Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Sekian lama hanya mampu melihat..
hanya mampu berangan..
tengok kawan-kawan..
beramai-ramai panjat Bukit Broga
akhirnya..
tahun ini..
2016..
saya mampu sampai ke Broga juga..
bukan sendiri..
dengan anak-anak
Daniel dan Danish..
Alhamdulillah..
Kelab rekreasi ofis yang organize.. saya last minit decide nak join.. pastu kawan sebelah pun last minit nak join juga.. seronok..seronok.. sebab kawan saya ni pakai iPhone 6.. so semua gambar dengan dia memang cantik-cantik.. hihihihi...
Kami berkumpul di kaki Broga dalam pukul 8 pagi. Parking dalam ladang kelapa sawit tu penuh.. terpaksa parking tepi jalan.. Agak jauh la jalan kaki dari pintu masuk Broga tu..
Rasanya pukul 8.30 kami start mendaki.. track dia memang clear.. sebab memang ramai orang dah naik Broga ni kan.. cuma memang curam.. memang mendaki kebanyakan masa.. susah nak cari track landai. saya ingat bukit ni landai.. rupanya tidak.. hihihi.. nasib baik saya beli kasut outdoor siap-siap. memang grip.. kalau nak beli kasut beli macam kasut ni ek.. tapak dia banyak biji-biji dan biji besar..hihihi.. saya beli kat Sport Planet, Aras 3 Bangi Utama Shopping Complex tu. Tengah sale 50% saya tangkap la satu..
Bukit Broga ni ada 3 puncak.. saya sampai ke puncak ke 2 sahaja.. Daniel ikut kawan-kawan lain sampai ke puncak ke 3. Saya duduk kat puncak ke 2 jaga anak-anak kecik yang dah kepenatan.. hihii.. Dalam sejam lebih dah sampai ke puncak ke 2 ni.. saya lepak-lepak amik gambar je la..
Masa nak turun Broga tu lagi mencabar dari masa daki naik.. especially kat track yang kena naik dengan tali.. bila turun memang struggle. dengan anak lagi kan.. nasib baik ada tracker yang tolong dukungkan Danish masa turun tu.. memang syukur sangat.. ramai trackers yang baik hati.. tolong pegangkan tangan.. masa tu group kami dah terpecah dah.. sebab ramai kan..pukul 9.45 start turun.. dalam pukul 10.30 pagi kami dah sampai kat bawah.. lepak-lepak minum air kelapa, coconut shake, makan roti.. semua kelaparan kehausan.. hihihi.. tunggu geng yang ke puncak ke 3 turun tu dalam pkl 11 lebih.. pastu bersurai dalam pkl 11.30 pagi..
Syukur sangat..
saya sebenarnya nak test level fitness saya
saya sedang ikut program nak kurus dan sihat..
60 hari.. baru seminggu program betul-betul start.
doakan saya!
semoga saya dapat istiqamah..
Berjaya nanti baru saya boleh cerita details ek. sekarang malu lagi..kot tak kurus..hihi.. kot tahan separuh jalan je ke..huhuhu..malu nanti..
Broga ni suatu permulaan..
ke ekspedisi sebenar yang lebih mencabar..
;)
wah kurus...hehhe. akak pula dlm otak x fikir pasal kurus...fikir nak sihat dan jauhkan dari sakit2 , susah nak beribadah nanti...tu yg pergi juga senaman sihat anjuran surau kami...chaiyok chaiyok zila hehhe
ReplyDeletebetul kak.. coach cakap niat nak sihat.. bila dah sihat terpaksa jadi kurus plak.. hihihi.. saya pun suka join senam ramai-ramai.. boleh kenal ramai kawan.. :)
DeleteWah.. Zila dah kurus la.. betul! Anak-anak pun ikut ye, kuat dia orang.
ReplyDeleteYati pun sama cam kak Suzie, exercise untuk sihat. Kurus tu bonus. Setuju la bab kasut. Naik bukit tak leh pakai running shoes untuk on the road tu, kena beli yang trail run punya la. Kena save budget nak tangkap yang best. Baru la kaki tambah semangat naik bukit. Ni bila turun bukit kat Lumut aritu, ketor lutut Yati, Zila. Hehe..
Yati.. belum kurus.. baru je turun beberapa kilo.. jauh lagi perjalanan.. hihihi..
Deleteyati.. umur macam kita ni mmg kena hati2 dgn lutut kita.. especially bila turun bukit/tangga kan...