Kawan-kawan... Tq friends..

Sunday, May 31, 2015

Lawatan ke The Spotlight The Mines

[Tajuk macam karangan anak plak.. hihihi.. ]

Assalamualaikum...

Sebagai makluman... The Mines Shopping Fair ini amatlah dekat dengan rumah saya.. dulu zaman belajar ini sajalah tempat shopping yang kami terjah lepas kelas.. untuk lunch.. untuk tengok wayang.. beli kasut.. beli roti.. hihi.. tak lama lepas tu the mines ni macam malap.. ada la zaman kegelapan dia sekejap.. tapi sekarang naik balik dah.. macam-macam ada.. yang paling best Spotlight dah bukak kat sini.. meloncat-loncat kegirangan makcik bila tau aritu.. ada kawan hantar gambar masa dia buat renovation.. seronok aiii.. pasni takyah la nak memujuk buat cerita sedu-sedan bagai tiap kali nak ajak gi spotlight ampang tu ha.. kikiki...

Sejak Spotlight ni bukak saya baru 2 kali pergi.. first time pegi masa dalam grand opening sale aritu.. papanya nak cari blind untuk tingkap bilik dan tingkap dapur..memang murah.. tak silap RM29.99.. Beli yang memang tengah ada promosi. Kalau custom made memang berdesup juga la harganya.. hehee..

Pastu.. alang-alang dah ke sana.. takkan tak tangkap cotton fabric sekeping dua kannn.. iman memang goyang la tengok harga flat fat RM 11.99 buy 1 free 1.. mabuk... hahaha...

Closer views... ;)



Pastu beli cotton putih.. bukan solid white tu.. ada pattern sikit.. beli sikit je.. berangan nak siapkan BOM 2014 tu.. aduh la hai.. lembab betul nak menjahit sekarang.. busy melayan drama korea.. hahaha.. dalam keta pegi balik keje tengok drama Marriage, Not Dating kat TV9 aritu. Balik umah dapat tengok 15 minit terakhir je. Jadi makcik online la dalam kereta.. drebar menjeling je.. haha.. sekarang citer tu tamat sudah.. saya pun tobat dah tgk online.. telan data like crazy okeh.. mencanak2 bil makcik asyik top up data booster.. hahaha..

Lawatan kedua ke spotlight adalah dengan alasan nak belikan emak tercinta jarum.. hihi.. dah janji nak carikan jarum yang elok dan tajam.. ;) harap ok la jarum ni.. senang mak nak menjahit nanti.. :)


Pastu ternampak pulak fabrik bergulung-gulung.. adoi.. lazat sangat nampaknya atas rak tu.. sikit je tau.. tak banyak.. dok tengok promo kata half price.. gulp.. 1 yard asalnya RM24.99 jadi RM12.99. adoi... corak retro plak... adoi...


Pilih punya pilih amik la 3 gulung bawak balik adeh.. makcik memang bahaya betul la datang tempat ni!!

Janjinya nak beli jarum aje kan! Hahahaha..memang takleh janji la kalau ke sinun...pastu cari juga seam guide tapi tak jumpa.. last-last jumpa kat LSN. Mahal gak la benda kenit ni.. ingat dapat la seketul RM10. Rupanya RM18 after discount after gst.. ada yang brand lain RM24. Belum google lagi camne nak guna.. haha.. excited amik gambar je.. nak guna pun tak gheti.. hihi...


Oklah.. sekian cerita panjang kali ini. Katanya spotlight buat sales 1 Jun 2015! Kalau ke sana jangan lupa tayang tangkapan kalian... hingga jumpa lagi.. tata... take care! ♡♥♡♥♡♥

Monday, May 11, 2015

Ho ho ho #3 : jalan-jalan cari idea @ ikea

Di suatu hujung minggu yang gigih.. kami berenam berjaya ke ikea damansara sanun untuk makan meatball dan skodeng idea deco rumahtangga.. hehehe..

