Kawan-kawan... Tq friends..

Monday, November 30, 2020

Projek 2020: Macrame

Assalamualaikum..

Hai!

This is the first macrame that I made using a dowel rod. 

Rod tu saya beli kat kedai buku di Bangi.. susah nak jumpa tau! Online pun susah nak jumpa.. ada yang jual kat local online shop tapi limited.. dari overseas ada banyak la tapi lama kena tunggu la haiiii.. Hihi.. yang saya guna tu pine wood stick.. panjangnya 30cm. Just nice for a plant hanger! Macrame cotton cord saya tu semua saya order online.. semua ada di shopeepeepeee 😜


Ini adalah macrame saya yang ketiga sebenarnya.. Cubaan y
ang pertama dan kedua adalah si biru berdua inih 💙💙..





Macrame yang saya buat ni semua beginner level. InsyaAllah tak susah.. 

Yang susah pasal projek ni adalah susah nak mula je miahahahaha ðŸĪŠ lagi satu bila dah mula.. susah pulak nak siapkan hahahaa tersadai la sampai mood mariiii ðŸĪ­ðŸĪ­ðŸĪ­ #sejenisperangai Alhamdulillah adalah juga hasil sikit-sikit nih.. walaupun selowwww.. 

Ok! sekarang ni cuma masalahnya adalah tempat gantung yang belum ada.. hahaaa.. 😓


Kalau nak cuba boleh refer link tutorial kat bawah ni ya..

Macrame plant hanger (blue) 

https://www.youtube.com/watch?v=aTwB4TT35c0

Macrame wall plant hanger

https://www.youtube.com/watch?v=SSjlWlanFJE&t=19s


ada banyaaaakkkk sangat tutorial di youtube! sila skodeng hehee

selamat mencuba ya!

jumpa lagi & stay safe everyone! 

#keeppraying #prayhard #spreadlove

-mamadaniel-


Sunday, October 18, 2020

Projek 2020: Lily Pad Granny Square Crochet Pillow Cover in Tiramisu Brown

 Assalamualaikum..

Salam sejahtera..

Semoga sihat semua..

Alhamdulillah.. akhirnya siap satu projek sempena cuti semester yang panjang.. hahaa.. 😁

Lily Pad Granny Square Crochet Pillow Cover in Tiramisu Brown



Sebenarnya tersentak juga jiwa ini bila sedar-sedar cuti dah nak habis tapi apakah pencapaian ku sepanjang cuti?! macam sikit sangat projek yang ku sentuh.. huhuhuhu....

Maka sempena PKPB 2.0, kita korek lah tong khazanah crochet kita dan jumpa beberapa squares yang dah lamaaaaaa siap tapi terbengkalai.. Siap tapi tak siap begitulah statusnya. hahaha!😆

Jadi dua 15 inch squares telah terpilih..

 

Square pertama adalah Coklat Tiramisu Granny Square ini  yang patternnya bernama Lily Pad Granny Square, pattern dari www.favecrafts.com

 


saya block crochet square ni guna kaedah steam blocking yang saya kaji di Youtube.. 👍


Square kedua 👆 ni adalah simple design je.. Granny square pattern all the way hahaa.. 

Both Granny Squares adalah menggunakan  Benang jenama Iceyarn Turkey. Suatu masa dahulu la kan kemain kemaruk membeli benang bercorak ni..Boleh baca Kisah benang saya di sini ya.. kat Malaysia masa tu takde Spotlight lagi.. hahaha...  so semua beli online.. (sekarang pun makin mega shopping online kan hahahaha)

Front and back side bantal ni saya cantum dengan cara saya single crochet je all 3 sides.. right sides together and crochetkan je.. pastu terbalikkan dia dan saya jahitkan zip pada side ke-4.. tiada fabric lining untuk bantal ni sebab cari tutorial semua macam tak berkenan di hati.. hahaha..




Alhamdulillah siap! It's DONE! tengok bantal ni teringin makan coklat la plak! haish!

