Kawan-kawan... Tq friends..

Sunday, January 22, 2012

AMAN DZIKRY

Assalamualaikum... Salam Sejahtera..

Perkenalkan..

Putera ketiga kami..

~ Aman Dzikry ~


Day 1 - 16 Januari 2012 (Isnin) @ Pusat Rawatan Islam Azzahrah



Day 7 - 22 Januari 2012 (Ahad) @ Hospital Serdang



Aman Dzikry selamat dilahirkan pada 16 Januari 2012, jam 9.43 pagi di Pusat Rawatan AzZahrah, Bangi dengan berat 2.7 kilogram. Inilah kisah kami...

15 Januari 2012

Jam 10.30 pagi - Mama dapat tanda.. keluar darah bercampur lendir. Malam tadi dah rasa lain macam.. tak selera makan.. dah ada keluar lendir kekuningan.. tapi diamkan aje..sebab rasa tak sakit.. so maybe perasaan semata-mata..

Jam 1 tengah hari - Mama dan Papa sampai ke Azzahrah. Daniel dan Danish hantar ke rumah Mak Ude dulu.. Nasib baik Mak Ude ada.. Dalam perjalanan, traffic jammed pulak.. Tak pernah-pernah hari Ahad jammed! Dugaan..Pusing jalan lain.. Nasib baik takde tanda sakit-sakit lagi..

Sampai je AzZahrah, Bidan pun cek.. Jalan baru buka 3cm.. Mama belum sakit.. Jadi Bidan tanya nak balik dulu ke tidak? Papa pun ajak balik rehat kat rumah. Bila tanya Doktor, Doktor pun lepaskan balik..

Jam 12 tengah malam (lebih kurang) - Mama dah tak boleh tidur langsung.. sakit setiap 10 minit bertukar menjadi 8 minit sekali.. dan kadang-kadang 6 minit sekali. Tapi sakit sekejap-sekejap.. boleh tahan lagi... Nasib baik Tok Mak dan Tok Abah dan sampai petang tadi.. Ada la tempat merujuk dan minta nasihat.. Tok Mak kata terus gi hospital la.. memang dah dekat dah tu..

16 Januari 2012

Jam 6.15 pagi - Mama dan Papa bertolak sekali lagi ke AzZahrah. sakit masih boleh ditahan..

Jam 7 pagi - Mak Bidan cek dan kata jalam dah buka antara 4 ke 5 cm.. terus prepare untuk masuk labour room..

Jam 8.45 pagi - Doktor datang cek jalan.. dah 6 ke 7 cm.. Doktor terus pecahkan air ketuban.. Perghhhhhh!!! Lepas pecah tu, sakit yang amat sangat mula datang.. Rasa jarum jam tidak bergerak-gerak.. Papa setia meneman sepanjang masa.. Mulut terkumat-kamit membaca.. (rasanya dia baca Yaasin...) Setiap kali contraction datang, Papa urut belakang Mama, tapi setiap kali dia buat macam tu, tekak terasa loya nak muntah.. Sudahnya Mama minta Papa tekan-tekan peha.. lega juga rasa..

Jam 9.35 pagi - Mama rasa macam nak buang air besar! Sekali rasa tahan.. Kali kedua, rasa macam nak ter'erk erk' sangat... suara pun dah tak boleh keluar.. Jerit panggil 'Nurse.. saya nak buang air besar!!' cepat-cepat nurse dan bidan datang.. Mama dah tutup mata.. Nurse suruh tarik nafas.. jangan teran.. Dia siap tahan tu.. huhu... sakit ya amat... Buka-buka mata Doktor dah sampai.. Doktor terus kata sakit je teran.. Teran.. teran... terus sekali teran.. tarik nafas sikit..terus teran.. dan ..lahirlah saya.. Putera ketiga Mama dan Papa... :)

Kemudian, uri terputus... uwaaaaa... cepat-cepat nurse cucuk ubat.. Doktor kata kena seluk nih.. Mama dah tak sedar diri... Sedar-sedar Mama dah ada dekat Wad Siti Hajar lebih kurang jam 11.30 pagi...


17 Januari 2012 - Balik rumah

18 Januari 2012 - Nurse dari Klinik Kesihatan datang.. kata Aman Dzikry ada kuning. Terus kena ambil darah. Result - ada kuning 13.8

19 Januari 2012 - Ambil darah lagi.. result 15

20 Januari 2012 - Kena ambil darah lagi.. result 16.1
Terus refer ke Hospital Serdang. Terus masuk NICU.. Terus duduk bawah fototerapi..

