Kawan-kawan... Tq friends..

Saturday, January 10, 2015

Selamat datang 2015

Assalamualaikum..
Salam tahun baharu 2015..


Harap belum terlambat juga untuk ucapan salam maulidurrasul. Selawat dan salam kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w ahli keluarga dan para sahabat baginda. Saya ada terbaca satu wassap yang menasihatkan kita setiap kali lepas solat bacalah alfatihah untuk nabi kita..ibu bapa kita.. anak-anak kita.. adik beradik kita.. semoga ada rahmat di sebalik bacaan yang kita sedekahkan itu.. :) amin...
Kita mengakhiri 2014 dan memulakan tahun 2015 dengan cuaca yang sejuk. Negara diuji dengan bencana banjir.. bah besar.. Takziah untuk mangsa banjir.. semoga kalian tabah dan redha dengan ujian ini..dan semoga segala urusan kalian Allah permudahkan. Amin.. kampung suami di Kelantan pun banjir teruk. Kawasan tak pernah banjir pun naik air.. dalam rumah mertua saya air naik paras pinggang. Rumah tu tinggi tau.. nak naik rumah ada 4 mata tangga.. punya la dalam.. Dekat seminggu juga gagal dihubungi. Alhamdulillah.. setakat hari ni banjir kat sana surut.
Beberapa hari lepas mak saya di kampung pulak digigit lipan. Allahuakbar.. rasa nak nangis dengar.. sebelum tu mak demam.. baik demam kena gigit lipan pulak. Kena pkl 2 pagi waktu mak bangun tido.. kat bilik air. Sampai ke pagi x boleh tidur sebab bisa. Saya dapat tau pukul 1 petang. Tak pergi klinik lagi.. aduhai... saya dan kakak saya telefon banyak kali minta abah bawa gi klinik. Bising..bising..pukul 3 baru pergi klinik. Sampai klinik kena marah dengan doktor.. huhu. Lambat sangat datang.. nasib baik tak melarat. tapi memang dah bengkak dah kaki. Kena inject juga.. balik kaki berbalut.. huhu.. Alhamdulillah.. semalam call mak okey dah..


Dalam minggu ni juga kami mulakan sikit projek ubahsuai rumah.. Lama betul tunggu projek ni nak dimulakan. Penuh kerisauan dalam hati ini. Harap sangat orang yang kami amanahkan dapat laksanakan kerja dengan baik. Saya hanya mampu berdoa dan bertawakal.. buat masa sekarang inilah deco setelah berpindah randah dalam rumah.. hehe...

Awal tahun hidup dah berkecapi.. haha..
Next week anak-anak mula bersekolah semula. Daniel darjah 4 sekolah pagi.. Amar Danish pula darjah 1 kena sekolah petang.. kalau mamaD x kurus jugak tahun ni tak tahu la nak kata apa dengan lelemak ini.. hahaha... ;) 2 Januari 2015 dah daftar darjah 1 untuk Danish. Baru ambil ujian tentukan kelas. Kami tak dapat surat rupanya. Patutnya ujian tu bulan november.. aduhai.. nasib baik dapat tahu dari orang lain beberapa hari sebelum tu. Sempat telefon pejabat sekolah.. kalau tak daftar 2 Januari ni pun kami tak tahu.. Huhu..

Okey.. dzarif pun nak ucapkan tahun baharu.. peace y'all.. ;) jumpa lagi..


♡♥♡♥♡♥

4 comments:

  1. Replies
    1. Hehe.. comel ke si capang tu cik aishah.. hehehe..

      Delete
  2. Ngerinya baca, mak Zila digigit lipan. Harap dah ok sepenuhnya.
    Semoga urusan ubahsuai rumah Zila berjalan dengan lancar dan jayanya.
    wah... mencabar juga kalau sekolah 2 sesi ni. Bertabah lah, Zila, demi anak-anak. Chaiyok!
    Dzarif macam pakai kopiah pasti. Hehe..comeinya dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati... mekaceh... alhamdulillah mak saya ok dah.. cuma kakinya jadi gatal2 plak kesan bisa agaknya.. harap x melarat la..
      dzarif pakai kopiah abg dia.. hehe... ;) lambat lagi nak ada yang belajar di Pasti balik... hehe...

      Delete