Kawan-kawan... Tq friends..

Friday, April 26, 2013

Saya suka kain...lagi-lagi yang ada aiskrim...

Assalamualaikum...
Salam Jumaat..
:)
Semua mesti tengah senyum kan..
Ramai orang yang suka hari Jumaat ni..
Hihihi..
Saya pun suka..
Selain tu, saya juga suka kain.. lagi-lagi kain free..
Tak sia-sia join giveaway Kak Mila..
Tak sangka makcik menang!
Puas jugak la menggoogle mencari jawapan..
hihihi 
Alhamdullillah...
Ini dinamakan rezeki!
Mekaceh ye Kak Mila.. i lap u!



Owh... sayangnya kat fabrik ini... satu pink satu biru.. awesome!
Kita simpan dulu ek..
Sampai ketemu projek yang grand gitu!
hahahaha...
 
 
Ini pula koleksi kain cadar makcik...
Dah lama beli ni.. tahun lepas masa kami ke Kedah..
Sanggup singgah masuk bandar Sungai Petani.. 
sebab dapat info dari fb group kata kedai kat situ murah..
uncle kedai tu siap tanya mana tau pasal kedai diorang..
sebab saya kata saya bukan orang SP..saudara mara pun takde..
inilah kuasa internet yer uncle..
masuk SP singgah kedai kain, pastu keluar balik.. sebab tak tahu nak tuju mana..
hahaha..
 
 Kain-kain ini pun masih disimpan rapi... berlipat dalam plastik lagi... hahaha..
berangan nak la buat set cadar untuk hero-hero saya..
buat langsir pun boleh..
tapi bila tengok kain bidang besar ni.. alahai.. lemah lutut..
tunggu la sampai mamaD ni ada kudrat ek..
hihihi..
 
 
urppppp...
Alhamdulillah...
kenyang tengok kain..
sejak dua menjak ni juga saya suka betul makan aiskrim..
tapi bila agak-agak dah sakit tekak, baru nak sedar diri..hihihi..
:P
 
Oklah.. selamat berhujung minggu!
Jaga kesihatan..
Take care!

Monday, April 22, 2013

Jom join giveaway Anything Handmade.. :D

Assalamualaikum..
Salam Isnin..
ceria semua?
kalau nak ceria jom pakai baju merah.. macam makcik.. hihi..
tapi kalau nak lagi ceria..
jom kita ramai-ramai join giveaway sis Anic..
mana tau ada rezeki kita..


cepat..cepat..cepat..
lucky draw adalah pada 28 April 2013!
jangan lepaskan peluang keemasan ini..!
 
makcik dah join!

Tuesday, April 16, 2013

My new hand towel...

an upcycle project..
by me!


Dapat face towel masa beli shower foam sh*k*b*tsu beberapa tahun yang lalu..
Bukan guna sangat pun.. tersimpan je dalam almari kain tuala ni.. hihi..
Face towel ni agak panjang..jadi saya potong sikit dan sambung sikit bawah tu dengan fabrik yang sama dengan header hand towel ni.. baru la matching gitu.. hihihi..
Pattern header adalah sama dengan pattern diaper stacker yang saya buat untuk Aman..
Cuma saya quilt dengan corak honeycomb quilting macam Pink Rug saya tu..


 konon-konon nak la sedondon dengan langsir dapur makcik ni.. tapi cari punya cari mana la fabrik yang serupa ni.. sampai ke sudah tak jumpa.. huhuhu.. mana la terselit agaknya... 
maka guna sajalah fabrik lain..

tapi kira ok la kan..
dah dekat-dekat la warna dia..
hihihi..
owh..langsir ni bukan saya yang jahit.. kakak saya.. bab langsir semua sub con kat dia.. hihihi...

kalau beli kat kedai hand towel ni dapat kot bawah RM10.. dalam RM6-RM7 kot..
tapi yang ni special, so saya charge papaD extra sikit.. hihihi.. Ikan bakar satu! hihihi...
;)

Siap satu projek kecil-kecilan..
yang telah lama dibayangkan dalam akal fikiran..
sempat menjahit weekend lepas..di subuh yang hening.. semasa si kenit ni masih lena diulit mimpi..
hihi..
aman says see ya!!!

