Kawan-kawan... Tq friends..

Monday, March 23, 2015

Projek 2015 : Hexagon kuning yang masih belum siap..

Assalamualaikum..
Lama tidak bersiaran.. sedar-sedar sudah hampir ke penghujung Mac.. April makin dekat.. huhu.  Ke mana-mana pergi dengar pasal GST.  Hatta ke kedai sinki pun! Grrrrr.. tak suka ditakut-takutkan tentang semua harga barang akan naik.. tak suka..tak suka.. walau apa pun.. April perlu kita hadap.. rela atau paksa.. harap harga kain tak terkesan.. (iyolah tu!)

Lupakan GST sejenak..

Jom intai projek hexagon kuning..

Start penghujung tahun lepas..

Sampai sekarang belum siap lagi.. ;)


Sekarang berada di tahap border kedua. merancang untuk tambah satu lagi border.. kecik je ni.. berangan nak buat sarung bantal baby.. kikiki.. baby mana la yang tak dapat2 hadiah sampai sekarang.. ;p sizenya untuk kanak-kanak la.. jadi baby tu mungkin dapat guna masa birthday ke setahun.. miahahahaa...


Lepas saya cantumkan kesemua hexagon.. saya jahitkan atas kain kelabu dengan jari jemari ku.. hihi.. blind stitch ala2 applique. Untuk dapatkan border pertama berwarna kelabu.. Kenapa guna cara ini.. kenapa tak jahit border macam biasa..  sebabnya sayang wooo nak potong keliling hexagon tu jadi empat segi tepat.. sayang sangat.. penat makcik ini jahit tangan nak cantumkan hexagon tu.. Tak sanggup nak potong.. jadinya gigihlah daku menjahit secara blind stitch tersebut.. ;)

Sebelum quilting nanti saya akan potong la fabrik kelabu belakang hexagon ni.. boleh guna untuk projek lain.. lagipun tebal sangat nanti masa nak jahit quilting..

Untuk makluman.. saya ni tak pernah lagi quilt hexagon piece.  Selama-lama ini takde satu pun projek hexagon yang siap.. muahaha.. semua UFO.. jadinya sebelum nak jahit quilt hexagon cinonit ni kenalah buat kajian sikit.. ada gak yang dah berkenan.. kalau berani jahit mesin.. kalau tak berapa berani kita hand quilting secara slow and steady lah nanti.. ;) ada masa lagi.. ada masa lagi.. hahaha...

Hingga jumpa lagi.. 
Take care!
Muahciked!
♡♥♡♥

5 comments:

  1. Gigih kan noen... kiki.. setakat beberapa belas inci ni gigih lagi kita.. ;) hihi..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya Zila... jahit tangan lagi tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak nisa... hihi... ;) lunch time jahit hexagon jom kak... ;)

      Delete
  3. Yati baru baca tentang projek Zila yang ni. Orang rajin je boleh buat hexagon ni, pada pendapat yati. Lagi-lagi, quilt hexagon. Chaiyok Zila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati.. tidak lah rajin sangat yati.. tapi sebab suka kan.. sanggup menjahit dalam kenderaan bergerak... kikiki... belum quilt lagi ni yati.. tersidai lagi kat mesin jahit... huhuhu...

      Delete