Kawan-kawan... Tq friends..

Tuesday, February 23, 2016

Aktiviti 2016 : Bukit Broga

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah..
 
Sekian lama hanya mampu melihat..
hanya mampu berangan..
tengok kawan-kawan..
beramai-ramai panjat Bukit Broga
 
akhirnya..
tahun ini..
2016..
saya mampu sampai ke Broga juga..
bukan sendiri..
dengan anak-anak
Daniel dan Danish..
Alhamdulillah..

 
Kelab rekreasi ofis yang organize.. saya last minit decide nak join.. pastu kawan sebelah pun last minit nak join juga.. seronok..seronok.. sebab kawan saya ni pakai iPhone 6.. so semua gambar dengan dia memang cantik-cantik.. hihihihi...

 
 
Kami berkumpul di kaki Broga dalam pukul 8 pagi. Parking dalam ladang kelapa sawit tu penuh.. terpaksa parking tepi jalan.. Agak jauh la jalan kaki dari pintu masuk Broga tu..


Rasanya pukul 8.30 kami start mendaki.. track dia memang clear.. sebab memang ramai orang dah naik Broga ni kan.. cuma memang curam.. memang mendaki kebanyakan masa.. susah nak cari track landai. saya ingat bukit ni landai.. rupanya tidak.. hihihi.. nasib baik saya beli kasut outdoor siap-siap. memang grip.. kalau nak beli kasut beli macam kasut ni ek.. tapak dia banyak biji-biji dan biji besar..hihihi.. saya beli kat Sport Planet, Aras 3 Bangi Utama Shopping Complex tu. Tengah sale 50% saya tangkap la satu..
 
 
Bukit Broga ni ada 3 puncak.. saya sampai ke puncak ke 2 sahaja.. Daniel ikut kawan-kawan lain sampai ke puncak ke 3. Saya duduk kat puncak ke 2 jaga anak-anak kecik yang dah kepenatan.. hihii.. Dalam sejam lebih dah sampai ke puncak ke 2 ni.. saya lepak-lepak amik gambar je la..


Masa nak turun Broga tu lagi mencabar dari masa daki naik.. especially kat track yang kena naik dengan tali.. bila turun memang struggle. dengan anak lagi kan.. nasib baik ada tracker yang tolong dukungkan Danish masa turun tu.. memang syukur sangat.. ramai trackers yang baik hati.. tolong pegangkan tangan.. masa tu group kami dah terpecah dah.. sebab ramai kan..pukul 9.45 start turun.. dalam pukul 10.30 pagi kami dah sampai kat bawah.. lepak-lepak minum air kelapa, coconut shake, makan roti.. semua kelaparan kehausan.. hihihi.. tunggu geng yang ke puncak ke 3 turun tu dalam pkl 11 lebih.. pastu bersurai dalam pkl 11.30 pagi..


Syukur sangat..
saya sebenarnya nak test level fitness saya
saya sedang ikut program nak kurus dan sihat..
60 hari.. baru seminggu program betul-betul start.
doakan saya!
semoga saya dapat istiqamah..
Berjaya nanti baru saya boleh cerita details ek. sekarang malu lagi..kot tak kurus..hihi.. kot tahan separuh jalan je ke..huhuhu..malu nanti..

Broga ni suatu permulaan..
ke ekspedisi sebenar yang lebih mencabar..
;)
 
 


Wednesday, February 3, 2016

Projek 2016 : Crocodlile Stitch Pouch (Siapkan projek 2012)

Assalamualaikum..
Sudah masuk bulan kedua tahun 2016 dah kita..
Seperti biasa.. azam saya tahun ini adalah sama seperti tahun-tahun terdahulu iaitu saya sesungguhnya berazam untuk menyiapkan projek-projek yang lama tertangguh tak siap-siap bertahun-tahun lamanya.. hihihi...
kali ini saya dapat siapkan projek yang saya mulakan pada pertengahan tahun 2012. pastu tertangguh pada penghujung 2012.. entah nape masa tu takde mood langsung nak siapkan. satu hal sebab cari tutorial menjahit zip dan lining yang best tapi tak jumpa-jumpa.. pastu try jahit sendiri macam pandai tapi tak menjadi pastu terus tolak tepi.. mood memang ke laut.. maybe masa tu pregnantkan si Dzarif.. hihihi... sekarang Dzarif nak masuk 3 tahun.. makanya projek ini ambil masa untuk siap selama lebih kurang 3 tahun setengah.. muahahaha...
Alhamdulillah..
siap akhirnya

Crocodile Stitch Pouch
with zipper and lining
ngeeee

Zip siap jahit kira-kira empat bulan yang lalu.. jahit tangan je.. running stitch.. selit kat benang crochet tu.. tak nampak pun jahitan..
;)
 
Saya guna tutorial carriewolf.net untuk jahit zip dan lining pada crochet piece saya tu. cuma cara dia jahit lining macam complicated sikit ikut bentuk crochet bag dia.. saya jahit lurus je.. sekeping kain ikut panjang dan lebar pouch tu.. pastu lipat 2.. jahit kiri kanan.. haha.. bertahun memikir macam mana kaedahnya.. miahahaha...

Saya pin banyak-banyak keliling lining.. kain lining right side facing up. Pinkan kain lining tu ke bawah sikit dari zip. Kalau nak selamat jarakkan jauh sikit lagi dari zip tu supaya nanti tak terzip kain lining masa nak buka tutup zip. Cotton kain yang lembut lembik kan.. kalau guna felt mungkin selamat sikit.. ;)

Masa jahit lining ke pouch tu saya lipat bahagian atas dalam setengah inci ke dalam dan kemudian jahit dengan blind stitch.. hand stitch.. tak yakin nak jahit dengan mesin.. ;) kang tak jadi kena tetas balik kang tersadai lagi setahun.. hehehe...

Alhamdulillah..
Siap satu..
:)

Jom siapkan WIP seterusnya.. hihi..
Jumpa lagi!
Take care..
♡♡♡♡♡♡