Wednesday, April 10, 2013

Trying Orange Peel...

Projek terkini mamaD..

:)

Orange Peel


memulakan sesuatu yang baru..
di saat kehabisan fabric untuk hexagon ku..
dah lama berangan nak buat orange peel ni..
setelah mengkaji cara (blogs) yang terbaik dan setelah jumpa template yang paling sesuai
maka saya pun cubalah..
cepat juga buat orange peel ni..
almaklumlah..masa di mesin jahit sangat terbatas
jadi projek yang boleh hand stitch ni sangat la sesuai buat masa sekarang..
boleh diangkut ke mana-mana pun.. dalam kereta pun boleh jahit juga..

sekarang baru ada 16 blok

  tak tahu lagi ke mana hala tuju orange peel saya ni..
tapi saya harap benar la.. sizenya bukan setakat cushion cover sahaja..
dapat besar sikit pun jadi lah..
hihihi.. berangan tak habis-habis..
setiap blok sizenya 4 inci.. jadi bila siap cantum sizenya 3.5 inci..
mungkin perlukan 40 blocks kesemuanya..
baki ada lagi 24 blocks..
phewwww. berpeluh jugak!
hihihi..
agak-agak saya berangan nak buat apa?
hihihii


dan..
saja nak share gambar hero-hero saya..
gambar lama ni.. tahun lepas rasanya.. kat Langkawi..
Aman pun bergantung lagi time tu..

Gambar ni membuktikan bukan senang nak ambil gambar diorang ni..
Gambar banyak tapi alahai.. tak layak masuk frame semuanya.. hihihihi..

Jumpa lagi..
Take care!

Thursday, April 4, 2013

Quilt for Adlina

Quilt yang baru disiapkan.. dan sudah selamat sampai di tangan Adlina..nun di Batu Pahat..


Malu sebenarnya nak cerita pasal quilt ni.. Ibu Adlina request quilt untuk Adlina ni pada April 2011, sebelum saya mengandungkan si Aman lagi.. Lepas tu saya mabuk..pening-pening lalat.. lepas tu saya sarat..tak larat pegang mesin.. lepas tu saya nak bersalin..dan bila dah bersalin lagi la macam-macam hal.. dan Ibu Adlina sabar menunggu hinggalah sekarang.. Hujung Mac 2013 baru Adlina terima quilt ni.. Nak masuk 2 tahun.. huhuhu.. projek jangka masa panjang sungguh! Saya naik malu dengan ibu Adlina.. tapi ibu Adlina amat memahami keadaan saya.. Dia kata dia tak kisah dan akan tunggu.. huhuhu.. Terima kasih Kak! Halalkan segala kekurangan ek.. :)


Quilt for Adlina
Pink, green and cream color theme..
Applique Adlina's name di bahagian atas quilt.. 
Ibu Adlina kata masa Adlina guna quilt ni nama Adlina akan berada dekat dengan hatinya..
hmmm... awesome!!! :)
Single Size (approximately 64 X 80 inci)..
White flowers applique..
Machine quilted.. FMQ around the white flowers..
Menggunakan cotton batting.. dan
Binding with fabric from Japan.. ribbon design..suka betul fabric untuk binding tu..

Saya jahitkan sehelai sarung bantal untuk Adlina.. simple-simple aje.. 
tapi takde gambar.. sebab sempoi sangat! hihihi..
dan pink rug yang saya ceritakan sebelum ini..adalah hadiah untuk Ibu Adlina.. 
seseorang yang sangat sabar menunggu.. ;)

Harap Adlina suka quilt ni..
Semoga Adlina membesar anak yang solehah..
menjadi kebanggaan ayah dan ibu dunia dan akhirat..

:)
Jumpa lagi!
Take care!