Kawan-kawan... Tq friends..

Wednesday, February 3, 2016

Projek 2016 : Crocodlile Stitch Pouch (Siapkan projek 2012)

Assalamualaikum..
Sudah masuk bulan kedua tahun 2016 dah kita..
Seperti biasa.. azam saya tahun ini adalah sama seperti tahun-tahun terdahulu iaitu saya sesungguhnya berazam untuk menyiapkan projek-projek yang lama tertangguh tak siap-siap bertahun-tahun lamanya.. hihihi...
kali ini saya dapat siapkan projek yang saya mulakan pada pertengahan tahun 2012. pastu tertangguh pada penghujung 2012.. entah nape masa tu takde mood langsung nak siapkan. satu hal sebab cari tutorial menjahit zip dan lining yang best tapi tak jumpa-jumpa.. pastu try jahit sendiri macam pandai tapi tak menjadi pastu terus tolak tepi.. mood memang ke laut.. maybe masa tu pregnantkan si Dzarif.. hihihi... sekarang Dzarif nak masuk 3 tahun.. makanya projek ini ambil masa untuk siap selama lebih kurang 3 tahun setengah.. muahahaha...
Alhamdulillah..
siap akhirnya

Crocodile Stitch Pouch
with zipper and lining
ngeeee

Zip siap jahit kira-kira empat bulan yang lalu.. jahit tangan je.. running stitch.. selit kat benang crochet tu.. tak nampak pun jahitan..
;)
 
Saya guna tutorial carriewolf.net untuk jahit zip dan lining pada crochet piece saya tu. cuma cara dia jahit lining macam complicated sikit ikut bentuk crochet bag dia.. saya jahit lurus je.. sekeping kain ikut panjang dan lebar pouch tu.. pastu lipat 2.. jahit kiri kanan.. haha.. bertahun memikir macam mana kaedahnya.. miahahaha...

Saya pin banyak-banyak keliling lining.. kain lining right side facing up. Pinkan kain lining tu ke bawah sikit dari zip. Kalau nak selamat jarakkan jauh sikit lagi dari zip tu supaya nanti tak terzip kain lining masa nak buka tutup zip. Cotton kain yang lembut lembik kan.. kalau guna felt mungkin selamat sikit.. ;)

Masa jahit lining ke pouch tu saya lipat bahagian atas dalam setengah inci ke dalam dan kemudian jahit dengan blind stitch.. hand stitch.. tak yakin nak jahit dengan mesin.. ;) kang tak jadi kena tetas balik kang tersadai lagi setahun.. hehehe...

Alhamdulillah..
Siap satu..
:)

Jom siapkan WIP seterusnya.. hihi..
Jumpa lagi!
Take care..
♡♡♡♡♡♡

6 comments:

  1. Akak suka sangat tengok crochet .....cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. seronok tengok.. saya pun suka.. kalau jumpa kat rumah orang saya suka belek2 tengok.. hihihi... ;)

      Delete
  2. Yeh... cantik dan kemas pouch Zila.
    Lagi-lagi crocodile stitch, kalau yati pun, mesti makan masa nak siap.
    Comei, comei.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaceh yati.. sekarang baru pegang-pegang benang balik yati.. :) buat teman dalam kereta..mcm yati... hihihi

      Delete