch Hook ni!

Cekau 4 batang hooks dengan saiz berbeza.. Satu batang 4 pound.. kira ok la tu.. hehehe..
Ini pun survey website dia baru tau harga.. Hook lain lagi mahal wo..!
:D

 hehe..
ini lah dia..
orang yang tinggalkan kami..

Gambar PapaD kat kedai tu..
sebagai bukti dia memang ke sana..
Dia paksa salesgirl tu amikkan gambar dia!
haish!

hahaha..

Apa pun, terima kasih Papa..
Terima kasih bersusah payah membeli benang dan jarum kait tu..
Mama suka sangat-sangat!
Lain kali bawa Mama dan hero3 kita ke sana ek..
:P
hahaha
berangan!!

oklah!
Take care!
Jumpa lagi!

Wednesday, May 11, 2011

C u t i - c u t i L a n g k a w i

bersama keluarga tercinta...

6 - 8 May 2011


6 Mei 2011


7 Mei 2011



8 Mei 2011


best sangatttt!
:)

Monday, May 2, 2011

Sudah tujuh tahun....

kami ambil gambar ini..
:)

..2 May 2004..



Gambar 2 May 2011..


\(*.*)/


hehehehe
sama je rupa parasnya..
cuma Papa D je tembam sikit! ahaks!


Sempena cuti yang diisytiharkan pada hari ulang tahun kami yang ke-7 ini, maka kami bercadang nak ke gi tengok rama-rama.. hehe.. tengok rama-rama kat rumah jer.. hehehehe

:)

---

Doakan kami bahagia dunia dan akhirat..
Amin...

Sunday, August 1, 2010

A Dream Come True

Terima kasih yang tidak terkata untuk suamiku...
(heeeee.....ayat skima....)

Tq papa..
Tq sebab sudi gi minta papan kat saw mill,
Tq sebab sudi tebukkan lubang-lubang kat papan tu, and
Tq sudi potong-potong chop stick yang kita beli kat carrefour tu..

Tq sebab sudi melayan permintaan mama ek..
Tq.. tq..tq..

Inilah dia rak benang yang Mr Husband buatkan untuk saya..


Ini pulak rak benang untuk mak saya...


Also a big thank tu instructables.com for the great tutorial..

Jom buat rak benang ramai-ramai...


memula gi saw mill berhampiran dan minta papan yang bersesuai saiznya
pastu drill lubang secukupnya
pastu sebab nampak panjang sangat, kita potong dua
pastu letak batting
pastu balut lah dengan kain
sebab takde stapler canggih, maka sila dapatkan thumb tack yang mencukupi
beli chopstick, potong ikut selera
dan raut sikit hujungnya supaya senang nak ketuk
pastu..
pastu..
pastu..
susun la benang..

susun benang bagi la kat Daniel..
memula dia geram..
pastu dia suka..
hehe..
syok la dia mengemas benang tok mak yang banyak tu..


ini saya punya.. baru selesai sesi fotografi.. blom letak benang lagi...
ala.. benang ciput jer.. hehe..


pastu.. Danish pun interview la tok mak..
hehe..


hehe
hehehehe
hehehehehehe
sukanyer
... saya dah ada rak benang sendiri...
hehehe