Kawan-kawan... Tq friends..

Wednesday, May 16, 2012

'Ombak Biru' in progress

BLUE WAVES
(nama glamer omputihnya...)
;)


Kata peminat biru tegar.. hahaha..mestilah biru lagi kan..  tapi sebenar-benarnya kan, saya ni banyak koleksi benang warna biru.. nak buat projek ni cepat.. tak sempat nak ke kedai nak cari benang lain.. maka, biru pun biru la.. hehehe.. biru la raya rumah ai tahun ni! :P

owh.. cik ripple..semua gara-gara Crochet Along kat YLM group la ni.. 
tapi saya memang dah lama aim nak cuba pattern ni..
saya ingat susah tau pattern ni, rupanya senang jer..
yang pening cuma masa nak pilih warna (macam biasa...)
baru separuh yang siap, ada separuh jalan lagi perlu disiapkan.
Nasib baik ada drebar sekarang, boleh la mengait dalam kereta on the way gi kerja.. Memula risau gak kena sound dengan PapaD, tapi dia paham (nasib baik...).Sekarang ni beg crochet ku dia siap-siap letakkan kat kerusi depan.. tak payah la saya tercapai-capai beg tu kat belakang.. haha.. dah paham dah kegilaan orang rumah dia...

ok! Chaiyok rakan-rakan YLM!
sebelum 28 Mei 2012 mesti siap!
:D


dan..


Selamat Hari Guru!
Anak saya minta belikan rotan untuk 3 orang cikgu dia..
Sebab dia kata cikgu-cikgu dia takde rotan.. huhuhu.. 
Apa punya hadiah la Daniel!
ekekeke..


Apapun, jasa guru-guru di sekolah dan bukan di sekolah amatlah besar.. Semoga ilmu yang bermanfaat akan terus mengalir pahalanya buat guru-guru sekalian.. Amin...

Sunday, May 6, 2012

.t.i.g.a.p.u.l.u.h.t.i.g.a.

33
anak 3
rambut putih pun dah banyak atas kepala..

hehehe...


Alhamdulillah..
Saya amat bersyukur dengan segala nikmat yang ada..

:D

Wednesday, May 2, 2012

The Liebster Award - Menerima dan memberi... :D

"The Liebster award (German for favourite/dearest) is to showcase bloggers with fewer than 200 followers.  Upon accepting the award the recipient must then pass it on to five more blogs of note. A way of introducing other bloggers to the blogs they enjoy.

The Liebster Conventions says that :
1. Thank your award presenter on your blog and link back to him/her
2. Copy and paste the award to your blog
3. Present the Liebster Award to 5 blogs that you think deserve to be recognized
4. Let them know by leaving a comment on their blog
5. Have faith that your follower will spread the love too!"








Sungguh kembang kempis hidung ku menerima Award ini...
Terima kasih Cik Zara.. 
I'm honored!
Nak tulis panjang tak gheti.. oh my English got rusty already! hehe...
 


Bila sudah menerima, kita kena lah memberi semula... ngeeee...


Jadi.. 5 blogs yang menjadi pilihan kita pada kali ini ialah...


1) Mama Hakimi & Khayra - my friend, my ex-roommate, ex-housemate dan inilah dia orangnya yang selalu kirim fabric etc from Siam.. hehehe... :D rajin masak tau kawan saya ni.. Saya selalu minta resepi.. dan dia juga la referral point saya tentang breastfeeding.. :D


2) Kak Nisa dari Yoon & Stitch - sifu cross stitch yang buat kita tabik spring!!!! :D tak terkejar wo! kelajuan tahap mesin jahit nih!


3) Kak Aida dari Jarum Emas - sifu hand quilting dan hexagon.. selalu terbakar jiwa dan raga tengok hasil tangan Kak Aida!


4) Kak Sulela dari Bila Aku Buat Crochet - dulu bila aku buat crochet, tapi sekarang sudah expand.. bila kak sulela Crocheting, Sewing, Stitching.. hehehe.. saya selalu refer pattern crochet kat blog kak Sulela ni..


5) Cik Shida dari SoNice is SoNice - cik SoNice kita ni pula terror jahit beg.. geram tengok curvy clutch dia! 




Actually 5 blog macam tak cukup.. hehehe.. tamak plak...
Apapun, selamat menerima dan memberi pula ye....


From Zila with Love..
on our 8th wedding anniversary!
God bless!
 

Thursday, April 26, 2012

Patchwork for Emak and Abah..

Irish chain quilt pattern.. saya ikut tutorial di Quilting Assistant. 
Mak saya dah lama beli kain ni.. kain yang pink solid tu mak beli tahun 2006. hehehe.. nasib baik tak reput kain tu.. Mak nak buat cadar.. jadi ini adalah centre piece..kemudian mak akan tambah skirting.

