Kawan-kawan... Tq friends..

Wednesday, August 19, 2015

Ho ho ho #5: percikan biru di mana-mana

Assalamualaikum..
Masih kisah projek rumah..
Kisah orang baru belajar nak deko..
Susah oiii..
Tak pandai!
Memang payah rupanya..
Orang tak kreatip ginilah... hahaha...
Nak susun tempat letak garam pun takde idea.. lama bebenor dapur tutup kan...nasib baik musim raya.. ada peluang lawat jiran tetangga.. sambil beraya.. sambil masuk dapur orang.. miahaha.. gila blurr wehhh... cakap betul! Nak susun pinggan dalam almari.. nak susun senduk sudip.. sampai sekarang masih tukar-tukar susunan.. huhu.. sampai puas hati..sambil2 skodeng idea dari google juga la.. ngeeee... ;)

Sebagai makcik yang sukakan biru, saya cuba hadirkan warna biru di sana-sini.. saya pernah baca biru tak begitu sesuai untuk ruang makan atau dapur.. warna merah yang sesuai sebab merah menaikkan selera. Tapi..tapi.. saya ni tak berapa in dengan merah.. merah macam warna garang.nanti saya jadi makin garang.. takmoh.. takmoh.. haha.. biru lebih menenangkan.. gitew.. haha..

Si biru ni ada merah-merah sikit.. dispenser sabun ni sebenarnya bathroom set.. tangkapan di homepro ioi citymall.. kat clear out area.. sebenarnya ada 3 benda 1 set tu.. tapi satu bekas pecah. Jadi diorang letak kat clear out area dan jual RM10 je. Harga asal RM29.90 tak silap. RM10 dapat dispenser ni dan bekas soap bar. Hehe.. saya memang suka clear out area ni. Haritu saya dapat cermin besar dapat sinki gak.. haha.. itu lainkali kita cerita ek.. ;)


Rak besi biru bentuk epal ni plak saya beli kat Mr. DiY Bangi. Saya memang mencari tempat nak selit chopping board.. jumpa ada biru terus tangkap bawak balik.. hahaha..


Inilah sudut rak pinggan dan tempat letak senduk sudu bagai.. saya tak sangkut senduk semua.. sebab sayang nak ketuk dinding.. haha.. saya memang mcm tu.. haha.. alas biru petak-petak tu beli kat Daiso.. suka alas tu.. serap air.. untuk terbalikkan apa-apa nak bagi kering sebelum sorok dalam almari.. hehe..

Ini pula pembaziran terkini..
Spray mop..
Jenama rubbermaid. Beli kat homepro juga.. termimpi-mimpi kat benda ni dah lama.. dapat juga.. hehee.. senang nak mop.. masukkan air dan sabun pencuci lantai dua sudu makan.. pastu tekan pancit dia kat handle.. pancit2 jalan.. hehe.. daniel pun boleh buat.. hehe.. ;) cuma untuk long term usage setiap kali siap mop kita cabut la botol tu. Sebab bila pancit botol tu kempis.  Jadi pada saya lebih baik cabut botol tu, buka penutup betul, kembalikan botol yang kempis tu le bentuk asal dan kemudian simpan atau letak tinggi2 atas almari. huhu.. takut anak2 ingat tu botol air minum.. yang biru tu.. pintu baru.. nanti cerita ek.. tak siap sepenuhnya lagi.. hihi.. ;)


Ini pula lampu chandelier cinonit.. kecik je lampu ni. Makcik ni teringin nak lampu cenggini.. nak lampu ada bunga ada kristal.. ngeh ngeh ngeh.. RM69 je. Beli mentol lagi mahal dari rangka lampu ni. Hehe.. letak kat tangga. Mana yang biru? Dinding belakang tu la... hehehe.. ;)
The very light blue..

Sekian cerita daripada pencinta biru..
Haha..
Ada lagi biru..
Lain kali kita cerita ek..
Jumpa lagi!
Take care..
♡♥♡♥♡♥

10 comments:

  1. saya pun gilekan mop spray tu. tapi kena hold dulu sebab sebelum ni pernah beli mop lain kat DIY, takut pulak suami marah kalau beli lagi.huhuhu.
    sabar je la..

    wah.sis minat biru.. cantek jgk biru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik hani.. minat biru... suka tgk biru.. tapi x berapa comel pakai baju biru... ;) hihihihi

      Delete
  2. amboiiii......heheh...rumah akak dah berusia 6 tahun ...sekarang bukan masa nak cantik tapi nak merepair...huhuhu....banyak yag kena touch up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak suzie.. sama la kak.. sambil mendeko sambil merepair bocor sana sini... huhuhu... ;)

      Delete
  3. Saya pun minat deko deko ni...tapiiiii....tak kreatif.
    Cuba slow slow blaja deko.
    Cantik tau brg awak beli


    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Marshaliza.. sapa pun tak kretiffff.. huhuhuhu... tiru kat google je.. hihihi..

      sudah singgah blog sporting mummy... :)

      Delete
  4. wah...seronok kan bila rumah dah cantik...nk menghias pun semangat gitu...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. noen.. takdelah cantik mana pun.. kikiki... bersepah 24jam.. hahahha... ;)
      kemas sini.. sanun ribut taufan mainan... hahahaha

      Delete
  5. Rajin. Saya pun suka biru2 muda camtu jugak.

    Anyway, jemput singgah blog saya IbuBijakAnakSihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Natrah.. sama lah kita.. suka biru.. :)

      Delete