Jom layan keberanganan mamadaniel.. 
:p:p

gambar ni saya suka layout dia.. macam depan almari hitam tu ada 1 lagi almari rendah.. jadi dia create macam laluan..  pastu saya suka dinding purple tu.. cantik.. sebab susah nak cari purple yang sesuai untuk ruang begini...



Wing chair hijau ni macam syok sebab ada stool tu.. tapi tengok kain yang suci murni ni rasa macam hmmmm.. kena fikir beberapa ratus ribu kali lah.. macam sekejap je selamat kecerahan dan kemurniannya tu.. hihi...

Kerusi ni pun cantik..

Sofa biru.. warna yang sentiasa di hati daku.. sofa ni sarungnya boleh cabut basuh..

Suka setting ni.. simple dan ramai orang boleh duduk.. tak payah berebut-rberebut-rebut tempat.. haahahaha


Sofa maroon ni pun cantik.. sama jenis dengan dark blue tadi..

Saya saja je nak rasa duduk sofa ikea ni.. nak cuba try test.. sedap ke tak landing.. selamat ke tak untuk kanak-kanak yang tengah melasak.. cantik memang cantik.. cuma bab ketahanan tu yang tak pasti..
hehe.. ada bajet nanti baru decide.. banyak masa lagi..tabung belum penuh.. ada banyak masa lagi nak berangan.. hahahaa... terima kasih kerana sudi melayan angan-angan makcik! Tata.. jumpa lagi! ♡♥♡♥♡♥

Wednesday, May 6, 2015

t.i.g.a.p.u.l.u.h.e.n.a.m

Assalamualaikum..

Alhamdullilah..
Baru 36 tahun usianya..
muda lagi kan..
baru 18 tahun habis sekolah..
ngeh ngeh ngeh..


Alhamdulillah..
i am so grateful.. 
thank you Allah for all the gift.. 
for my family and friends.. for all the wonderful people around me.. for everything..

 Sesungguhnya hambaMu ini amat bersyukur dengan segala nikmatmu
 ya Rabb.. dengan segala kekuatan di saat dugaan dan cabaran dan dengan segala petunjuk dan hidayah di kala lalai dan lupa.. 

Alhamdulillah..

♡♥♡♥♡♥
zila@mamadaniel
6.5.2015

Saturday, May 2, 2015

Baru sebelas tahun..

Assalamualaikum..
Baru sebelas tahun kami menyambut tarikh ini bersama... doakan kami sekeluarga bahagia hingga ke syurga.. Amin ya rabbal alamin...


 ;)
♡♥♡♥♡♥

Thursday, April 16, 2015

Ho ho ho #2 : I love blue

Assalamualaikum...

Sedikit update tentang projek rumah kita..

Projek ho ho ho namanya... projek pening..
pagi petang siang malam pening memikirkannya.. hihi..

Sudah 3 bulan lebih hidup dalam kesepahan..
Rumah huru-hara..
Belum siap sepenuhnya..

Bilik ini sudah hampir siap.. Bilik biru.. Walaupun bukan biru yang biru.. tapi warna ni masih dalam kategori biru.. biru laut.. ;P



Bilik ini asalnya adalah bilik jahit saya..
Bilik jahit mamadaniel telah terkorban akhirnya.. hahaha..
sekarang mesin jahit ada la terselit-selit di penjuru rumah kita tu.. hahaha... ;)

Bilik ini bakal menjadi bilik anak-anak.. cadangannya begitulah..
ada modal nanti nak cari 3 buah katil bujang.. susun macam dorm.. hahaha....
Asalnya bilik ni sampai pintu coklat tu je.. pastu kami tambah sikit ke belakang.. jadilah memanjang macam dorm asrama..



Cat bilik ni saya beli masa pergi Creative Home Expo 2015 kat IDCC Shah Alam.. gigih saya dan cik abe ke sana bulan Mac lepas.. bawak semua 4 hero saya.. kata nak beli barang sebelum GST.. hihihi..

