Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label Dzarif. Show all posts
Showing posts with label Dzarif. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

Projek 2016 : Purple Granny squares

Assalamualaikum..
Projek crochet pula..
Perlahan2 mengait granny squares yang besar.. besar tak besar cukuplah untuk buat throw pillow 4 segi sama tu.. mungkin dalam 14 inci..


Purple Granny Square.
Guna benang ice yarn turkey tu..
Start kait masa dalam kereta. Balik kelantan cuti tahun baru cina Feb 2016. Sampai sekarang masih sekeping granny square. Masih belum jadi bantal lagi. Beberapa tahun lepas saya ada kait 1 GS purple gak.. belum jadi apa.. ingat nak kahwinkan dengan purple ni la.. insyaAllah..  hehe..



Awal bulan Jun sempat kait 1 jar cover..
Cepat-cepat kait untuk hadiah farewell. .
Office mate aka bandung roommate saya dapat bertukar ke tempat lain..
9 tahun dia di tempat yang sama.. saya rasa seronok sangat bila dia dapat peluang ini..Dapat cari pengalaman di tempat baru.. menambah ilmu.. mencurah bakti.. 



Sudah penghujung Jun 2016.
Sudah habis setengah tahun.
Sudah nak sampai penghujung Ramadhan.

Ramadhan kali ini dugaannya berbeza..
2 anak saya kena chicken pox.
Aman masa hari pertama puasa..
Aman baik je.. daniel plak kena.. betul-betul pada malam nuzul quran.. terus dapat mc sampai cuti sekolah sempena raya..
Dzarif pulak kena demam campak (measles)

Aman alhamdulillah.. walaupun chicken pox dia saya boleh kata senang juga dijaga. Cuma geli dengan ubat daun semambu tu.. saya kena tapis betul2 takde serpih daun pun baru sapu kat badan dia.. lepas habis chicken pox Aman kena demam pulak.. dekat 5 ke 6 hari on off dengan batuk.. risau takut measles.. sebab dzarif lepas baik chicken pox sebulan dia measles pulak. Pun dalam ramadhan juga.. ulang alik ke klinik saja.. kami panggil klinik tu bank.. gi sana melabur.. hahahaa..

Daniel setakat ni paling teruk c.pox dia. Siap ada kat tapak kaki. Kesian tengok dia susah nak berjalan. Tapi syukur.. kat muka badan semua cepat keluar cepat hilang. Cuma kat tapak kaki.. sehingga saat saya menulis ni.. belum hilang2 lagi.. tapi dah beransur kering la. Alhamdulillah..

Tinggal Danish belum kena chicken pox.. huhu.. harap2 tak kena masa raya.. amin ya rabbal alamin... :) 


Saturday, June 6, 2015

Dzarif is 2!

Selamat hari lahir buat hero nombor empat kami.. Alhamdulillah.. 2 tahun genap hari ini.. doakan dzarif membesar dengan sihat.. doakan juga dzarif cepat pandai cakap.. setakat hari ni perkataan dia sangat tak jelas.. botol dia panggil bo.. ultraman dia panggil neo (untuk ultraman neos). Memula dengar dia sebut neo saya ingat dia panggil abang dia niel.. hahaha...mak confused.. haha.. aman dia panggil ama.. papa bila ajar sebut baru sebut.. panggil tak berapa pandai lagi.. tapi yang paling jelas perkataan dia adalah 'mama' la.. hehe.. ;)
Doakan juga dzarif makin besar makin kurang aksi melalak dia.. kuranglah juga aksi menari bergolek ala hindustan atas lantai bila mengamuk.. hehe.. doakan dzarif dan abang-abangnya dalam lindungan Allah sentiasa.. diterangkan hati.. menjadi anak yang soleh dan bahagia dunia akhirat.. amin.. :)


Selamat hari lahir sayang mama.. 
Segala doa yang baik-baik untuk kesayangan mama.. amin...
♡♥♡♥♡♥

Saturday, January 10, 2015

Selamat datang 2015

Assalamualaikum..
Salam tahun baharu 2015..


