Kawan-kawan... Tq friends..

Monday, November 23, 2015

Projek kebun : Ku lihat hijau...

Assalamualaikum..
Ini hobi baru papadaniel.. bercucuk tanam.. dalam pasu..

Saya pun dapat hobi baru.. hobi menengok tanaman.. kikiki...

Saya sebenarnya suka pokok hiasan.. tapi setakat ni yang saya ada cuma 3 pasu je. 2 jenis out door.. tahan lasak jemuran.. satu lagi pokok duit tu.. dulu bawak balik dari kampung.. kecik je.. pastu bila dah gemuk gedempol kitorang bahagi masuk dua pasu.. sekarang nampak macam merengkek sikit.. pokok duit ni pokok in door.. takleh jemur.. mmg letak tempat redup je... sekarang nampak macam x segar sangat.. harap sihat gemuk gedempol kembali seperti tuan dia.. kikkkiki...

Papadaniel pulak suka nak menanam pokok yang ada hasil... boleh makan punya.. hehee..Takpe.. makcik ikutkan je la.. lagi pun dia yang jaga.. hahaha..

Yang kecik-kecik dalam poli bag itu adalah anak pokok tomato yang baru bercambah. Suka tengok bila menjadi ni.. ;)


Ada pokok limau kasturi, limau purut dan pokok cili api. Pokok-pokok ni beli kat nursery kat bangi.

Pastu ada tanam pokok bawang.. kangkung dengan daun sup baru semai..

Saya berangan nak beli tangga-tangga besi tu untuk letak pasu-pasu. Tapi tunggu menjadiklah dulu kan.. banyak gak modal tu.. hehe..

Semalam baru beli pokok mangga.. kat ekspo kat labis. Hantar budak-budak balik kampung cuti sekolah.. katanya boleh tanam dalam poli bag besar.. tunggu ek.. lagi 2 tahun dapatlah merasa buahnya.. kikikiki....

Ni gambar daniel dan papa dia masa majlis anugerah kat sekolah dia minggu lepas.. nampak tak pokok gantung tepi tu? Kreatif sangat.. recycle guna botol air.. I like!
Tahun ni daniel dapat anugerah cemerlang untuk 1 subjek bagi tahun empat. Cuba teka subjek apa? Pendidikan kesihatan! Haha.. sama macam masa dia darjah 1.  Bolehlah tu.. Secara keseluruhan..pencapaian anak-anak saya biasa sahaja.. semua huruf ada kecuali F. Walau agak merisaukan saya pasti akan jalan untuk mereka di masa akan datang.. Pelajaran pun makin susah. Usaha tangga kejayaan!!

Sekian cerita kali ini.. Jumpa lagi!

11 comments:

  1. Pokok hiasan akak semua dah mati....yang hidup cuma atas tanah...tapi pokok herba semua elok lagi...boleh buat ulam.ada kucai , ulam raja, cekur, kedondong kari halia lengkuas semua ada...heheheh senang x payah beli .
    tahniah untuk daniel....hehehe sebaya widad la dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. tahniah utk widad juga.. :)
      Tanam ulam pu best kak ek.. nak mkn petik je.. hmmmm akan dicadangkan kepada tukang kebun nanti.. hehehehe

      Delete
  2. Tahniah Daniel...
    Jalan masih jauh dihadapan... insyaallah, kita sbg parent ni doakan anak dpt yg terbaik dlm hidup yer dak. Anak akak pun semua lebih kurang gak... asal tanya, asyik ckp Oklah tuh.. takde F hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. btol kak.. saya cuba sedaya upaya nak jadi cool kak.. takmo kiasu sgt.. . tapi kdg2 risau juga.. semua huruf ada kak kecuali F tu mmg sgt colorful.. hahaha...

      Delete
  3. Sy pun tanam dlm pasu, senang nk maintain, kurang keja nk merumput. Pokok pn selamat dr musuh2..
    Untung ensuami yg menanam, isteri boleh tgok. Sy nye terbalik, sob sob..

    Pokok duit2 mcm tu ye..sy igt dia jenis menjalar/memanjat. Rupanya ada batang pokok, slh la selama ni, huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nabilahasyim... pokok duit atau money plant.. pokok duit2 lain.. yang menjalar bulat2 tu kan..mcm duit syiling.. ;)

      ok la cik Nabila pandai bercucuk tanam.. saya tak pandai .. pandai mengorder pokok jer.. hahaha... ;) lagipun tak larat nak dok mencangkung tu.. huhu.. baik saya membelek kain2.. hahahha...

      Delete
  4. Bagusnya, bercucuk tanam. Yati pun tengah baru nak start. Benih dah ada.
    Tahniah Daniel dan Zila juga. Insya-Allah, boleh berjaya di masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati.. saya ni tukang tengok je tanam-tanaman yati.. hihihi.. tumpang sibuk2.. hahaha... best tgk poko bercambah.. mcm tak sangka boleh hidup.. kikiki...

      tq yati.. anak yati apply masuk asrama tak?

      Delete
    2. Itu la dia. Seronok bila tanaman menjadi. :)
      Tak, dia awal-awal dah cakap takmo masuk asrama. Kawan-kawan dia ramai yang dah tahu result dapat sbp mana. Mana-mana pun boleh cemerlang kalau kita usaha, Insya-Allah.

      Delete
    3. betul tu yati.. ok lah.. duduk rumah depan mata kita kan.. senang hati mama.. hihihi... ;)

      Delete
  5. Thanks relating to indicating this information, fantastic suggests linked with present which intended theme in order to conversation.Vimax


    ReplyDelete