Kawan-kawan... Tq friends..

Saturday, July 7, 2018

Kisah 2018: Tasik Kenyir, Terengganu, Malaysia

Assalamualaikum ...
Salam Syawal 1439H..

Alhamdulillah.. Saya baru je balik dari lawatan ke Terengganu. . 3 hari 2 malam..  Terengganu ni memang selalu lalu. . Laluan balik Kelantan kan... Cumanya jarang dapat singgah untuk berjalan-jalan.. Lalu je... Lalu plak time cuti raya.. Kedai apa la yang bukak kan...

Kali ni memang dapatlah merasa ke Pasar Payang walaupun sekejap 😅 maka kita tangkaplah kain batik cotton Terengganu sekeping dua... Hehe. .Lama teringin ni... Tapi syukur dapat kawal napsu napsi membeli kain. . Modal lepas raya kan. . Memang kecik. . Hahaaaaa




Lawatan ni tumpuannya di Tasik Kenyir..  Untuk pertama kali dapat naik kenyir cruise.. Hehe..  Tidur atas houseboat... Memula seram jugak... Atas tasik kan..



Houseboat ni muat dalam 30 orang..  Bilik banyak. memang selesa..  Bila malam houseboat ni berlabuh kat jeti dan boleh memancing... Aktiviti malam kitorang bbq je sambil memancing 😅

Pagi-pagi houseboat bergerak perlahan-lahan untuk ke Pos Kawalan Santuari Kelah.  Santuari Kelah ni buka 9 pg ke 12 tghari je.. Limit pengunjung sehari x silap 200 ke 250 orang je..  Petang kena tutup sebab selalu hujan.

Dari pos kawalan kami kena naik speed boat dalam 3 minit untuk sampai ke jalan masuk. Dari situ jalan kaki dalam 1.7km. Jarak 1.7km tapi laluan naik tangga turun tangga. Cantik laluan dia dah bersimen dan tiles elok..  So bukan hiking bukit bukau la.. Ada jambatan gantung menyeberang sungai. Dari atas jambatan ni boleh nampak dah ikan besar-besar. Air jernih kan..  Memang amazing la..




Sampai kat santuari.. Cecah kaki masuk air ikan dan kerumun kita dah. . Hihi..  Memula geli..  Terjerit-jerit ikan datang kan. . Takut terpijak lagi..  Haha..  Lepas 5 minit.   Tak geli dah..  Bagi ikan makan. . Letak makanan dalam genggaman nanti ikan kelah tu sedut. so dinasihatkan jgn pakai cincin berbatu..  Takut ikan tersedut sekali  😅


Ikan kelah ni jinak..  Dimaklumkan ambil masa 3 tahun juga proses menjinakkan ikan ni sebelum santuari ni dibuka untuk orang ramai. Masa kami datang ada 2 group.. So meriah gak la. ikan kelah kat santuari ni tak boleh ditangkap apa lagi dibawa keluar.. Kalau nanti uols yang kena tangkap 😁


Seronok trip kali ni. Explore tempat tak pernah pergi.. jumpa kenalan baru...  Alhamdulillah .. Orang terengganu memang awesome... Warm hospitality..
Makan minum jangan kata la... Kenyang 24jam 😂

Sebelum datang Kenyir ni.. Saya memang tak google sangat... Main follow je... Hihi..  Rupanya best..  Cuma pada pandangan saya ramai yang tak tahu lagi tentang Kenyir ni dan apa yang ada di sini dan apa yang menarik..

Yang saya tahu..  InsyaAllah tak lama lagi kompleks zon bebas cukai akan siap. Sekarang ada kompleks sementara.. Dapatlah singgah beli coklat sikit.. Hehe... 😘

Kat sini ada juga Taman Herba..  Belilah sikit Mahkota Dewa bawak balik. orang kat elok untuk kempiskan perut.. Miahahaha..
Selain tu ada Santuari Gajah juga kat area sini. Tapi kami tak sempat pergi. Kami juga dpt lawat tapak tinggalan sejarah.. Tempat pemprosesan bijih lama tinggalan orang British.


Jika ada peluang..ada lalu Terengganu.. Singgahlah ke Kenyir nih. Sesekali duduk dengan alam semula jadi.. Naik bot... Main dengan ikan..  Seronok InsyaAllah...

😊😊😊😊😊

Sekian kisah kali ini..  Diam tak diam dah sepuluh tahun usia blog ni... Hehe..  Alhamdulillah masih di sini 😉
Hingga jumpa lagi..
Take care!

No comments:

Post a Comment