Kawan-kawan... Tq friends..

Saturday, December 31, 2016

Dari 1 Januari hingga 31 Disember 2016

Assalamualaikum...

Jom kita wrap up tahun 2016 dengan gambar-gambar cantumtampal ini.. ;)




Alhamdulillah..
Projek kecil-kecilan sahaja untuk tahun 2016..
Berjaya menyelitkan juga aktiviti menjahit dan mengait dalam kesibukan bersenam bagai.. hihihi..

Tahun 2016.. Alhamdulillah followers blog ni sebanyak 276.. (mekaceh..mekaceh..) dengan sekarang ni semua orang ada facebook dan instagram (termasuk diri sendiri juga).. lebih senang dan cepat nak update apa-apa.. tapi saya masih juga dengan blog ni.. ni kira macam catatan peribadi saya la.. kot-kot lupa boleh refer je sini balik.. hihihi.. Blog post tahun ni pun paling sikit.. Cuma 20 termasuk entry ni.. mmg rekod.. hahaha...

Penghujung 2016 saya berjaya mengemas bilik jahit.. Alhamdulillah.. walaupun belum kemas sepenuhnya.. tapi kemas sebelah pun jadiklah kan.. harap dapat cerita pasal sewing room mamadaniel awal tahun depan.. ngeeee.. harap diberi kekuatan, kesabaran, sumber ilham untuk menjadikan bilik tu lebih kemas dan cantik.. hehee... ;)


Tahun 2016 juga saya berjaya menurunkan berat badan saya.. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat.. dapat jumpa program yang benar-benar menjadi untuk saya.. syukur...syukur.. sekarang dalam proses mengekalkan berat badan.. memang mencabar..naik turun sekilo dua la.. hihi.. kalau tersasar masih boleh kembali berenang ke tepian.. hihihi.. belum tenggelam ke lautan dalam..mungkin sebab ada pengalaman dan sedikit ilmu yang dikongsi oleh coach dan rakan-rakan seperjuangan..syukur Alhamdulillah....


Tahun ni juga anak saudara pertama dalam keluarga mendirikan rumah tangga.. cucu pertama atok mak atok abah.. uish.. tengok budak kecik ni kawin.. terasa diri ini dah tua.. haha.. dia lahir masa saya form 1 kot.. tengok dia besar.. suka gelakkan dia cakap gagap-gagap masa dia kecik.. hihihi.. sekarang dah 24 dah umurnya.. memang lagi tinggi dari makcik pakcik dia.. hihihi..  bila dia dapat anak nanti, saya jadi nenek okeh.. nenek vogue.. panggil tok chik comel la.. hihihi... ;)


Banyak gak dapat join aktiviti baharu dalam tahun 2016 ni.. Dapat join fun run.. dapat panjat Bukit Broga.. dapat beraquazumba.. pergi MAHA.. join zumba marathon.. main basikal dengan anak-anak.. :) banyak juga dapat kenalan baru.. Alhamdullillah.. tahun riang ria  untuk saya.. hihihi... :) Harapnya tahun depan juga lebih ceria.. amin.. semoga Allah beri kesihatan untuk cuba pelbagai perkara baharu kelak...hihihi..

Azam tahun 2017?
Daniel darjah 6 tahun depan.. UPSR dan PSRA menanti... mama papa kena jadi lebih gagah secara luar biasa.. haha.. ultrapower... hahaha.. kurung dia dalam bilik jahit.. sambil suruh dia buat revision sambil mama menjahit.. miahahaha...

Jumpa lagi!
Selamat tinggal 2016.
Sweet memories remain..
dan
Selamat datang 2017.

Semoga segalanya Allah permudahkan untuk kita..
Amin..

♥♥♥♥♥♥






Tuesday, December 13, 2016

Projek 2016 : Frozen Pillow

Assalamualaikum..

Bantal tema Frozen.. saiznya 16 x 16 inci.. beli fabrik frozen tu kat Spotlight, The Mines. Saya tambah border pink.. nasib baik menjadi combo ni.. hehe... quilting sikit je.. keliling border pink tu. pastu kat bintang-bintang biru tu..


Belakang bantal guna fabrik pink yang sama.. buat style envelope pillow je.. 


Hadiah buat anak seorang sahabat.. yang tertangguh sejak sekian lama.. harap Anna dan Elsa masih pujaan hati kakak.. :)


Harap belum terlewat nak ucapkan Salam Maulidur Rasul..
Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.aw.


Sekian catatan ringkas kali ini..
Jumpa lagi!
Take care..