Harap belum terlambat juga untuk ucapan salam maulidurrasul. Selawat dan salam kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w ahli keluarga dan para sahabat baginda. Saya ada terbaca satu wassap yang menasihatkan kita setiap kali lepas solat bacalah alfatihah untuk nabi kita..ibu bapa kita.. anak-anak kita.. adik beradik kita.. semoga ada rahmat di sebalik bacaan yang kita sedekahkan itu.. :) amin...
Kita mengakhiri 2014 dan memulakan tahun 2015 dengan cuaca yang sejuk. Negara diuji dengan bencana banjir.. bah besar.. Takziah untuk mangsa banjir.. semoga kalian tabah dan redha dengan ujian ini..dan semoga segala urusan kalian Allah permudahkan. Amin.. kampung suami di Kelantan pun banjir teruk. Kawasan tak pernah banjir pun naik air.. dalam rumah mertua saya air naik paras pinggang. Rumah tu tinggi tau.. nak naik rumah ada 4 mata tangga.. punya la dalam.. Dekat seminggu juga gagal dihubungi. Alhamdulillah.. setakat hari ni banjir kat sana surut.
Beberapa hari lepas mak saya di kampung pulak digigit lipan. Allahuakbar.. rasa nak nangis dengar.. sebelum tu mak demam.. baik demam kena gigit lipan pulak. Kena pkl 2 pagi waktu mak bangun tido.. kat bilik air. Sampai ke pagi x boleh tidur sebab bisa. Saya dapat tau pukul 1 petang. Tak pergi klinik lagi.. aduhai... saya dan kakak saya telefon banyak kali minta abah bawa gi klinik. Bising..bising..pukul 3 baru pergi klinik. Sampai klinik kena marah dengan doktor.. huhu. Lambat sangat datang.. nasib baik tak melarat. tapi memang dah bengkak dah kaki. Kena inject juga.. balik kaki berbalut.. huhu.. Alhamdulillah.. semalam call mak okey dah..


Dalam minggu ni juga kami mulakan sikit projek ubahsuai rumah.. Lama betul tunggu projek ni nak dimulakan. Penuh kerisauan dalam hati ini. Harap sangat orang yang kami amanahkan dapat laksanakan kerja dengan baik. Saya hanya mampu berdoa dan bertawakal.. buat masa sekarang inilah deco setelah berpindah randah dalam rumah.. hehe...

Awal tahun hidup dah berkecapi.. haha..
Next week anak-anak mula bersekolah semula. Daniel darjah 4 sekolah pagi.. Amar Danish pula darjah 1 kena sekolah petang.. kalau mamaD x kurus jugak tahun ni tak tahu la nak kata apa dengan lelemak ini.. hahaha... ;) 2 Januari 2015 dah daftar darjah 1 untuk Danish. Baru ambil ujian tentukan kelas. Kami tak dapat surat rupanya. Patutnya ujian tu bulan november.. aduhai.. nasib baik dapat tahu dari orang lain beberapa hari sebelum tu. Sempat telefon pejabat sekolah.. kalau tak daftar 2 Januari ni pun kami tak tahu.. Huhu..

Okey.. dzarif pun nak ucapkan tahun baharu.. peace y'all.. ;) jumpa lagi..


♡♥♡♥♡♥

Sunday, November 2, 2014

Main-main di hujung minggu... ;)

Assalamualaikum...
Hujung minggu yang dinanti.. selepas minggu yang agak panjang..terasa panjang sebab dua orang kanak-kanak di rumah exam serentak.. mak yang stress... risaukan anak-anak yang tak risau langsung...hahaha.. abis exam kita bagi diorang main puas-puas.. sebab kan sekarang asyik hujan.. diorang ni main je la dalam rumah.. berlakon jadi pendekar.. hang tuah, hang jebat dan hang kasturi.. hahaha...


Yang buat tengkolok tu abang daniel la.. dia tengok kat tv.. guna wrapping paper.. pastu siap buat keris dari kotak koko krunch.. hehehe... layankan je la.. hehe..


Sambil diorang main.. sambil la saya main susun-susun hexagon saya.. projek kecil-kecilan terkini.. tema kuning hitam kelabu.. macam lebah.. hehe.. berangan nak buat bantal baby.. hehe.. rasanya perlu dalam 40 keping hexagon 1 inci ni.. baru separuh jalan.. eeee... tak sabar nak siapkan.. terbayang kecomelan bantal tu nanti. Hehehe.. perasannn.. hahahhahah...