7 X 8 blocks
Block 9 x 9 inches (finished)
 Bila boleh bentang cadar ni mak?
hehehehe...

Ini pula sarung bantal.. sudah siap 2 biji..
Untuk mak dan abah..
:)




Macam biasa, kita ambil sikit fabrik ini untuk menambah koleksi bunga hexagon..
 :)
bunga cinta hati.. :)


Kenapa semalam terasa seperti hari Jumaat ek?
Hari ni pun terasa macam Jumaat juga..
hehehe
;)

Friday, April 20, 2012

Quilt untuk Fatini

Quilt ni dah lama siap..
Hujung tahun lepas..
Baby Fatini pun dah 6 bulan dah..
Tapi kerana banyak sangat hal, 
maka baru semalam dapat diserahkan quilt ni kepada tuannya..
-Quilt top-
Centre piece adalah panel..
Ini pertama kali buat quilt dengan panel..
Jadi agak mencabar.. sebab bila prewash kain ni macam senget.. 
agak tension saya dengan panel ni..
Kemudian saya tambah pieced border and another solid border..

Selain straight line quilting, saya juga guna decorative stitches
dengan size yang besar untuk quilting..
Konon-kononnya nak menutup la panel yang senget sikit itu..
huhuhuhu
Backing yang penuh bunga-bungaan..
Binding adalah sama dengan border pertama itu.. :)




Semoga Fatini suka quilt yang auntie buat ni..
:)

Wednesday, April 18, 2012

Cuti tiga bulan yang sudah berakhir...

Sudah kembali bertugas..

dan

Baby Aman pun sudah kena tinggal dengan pengasuh..

*sob*sob*

Sungguh cepat masa berlalu..
Aman pun dah 3 bulan..
:)

Cuti 3 bulan tapi projek tak banyak pun dapat disiapkan..
hehe..
Memang banyak masa dengan Aman..
sambil layan Aman sambil layan cerita Korea..
ekekekeke..
Masa cerita Korea tengah iklan, sempat la mengait sebaris dua..
Saya dah tambah warna putih keliling purple crochet ni..
Nak jadikan 16 inci perlu tambah dalam 4-6 row lagi..
Akan berusaha menyiapkan crochet ini.. sebab nak mula projek baru pula..
macam tak syok tau kalau takde projek crochet yang baru..
hehehe
;)


Ini pula baju kurung kanak-kanak untuk dijual..
Saya tolong promosi je.. bukan saya yang jahit..
saya tak pandai jahit baju lagi.. hehehe..

Fabrik : Cotton
Warna : Oren muda

Saiz: Umur kanak-kanak 5 - 6 tahun

Bahu: 13 inci
Panjang lengan: 13 inci
Labuh baju dan kain: 22 inci
Pinggang: 18 inci (getah keliling)

Harga promosi: RM36.00 (penghantaran percuma)


---
Semangat! Semangat! Semangat!

Selamat bertugas semua..
walau di mana juga anda berada..
:)

Friday, April 13, 2012

Blue ~ Crochet ~ Patchwork

Si Biru Muda, Si Biru Tua..
Dikait bersama putih dan kelabu..
Petak-petak memang kegemaran saya..
Biru pula sentiasa di hatiku..

heeheehee..

Cadangnya nak buat sarung cushion bersaiz 16 inci..
Saya buat satu row dengan 4 variasi warna..
Bila dah cantum 4 x 4, saiznya terlebih pula..
Jadi dalam 16 x 19 inci lebih kurang..



Mungkin saya patut buang 1 row..
cuma ambil 3 row dan kait lagi tepi untuk jadikan 16 inci..
Ok ke?

Atau kekalkan saja 4 x 4
dan tutup mata
dan jadikan saja sarung cushion yang tidak 4 segi sama?

Buntu!
Bila buntu projek pun terbengkalai jadi UFO!
uwaaaaa

Tapi saya sayang si biru ni..
Almaklumlah, warna kegemaran ku.. pastu patchwork style pulak!
Cuma salahnya saya tak plan betul-betul!
uwaaaaaaa....

Friday, April 6, 2012

Purple Crochet

a UFO

hehe..

still unfinished!

:P

Bila saya mulakan projek Purple Crochet ni?
Way..way.. back.. in 2010..
tak percaya?
boleh intai kat sini dan sinun.. ;)

April 2010.. April 2012..
pergh! lama betul peram!
masih belum masak lagi!
;)
ini adalah Wheel Square pattern..
Pattern ni saya cuba masa mula-mula nak berjinak dengan crochet..
Jadi square tu ada yang kecik, ada yang besar..
hehe..


Saya cadang nak buat cushion cover..
tapi bila dah cantum, jadi dalam 13 inci je..
Saya nak 16 inci..
Kalau saya crochet keliling dengan warna lain cantik tak?
Saya plan nak guna warna kelabu.. Ok ke?
Atau putih?
Atau light pink?
Arghhhh... pening sudah!
Tolong......!!!