Kawan-kawan... Tq friends..

Wednesday, March 30, 2011

Hadiah untuk Licca

Baby Lisa Licca

Lisa baby lagi..
umur dia baru 3 bulan lebih
tapi saya buat bantal ni besar sikit..
bolehlah Lisa guna sampai umur dia 3 tahun lebih..

the size is approximately 18"x12"


saya sangat suka quilting design ni
nampak macam rama-rama terbang di luar pagar
*smile*

a farewell gift
untuk seorang puteri
semoga membesar sebagai srikandi

dan

Mama Lisa..
jangan lupakan kami di sini..

:)

with lots of luv,
MamaDaniel

Saturday, March 26, 2011

'Little Garden' for Baby Syaza

"Syaza Nuha Fareesya"
lahir pada 11 Mac 2011, jam 4.12 pagi

Machine applique starts with the blue yang bulat ;)
Hand quilt around the flowers and the alphabets
Saya quilt ala-ala fluffy bun on the cream background,
suka tengok gebu-gebu camni.. hehe
Saya juga guna decorative stitch untuk quilt around the quilt dan
sebahagiannya saya quilt on the ditch


sempat serah kat Ibu Syaza beberapa hari sebelum
dia serah diri kat Hospital.. :D
Syukur dia suka quilt ni.. :D

---
The Photo Session

ini gambar anak saya semasa dia nak berposing


dan gambar ini pula semasa dia separa rela berposing
saya minta dia pegang tapi mata dok jeling ke tv jer, aish...
last-last dedeq yang volunteerkan diri..
hehe...

Enjoy your weekend!
mmmuaaahh!

Tuesday, March 22, 2011

Sesuatu yang membuat Zila gembira :D

tentulah sang sesuatu itu adalah fabrik!!

Charm Pack City Weekend
dah selamat tiba ke pangkuan hamba Jumaat lepas...
Terima kasih Cik Zara.. sangat pantas tau! I like!
Sudah sentuh, sudah ambil gambar tapi sayang nak buka band dia.. haha...


Sabtu lepas juga, berjaya melawat N*goya di Jalan TAR
dan membawa pulang beberapa meter fabrik
ahaks.. seronot tau!
putih, cream dan peach..

dan
pink & blue
yang ini pula saya selalu nampak crafter guna..
dan kerana nampak sangat cantik, saya terpaksa rembat one metre each.. hiks
--
selepas balik, ada mood rajin nak melipat kain
maka, kita tayang la gambar semasa almari tengah kemas ni ek..
enjoy the picture!


ini kain kecik2.. F8 ada, FQ ada..

ini side untuk fabric yang belum pre-wash

ini tempat untuk disepahkan! ahaks!

ini bila pintu almari tutup

dan
cakkk!
bila bukak pintu, semua pun boleh terhumban keluar..haha
ini tempat persembunyian batting saya.. haha

ini pula report untuk scrap saya..
hitam putih duduk dalam 1 basket
pelbagai warna sumbat dalam 1 mangkuk
selvage yang dapat diselamatkan dalam bekas biskut
kalau rajin scrap ni buat tape, tapi selalu simpan untuk applique project
oleh itu, yang sekecil ibu jari pun saya simpan lagi..
hehe..
tapi saya tahu, ramai orang pun simpan juga kan..kan..kan...?

Setakat ini sahaja stash report untuk bulan Mac 2011..
Sekian, terima kasih!

Sunday, March 20, 2011

Benang dari Turki sudah sampai!!

Gembiranya saya..
saat mengambil parcel ini dari pejabat pos semalam, saya tersengih-sengih seorang diri.. sengihan yang sampai ke telinga... hilang sakit kepala yang menyerang petang Jumaat... memang superb!

soft spiry.. color orange salmon..
berkenan warna hijau sebenarnya,
tapi bukan takdir saya untuk memilikinya..auwwww!

ini pula Cotton chain superfine..
color burgundy... merah maroon gelap gitu..
nama pun superfine, memang sangat la kehalusannya benang ini.. saya belum pernah guna benang halus lagi... hehehe.. kena cari pattern yang bersesuaian nih... ada sebarang cadangan untuk saya??