Dzarif pulak busy nak main kat luar rumah.. main siram pokok je la dik..gajah biru cinonot tu beli kat Mr DIY..RM4.50 je.. hehe.. ini gambar pagi ahad yang hujan.. dia ni nak bagi jangan melalak ialah ajak dia main kat luar...hehe..

Owh..pokok ku nan sepasu.. pokok yang mak abah bagi. Masa memula sampai dulu slim je pokok ni.. sekarang gemuk dah.. Alhamdulillah.. berkat anak2 rajin tlg siram.. saya berangan nak tanam pokok lagi.. tapi tengah mengkaji pokok apa yang senang nak dijaga.. tahan lasak dan umur panjang.. pokok bunga kertas senang nak jaga tak ek? Hehe.. nak yang berbunga jugak. Hehe..
Kalau ada cadangan bagitau kita ek..
Tengah semangat ni.. haha..

Hingga jumpa lagi!
Take care!
♡♥♡♥♡♥

Sunday, July 27, 2014

Selamat hari raya.. ampun maaf dipinta..

Assalamualaikum....
Di penghujung Ramadhan yang mulia ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua.. andai ada tersilap kata terlanjur bicara.. almaklumlah kadang-kadang terlupa diri masa menaip cerita meluah rasa..

Ini pula adalah kad daripada Daniel dan Danish untuk mama dan papanya.. yang meriah coloringnya tu Danish la punya kerja.. hahaha.. Daniel tu sebenarnya lebih kepada surat raya.. minta maaf salah silapnya.. ucap terima kasih kerana menjaga dan mengajar dia.. hehe.. bahasanya cukup straight to the point... hahaha... tapi sekali baca saya faham isi hatinya.. terima kasih anak-anak mama.. am so touched! ;)

Saya dah selamat sampai ke kampung di Johor..
Alhamdulillah.. perjalanan kali ni sangat Allah permudahkan..
Tak bertemu traffic jam langsung..
seronok sangat!

Oklah..
Selamat hari raya aidilfitri..
Maaf zahir dan batin..
Jumpa lagi!

Friday, June 6, 2014

Dzarif is 1!

Assalamualaikum...
Hari ini 6 Jun 2014.. Dzarif genap setahun.. Alhamdulillah.... walau dalam melalak-lalak dia.. dengan rotavirus berminggu-minggu.. budak kenit ni pandai juga berjalan.. haha.. antara abang-abang dia, Dzarif la yang paling cepat pandai jalan.. lebih kurang umur dia 11 bulan dia pandai jalan dah...
Walaupun dah pandai berjalan.. perangai melalak dia masih tak surut-surut lagi.. manja kemain ni.. saya selalu stress demgan dia.. pernah sekali saya stress sangat sampai saya terlepas cakap.. Mama bagi Dzarif adik nanti nak tak??? Erk!!? Hahahaha... ;P

Ayat main-main je tu..
jangan percaya ek..
hahahaha
;)


Selamat hari lahir darling Mama..manja Papa.. kesayangan abang-abang...

semoga membesar dengan sihat..menjadi hamba Allah yang soleh.. bahagia dunia akhirat..dalam lindungan Allah sentiasa.. takmoh kutip-kutip benda masuk mulut lagi.. huhuhu..

okey bye!
Jumpa lagi..
take cara tau!
:)

Friday, April 25, 2014

Daniel's first swimming class

Assalam..
Salam Jumaat..

Lamanya tak update cerita di sini..

Awal April aritu dapat hantar Daniel ke kelas berenang..dengan ezy2swim.. lama dah berniat nak hantar dia.. sebenarnya saya yang berhajat nak belajar berenang.. nak bersenam.. demi kesihatan dan untuk mengurangkan pengembangan badan..hehe..  tapi lama pujuk.. baru la Perdana Menteri ku memberi kelulusan..hihi.. jadi hantarlah Daniel belajar dulu.. saya tgk kat tepi kolam.. nanti-nanti la mamaD ni.. baju pun takde lagi.. hihii..