Marilah kita simpan semua benang-benang ini sempena semester baru pun akan bermula esok!
Semester tiga mhrd.. wish me luck ya! lagi 10 bulan je to the finishing line! time flies really rocket fast guys 😅

Take care dan jumpa lagi!
Bye!

Wassalam,
zila @ mamadaniel

Friday, August 28, 2020

Kisah 2020: Semester terpanjang abad ini dan cuti semester panjang pun bermula... plus cerita pokok bunga telang (shout: yehaaaaaa!)

Assalamualaikum..

Salam bulan kemerdekaan.. Salam Merdeka ke-63 Malaysia! Tahun ni sungguh berbeza kan.. tiada sambutan seperti tahun-tahun yang lalu.. bertabahlah kita semua.. semoga wabak yang datang ni cepatlah Allah angkat pergi dari muka bumi ini.. amin.. #prayhard  Apapun, bersyukurlah sentiasa.. negara kita antara negara terbaik menangani wabak ni.. teruskan usaha #kitajagakita 💊

Bulan ni saya lega dah.. final exam semester 2 MHRD dah selesai.. ada satu paper je kena ambil exam.. yang lain lecturer ubah format, ada yang reflective paper dan assignments + presentations (which I score high ;)) Yang amik peksa tu memang kaput la mak... otak mak dah tak sama level macam orang-orang muda.. berkarat bebenor.. huhuhu.. walau pun begitu, saya tetap syukur yang amat sangat.. Semester ni penuh dugaan. Kena belajar online, exam pun online, presentation online.. hihihi.. menggigil kena jaga slide, pastu kena present lagi.. technical problem jangan kata lah.. hadap je lah.. Gi kelas pun 2-3 minggu pertama je, masa tu pun dah kecoh pasal Covid-19.. Tak lama tu terus PKP. Walau dah PKPP pun, kami masih kelas online. Langkah berhati-hati.. keselamatan semua perlu diutamakan. lamanya tak gi UPM.. haihhhh.. 

Kelas online ni, banyak cabarannya. Emosi turun naik. tak dapat keluar rumah, tak dapat jumpa kawan-kawan untuk bincang kerja kumpulan.. struggle... semester ni pula jadi panjang sebab ada cuti PKP dan kelas online pun tak sama kelas face-to-face, jadi ada yang kena dipanjangkan sedikit untuk habiskan syllabus. Longest semester ever!! Bila dah mula cuti ni, rasa sangat legaaaaa... i tell you! siapa kata sambung belajar ni senang amat! hahahaa.. ok.. tak susah sangat, tapi bagi saya tidaklah mudah juga.. ada pasang surutnya.. tapi tetap seronok la... hihihi.. #mixedfeeling

Cuti semester kali ni dapat panjang la sikit.. bulan Oktober nanti baru bukak semester baru.. pejam celik dah nak masuk sem 3 dah mak ni haaa.. cuti panjang ni macam-macam plan nak buat.. nak menjahit, nak cari balik cross stitch, nak siapkan runner, nak masak, nak tanam sayur, nak hiking, nak senam.. bahahahaha... plan je la tu.. setakat ni yang jadiknya cuma mengait mask extender je.. menyudahkan janji yang taknak kucapatikan.. hahaha.. ok share gambar sikit... hihihi..



Menanam sayur ada la sikit-sikit.. hikmah duduk di rumah lama.. hihi.. dapat la bercucuk tanam.. semua masih peringkat anak pokok.. hahaa.. lambat besar atau terbantut tumbesaran..saya pun tak berapa pasti.. maklumlah baru belajar menanam kan.. hihihi... tapi cakap betul la.. hati gembira tengok biji benih yang ditanam, tumbuh jadi anak pokok, lepas tu membesar.. banyak daun, keluar bunga.. oooo makkkk.. takleh cerita la perasaan tu.. hihi.. bak kata omputih Horticultural Therapy

