Kawan-kawan... Tq friends..

Thursday, March 5, 2015

Projek 2015 : Mini sejadah

Assalamualaikum..
Sejadah mini pertama daku..


Seronok rasa di hati.. dapat siapkan projek ini.. hasil berguru dengan Kak Aida Harun.. malu2 alam nak tanya pada mulanya.. Alhamdulillah.. kak aida memang rajin melayan pertanyaan saya.. hehe..tercapai juga hasrat nak jahit sejadah mini dengan lace ni.. lama pendam..lama juga kaji di internet.. tanya2 juga blogger lain.. Alhamdulillah diketemukan secara maya dengan bloggers dan fb friends yang murah hati berkongsi ilmu.. tq semua.. :)
Jadi kali ini saya pula nak berkongsi cara-cara saya jahit lace pada quilt sandwich mini sejadah ini..
Lepas siapkan straight line quilting, kita trimming keliling bagi cantik.. lepas tu kak aida ajar kita jahit zig zag keliling. Maka saya pun zig zag keliling quilt sandwich tu memandangkan saya takde mesin jahit tepi.. kalau ada mesin jahit tepi seronok zasss saja ni.. ;) kita kena jahit keliling ni sebab quilt sandwich macam ni tidak akan kita jahit binding later.. kita jahit lace atas dia sahaja nanti.. :)

Okey... sebelum tu.. memula sekali kita dapatkan lah lace secukupnya di kedai jual lace.. jangan dah start jahit baru perasan lace tak cukup.. haha.. mmg sadis gitu.. haha.. bercakap berdasarkan pengalaman lalu.. muaahhaha..

Bila dah siap semua peralatan maka boleh mula la jahit lace..

Wrong side of lace facing right side of quilt kita..

Extra kan di hujung sebelum mula jahit tu agak2 selebar lace tu.. kemudian mula jahit.. bab permulaan jahitan ni saya macam x berapa sure.. sama ada nak mula dari hujung ke hujung atau amik jarak 1/4 inci hujung awal dan hujung akhir.. sebab dua2 cara pun saya buat.. hihi.. cara jahitan ni guna cara mitered cornher. Boleh google.. macam2 cara ada.. :D

Ulang jahit untuk ke empat-empat sides..
Kemudian..
Cantumkan lace untuk dapatkan bucu 4 segi.. guna cara mitered corner tu la.. cuma cabarannya pada saya ialah ianya adalah lace. Berbiku-biku tak lurus macam border biasa.. ;) payah sikit nak handle.

Lepas siap jahit corner tu, kita potong lebihan lace dan kemudian top stitch.. dua kali.. bagi lace tu kemas terletak atas sejadah tu.. :)

Backing sejadah ni saya guna fabrik corak bunga-bunga comel warna biru.. nampak sweet gitewww.. ;)

Sejadah mini pertama ku.. special buat anak saudara tersayang.. sebagai hadiah dapat masuk asrama.. ;)
Anak saudara saya yang kedua dapat masuk sekolah yang sama dengan saya masa tingkatan 4 dan 5 dulu.. kira dia ni generasi ketiga.. kakak dia pun tikl gak.. ;)
Belajar rajin2 naja.. :)

Jom jahit sejadah mini..
Lepas ni nak jahit untuk diri sendiri plak.. dan untuk emak.. ♡♥♡♥

Jumpa lagi!
Take care!

12 comments:

  1. nak jd anak sedara gak la... boleh dpt sejadah mini.. suci je nampak sejadah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. cik tinihani.. nak masuk asrama mana? Ekekekeke...

      Lama x menjenguk blog cik tinihani..huhu

      Delete
  2. bagus a....nti akak nak tiru...akak ada 3-4 pcs dah...mentua kasi....huhuhu tapi teringin juga jahit sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak suzie.. tu la.. selalu nmpk org pakai.. teringin nak ada sendiri dan dijahit sendiri.. jom shopping lace.. ngeeee...

      Delete
  3. Yeay! Tq ajar... Nak cuba jugak (ntah bila)... Kena cari kain & lace dulu (alasan nak pi spotlight.. :p
    Sama tinggi dah najah dgn acik dia.. Hihihi.. Untung lahir 1 jan kan dpt masuk skolah awal... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamahakimi.. aku rasa lace kat situ mahal sikit.. maybe kualiti lain sikit.. tapi beli cotton memang menggilakan la.. hahaha..

      Naja..huda.. semua sudah tinggi.. hihi..acik maintain.. ;)

      Delete
  4. Amboi cunnyer sejadah...
    Akak selalu beli lace ni kat kimloong, yang 3 inch ni RM18 utk 15 yards

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mila.. murah sangat lace tu kak.. kimloong kat KL ke kak? gigih juga nak memujuk boss ke sana.. hihihi... ;)

      Delete
  5. alahai x tau comment sblm ni dh masuk ke belum...
    sejadah tu mmg comel sangat...nak buat jugalah tuk anak dara tu...biar semangat dan rajin ikut baba n mama solat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noen.. ni je komen yg masuk.. huhu..

      Btol3.. buat yg sweet2 utk kakak alya.. mesti anak dara tu suka.. ;) makin semangat nanti dia.. :)

      Delete
  6. assalamualaikum. jual tak sejadah mini tu? kalau nak tempah banyak bapa harga ye? boleh terus contact sy tak? 0122385878

    ReplyDelete
  7. AsSalam, berapa harga sejadah sujud ni ye. Bole wsa/call saya 013 3333 035

    ReplyDelete