Satu group dalam 4-5 orang kanak-kanak. Dalam group Daniel, dia yang paling tua..
Masa ni belajar kat kolam Presint 11 Putrajaya. Tapi selalunya kelas kat Presint 16.


Si Danish ikut gi kelas.. tapi tanya nak belajar tak? dia geleng kepala.. taknak.. hahaha..
Belum berani dia ni.. biarlah.. saya takmoh paksa-paksa dia ni..
Jadinya dia main la kat kolam kecik sesorang.. hihi..


Di manakah budak kecik lagi dua orang???

hehehe..

PapaD bawak jalan-jalan di Alamanda..
bertabahlah papa..Si Aman dalam stroller, Dzarif pulak dalam carrier..
hehehehe... and they survived! ala.. 2 jam je pun..hahaha...
;)

Projek menjahit?
masih tertangguh..
Rindu mesin jahit....

Thursday, March 6, 2014

Ruang Keluarga : Projek sofa biru

Assalamualaikum..

Bulan Mac dan April 2014 blog SusunAturSioca buat cabaran untuk kemas ruang keluarga ataupun family area.. Sebenarnya rumah saya takde ruang keluarga.. ruang tamu yang bercantum dengan ruang makan dan kemudian bercantum dengan dapur itulah ruang keluarga kami.. hehe...semua dalam satu.. kesepahannya pun semua dalam satu.. hahaha.. tapi kami ada satu ruang di aras atas yang terabai.. tidak berkemas.. bumbung pulak bocor, abis dinding comot.. amik masa juga nak baiki bumbung tu..dan akhirnya berjaya juga..

Selepas bumbung terbukti tidak bocor, saya pun mulalah misi memujuk PapaD..
Saya ajak dia deco2 ruang ini..
Dia tanya nak buat apa.. ruang ni panas.. takde tingkap.. kipas ceiling pun jauh ke tengah..
Saya kata la.. saya nak buat family area.. nak letak rak.. nak letak meja.. buat play area untuk anak-anak..nak tempat tu kemas.. bukan sebagai tempat terbiar.. kalau nak solat jemaah pun boleh.. nak letak carpet.. ada rezeki nak pasang aircond.. hihihi... baik punya pujuk kennnnn...
Akhirnya PapaD termakan jua pujukanku itu...

dan selepas itu saya pujuk lagi.. sofa pertama kita tu kan.. dah buruk sangat la Papa.. kena air masa bumbung bocor dulu..  mama nak tukar cover la Papa.. hihihi.. memula dia macam tak setuju.. lepas tu dia macam suka hati la mama... haha.. malas nak layan la tu.. hahaha
dan inilah hasilnya...



Servis upholstery oleh dthukang.com. Rajin Cik Niza melayan saya.. kain biru ni saya beli dengan Encik Amy GC Goody Couch.. dia ada kedai upholstery gak kat Selayang Baru.. kedai dia dalam kawasan Masjid At Taqwa.. Encik Amy ni saya kenal dari Kak Rosni Nykolett.. hehe.. punyalah bersungguh-sungguh saya dengan projek sofa biru ni.. merata-rata saya survey.. survey online la.. hihi.. Kain dengan Encik Amy paling murah saya dapat.. RM25. guna 10 meter.. Tempat lain tanya semua RM65 ke atas.. uhukuhuk.. 

kos upholstery memang agak tinggi.. tapi saya sayang sangat dengan sofa ni.. ni sofa pertama saya beli.. sofa pertama sejak kahwin.. memang orang kata tak berbaloi.. baik beli baru..tapi sentimental valuenya hanya saya je yang tahu...hihih..


inilah rupa ruang ini selepas kami solek dindingnya.. sebelum tu dindingnya warna putih cream tu la..
wallpaper pasang sendiri oleh PapaD... jimat kos sikit... wall paper ni beli dengan Baiti Jannati Deko kat Teras Jernang.. 3 jam pilih wall paper ni tau... puas la membelek semua katalog..Wallpaper ni dari koleksi Summer Elegance.. 
Cat dinding ni pula guna cat nippon paint..  saya tak ingat kod warna dia ni.. sama ada Gray Cotton atau Gray Dawning.. masa tengok chip tu macam kelabu.. bila dah cat macam biru kelabu pun ada.. hehe.. takpe..saya biru ok je.. hahaha.. ini pun PapaD cat sendiri.. 