Bila menanam ni kita dapat mengeluarkan hormon gembira kita.. Tak payah la kita tunggu orang bagi bunga kat kita, kita tanam pokok bunga.. hari-hari dapat bunga, hari-hari gembira..hihi.. walaupun bunga pokok bendi.. miahahahaha.. Sekarang paling gembira dengan pokok bunga telang biru ku... dah mula berbunga dah... yehaaaa... kawan bagi tips, kalau nak pokok kita sihat segar bugar, kita kena cakap i love you hari-hari kat pokok kita.. hihi.. ok, dah cuba buat, tapi bisik-bisik je la.. kot jiran dengar, malu alah plak nanti.. hahahahaha

Pokok bunga telang ni saya tanam dari biji benih.. benih tu beli di shopee.. 
benih siam mari.. satu ayat pun tak paham kat plastik dia.. hahaa... 

anak pokok dia halus je kan..

Gambar bawah ni dah sebulan lepas semai..

tak berapa pandai lagi menanam kan, satu pasu saya masukkan dua anak pokok.. pastu sekarang macam menyesal plak, nak gali balik takut terputus akar ke apa ke kan.. jadinya tawakal je la untuk sepasu telang ni... akar dia berbiji-biji tau.. masa ni sepohon tu tak jumpa tiang nak membelit lagi.. hihi


sehari lepas tu jenguk, dia dah jumpa dah tiang dia.. hehee...
bahagianya rasa.. tetiap hari belek dia nih.. hihi


Trellis hijau ni saya beli di Homepro IOI City Mall.. tak ingat harga.. tapi tak mahal mana la.. masa ni dah cuak tengok dia macam takde tempat nak belit kan.. Pastu kita beli plak trellis buluh kat shoppee.. oversea mari.. tunggu la 12 hari baru dia sampai.. ada jual buluh tu kat Mr DIY, tapinya size dia besar.. saya nak cari yang kecil je, tempat gantung tak berapa luas.. hihii..

Ini baby sulung kita.. hihihi

tapi tak sempat kembang, dah jatuh gugur ke bumi.. tak tau la angkara siapa.. takmo tuduh-tuduh la kan.. (tapi semalam nampak cik belalang elok parking tak atas pagar 😑) huhuhu


Ini pula gambar hari ini...
dah keluar dah bunga dia.. trellis buluh halus tu la beli di shopee.. 


22.6.2020 - 28.8.2020 - macam tak lama la sebenarnya nak tunggu dapat bunga ni..
jadi kalau nak mula tanam pokok bunga, saya cadangkan mulakan dengan cik telang ni.. hehee.. tengok gaya dia tahan lasak juga.. tinggal balik kampung pun dia survive.. pastu bunga biru plak tu.. memang kegemaranku lah kan.. makanya kembang sahaja hati ku memandangnya.. cheeeewahhhh! hahahaha... pakcik uols suruh tanam orkid pulok.. sebab orkid pun kebal, boleh tinggal lama.. ok, jom cari orkid biru 😍😍😍

Sekian karangan panjang kali ini.. Lama tak menulis ginilah jadinya.. hahaha

Kengkawan yang singgah sini sila tinggalkan jejak anda di ruang komen ya! 

Kalau nak tengok saya menceceh selalu, boleh jugak ke ig berkebun  saya https://www.instagram.com/acikmokberkebun/


dan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-63
#malaysiaprihatin



Jumpa lagi!

Wassalam!

Friday, July 31, 2020

Kisah 2020 : my first Qurban

 Assalamualaikum..

Aidiladha tahun ini.. punya rahmat dalam dugaan Covid-19.. syukur Allah beri saya peluang untuk melaksanakan ibadah Qurban. Ini korban pertama saya.. 1 bahagian daripada 7 bahagian seekor lembu. Alhamdulillah, doakan saya dapat terus melaksanakan ibadah ini di tahun-tahun yang akan datang.. 💕 

balik kampung empat hari empat malam tawakal je tinggalkan pokok-pokok.. 

bila balik tengok pokok, ada yang kuning teruk macam bayam brazil ni.. tapi syukur sebab banyak pokok lain selamat.. 

begitulah keadaannya bila ada pokok-pokok kan.. nak tinggalkan lama-lama pun risau. 

belum ada ayam itik lagi tu.. hahaha..

