Kawan-kawan... Tq friends..
Showing posts with label Runner. Show all posts
Showing posts with label Runner. Show all posts
Wednesday, December 4, 2013
Friday, November 29, 2013
Si Petak Sembilan... kisah kain background
Assalamualaikum...
Nine patch saya yang berwarna biru ini telah berjaya dicantum minggu lepas..
bersungguh-sungguh makcik merempit balik rumah masa lunch break Jumaat lepas tau..
sempat cantum semua.. rasanya hatiku riang gembira selama seminggu sebab dapat belai-belai mesin jahit ku..muahahahaha..
Pastu kita potong la kain background..
Kejadian ini berlaku pada hari Ahad lepas.. lepas Subuh.. dapat peluang dalam sejam.. hehehe.. jadiklah..
Saya pilih warna kelabu.. nak kata kelabu sangat tu tidak la... light grey.. kalau tak silap fabrik ni saya beli di Cottage Patch beberapa tahun yang lalu.. hahaha... nasib baik ada si kelabu ni.. kalau tidak mau makcik meroyan ajak papaD ke CP nun jauh di Ampang semata-mata nak cari background si petak sembilan ini.. hihihi..
okey..jom kita main roller cutter..
Memula kita potong square bersaiz 10 inci sebanyak 2 keping.. pastu potong dua di tengah-tengah dan potong lagi sekali untuk dapatkan 4 segi tiga itu.. Untuk 4 blok nine-patch tu kita perlukan 6 segi tiga ini.
Kemudian kita potong pula square yang bersaiz 5.25 inci ini.. pastu potong tengah.. jadikan 2 segi tiga seperti gambar di atas.. kita perlukan 4 keping segi tiga.. yang ini untuk bucu hujung runner kita nanti..
Untuk rujukan di masa hadapan, saya kena tulis ini semua.. almaklumlah..pattern makcik selalu hilang entah ke mana.. organized la sangat kan kan kan.. muahahaha..
Bila siap potong. jom main susun-susun...
Masa susun ni macam pening sikit.. cemaner nak temukan bucu-bucu segi tiga tu...
Pastu tanya-tanya sahabat fb.. diorg kata betul susunan ni..
Saya pun pin-pinkan.. yang penting cantum blok yang tengah dulu dengan segi tiga segi tiga yang besar itu..
Kemudian di suatu pagi yang hening kira-kira jam 3.30 pagi saya pun terjaga dari tidur.. Dzarif bangun merengek, lepas susukan dia mata jadi cerah pulak (hahaha..konon.. sebenarnya kerana termimpi-mimpikan projek yang belum siap ini..) bersungguh kan makcik bangun dan kemudian mencantum-cantumkan background fabric dengan 9 patch blocks itu.. tapi sejam je pun.. pkl 4.30 tidur balik.. hahaha.. jadi belum siap cantum pun.. nanti dah siap kita tunjuk ek.. takde plak dah tercerah mata jam 3 pagi.. hahaha..
Okeylah..
Jumpa lagi ek..
Take care..
:D
Tuesday, November 19, 2013
My nine patch block to-be..in blue lagi!
Assalamualaikum..
Hai...
Saya ni giannnn sangat nak menjahit... dah lama sangat tak belai mesin jahit..
Tetiba Kak Zura Lovemelots menyeru-menyeru di Quilt group kat fb untuk join satu projek kecil-kecilan.. Kecil bagi orang yang terror ek.. bagi mak yang kadang-kadang pegang mesin ni, projek ini agak mega-megaan juga tau.. hahaha.. Projek Simply Small Sewing ini A Quilting Life yang organised. Boleh terjah sana untuk details ek.. :) Maka bila diseru-seru ni.. mak pun tergoda untuk follow sekali... gian aihhh!
Hujung minggu lepas dapat pula peluang balik kampung..hantar Daniel cuti sekolah ni.. biar dia dok kampung teman tok mak dan tok abah..hehe..Kat kampung saya dah target dah nak racik-carik kain biru ku.. koleksi From Siam With Love..Lama simpan kain ni.. sayang!! hiihiii...