Saya beli cat Nippon CC Aircare.. masa kat ekspo tu seronok sebab ada macam designer la bagi advice kalau kita nak warna ni.. warna apa elok untuk dipadankan.. memandangkan ini bilik kanak-kanak, saya balun la 3 warna.. warna yang senada la.. ikut hati nak je campur warna bukan-bukan.. haha... tapi takut nampak macam tadika la plak kan.. kikiki..

Cat yang biru pekat sikit tu nama dia Persian Blue..
Cat yang biru cair tu nama dia Blue Scarf..
Cat yang kat dinding ada tingkat tu warna kelabu.. nama dia Dinosaur Gray.

Bila buka lampu.. bilik ni akan berwarna biru muda.. hehe.. seronok
Dzarif pun seronok masuk bilik abang-abang..dengan bottomless dia tu... kikiki... ;)


Barang-barang belum masuk lagi..
Sebab belum siap wiring..
Lama betul proses buat rumah ni..
Idea deco-deco pun belum ada sangat la..
Ada la idea skodeng kat fb dan majalah...

source:google




PapaD berkenan double decker..
tapi saya tak berapa suka sangat..
sebab saya pernah pergi rumah orang..
katil belah atas tak guna pun..
buat tempat letak tilam bantal..



Buat masa terdekat..guna je katil yang ada..
haha..
kalau cantik nanti makcik tunjuk ek..


Kalau sesiapa ada idea boleh share dengan kita ek,..
mekaceh..


Jumpa lagi..Take care!
♥♥♥♥♥♥





Thursday, April 2, 2015

Projek 2015 : Hexagon pincushions

Assalamualaikum..
Projek comel sahaja untuk dikongsi kali ini.. jahit hexagon dalam kereta.. cantum-cantum dan isi stuffing pun buat dalam kereta.. ;) alhamdulillah.. berjaya siapkan 2 kuntuman hexagon ini.. ;) (lompat bintang)

Layan gambar ek... :)





Seronok ada projek dah siap..
Walaupun cuma projek kecil-kecilan..

Kalau nak cuba boleh follow tutorial dari victorianaquiltdesigns

Senang saja..step by step dia ajar.. cuba tau!

Hingga jumpa lagi..
Take ek!
♡♥♡♥♡♥


;)





Monday, March 23, 2015

Projek 2015 : Hexagon kuning yang masih belum siap..

Assalamualaikum..
Lama tidak bersiaran.. sedar-sedar sudah hampir ke penghujung Mac.. April makin dekat.. huhu.  Ke mana-mana pergi dengar pasal GST.  Hatta ke kedai sinki pun! Grrrrr.. tak suka ditakut-takutkan tentang semua harga barang akan naik.. tak suka..tak suka.. walau apa pun.. April perlu kita hadap.. rela atau paksa.. harap harga kain tak terkesan.. (iyolah tu!)

Lupakan GST sejenak..

Jom intai projek hexagon kuning..

Start penghujung tahun lepas..

Sampai sekarang belum siap lagi.. ;)


Sekarang berada di tahap border kedua. merancang untuk tambah satu lagi border.. kecik je ni.. berangan nak buat sarung bantal baby.. kikiki.. baby mana la yang tak dapat2 hadiah sampai sekarang.. ;p sizenya untuk kanak-kanak la.. jadi baby tu mungkin dapat guna masa birthday ke setahun.. miahahahaa...


Lepas saya cantumkan kesemua hexagon.. saya jahitkan atas kain kelabu dengan jari jemari ku.. hihi.. blind stitch ala2 applique. Untuk dapatkan border pertama berwarna kelabu.. Kenapa guna cara ini.. kenapa tak jahit border macam biasa..  sebabnya sayang wooo nak potong keliling hexagon tu jadi empat segi tepat.. sayang sangat.. penat makcik ini jahit tangan nak cantumkan hexagon tu.. Tak sanggup nak potong.. jadinya gigihlah daku menjahit secara blind stitch tersebut.. ;)

Sebelum quilting nanti saya akan potong la fabrik kelabu belakang hexagon ni.. boleh guna untuk projek lain.. lagipun tebal sangat nanti masa nak jahit quilting..