😆

Tuesday, June 30, 2020

Projek 2020: PPE Mask Adaptor #inisemuakeranacodiv19

Assalamualaikum..

Posting kali ni in English ya gaisss... hahaa.. sebab saya buat write up dan poster untuk assignment subject Adult Education. Subject ni fun sebab the instructor is so creative! hihi.. so alang-alang dah buat poster, saya share la kan sini sebagai kenang-kenangan 😊😊 #sharingiscaring


This project started when a friend shared a photo of mask adaptor crocheted by DYMM SPB Raja Permaisuri Agong on Instagram (airtangan_tunkuazizah). My friend knows that I like to do craft work, so she suggested me to try this too. The mask adaptor crochet pattern used by DYMM SPB Raja Permaisuri Agong was also then shared by the kind crafter on her Instagram account after so many requests in her Instagram account (Instagram account: Tatarenda.my). 

Unfortunately, I don’t know how to read graphic crochet pattern that was shared. I only know how to read written pattern. So, I search for free pattern via the Internet and there was a variety of patterns. Few patterns really catch my attention. (Keyword for searching: mask adaptor crochet pattern, mask extender crochet pattern, free crochet pattern). 

After screening through the patterns found, I decided to try crocheting the mask adaptor using only two patterns, both have written patterns and YouTube videos. With few trials, I choose to stick to the pattern by Carol Passaro, which was shared by Sarah-Jayne Fragola on her blog Cella Coco Crochet at this link  https://bellacococrochet.com/ppe-mask-adaptor-pattern/. I made a few and post it on my Instagram Stories. Unexpectedly, there are more requests coming in from my fellow friends who would love to have this mask adaptor. Since I’m doing this just for fun and didn’t intend to sell it yet, some friends are paying me with banana cake, cookies, chocolates and ‘duit raya’ for my kids #bartertrade.

Here, I would like to share about the process of crocheting a PPE Mask Adaptor. Picture collages are snapshots from my amateur video recording (need to learn how to shoot videos afterward!). The materials needed are also in the pictures below.





These are the pictures of some of the mask adaptors I managed to crochet during the short semester break/ MCO break. Do try to make it yourself! You’ll be amazed with the results.

---
till next time gaisss!
take care!
❤️💙❤️💙❤️💙
zila @ mamadaniel

Saturday, May 30, 2020

Kisah 2020: Salam Aidilfitri 1441H dengan hashtag #covEid

Assalamualaikum..

Salam 7 Syawal.. (dengan trending #covEid)
hihihi... nak jugak ikut trend 😉😉😉
salam raya di perantauan..


jangan scroll dekat-dekat gambar ni.. nanti nampak muka mami ni yang penuh dengan jerawat.. hahaa.. mungkin stress masa nak raya haritu.. stress tak dapat balik kampung.. stress nak masak lauk pauk raya.. hati memang tak rela.. sampai melalak la jugak.. call makabah kat kampung sambil meratap di bucu katil.. i cry like an old baby.. hahaa.. 

Alhamdulillah, masa 1 Syawal saya dah tenang dan redha.. syukur tak menangis di pagi raya yang mulia.. penuh syahdu beraya di rumah sendiri.. tak pernah umur lagi tau.. dulu dah due nak bersalin nombor dua pun ku cekalkan hati balik kampung juga.. Doktor pesan jangan jalan jauh, takut sakit nak bersalin tengan jalan jammed camne nanti.. hahaha.. time tu degil nok!! hahaa! balik Johor je masa tu, tak berani balik Kelate.. hihihi.. Alhamdulillah 16 Syawal baru bersalin masa tu #kenangan2008

syukur juga.. saya ada kakak yang duduk dekat.. dia dan anak-anaknya semua ada di sini juga.. meriah lah jugak kami raya bersama.. Pagi raya video call dulu dengan mak abah dan abang-abang dan juga parent-in-law kat Kelantan. Makan-makan.. Saya masak sup tulang resepi azie kitchen.. memang terbaik boh!!!  sedap amat!! sesi malam saya masak nasi minyak dengan ayam masak merah.. resepi azie kitchen juga.. yummmeh!!! Siang saya beraya rumah kakak, malam diorang pulak beraya rumah saya.. 