Mak saya dan kakak ipar pun berminat nak belajar patchwork ni.. mak dah ada dah set rotary cutter, ruler dan cutting mat tu.. jadi mudah la kerja kita.. Kat kampung pun ramai orang boleh tolong pegang budak kenit secara bergilir-gilir.. hihihhi.. Jadi dapatlah makcik ni peluang racik kain sambil tolong tunjuk cara yang selamat menggunakan rotary cutter tu.. :D
Projek ni kena buat 4 keping nine-patch blocks dari 2.5 inches squares.. Untuk buat satu runner yang kecil.. Kalau nak buat besar pun boleh.. tambah saja nine-patch block itu..
Saya pilih 9 fabrik yang berbeza dan potong la jadi empat segi sama bersaiz 2.5 inci..cinonit jer.. Kononnya nak buat nine-patch blocks yang pelbagai susunan.. sebab tu saya tak cantum dulu.. saya racik dulu.. kalau nak cepat kita boleh potong kain 2.5 inci lebar ni panjang-panjang, cantum dulu dan kemudian baru racik-racik 2.5 inci.. boleh bayangkan kan? :D
Saja susun-susun ni.. nak cari padanan paling cun la kononnya...hahaha
dan yang dah jahitnya cuma ini...
haha.. ini je yang sempat.. sebelum si kenit ini dah pun melolong.. hohoho
![]() |
ini pun saya jahit sebab nak tunjuk kat mak dan kakak ipar bagaimana nak dapatkan cantuman yang tepat.. dan belakangnya mesti jadi begini..
ada masa nak pin siap-siap squares ni..
dapat je peluang pegang mesin, aii terus merempit.. haha.. berangan!
hari ni kat group semua dah siap cantum u!!! mak memang always ketinggalan keretapi!
hahaha..
Okeylah..jumpa lagi ek!
Take care!
:)
Wednesday, August 28, 2013
Work-in-slow-progress in purple... ;)
Assalamualaikum..
Hai..
Happy Wednesday..
Saya suka Rabu.. sebab lagi 2 hari akan bertemu dengan weekend.. hihihi..
Saya suka Rabu.. sebab lagi 2 hari akan bertemu dengan weekend.. hihihi..
Ini adalah work in progress saya..
Pink purple gitu..
Saya mula buat ni masa cuti pantang kat kampung haritu..
Saya guna segala kain perca emak saya.. kain perca jahit baju orang..
Baju kakak saya yang purple tu.. haha.. nasib la.. baju anda lepas ini jadi alas meja..
Haha!
Saya nak buat runner untuk meja solek dalam bilik emak abah saya..
Janjinya nak guna masa raya haritu..
Tapi tiada kesempatan nak menyiapkannnya..
Dah siap basting dah ni.. tinggal quilting dan binding je..
Harap dapat la siapkan sebelum AidilAdha.. Mak saya kata alang-alang tak siap, buatlah terus besar punya untuk meja makan.. haha.. saya kata nanti meja makan saya buat yang lain la.. ini baru testing2... haha.. buat janji lagi! hahaha...
Saya berkenan design Rail Romp ni..
Tapi cari punya cari masa tu tak jumpa free pattern.. Jadi saya refer tutorial dari MaryQuilts untuk pattern Patriotic Rail Fence. Cuma sebab kurang faham, maka ada la sedikit salah ukuran.. tak sabar-sabar nak potong kain kan.. tak baca instruction betul-betul.. tapi masalah dapat diatasi..nasib ku baik.. hehe.. Pastu untuk border saya ikut tutorial dari modabakeshop untuk pattern Sugar Cookies Table Runner. Satu projek pelbagai rujukan.. haha...
Oklah.. dah siap nanti kita tayang wajah keseluruhan ye! Hingga jumpa lagi.. Take care!
♥♥♥♥
Oklah.. dah siap nanti kita tayang wajah keseluruhan ye! Hingga jumpa lagi.. Take care!
♥♥♥♥
Subscribe to:
Posts (Atom)