Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label Cross stitch. Show all posts
Showing posts with label Cross stitch. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Cuti-cuti 2014 : Cameron Highlands, Malaysia :)

Percutian singkat.. 3 hari 2 malam.. sempena hari lahir Aman..
Percutian yang tidak begitu dirancang..
punya la ramai orang kat Cameron.. cuti Thaipusam kan.. 
kitorang kat sana dari 17 hingga 19 Februari 2013..
cuaca memang sejuk.. kalau tak silap sampai 14 darjah celcius..
jem sana sini.. parking penuh.. gitulah kalau ada weekend yang panjang..

 Masa ni kat Agro Farm..
Masa kat kebun teh.. Danish jatuh tergolek-golek..
Aduhai.. rasa nak meraung tengok anak jatuh gitu..
Diorang tak sabar-sabar.. excited sangat berlari..sekali tergelincir..
Calar la juga siku dan tapak tangan dia..
Pastu taubat.. Danish asyik kata takmoh pegi tempat tu lagi!
hahaha..

Dzarif nasib baik elok kelakuan masa kat Cameron..
owh.. dia ni kalau berjalan okey je..
hehehe...

Balik dari Cameron kami singgah ke Kem PLKN Nilam Ehsan, Bidor, Perak.
Melawat anak saudara.. seronok tengok wirawati ini.. nampak gembira dia berPLKN di sana.. hehe.. 

Memang seronok la berjalan-jalan..
Tempat sejuk..pastu dapat makan aiskrim strawberry..
Saya pun sakan makan buah strawberry..
Makanan kat medan selera Tanah Rata pun sedap..
Terkenang-kenang pulak cendawan goreng tepung yang rangup itu.. 
Balik rumah timbang berat naik setengah kilo..
hihihi..padan muka ku...hihihi..

okey sekarang sambung diet balik..
makan sayur.. salad dari Cameron
:P



Plan nak ke Tambun tak jadi.. 
kalau tak boleh jumpa Kak Mila kat sana.. hihihi..

Oklah..jumpa lagi.. take care.. jaga kesihatan ek.. Cuaca sejuk sekarang... :D

Thursday, December 6, 2012

IKEBANA PROJECT - Part 7

Hai..
Sudah lama tidak bersiaran..
Tiada projek baru..
Jadi...
Kita tayang projek lama ek..
hehehe..

Ikebana ku...
yang masih belum siap..
hehehe

Bunga dah habis stitch dah semuanya..
Dedaunan juga begitu..
 

 
Cuma tinggal cik pasu ni yang masih berlubang-lubang di sana sini..
dan shadings..
ooooo..
rasa macam taknak stitch je shadings tu..
sebab banyak...
sangat banyak...
 jadi..
lambat lagi la siapnya nih.
hehehe...

Jeles wo tgk kak nisa and cs geng.. semua pantas wo jahit cs ni..
saya jahit setengah jam pun dah lenguh-lenguh.
Ni pun buka kotak balik sebab tetiba demam cs melanda kat tempat saya ni ha..
tapi hari tu la.. sekarang nampak dah tak berapa demam dah.. hehehe.. saya je la yang demam sesorang..

oklah..
Sehingga ketemu lagi...
take care!

Sunday, October 30, 2011

Le Love Biscornu

My first attempt to stitch a biscornu..

After searching and asking.. i finally decided on this Le Love pattern.
The pattern is from Les grilles de Liselotte.
Thank you very much!

Masa ni baru siap stitch..
Sangat excited.. terus jahit keliling dia..
Saya ikut tutorial ni untuk cara-cara menjahit biscornu..

Saya rasa kain yang saya guna ni 9 ct.
Saya jahit dengan 2 lembar benang.
Nampak macam jarang-jarang sikit ek?
Lepas ni nak cuba guna kain 11 ct atau 14 ct pulak lah!

Lepas kita jahitkan butang, beginilah rupa parasnya..
Memang sesuai untuk dijadikan sebagai pincushion..

♥♥♥
Le Love ~ The Love
♥♥♥
yang telah selamat tiba ke pangkuan seorang teman!
♥♥♥
Hope she loves it!
♥♥♥

Wednesday, July 27, 2011

IKEBANA PROJECT - Part 6

Ikebana ku..
projek yang sudah lama menyepi...

saya cuba juga buat sikit-sikit..
dengan harapan lama-lama siaplah projek ni..
nampaknya tak dapat la saya gantung raya ni..
tahun depan kot..
hehehehe

ada sekuntum bunga lagi yang masih belum saya mulakan,
daun pun ada beberapa helai,
pasu belum stitch penuh lagi,
last sekali kena stitch shadings sekeliling bunga dan daun..

pergh..

banyak lagi la..

sempat ke raya tahun depan nih..?
hehehe

Friday, November 19, 2010

IKEBANA PROJECT - Part 5

Salam & Hai..

Hari ini 1st anniversary Ikebana Project saya nih...Hehe..dah setahun dah saya start project ini.. dan inilah hasilnya setelah setahun stitching.. Tinggal 2 kuntum bunga lagi.. beberapa helai daun.. shading.. pot pun belum penuh stitchnya.. banyak lagi la.. hehe.. Saya ni bila geram tgk CS orang lain, mula la saya buka kotak Ikebana dan pulun buat.. hehe..