Done raya 2020! Tahun ni kerajaan bagi kebenaran beraya sehari sahaja.. maka dengan skemanya kami pun menurut perintah. hahaa.. tak memasal la nak bayar kompaun kan. duit baik guna beli pokok.. eh!! hahahhaha

Yup! betul! oleh kerana tak dapat beraya rumah sanak saudara, maka saya pun beraya la di nurseri.. haha.. beli pokok dan pasu buat terapi jiwa.. hahaha...


Nurseri ni namanya Artech Home Decor. 
google je insyaAllah jumpa.. dia kat area Cheras ya..
Datang sini kalau tak bawak balik apa-apa memang ajaib ler.. hahaa..

pokok dalam pasu biru bernama sansevieria trifasciata dacaena kot.. banyak sangat variation.. saya pun tak habis kaji lagi.. hahaha.. yang dalam pasu putih tu namanya golden haahni
jenis pokok sansevieira ni sekarang memang tengah viral.. orang kata untuk air purifier dalam rumah..  dan insyaAllah senang jaga juga.. kategori hard to kill plant.. hahaha..


dan yang ini whale fin!! kesayangan hamba yang baru tiba dari Melaka! beli kat shopee je uols!
hahaa.. cari kat nurseri memang habis belaka.. online juga akhirnya.. alhamdulillah.. sampai dalam keadaan yang selamat.. elok seller tu wrap dengan kertas tebal, pastu masuk dalam kotak (tanpa pasu).. memang risau takut daun dia patah dalam perjalanan ke kan.. hihi.. syukur.. si cinonit ni sampai terus saya tanam elok-elok dalam pasu.. ada rezeki nanti kita cari pasu baru ye darling.. hihihi..

pasni nak tanam salad dan sawi plak.. geram tengok kawan share gambar pokok sayur dia.. hahaa..

take care semua!
jumpa lagi!





Wednesday, April 22, 2020

Kisah 2020 : Dugaan - Meter elektrik terbakar


Dugaan

.
Di musim covid
.
Syukur
.
Alhamdulillah
.
Jiran sebelah ada fire extinguisher
.
Terus cik abe kata 'kita kena ada gak tu'😅
.
Ok
.
Betul
.
Kena ada fire extinguisher
.
Dan fire escape plan sekali
.





Kejadian ni patut boleh dielakkan. Lampu satu rumah dah berkelap-kelip seminggu. Hati dah tak sedap. Tapi masih tak call tnb. Tanya seorang kawan je.. dia pun advice, tanya jiran-jiran selorong camne.. sama ke.. kalau rumah diorg ok, maknanya rumah saya je problem. wajib call tnb.. tapi saya masih juga tak bertindak.. tak tanya jiran apa lagi nak call tnb.. huhu 

Malam kejadian, dalam dekat-dekat pukul 10 malam, lampu satu rumah berkelap-kelip lagi.. aduhai... Terus wasap jiran sebelah tanya rumahnya sama juga ke?? Mujur.. tengah berwasap dengan jiran sebelah, dia pula tergerak hati nak selak langsir dan jenguk rumah saya. Dia nampak api memercik.. ada bunyi meletup.. api terus marak. Rupanya meter kat luar rumah dah terbakar. saya masa kejadian masih kat dalam bilik, kat atas belah belakang, memang tak dengar apa lah.. Tetiba Daniel menjerit 'mama keluar skrg'.. saya masih terpinga-pinga.. dok tanya nape2? dalam masa sama nasib baik sempat capai telekung.. Huhu.. cepat-cepat lari keluar..