Saya order benang-benang ni dari Yarnsonlineshop.
Servis memang tip top, saya memang puas hati..
saya confirm order on 8 March 2011, delivery was made on the 9th
dan saya selamat terima pada 19 Mac 2011..
semua settle dalam masa tak sampai 2 minggu...!
Terima kasih Da'Knit!

ada sesuatu yang sampai juga.. sesuatu yang juga membuat saya sengih sampai ke telinga.. esok atau lusa kita update tentang itu pula yer!
tunggu yer!

Wednesday, March 16, 2011

Hexagon yang dah lama tidak di'update'

posing dulu..
dah nak masuk 2 tahun dah umur dia nih..
kat sini la saya memulakannya...

dedeq pun nak posing jugak... hehe..


sekarang tengah agak blur..
how should i proceed?

should i continue to make more diamonds
and turn it into single-bed size "Martha Washington's Flower Garden"
in maybe 2 years time or more?

or

should i do this?


jahit hexagon peach color keliling dia
dan kemudian jahit hexagon color lain untuk jadikan 4 segi
dan kemudian letak border dan siapkan..
maybe sebagai single bed quilt?

cemaner ek?


Sunday, March 13, 2011

The Reversible Bag is D.O.N.E !

Enjoy the picture!
\(*.*)/

the interior

the exterior

the button

the time: 3.30 a.m

the owner - my beloved mum!

the extra model : my sister.. haha



the mistake
Dah siap jahit, baru perasan ada yang tak kena... rupanya salah pasang handle.. jahit macam handle spaghetti strap la pulak... huhuhu.. baru nak rasa kagum kat diri sendiri.. huhu.. makanya tetas la handle tu dan jahit la balik.... sudahnya pukul 3.30 pagi baru siap... hahaha.. tapi saya gembira dengan hasilnya... peluh-peluh pun puas hati!



Thanks Cik Sue @ MyBotanG kerana menganjurkan sew along ini..
Memang berbaloi saya join.
Emak saya suka! dan saya pun suka!
Yeah!

p/s: semoga cik sue sekeluarga selamat di sana... amin...

Monday, March 7, 2011

Update on The Reversible Bag Sew Along

Salam and hi....

Dah 7 Mac 2011
baru sekarang berani update sew along ni
sebab baru last weekend decide on everything
siap angkut fabrik balik kampung minta mak pilih

dah ada rupa bucket kan? kan? kan?
meriah tak fabrik pilihan saya & emak?
dalam bunga, luar daun
ekekekeke


masa nak jahit base dia memang terkial-kial la sikit.. bila tengok base bag orang lain, terasa sungguh ketidakkemasan beg saya ini.. huhuhu.. i used a thin batting on the interior side and interfacing on the exterior side. lepas ni kena move on to the binding stage pula..seram jugak ni. wish me luck! hehehe...

Thursday, March 3, 2011

Zila learn to knit


Few new terms in knitting that I learn:
  • cast on - to start knitting. ini cikgu tolong buatkan, saya belum pandai..
  • knit and purl stitch - dua jenis stitch yang paling asas sekali.
  • cast off - bila dah siap knit. baru buat sekali masa dengan cikgu.. hehe..

ini pula adalah garter stitch
(bila close up camni, perasan tak ada stitch yang tertinggal dan tersalah..hahaha... malu....)

saya guna benang Nona nombor 84 dan 54..
nampak comel plak dua warna ini bercantum kan..kan..kan..
Knitting hook ni size 5.0mm yang dipinjamkan oleh cikgu ku yang baik hati.. termasuklah pointer protector yang warna hijau tu dan counter untuk kira row.. semua cikgu bagi pinjam.. haha.. best tak?



Terima kasih ek Cikgu, sebab sudi ajar saya... Dah sebulan saya belajar, baru siap 8 inci.. hehe.. malu nak report progress.. hehe.. 20 inches more to knit.. Nanti dah siap kena la kacau cikgu lagi untuk cast off dan seterusnya menjadikannya netbook sleeve ku yang baru... ngeee..