Assalamualaikum..
Jom kemas laci...
Inilah laci cinonit kita.. laci pertama dari 3 laci.. kecik je.. kalau tengok laci ni saya letak kat atas iron board.. so lebar dia lebih kurang iron board la.. hehehe.. kecik je kan.. hihi..
Jadi ari ni nak cerita tentang bagaimana saya buat divider kotak yang panjang seperti yang saya bulatkan di bawah ini..
Sebenarnya bukan senang nak cari kotak yang dah ngam ngam size dia untuk laci ni tau.. memula tu macam blurrr betul.. jadi kaji punya kaji.. saya dapat idea ini.... :D
Kita guna kotak honey star!
:D
Langkah pertama kita ukur dulu.. yang ini nasib baik sebab panjangnya dah ok cuma lebarnya adalah tidak mencukupi.. maka kita potong kotak itu kepada dua bahagian.. macam gambar pertama tu.. saya potong tapi saya lebihkan sikit untuk membolehkan kedua-dua kotak ni slot in antara satu sama lain..
Langkah kedua saya cuba-cuba adjust.. sampai dapat lebar yang saya nak.. pastu saya guna double-side tape untuk gamkan 2 bahagian ni.. Langkah ketiga adalah lekatkan sahaja sekuat-kuat hati... hihihi... pastu staplerlah kat mana yang patut...
Nak bagi cantik kita balutlah dia.. memula lekatkan kertas pembalut melintang ikut side panjang.. pastu baru melintang ikut side lebar.. atau mana-mana yang senang.. hehehe...
yang divider ni adalah daripada beberapa kotak susu dan koko krunch.. hehe..
saya dah cantik-cantikkan juga dengan kertas pembalut..
:D
Dah ngam-ngam masuk laci.. jom la kita susun barang-barang kita...
1. Pencil case corak army tu saya letak dalam divider panjang tu.. dalam pencil case tu adalah spool benang yang kosong.. hihi.. itu pun sayang nak buang... :P
2. Accessories mesin jahit.. dalam bekas putih tu ada tapak-tapak mesin yang jarang saya guna..
3. Pin cushions letak dalam bahagian ketiga.. tapi selalunya pin cushion bukan duduk dalam ni pun.. kebanyakan masa ada atas meja jahit.. hihihi..
4. Tempat gunting cinonit
5. Jarum jahit.. jarum jahit yang dah tumpul pun ada.. tak tau nak buang macamana..
Okey..itu je cerita mengemas laci meja jahit.. sedikit sahaja..susun kejap je.. cuma proses membalut kotak dan mendapat idea nak bagi divider tu ngam-ngam tu yang ambil banyak masa.. hihihi.. jumpa lagi.. take care! :)