Kawan-kawan... Tq friends..

Monday, January 20, 2014

Block of The Month 2014 : January bernama Flying Geese

Quilt Group kat Facebook ajak main-main Block Of the Month tahun 2014 ini..
Kak Zura Lovemelot adalah pengurus BOM 2014 ni.. hihihi..
Setiap bulan akan ada seorang leader yang akan tunjukkan tutorial.. 
Semua sekali ada 9 blocks untuk 9 bulan.. 2 bulan cuti untuk Ramadhan dan Aidilfitri.. bulan terakhir untuk cantum blocks dan jadikan quilt.. (bab cantum confirm saya akan langkah tahun punya! hahaha)

Bulan Januari 2014 adalah giliran pengurus la kan.. haha.. bulan ni blok Flying Geese..
Kenapa nama dia flying geese? cuba google image flying geese.. you'll see why... hihihi

Tutorial yang kitorang guna adalah dari Sew Many Ways
Senang sangat nak faham... cerr try test.. ;)

Inilah dia Flying Geese saya..
Color block
Red and Turqoise..


Macam biasa.. bucu-bucu saya memang ke laut..
Tapi sebab malas nak tetas, saya pejam sebelah mata je.. Miahahaha.. 
Entah kenapa saya dengan segitiga memang tak boleh kawan langsung la... ;)

Tutorial tu juga siap ajar bagaimana nak gunakan fabric ke tahap paling optimum.. hasilnya adalah 16 half square triangles color blocking ni.. memang tak membazir langsung.. hihii.. saya asyik terbayang seorang anak kawan semasa menyusun petak-petak ni.. kalau menjadi nak buatkan dia sarung bantal la.. kalau menjadi la ek... kikiki..


Excited sangat dengan BOM 2014 ni.. seronok betul bila tengok album Flying Geese ni kat facebook.. macam-macam warna.. macam-macam gaya.. seronok..seronok.. tak sabar nak tunggu Februari punya...

Oklah.. jumpa lagi..take care!
:)

10 comments:

  1. Cool block... erkss teringat coolblog hihi

    akak suka sangat warna2 kontras tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mila.. saya memula agak cuak dgn pilihan warna saya.. byk kali gak tukar layout.. hihihi... ;)

      Delete
  2. Zila , lawa lah. Hihihi ok lah tu janji jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Suzie.. ok la kan kak... bucu memang payah nak bertemu... hihihihi

      Delete
  3. Bila dah tgk gugel image baru la faham apsal la nama dia flying geese.. Hehehehe

    Apa2 pun red + turqoise mmg cun... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamahakimi.. makcik ni pun baru discover pasal flying geese yang sebenar itu... hihihihi..
      harap berjaya la pilihan warna ku ini... :) kain japang belum prewash2 lagi... nanti february nak start guna kain tu... ;))

      Delete
  4. cantik kaler !!
    saya pon mencari jugak ape tuu flying geese. heee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik ct kektus.. mekaceh.. dah jumpa kan flying geese sebenar? hihihihi... ;)

      Delete
  5. Zila,
    rajin bebenor la orang yang buat quilt ni. Yati rasa, macam remeh je la. Berapa besor ni? nanti dah cantum 9 block, mau besor katil queen kot yek. Good luck Zila! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati.. lupa nak tulis.. block ni agak besar.. 12 inci bila siap cantum-cantum nanti.. kalau letak sashing dan border mungkin boleh dapat single quilt.. kalau rajin tambah block boleh buat queen kot.. hehee... jom la yati.. remeh sikit tapi seronok sangat.. ;)

      Delete