Kawan-kawan... Tq friends..

Monday, January 27, 2014

Cuti-cuti 2014 : Cameron Highlands, Malaysia :)

Percutian singkat.. 3 hari 2 malam.. sempena hari lahir Aman..
Percutian yang tidak begitu dirancang..
punya la ramai orang kat Cameron.. cuti Thaipusam kan.. 
kitorang kat sana dari 17 hingga 19 Februari 2013..
cuaca memang sejuk.. kalau tak silap sampai 14 darjah celcius..
jem sana sini.. parking penuh.. gitulah kalau ada weekend yang panjang..

 Masa ni kat Agro Farm..
Masa kat kebun teh.. Danish jatuh tergolek-golek..
Aduhai.. rasa nak meraung tengok anak jatuh gitu..
Diorang tak sabar-sabar.. excited sangat berlari..sekali tergelincir..
Calar la juga siku dan tapak tangan dia..
Pastu taubat.. Danish asyik kata takmoh pegi tempat tu lagi!
hahaha..

Dzarif nasib baik elok kelakuan masa kat Cameron..
owh.. dia ni kalau berjalan okey je..
hehehe...

Balik dari Cameron kami singgah ke Kem PLKN Nilam Ehsan, Bidor, Perak.
Melawat anak saudara.. seronok tengok wirawati ini.. nampak gembira dia berPLKN di sana.. hehe.. 

Memang seronok la berjalan-jalan..
Tempat sejuk..pastu dapat makan aiskrim strawberry..
Saya pun sakan makan buah strawberry..
Makanan kat medan selera Tanah Rata pun sedap..
Terkenang-kenang pulak cendawan goreng tepung yang rangup itu.. 
Balik rumah timbang berat naik setengah kilo..
hihihi..padan muka ku...hihihi..

okey sekarang sambung diet balik..
makan sayur.. salad dari Cameron
:P



Plan nak ke Tambun tak jadi.. 
kalau tak boleh jumpa Kak Mila kat sana.. hihihi..

Oklah..jumpa lagi.. take care.. jaga kesihatan ek.. Cuaca sejuk sekarang... :D

4 comments:

  1. Wah sejuk tu. Akak dah lama x balik ikut cameron. Jammed skrg ni. Weekend je penuh cameron tu kan.
    Sejuk kan skrg. Akak hari tu sidai kain pakai cardigan. Sejuk bila antin bertiup. Macam kat kg dulu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sejuk kak.. malam pertama saya tak nyenyak tidur.. sejuk sangat..
      jem memang jem la kak.. tutup aircond bukak tingkap tapi sedut asap keta pulak.. hehehe..
      dulu kat kampung pagi2 memang nyaman je.. :)

      Delete
  2. Waaaa.. pegi tak bagitau.. boleh kirim jem strawberry... Lama tak pegi cameron.. ingat dulu2 ambik wudhu' nak sembahyang subuh.. menggigil2 sejuk... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nisa.. saya terlupa betul bab jem strawberry tu kak.. memang asyik ingat eskrem je.. hahaha..
      btol kak.. memang sejuk betul mcm air batu.. lepas basuh kaki rasa pijar je.. asben kata caner nak dok oversea ni.. haha.. mmg xde la.. :P

      Delete