Bila dah siap-siap.. kita gi ikea plak cari rak buku..
Memula plan nak beli 3 biji je rak.. tapi bila sampai sana..tengok plak showroom semua cantik2 layout.. kami telah tergoda dan terbeli lebih rak.. rasa-rasa macam muat.. bila susun-susun macam ada je yang tak kena.. memula susunannya macam gini la.. macam pelik je sebab macam tangga.. hahaha...

Pastu tanya-tanya pendapat kat group susun atur dan group deko kat fb. Dengan pandangan yang diterima saya ubah lagi...Terima kasih yer semua.. Jadi sekarang ni inilah keadaannya setelah saya dok memusing rak-rak tu lima ke enam kali..Sebenarnya belum puas hati lagi dengan susunan ni..
Bakal berpusing-pusing lagi bila saya ada mood nanti.. hahaha


Buat masa sekarang ini adalah tempat saya menjahit hexagon..malam-malam..bila ada masa lapang dan tenang.. hahaha.. Buku-buku dan barang-barang tak bersusun lagi dengan niat nak pusing-pusing rak tu lagi.. nanti berat pulak makcik nak sorong tarik kan... hahaha... rak tinggi 5 tingkat ni ada satu lagi di sebelah kanan dinding tu.. 

Nanti nak hias sofa biru ni dengan cushion.. ingat nak jahit sendiri la kan... macam gambar bawah ni.. saya snap sofa kat showroom Macy kat Desa Serdang.. hihihi.. 


Arini Dzarif genap 9 bulan.. masih kuat melalak.. kuat juga gelak.. kalau saya marah kat dia saya panggil Si Sarip.. hahaha... mamajahat.. hahaha.. kejap je masa berlalu.. lagi 3 bulan nak setahun dah dia.. hihi.. mama jugak belum kurus lagi walaupun superduper terkejar-kejar dengan ini empat hero.. hihihi...;)

ok..jumpa lagi..
Lain kali mungkin entry pendek sikit ek..
hehehehe...
Take care!
:D

Wednesday, February 12, 2014

Cuti-cuti 2014 : Gold Coast Morib Resort, Malaysia dan percubaan meroti serta probiotic BBG

Cuti 2 hari 1 malam
Cuti mandi manda
untuk anak-anak..
mama anak cuma main air tepi kolam je..
hehehe..
 Budak-budak tak sabar nak turun kolam.. kitorang saja turun lambat-lambat.. hahaha..
letih menunggu tepi kolam.. saya turun pun sekejap je.. bila si kenit dah mula menyanyi saya pun tolak stroller naik bilik..hihi.. :D 
Kami beli birthday package.. RM268 dapat 1 bilik, 2 themepark entrance pass, 2 dinner dan 2 breakfast.. untuk anak-anak kena top up la sikit.. :D Tahun lepas pun datang sini gak.. hehe.. rezeki la.. birthday PapaD kena hari cuti.. kalau tak cuti payah jugak.. :D

Balik dari Morib, saya gigih meroti pula.. pukul 5.30 petang baru start adun... pukul 6 siap buat doh..
pukul 7 petang dia jadi kembang macam gini... memang giler seronok tengok dia naik gebu gini.. hihihi
Dengan confident letak timer 20 minit.. tak gi cek oven pun.. sekali pergi tengok amikawww... gelap sebelah roti mak! uwaaaa.... tapi Alhamdulillah.. masih boleh dimakan... ngeee... 


lepas tu buat roti piza sosej mini.. nasib baik yang ni menjadi.. hehe..
kemudian buat mcm2 bentuk.. tapi dah malas nak amik gambar sebab dah sakit pinggang..
pukul 11 malam baru sudah membakar roti yang terakhir..
huhuhu.. maklumlah.. oven kecik..
Alhamdulillah roti kekal lembut hingga esoknya..
Tq mamahakimi for the recipe.. :D


Sebelum gi Morib tu Aman demam.. kemudian dia kena cirit birit.. 8 hari kena.. 2 kali gi klinik GP. Kali kedua dah keluar referral letter untuk ke hospital.. tapi hati kami kata Aman tak serius.. Jadi hari kelapan kami bawa ke Klinik Pakar Kanak-kanak Annur..