Mujur juga rumah jiran sebelah tu ada fire extinguisher. Cepat2 husband dia padamkan api. Syukur #Alhamdulillah Saya nampak api tu sekelip mata je, sebab saya turun lambat kan dari atas rumah. huhu.. 

Call tnb.. Dalam setengah jam lebih sampai. Alhamdulillah settle. Dalam pkl 12 tghmalam ada dah lampu balik. Org tnb pesan, masa kelap kelip aritu tu patut dah call tnb dah, dtg cek. Huhu.. Baiklah.. Dah seminggu kejadian, Alhamdulillah atas pertolongan kawan-kawan, dapat kontraktor yang boleh pasangkan board untuk meter baru. Dalam musim covid-19 ni, tak ramai ada stok barang hardware. Alhamdulillah, Allah permudahkan banyak urusan kami. Alhamdulillah, kami terlindung dari kejadian tidak diingini. Alhamdulillah.. Syukur yang amat sangat!

Sekian.
Kisah dugaan kecil kami.
Semoga menjadi peringatan bersama.

Stay safe. Stay home!
#kitajagakita

Saturday, March 28, 2020

Projek 2020: Projek Pokok

Assalamualaikum..

Salam #stayathome
Salam #siladudukrumah

Sempena duduk rumah ni, mari rajinkan diri membelai tumbuh-tumbuhan..
hehe.. minat tanam pokok dah lama.. cuma asyik tak panjang umur je pokok yang saya ada.. haha..tak pandai jaga.. mak abah ku memang paham sangat la perangai ku.. maka dikirimnya dua pasu pokok senang jaga.. satu pokok Chrysalidocarpus atau Palm kuning dan satu pasu lagi si sansevieria jenis mother-in-law tongue (lidah mertua) [nama seram kan.. hahaha] 

maka dengan bermulanya dua pasu pokok itu, maka bertambahlah pasu-pasu yang lain.. dan semakin terjatuh cinta pula dengan si sansevieria ni.. nama melayu pokok ni lidah jin.. huhu.. pun seram juga namanya kan... hahaa


ini moonshine sensevieria.. paling saya sayang.. haha.. 
harga pun mahal sikit.. size kecil dalam RM17-RM18
peneman buat assignment..
air purifier tau.. pokok ni kuarkan banyak oksigen..

sesekali kita jemurkan juga dia.. dapatlah matahari sikit.. heeeeheee



 sansevieria tiga beradik yang sempat saya cekau betul-betul beberapa hari sebelum RMO bermula. Saya beli ni di nurseri bukit mahkota cheras. Nama nurseri tu Artech HOME DECOR - Garden Nursery and Garden Deco, sebelah Petronas Batu 10 Cheras. Best nurseri ni.. owner dia pun peramah.. haha.. mujur tak ku bawak balik semua sanseveiria yang ada.. hahaa..

sansevieria MIL tongue dalam pasu biru tu lah kiriman mak abah dari kampung.. hehe.. pemula kisah #sansevieria saya.. pokok asal yang maka abah tanamkan tu dah besar gila.. dapat pindahkan ke 4 biji pasu.. hihihi.. seronok tengok dia beranak-pinak.. Alhamdulillah, akhirnya ada juga pokok yang serasi di tanganku.. hahahaha

Sebenarnya pokok ni senang nak jaga.. Kalau letak indoor, siram seminggu sekali je. Kalau jemur matahari, boleh la siram kerap kalau tak hujan.. kalau hujan takyah la siram lagi.. akarnya tak tahan berendam air.. nanti busuk.. ini pesanan tokey nursery.. hehee..

Sekian cerita pokok.
Take care ya everyone.. Dalam tempoh restricted movement order ni, saya mohon kita semua patuhlah pada arahan pihak berkuasa. demi kebaikan kita juga.. duduklah di rumah.. nikmati setiap saat bersama keluarga.. berdoalah kepada Allah semoga wabak ini segera berakhir.. semoga negara kita kembali seperti sedia kala.. amin.. #prayhard

Wassalam..
sehingga ke temu lagi..
-mamadaniel-