Untuk makluman.. saya ni tak pernah lagi quilt hexagon piece.  Selama-lama ini takde satu pun projek hexagon yang siap.. muahaha.. semua UFO.. jadinya sebelum nak jahit quilt hexagon cinonit ni kenalah buat kajian sikit.. ada gak yang dah berkenan.. kalau berani jahit mesin.. kalau tak berapa berani kita hand quilting secara slow and steady lah nanti.. ;) ada masa lagi.. ada masa lagi.. hahaha...

Hingga jumpa lagi.. 
Take care!
Muahciked!
♡♥♡♥

Thursday, March 5, 2015

Projek 2015 : Mini sejadah

Assalamualaikum..
Sejadah mini pertama daku..


Seronok rasa di hati.. dapat siapkan projek ini.. hasil berguru dengan Kak Aida Harun.. malu2 alam nak tanya pada mulanya.. Alhamdulillah.. kak aida memang rajin melayan pertanyaan saya.. hehe..tercapai juga hasrat nak jahit sejadah mini dengan lace ni.. lama pendam..lama juga kaji di internet.. tanya2 juga blogger lain.. Alhamdulillah diketemukan secara maya dengan bloggers dan fb friends yang murah hati berkongsi ilmu.. tq semua.. :)
Jadi kali ini saya pula nak berkongsi cara-cara saya jahit lace pada quilt sandwich mini sejadah ini..
Lepas siapkan straight line quilting, kita trimming keliling bagi cantik.. lepas tu kak aida ajar kita jahit zig zag keliling. Maka saya pun zig zag keliling quilt sandwich tu memandangkan saya takde mesin jahit tepi.. kalau ada mesin jahit tepi seronok zasss saja ni.. ;) kita kena jahit keliling ni sebab quilt sandwich macam ni tidak akan kita jahit binding later.. kita jahit lace atas dia sahaja nanti.. :)

Okey... sebelum tu.. memula sekali kita dapatkan lah lace secukupnya di kedai jual lace.. jangan dah start jahit baru perasan lace tak cukup.. haha.. mmg sadis gitu.. haha.. bercakap berdasarkan pengalaman lalu.. muaahhaha..

Bila dah siap semua peralatan maka boleh mula la jahit lace..

Wrong side of lace facing right side of quilt kita..

Extra kan di hujung sebelum mula jahit tu agak2 selebar lace tu.. kemudian mula jahit.. bab permulaan jahitan ni saya macam x berapa sure.. sama ada nak mula dari hujung ke hujung atau amik jarak 1/4 inci hujung awal dan hujung akhir.. sebab dua2 cara pun saya buat.. hihi.. cara jahitan ni guna cara mitered cornher. Boleh google.. macam2 cara ada.. :D

Ulang jahit untuk ke empat-empat sides..
Kemudian..
Cantumkan lace untuk dapatkan bucu 4 segi.. guna cara mitered corner tu la.. cuma cabarannya pada saya ialah ianya adalah lace. Berbiku-biku tak lurus macam border biasa.. ;) payah sikit nak handle.

Lepas siap jahit corner tu, kita potong lebihan lace dan kemudian top stitch.. dua kali.. bagi lace tu kemas terletak atas sejadah tu.. :)

Backing sejadah ni saya guna fabrik corak bunga-bunga comel warna biru.. nampak sweet gitewww.. ;)

Sejadah mini pertama ku.. special buat anak saudara tersayang.. sebagai hadiah dapat masuk asrama.. ;)
Anak saudara saya yang kedua dapat masuk sekolah yang sama dengan saya masa tingkatan 4 dan 5 dulu.. kira dia ni generasi ketiga.. kakak dia pun tikl gak.. ;)
Belajar rajin2 naja.. :)

Jom jahit sejadah mini..
Lepas ni nak jahit untuk diri sendiri plak.. dan untuk emak.. ♡♥♡♥

Jumpa lagi!
Take care!