Kawan-kawan... Tq friends..

Friday, February 28, 2014

Bilik Jahit : Kemas laci meja jahit :D

Assalamualaikum..

Jom kemas laci...
Inilah laci cinonit kita.. laci pertama dari 3 laci.. kecik je.. kalau tengok laci ni saya letak kat atas iron board.. so lebar dia lebih kurang iron board la.. hehehe.. kecik je kan.. hihi..

Jadi ari ni nak cerita tentang bagaimana saya buat divider kotak yang panjang seperti yang saya bulatkan di bawah ini..

Sebenarnya bukan senang nak cari kotak yang dah ngam ngam size dia untuk laci ni tau.. memula tu macam blurrr betul.. jadi kaji punya kaji.. saya dapat idea ini.... :D

Kita guna kotak honey star!
:D




Langkah pertama kita ukur dulu.. yang ini nasib baik sebab panjangnya dah ok cuma lebarnya adalah tidak mencukupi.. maka kita potong kotak itu kepada dua bahagian.. macam gambar pertama tu.. saya potong tapi saya lebihkan sikit untuk membolehkan kedua-dua kotak ni slot in antara satu sama lain.. 

Langkah kedua saya cuba-cuba adjust.. sampai dapat lebar yang saya nak.. pastu saya guna double-side tape untuk gamkan 2 bahagian ni.. Langkah ketiga adalah lekatkan sahaja sekuat-kuat hati... hihihi... pastu staplerlah kat mana yang patut...

Nak bagi cantik kita balutlah dia..  memula lekatkan kertas pembalut melintang ikut side panjang.. pastu baru melintang ikut side lebar.. atau mana-mana yang senang.. hehehe...

yang divider ni adalah daripada beberapa kotak susu dan koko krunch.. hehe..
saya dah cantik-cantikkan juga dengan kertas pembalut..
:D

Dah ngam-ngam masuk laci.. jom la kita susun barang-barang kita...

1. Pencil case corak army tu saya letak dalam divider panjang tu.. dalam pencil case tu adalah spool benang yang kosong.. hihi.. itu pun sayang nak buang... :P

2. Accessories mesin jahit.. dalam bekas putih tu ada tapak-tapak mesin yang jarang saya guna.. 

3. Pin cushions letak dalam bahagian ketiga.. tapi selalunya pin cushion bukan duduk dalam ni pun.. kebanyakan masa ada atas meja jahit.. hihihi..

4. Tempat gunting cinonit

5. Jarum jahit.. jarum jahit yang dah tumpul pun ada.. tak tau nak buang macamana..


Okey..itu je cerita mengemas laci meja jahit.. sedikit sahaja..susun kejap je.. cuma proses membalut kotak dan mendapat idea nak bagi divider tu ngam-ngam tu yang ambil banyak masa.. hihihi.. jumpa lagi.. take care! :)

22 comments:

  1. Cool ler zila.... bilalah aura kemas ni nak berjangkit kat akak... selalunya cincai jerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak mila.. saya pun masih mencari idea dan aura nak kemas almari koleksi cotton fabric... setakay ari ni main sumbat je.. hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Mekaceh cik hani.. projek kecil2an je.. hihi

      Delete
  3. Bole saya dapatkan kidmat mengemas Puan Zila....?aduh....telitinye...thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Rosni... kemas laci je boleh la kak.. hahah.. tmpt lain masih haru viru la kak..

      Delete
  4. Jeles i tau. Baru ni akak pun jangkit so kemas wardrobe. Dah susun semua banyak sangat space lagi. Nak capai pun senang. Next projek bilik jahit lah. Tp bila la tu. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Suzie.. bilik jahit saya haru biru kak.. susun 1 side tp side lain haru biru... haha.. wardrobe sendiri pun tak tersusun lagi ni.. bila la nak sort baju2 yg dah tak muat tu.. hahahaah

      Delete
  5. memang betul2 rajin nih..cantik pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mar.. mekaceh.. hehehe.. ;) rajin.. hihiihiiii...

      Delete
  6. Assalamualaikum, kemas,sangat kretif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik babypose.. Waalaikumsalam. Mekaceh.. :)

      Delete
  7. wah zila, rajinnya membungkus,,,, kak shima ni malas betul, suka yang ready made,,, ngeeee .... tapi betul tu nak cari kotak yang ngam2 dengan laci susahkan... good idea, elok kajian zila tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak shima.. saya suka gak ready made.. tapi saya jugak suka recycle.. hehe.. geram wo tgk sifu2 home organizing semua buat.. hehehe.. tu yg kaji tu... hahaha...lama wo kaji... ekekekekke... ;)

      Delete
  8. kegigihan terserlah...i likeeeeeeee =)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Fizah.. berbaloi juga kegigihanku menulis entry di saat akhir ini... hihihihi... mekaceh... :D

      Delete
  9. sukanya tengok laci awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Suri.. mekaceh... laci cinonit je... hihihi.. ;)

      Delete