Assalamualaikum..
Bulan Mac dan April 2014 blog
SusunAturSioca buat cabaran untuk kemas ruang keluarga ataupun family area.. Sebenarnya rumah saya takde ruang keluarga.. ruang tamu yang bercantum dengan ruang makan dan kemudian bercantum dengan dapur itulah ruang keluarga kami.. hehe...semua dalam satu.. kesepahannya pun semua dalam satu.. hahaha.. tapi kami ada satu ruang di aras atas yang terabai.. tidak berkemas.. bumbung pulak bocor, abis dinding comot.. amik masa juga nak baiki bumbung tu..dan akhirnya berjaya juga..
Selepas bumbung terbukti tidak bocor, saya pun mulalah misi memujuk PapaD..
Saya ajak dia deco2 ruang ini..
Dia tanya nak buat apa.. ruang ni panas.. takde tingkap.. kipas ceiling pun jauh ke tengah..
Saya kata la.. saya nak buat family area.. nak letak rak.. nak letak meja.. buat play area untuk anak-anak..nak tempat tu kemas.. bukan sebagai tempat terbiar.. kalau nak solat jemaah pun boleh.. nak letak carpet.. ada rezeki nak pasang aircond.. hihihi... baik punya pujuk kennnnn...
Akhirnya PapaD termakan jua pujukanku itu...
dan selepas itu saya pujuk lagi.. sofa pertama kita tu kan.. dah buruk sangat la Papa.. kena air masa bumbung bocor dulu.. mama nak tukar cover la Papa.. hihihi.. memula dia macam tak setuju.. lepas tu dia macam suka hati la mama... haha.. malas nak layan la tu.. hahaha
dan inilah hasilnya...
Servis upholstery oleh
dthukang.com. Rajin Cik Niza melayan saya.. kain biru ni saya beli dengan Encik Amy GC Goody Couch.. dia ada kedai upholstery gak kat Selayang Baru.. kedai dia dalam kawasan Masjid At Taqwa.. Encik Amy ni saya kenal dari
Kak Rosni Nykolett.. hehe.. punyalah bersungguh-sungguh saya dengan projek sofa biru ni.. merata-rata saya survey.. survey online la.. hihi.. Kain dengan Encik Amy paling murah saya dapat.. RM25. guna 10 meter.. Tempat lain tanya semua RM65 ke atas.. uhukuhuk..
kos upholstery memang agak tinggi.. tapi saya sayang sangat dengan sofa ni.. ni sofa pertama saya beli.. sofa pertama sejak kahwin.. memang orang kata tak berbaloi.. baik beli baru..tapi sentimental valuenya hanya saya je yang tahu...hihih..
inilah rupa ruang ini selepas kami solek dindingnya.. sebelum tu dindingnya warna putih cream tu la..
wallpaper pasang sendiri oleh PapaD... jimat kos sikit... wall paper ni beli dengan Baiti Jannati Deko kat Teras Jernang.. 3 jam pilih wall paper ni tau... puas la membelek semua katalog..Wallpaper ni dari koleksi Summer Elegance..
Cat dinding ni pula guna cat nippon paint.. saya tak ingat kod warna dia ni.. sama ada Gray Cotton atau Gray Dawning.. masa tengok chip tu macam kelabu.. bila dah cat macam biru kelabu pun ada.. hehe.. takpe..saya biru ok je.. hahaha.. ini pun PapaD cat sendiri..
Bila dah siap-siap.. kita gi ikea plak cari rak buku..
Memula plan nak beli 3 biji je rak.. tapi bila sampai sana..tengok plak showroom semua cantik2 layout.. kami telah tergoda dan terbeli lebih rak.. rasa-rasa macam muat.. bila susun-susun macam ada je yang tak kena.. memula susunannya macam gini la.. macam pelik je sebab macam tangga.. hahaha...
Pastu tanya-tanya pendapat kat group susun atur dan group deko kat fb. Dengan pandangan yang diterima saya ubah lagi...Terima kasih yer semua.. Jadi sekarang ni inilah keadaannya setelah saya dok memusing rak-rak tu lima ke enam kali..Sebenarnya belum puas hati lagi dengan susunan ni..
Bakal berpusing-pusing lagi bila saya ada mood nanti.. hahaha
Buat masa sekarang ini adalah tempat saya menjahit hexagon..malam-malam..bila ada masa lapang dan tenang.. hahaha.. Buku-buku dan barang-barang tak bersusun lagi dengan niat nak pusing-pusing rak tu lagi.. nanti berat pulak makcik nak sorong tarik kan... hahaha... rak tinggi 5 tingkat ni ada satu lagi di sebelah kanan dinding tu..
Nanti nak hias sofa biru ni dengan cushion.. ingat nak jahit sendiri la kan... macam gambar bawah ni.. saya snap sofa kat showroom Macy kat Desa Serdang.. hihihi..
Arini Dzarif genap 9 bulan.. masih kuat melalak.. kuat juga gelak.. kalau saya marah kat dia saya panggil Si Sarip.. hahaha... mamajahat.. hahaha.. kejap je masa berlalu.. lagi 3 bulan nak setahun dah dia.. hihi.. mama jugak belum kurus lagi walaupun superduper terkejar-kejar dengan ini empat hero.. hihihi...;)
ok..jumpa lagi..
Lain kali mungkin entry pendek sikit ek..
hehehehe...
Take care!
:D