 Masa tengah tunggu tu relaks je dia main sesorang.. Dia aktif je..cuma asyik ke tandas je la..
Bila jumpa Doktor, doktor kata Aman sekarang dalam recovery phase.. Alhamdulillah...
Sekarang musim rotavirus.. yang serius memang cirit birit dan muntah-muntah..

Jadi doktor bagi ubat ini.. Probiotic BBG.. hehe.. first time saya tengok ubat ni.. Ubat ni doktor kata macam vitagen la.. padanlah si Aman suka.. Tak perlu antibiotik.. kalau najis berlendir dan berdarah baru start antibiotik kata Doktor.. senang hati dengar penerangan doktor.. setiap yang kami tanya dia jawab dengan penuh berinformasi..tidak lah saya tertanya-tanya.. hihihi :D

Ok.. belum ada cerita menjahit.. mengait pun takde..
Cerita menyusun atur juga tiada..
Aish... bila ntah nak mengerjakan semua itu..hehehe..

Oklah.. jumpa lagi..
tata...
:)

Sunday, February 9, 2014

We love you Papa!

Selamat hari lahir yang ke tiga puluh lima
Papa D...

Tahun ni kita hadiahkan papa tuala.. dengan sulaman..custom made by cik shiedah sonice.. gambar pinjam dari fb cik shiedah.. mohon pinjam ek puan. . X sempat lagi kawan ni nak berphotoshoot.. hihi...
cantik kan sulaman ni.. rasa sayang plak nak guna... hihihi

Baru balik dari mandi manda di Morib.. tempat yang dekat dan anak-anak enjoy..
Lain kali kita citer ek...
Selamat hari lahir dear...Segala doa yang baik-baik hanya untuk suami ku jua. . Amin... :)

Monday, January 27, 2014

Cuti-cuti 2014 : Cameron Highlands, Malaysia :)

Percutian singkat.. 3 hari 2 malam.. sempena hari lahir Aman..
Percutian yang tidak begitu dirancang..
punya la ramai orang kat Cameron.. cuti Thaipusam kan.. 
kitorang kat sana dari 17 hingga 19 Februari 2013..
cuaca memang sejuk.. kalau tak silap sampai 14 darjah celcius..
jem sana sini.. parking penuh.. gitulah kalau ada weekend yang panjang..

 Masa ni kat Agro Farm..
Masa kat kebun teh.. Danish jatuh tergolek-golek..
Aduhai.. rasa nak meraung tengok anak jatuh gitu..
Diorang tak sabar-sabar.. excited sangat berlari..sekali tergelincir..
Calar la juga siku dan tapak tangan dia..
Pastu taubat.. Danish asyik kata takmoh pegi tempat tu lagi!
hahaha..

Dzarif nasib baik elok kelakuan masa kat Cameron..
owh.. dia ni kalau berjalan okey je..
hehehe...

Balik dari Cameron kami singgah ke Kem PLKN Nilam Ehsan, Bidor, Perak.
Melawat anak saudara.. seronok tengok wirawati ini.. nampak gembira dia berPLKN di sana.. hehe.. 

Memang seronok la berjalan-jalan..
Tempat sejuk..pastu dapat makan aiskrim strawberry..
Saya pun sakan makan buah strawberry..
Makanan kat medan selera Tanah Rata pun sedap..
Terkenang-kenang pulak cendawan goreng tepung yang rangup itu.. 
Balik rumah timbang berat naik setengah kilo..
hihihi..padan muka ku...hihihi..

okey sekarang sambung diet balik..
makan sayur.. salad dari Cameron
:P



Plan nak ke Tambun tak jadi.. 
kalau tak boleh jumpa Kak Mila kat sana.. hihihi..

Oklah..jumpa lagi.. take care.. jaga kesihatan ek.. Cuaca sejuk sekarang... :D

Monday, January 6, 2014

Dari tanah Tokyo ke Tanah Melayu...