Next update should have more flowers on this pot.. i promise!

:)

and this a new family member in my crafting room

tergoda dengan storage box kak shima especially bobbin tu..
tak boleh jadi, kena carik jugak..last2 jumpa kat Maycraft..
ngeeee... *tengah tersengih sampai telinga nih..* ngeeeeee
sukanya ada box nih...

Thursday, September 2, 2010

Amir Daniel is now 5!

Salam & Hi..

Selamat Hari Lahir yang ke-5 untuk buah hati pengarang jantung mama..



..Amir Daniel..

yang sentiasa volunteer nak jadi model untuk mama

Musashi sedang bergaya dengan kain otomen yang dibeli dengan Cik Dura,
tapi sampai sekarang masih terlipat rapi.. belum jahit-jahit lagi...

dan juga rak benang pertama yang berjaya dihasilkan..
Model yang sama yer..


Ikebana cross stitch setakat Ogos 2010..
Nampak tak bayang-bayang model saya di belakang kuntuman bunga itu?


Ini tempate applique saya setelah diwarnakan dengan kreatip oleh birthday boy ini..
nasib baik mama print lebih dan
nasib baik jugak mama tak gunakan warna abang itu untuk bear mama..

model saya sedang menayang projek terbaru a.k.a eid's project..

sama tapi tak serupa
berangan nak buat 3, tapi baru 2 yang jadiknyer..
mungkin akan kekal 2 sahaja..
hehe..
mana satu yang lebih menarik ek?

------
Tak sangka cepat betul masa berlalu..
Dulu..
inilah budaknya yang duduk bersila dalam perut
dan kena keluar ikut tingkap..
inilah orangnya yang keluar cuma 2.39kg
dek kerana nak keluar awal 3 minggu..
dan
inilah juga insan yang telah membawa gelaran mama kepada saya..

Mama and Papa love u so much.. (tak terucap dengan kata-kata)
dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Daniel,
di dunia dan di akhirat..

amin..

Monday, June 14, 2010

IKEBANA PROJECT - Part 4

Salam & Hai...

Nak update tentang cross stitch saya..

..sekuntum bunga di padang pasir...

last week kena attack dengan selsema yang teruk.. sampai saya takde mood nak menghadap mesin jahit.. jadi saya tataplah cross stitch yang telah lama saya tinggalkan ini.. bila dah nampak sekuntum bunga ni, rasa macam cantik lah pulak.. hehehehe.. tak sabar nak tengok kuntuman yang kedua dan seterusnya... heeeeee...

Thursday, March 25, 2010

IKEBANA PROJECT - Part 3


Salam and Hi...

My update on my cross stitch project..
Just the leaves are growing in my pot.. The flowers are not yet bloom.. haha..

Thursday, January 28, 2010

Surprise.. I am...

Salam & Good day..

Last weekend this came to my mail box, by surprise..

Saya tak sangka Kak Shima hantar pattern cross stitch yang saya suka sangat..
Thank you Kak Shima.. Cayang Kak Shima...
Suka sangat.. Tapi bila bleh start nih...?? Banyak sangat WIP nih..
Haha... kena buat jugak nih.. haha...

Monday, December 14, 2009

IKEBANA PROJECT - Part 2

Salam...

I've finished my course.. At last.. after 6 1/2 months of joy and tears.. ;)

Sekarang masa untuk saya kembali ke kedudukan asal, walaupun belum sepenuhnya. I'm adjusting, because i've been away from work life, from home for quite some time. So, i need time to actually tuned back everything to my normal routine.

Inilah hasil saya menyambil-nyambil, masa kursus dah nak habis hari tu..
Bila dah nampak bentuk mcm ni rasa bersemangat sungguh..

@ 23 November 2009

@ 5 December 2009


See you!
mamadanieldanish

Thursday, November 19, 2009

IKEBANA PROJECT - Part 1

Salam & hello...

Apa khabar semua? Hopefully everyone is well, especially in this raining season..
Semalam saya mengacau Kak Niena, sebab saya nak beli cross stitch pattern kat haby & wool. Saya ingat kat Ampang Point, rupanya kat Ampang Park.. Haha.. malu saya.. Thanks Kak Niena, sudi melayan panggilan saya semalam.. :) Oleh kerana kekecewaan semalam, maka hari ni saya pun pergi je la kedai kraf dekat Balakong. Dan inilah yang saya jumpa & beli.. hehe.. Ini hasil dari asyik tgk blog Kak Shima yang rajin dgn projek cross stitchnyer la ni.. Kak, sudah menjangkit kat saya la.. Hehe..


Nantikan Part 2 untuk Ikebana Project nih.. :)

Luv,
Zila

Tuesday, July 14, 2009

my x-stitch

Salam & Hi..

Inilah projek x-stitch aku suatu masa dulu..
Aku rasa projek ni mkn masa dlm 6 tahun jugak nak siap (1998-2003).
Masa tu tengah study lagi.. Pastu duit pun limited nak beli benang.. tu yang amik masa tu..
Aku berjaya siapkan, hantar untuk frame dan gantungkan sebelum wedding aku..


Lots of luv,
-zila-