Kawan-kawan... Tq friends..

Tuesday, January 31, 2017

Projek 2017 : Essential Oil Projects - soothing eye pillows, diffusers and pincushion

Assalamualaikum..

Projek pertama menggunakan essential oil..
bagi mengurangkan stress.. insyaAllah.. hihihi..

Saya buat dua:
Pink untuk lavender
Hijau untuk stress away

Dua-dua e.o. ni untuk relaxing..sesuai la untuk tidur..
Kalau nak buat untuk mencergaskan diri pun boleh tapi kena guna e.o. lain macam peppermint. Saya suka juga bau peppermint.. minyak ni saya beli dengan kawan saya.. 
boleh follow ig dia @mamaminyak. :)


Pattern soothing eye pillow ni saya follow tutorial dari sew4home


ni gambar side depan dan side belakang eye pillow saya..
bau lavender tu saya bagi anak bongsu saya guna.. 
nak bagi kurangkan tantrum dia sikit..
hehe.. kita cubalah kan.. :)


Pastu ada kain olive lebih-lebih tu buat la diffuser.. bagi la bau peppermint letak dalam kereta.. kawan bagi sample untuk peppermint ni.. hihihi... bau macam gula-gula polo yang bulat kat tengah ada lubang tu.. refreshing la bau dia..


Buat diffuser lagi.. smaller size.. saja buat gantung dalam bilik jahit..
Pastu buat pincushion bubuh juga sikit e.o. dalam tu... hadiah buat kakak geng senam.. :)


Apa yang saya bubuh dalam semua-semua tu?

Ni haa..

Beras merah campur flax seed.
Titikkan e.o. setitik dua.
Pastu masukkan dan jahit.


saya follow je sebijik-sebijik tutorial tu tunjuk..
hihihii.. nak bubuh benda lain pun boleh kot..

Sekian cerita projek kecil-kecilan kali ini..

Esok Februari sudah...
;)
Take care dan jumpa lagi!

8 comments:

  1. wahhh bestnyer... projek kecik, tp comey2 belaka

    akak masih blom terjebak lg dengan EO ni hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..tq kak... masih selamat andai belum terjebak kak..dah terjebak nanti parah juga.. hihihi... ;)

      Delete
  2. Menarik..^__^

    Nak tanya, selain beras merah dan flax seed apa lagi yang sesuai untuk buat fill dia?

    tqia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis zainab.. saya pun tak sure la.. biasa memang beras la saya tengok orang buat.. nak bagi berat sikit kan.. :) tp kalau untuk diffuser, ada org guna clay/tanah liat.. saya belum try yang tu.. hihihi

      Delete
  3. Aslkm, kita datang ziarah ni. Lama betul tak menyingah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Melor.. apa khabar kak.. lama tak singgah menyinggah kita ni ek.. hihihi..

      Delete
  4. Replies
    1. hihihi.. semua comel cinonit je kak.. projek segera.. hihihii

      Delete