:)

Buah tangan dari Mamahakimi yang melancong ke Tokyo Disember lalu..


Seronok betul makcik!
Dapat hadiah fabrik!
Warna biru kesukaan hamba!
Merah itu kiriman asalnya.. tapi Mamahakimi kata semuanya ole-ole..no need to pay.. haha..


Pastu Mamahakimi bagi washi tape (confirmed sayang nak guna!) dan fridge magnet yang comel...
Mekaceh Mamahakimi.. Seronoknya dapat ke Tokyo.. makcik ni Singapore pun tak lepas lagi.. hihihi..


:)

Hari ni Dzarif genap 7 bulan..
Budak manja ni dah pandai merangkak.. dah pandai duduk.. dah asyik jatuh terlentang.. hahaha..
Sekarang asyik menonggeng-nonggeng.. kadang-kadang berdiri panjat sofa.. aish.. laju pulak budak ni.. maybe sebab dia tak berapa nak sabar.. nak ikut abang-abang dia.. berlari ke sana ke mari.. hihihi


dan Aman sudah nak masuk 2 tahun..tak lama lagi..
Aman pulak dah banyak perkataannya.. banyak bicaranya.. saya pun agak kagum.. entah bila dia belajar.. mungkin di rumah pengasuh.. Aman bukan saja kenal benda.. dia juga tau kata sifat untuk benda itu.. contohnya.. kalau kita cakap.. "Aman.. itu apa tu..?" "Itu kokok (pokok).. kokok tinggiiii..." hehe..
Seronok bila dia dengar bercakap.. tapi geram la jugak kalau dia taknak ikut cakap kita.. dia akan kata "No!" huhuhu... dia mengikut saya la tu... saya selalu cakap No No No pada dia... huhuhu...


owh.. Aman juga suka tengok Karoot Komedia, tapi time dikir barat je.. hihihi.. ngikut bapak dia la tu... hahahaha

Owh.. sungguh cepat masa berjalan.. berlari sebenarnya.. atau mungkin terbang?

apapun.. nak share kata-kata ni.. dari blog Yati..
ingatan untuk diri ku jua..
:)


take care!
jumpa lagi!

Friday, December 6, 2013

.Dzarif.enam.bulan.

Assalamualaikum..
Genap enam bulan dah si kenit hidung kembang kuat melalak saya ni..
hehehe..


Dzarif maknanya periang..
dia memang senang gelak..
terkuis perut sikit pun dia gelak..
geli agaknya...
tapi time dia baik la..
time angin monsoon dia datang..
hamik kawww..
melalak melolong punya kategori okeh..
abang-abang yang lain memang kalah dengan ini hero air mata..
hahaha..
apapun.. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat.. perkembangannya seperti bayi lain.. dalam melolong-lolong tu dapat juga dia meniarap dan sekarang mengangkat-angkat punggung untuk cuba merangkak.. ada masa dia ke depan.. ada masa dia mengundur ke belakang.. ikut tahap excitement.. hahahaha..
 dia memang jaki betul tengok saya ke hulu ke hilir sambil dia terbaring depan tv.. hangat hati la tu mama tak peduli kat dia..meraung lagi.. ada masa saya terpaksa mendukung dia sebelah tangan dan kemudian menyapu sampah dengan sebelah tangan lagi.. sapu  ala kadar namanya.. hehe..mana yang sempat la nak.. hahah.. kalau bab menceceh hal anak memang terror la makcik nih.. muahahahaha...


Dzarif... muka kategori tercengang jugak!
muahahaha

Actually nak tunjuk watermark baharu.. (sejak bila ejaan baru tukar ke baharu ek???)
comel tak? kiut tak watermark itu? :P
Watermark ni makcik tempah dengan cik sue.. boleh terjah blog suesukasusun untuk maklumat lanjut ek..
rajin dia melayan saya.. sekejap je dah siap ni... orang terror beb.. cuba suruh makcik ni.. mau berbulan baru siap border.. muahahahah...

Okeylah...
Jumpa lagi.. Take care!

Friday, November 15, 2013

Penang-Langkawi Trip

Assalamualaikum..

