Kawan-kawan... Tq friends..

Thursday, January 12, 2012

Hadiah buat Mualimah...

Bantal untuk Mualimah Amir Daniel..
Mualimah yang mengajar di Pasti Sutera..
Ada 5 orang mualimah..


Design yang sama.. dengan fabrik yang berbeza..


Size sarung bantal ni 16 x 16 inci.. envelope style..
Machine quilted.. with flower applique..

Dihadiahkan sebelum Daniel tamat belajar di Pasti Sutera..

Terima kasih Mualimah semua..

kerana mendidik Amir Daniel..

hanya Allah yang mampu membalasnya.. :)

dan

Sajak inilah yang Daniel persembahkan semasa Hari Anugerah Pasti..

Guru Oh Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Syukran jazilan..!

20 comments:

  1. Lovely! kalau saya jadi muallimah..pun berbunga2 hati dpt hadiah mcm ni :)

    ReplyDelete
  2. cantik...errr..bila bersalin ni?

    ReplyDelete
  3. wowiiiiiii cunnyer bantal. berbunga2 hati mualimah dapat bantak cute ni kan.
    Jahitan lurus2 (quilting) tuh zila guna quilt guide footer ker or garis dulu manually yer?

    ReplyDelete
  4. Cantik kelima-lima bantal tu, Zila. Mesti mualimah Pasti Daniel dulu suka. Rajin ibu Daniel ni. :)

    ReplyDelete
  5. sweet nyer...rajin sungguh...berbesar hati la Mualimah tu terima hadiah ni... :D

    ReplyDelete
  6. Kak Ros @ Sewing Edge.. sesekali je meriahnya kak.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Sis Azaidris.. semoga mualimah Daniel suka la bantal ni.. :D

    ReplyDelete
  8. Kak Rafidah.. mekaceh..mekaceh.. :)

    ReplyDelete
  9. Cik SoNice.. due 27 Januari.. :) tapi next week dah tak kerja dah.. cuti awal la.. dah x larat.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Zaza.. kena jadi mualimah Daniel la..bleh? ekekekeke

    ReplyDelete
  11. Kak Mila.. saya garis dulu top tu sebelum basting.. tak yakin lagi la nak terus jahit.. huhu..

    ReplyDelete
  12. Yati.. memang dah lama berniat nak jahitkan sesuatu utk mualimah Daniel.. gagahkan diri dan nasib baik sempat siap sebelum akhir tahun.. :)

    ReplyDelete
  13. Cik Ainaa.. rajin sikit jer.. ni je yang mampu dan pandai jahit.. ingat nak jahit beg, tapi rasa macam lagi terkial-kial.. hehehe

    ReplyDelete
  14. dah dekat tu due nya..sy 27/2...cuak gak ni..ehehe

    ReplyDelete
  15. oh pandai teacher sekolah daniel pilih poem USMAN AWANG 1979, same age with his mom & dad :)

    -ciku-

    ReplyDelete