Kawan-kawan... Tq friends..

Thursday, April 26, 2012

Patchwork for Emak and Abah..

Irish chain quilt pattern.. saya ikut tutorial di Quilting Assistant. 
Mak saya dah lama beli kain ni.. kain yang pink solid tu mak beli tahun 2006. hehehe.. nasib baik tak reput kain tu.. Mak nak buat cadar.. jadi ini adalah centre piece..kemudian mak akan tambah skirting.

7 X 8 blocks
Block 9 x 9 inches (finished)
 Bila boleh bentang cadar ni mak?
hehehehe...

Ini pula sarung bantal.. sudah siap 2 biji..
Untuk mak dan abah..
:)




Macam biasa, kita ambil sikit fabrik ini untuk menambah koleksi bunga hexagon..
 :)
bunga cinta hati.. :)


Kenapa semalam terasa seperti hari Jumaat ek?
Hari ni pun terasa macam Jumaat juga..
hehehe
;)

Friday, April 20, 2012

Quilt untuk Fatini

Quilt ni dah lama siap..
Hujung tahun lepas..
Baby Fatini pun dah 6 bulan dah..
Tapi kerana banyak sangat hal, 
maka baru semalam dapat diserahkan quilt ni kepada tuannya..
-Quilt top-
Centre piece adalah panel..
Ini pertama kali buat quilt dengan panel..
Jadi agak mencabar.. sebab bila prewash kain ni macam senget.. 
agak tension saya dengan panel ni..
Kemudian saya tambah pieced border and another solid border..

Selain straight line quilting, saya juga guna decorative stitches
dengan size yang besar untuk quilting..
Konon-kononnya nak menutup la panel yang senget sikit itu..
huhuhuhu
Backing yang penuh bunga-bungaan..
Binding adalah sama dengan border pertama itu.. :)




Semoga Fatini suka quilt yang auntie buat ni..
:)

Wednesday, April 18, 2012

Cuti tiga bulan yang sudah berakhir...

Sudah kembali bertugas..

dan

Baby Aman pun sudah kena tinggal dengan pengasuh..

*sob*sob*

Sungguh cepat masa berlalu..
Aman pun dah 3 bulan..
:)

Cuti 3 bulan tapi projek tak banyak pun dapat disiapkan..
hehe..
Memang banyak masa dengan Aman..
sambil layan Aman sambil layan cerita Korea..
ekekekeke..
Masa cerita Korea tengah iklan, sempat la mengait sebaris dua..
Saya dah tambah warna putih keliling purple crochet ni..
Nak jadikan 16 inci perlu tambah dalam 4-6 row lagi..
Akan berusaha menyiapkan crochet ini.. sebab nak mula projek baru pula..
macam tak syok tau kalau takde projek crochet yang baru..
hehehe
;)


Ini pula baju kurung kanak-kanak untuk dijual..
Saya tolong promosi je.. bukan saya yang jahit..
saya tak pandai jahit baju lagi.. hehehe..

Fabrik : Cotton
Warna : Oren muda

Saiz: Umur kanak-kanak 5 - 6 tahun

Bahu: 13 inci
Panjang lengan: 13 inci
Labuh baju dan kain: 22 inci
Pinggang: 18 inci (getah keliling)

Harga promosi: RM36.00 (penghantaran percuma)


---
Semangat! Semangat! Semangat!

Selamat bertugas semua..
walau di mana juga anda berada..
:)

Friday, April 13, 2012

Blue ~ Crochet ~ Patchwork

Si Biru Muda, Si Biru Tua..
Dikait bersama putih dan kelabu..
Petak-petak memang kegemaran saya..
Biru pula sentiasa di hatiku..

heeheehee..

Cadangnya nak buat sarung cushion bersaiz 16 inci..
Saya buat satu row dengan 4 variasi warna..
Bila dah cantum 4 x 4, saiznya terlebih pula..
Jadi dalam 16 x 19 inci lebih kurang..



Mungkin saya patut buang 1 row..
cuma ambil 3 row dan kait lagi tepi untuk jadikan 16 inci..
Ok ke?

Atau kekalkan saja 4 x 4
dan tutup mata
dan jadikan saja sarung cushion yang tidak 4 segi sama?

Buntu!
Bila buntu projek pun terbengkalai jadi UFO!
uwaaaaa

Tapi saya sayang si biru ni..
Almaklumlah, warna kegemaran ku.. pastu patchwork style pulak!
Cuma salahnya saya tak plan betul-betul!
uwaaaaaaa....

Friday, April 6, 2012

Purple Crochet

a UFO

hehe..

still unfinished!

:P

Bila saya mulakan projek Purple Crochet ni?
Way..way.. back.. in 2010..
tak percaya?
boleh intai kat sini dan sinun.. ;)

April 2010.. April 2012..
pergh! lama betul peram!
masih belum masak lagi!
;)
ini adalah Wheel Square pattern..
Pattern ni saya cuba masa mula-mula nak berjinak dengan crochet..
Jadi square tu ada yang kecik, ada yang besar..
hehe..


Saya cadang nak buat cushion cover..
tapi bila dah cantum, jadi dalam 13 inci je..
Saya nak 16 inci..
Kalau saya crochet keliling dengan warna lain cantik tak?
Saya plan nak guna warna kelabu.. Ok ke?
Atau putih?
Atau light pink?
Arghhhh... pening sudah!
Tolong......!!!