Lama juga kita tak bersiaran..
Sebab takde projek nak cerita..
Projek menjahit memang tak jalan..
Projek crochet berjalan dengan perlahan..
Projek cross stitch macam dah karam...
muahahaha..
dah.. jom cerita pasal jalan-jalan..
hihihi..

Minggu lepas kita cuti-cuti Malaysia..
Cuti sebelum cuti sekolah.. boleh?
haha.. memontengkan anak-anak.. nasib baik exam semua dah settle..


Gambar tak banyak pun.. bawak budak kenit-kenit berjalan memang tak ingat la nak bergambar sakan.. lagipun badan tengah gebu sangat ni.. memang malas nak berposing bagai.. hahaha...

Masa kat Penang, kami cuba terjah tempat-tempat makan yang blogger food lover kata sedap. Dapatlah merasa Nasi Kandar Line Clear dan Roti Canai Jalan Transfer serta Pasembur Hindustan Gurney Drive.. antara ketiga-tiga tu, Pasembur menari hindustan tu la yang paling aiii terkenang sampai sekarang... memang aii like.. Sapa gi Penang tapaukan untuk makcik ek.. hahahahah... ;P Kitorang satu malam je kat Penang, bermalam kat Rumah Peranginan Persekutuan kat Jalan Scott.. Suka RPP ni.. selesa..dan yang penting murah.. haha.. cuma aircond je la wei... tak tahan tok mak kita.. hehe.. trip kali ni tok mak dan tok abah follow sekali.. sambil berjalan sambil tolong kawal askar-askar ku.. hihihi... :)


Kami dok Langkawi 3 malam.. Saya takde shopping sangat pun.. cuma beli coklat..  Pyrex cuma beli 3 biji.. Beli flask dan mug batik.. berkenan sangat.. dan perfume.. hihi.. Kami bawa satu beg extra khas untuk letak barang-barang yang diborong.. gagah la PapaD dan atok abah mengangkat beg-beg itu.. Tok mak cuma beli 1 set cawan dan mug batik dan perfume juga..

Seminggu lebih tok mak dan tok abah bersama-sama dengan kitorang.. Masa nak balik, tok mak kata tok abah bergenang air mata.. dalam kereta meleleh juga air mata tok abah.. huhu.. Sepanjang seminggu memang Aman rapat sangat dengan tok abah.. Ke hulu ke hilir berpegang berdukung dengan atok.. huhu.. Kalau lagi lama mau dimintaknya bawak Aman balik kampung... uwaaa.. nanti mak dia plak yang meraung... hahaha...


okey.. nak tunjuk juga projek crochet yang siput.. hihihi...
mengait dalam kereta pergi balik kerja.. kalau jalan jammed dapat la 30 minit.. kalau jalan baik, dapat la 15 minit.. boleh la kan.. kalau dah gian, kat memana pun boleh.. haha..
Sekarang memang sangat gian nak menjahit.. windduuuu nv30 ku!!

Oklah. jumpa lagi..
take care ek!
:)
dan selamat cuti sekolah semua!

Wednesday, October 16, 2013

Amar Danish is now 5!

Selamat hari lahir Amar Danish..
yang ke lima..
macam baru je rasa melahirkan dia..
hehe..


Amar Danish yang sangat playful..
Dia lah yang paling suka bergurau..dan dialah yang paling kuat melalak..
Jangan la abang niel dia marah sikit.. sentap memanjang.. 
kalau mama marah.. dia gelak-gelak je.. bukannya takut pun.. haishh...
Gambar tu dia sedang berlakon jadi baby yang kena bedung.. sambil dibedung sambil buat gaya baby berbunyi.. (dapat bayangkan tak? hehehe...) mama la yang melayan dia main tu.. haha..

Muka Dzarif macam muka Danish kan?
Nanti Dzarif dah besar kita tengok balik ek..
hehe..

makan pun nak abang suap.. haha.. budak manja!

Selamat hari lahir Amar Danish sayang..
Semoga menjadi anak yang soleh.. sihat sejahtera, bahagia dunia dan akhirat..
Papa, Mama, Abang, Aman dan Dzarif sayang Amar sangat-sangat..

:)

♥♥♥♥