21 Januari 2012 - Bercuti di Hospital... uwaaaaa....

22 Januari 20120 - Results darah dah ok.. baru dapat balik rumah... Alhamdulillah...

---

Inilah dia kisah pengembaraan Aman Dzikry untuk 7 hari ini..
Doakan Dzikry dapat membesar sebagai anak yang soleh..
Amin...

Friday, January 13, 2012

Blue Bouquet

Inilah hasilnya join Hexagon Game kat FB Quilt Group..

Setiap minggu kita kena hasilkan sekurang-kurangnya 3 kuntum bunga hexagon. Dan upload gambar setiap hari Sabtu dalam bulan Januari 2012. Tapi memandangkan saya ni sedang menghitung hari, maka saya risau saya tak dapatlah nak tunjuk di minggu-minggu akan datang.. Oleh yang demikian, saya upload la semuanya sekali.. heheheh.. kira aci tak ek? aci la... hehehehe..


Week 1
Week 2

Week 3

Week 4

Blue Bouquet..
Saya cadang nak buat small quilt..
Nak combine dengan warna putih..
Semoga menjadi la..suatu hari nanti.. hehehe..


---

Hari ni genap 38 minggu..
Doakan saya dan baby..
:)

Thursday, January 12, 2012

Hadiah buat Mualimah...

Bantal untuk Mualimah Amir Daniel..
Mualimah yang mengajar di Pasti Sutera..
Ada 5 orang mualimah..


Design yang sama.. dengan fabrik yang berbeza..


Size sarung bantal ni 16 x 16 inci.. envelope style..
Machine quilted.. with flower applique..

Dihadiahkan sebelum Daniel tamat belajar di Pasti Sutera..

Terima kasih Mualimah semua..

kerana mendidik Amir Daniel..

hanya Allah yang mampu membalasnya.. :)

dan

Sajak inilah yang Daniel persembahkan semasa Hari Anugerah Pasti..

Guru Oh Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Syukran jazilan..!

Wednesday, January 11, 2012

Amir Daniel sudah Darjah 1


Alhamdulillah.. syukur.. urusan pendaftaran sekolah Daniel dah selesai.. Dia memang tak sabar nak ke sekolah.. Dia kata bila dah Darjah 1 nanti dia dah jadi budak besar.. hehe.. Perasan! Tapi lepas tu dia tanya pulak.. "Mama, kenapa badan Niel ni sama je macam masa umur Niel 6 tahun??" Cer citer..cer citer.. cemaner saya nak jawab soalan tu? hehehehe..

Pengalaman naik bas sekolah pun satu cerita.. Hari pertama Papa dia yang tunggu. Hari kedua giliran saya pula.. Hari pertama, masa balik sekolah, dia melalak depan sekolah sebab dia tak jumpa bas.. huhu.. nasib baik Papa dia ada kat depan sekolah tu dan nasib baik juga ada orang yang tolong dia. Almaklumlah, bila semua dah keluar dari pagar tu, memang melilau mata cari anak kita.. Tengok-tengok dia dah melalak sesorang.. Hari kedua pula, masa balik, masa naik bas dia okay.. saya perkenalkan dia dengan pakcik driver bas.. Tapi.. tapi.. bila sampai.. Daniel salah turun taska... Saya tunggu la kat tempat transit dia, tengok-tengok dia tak turun kat situ.. nak melalak saya.. Setengah jam saya pusing taman perumahan saya tu mencari dia.. Last-last driver bas telefon, "Anak kamu pakcik hantar kat Taska Purple!". Uwaaaa... pakcik!!! nape hantar anak saya kat situ?!!! Saya rasa macam dah nak terberanak dah time tu..! Tapi syukurlah, dia okay.. sekarang pun dah okay dah.. :) Cuma saya mampu doakan dia selamat sentiasa..dan bertawakal.. dan tak henti-henti berpesan.. huhu.. Dugaan betul nak sekolahkan anak ek...
---

Ini gambar semasa Hari Anugerah Pasti Sutera.. Hari Anugerah yang pertama untuk Pasti Sutera.. Kira Daniel and the gang adalah batch pertama yang graduate! hehe.. Daniel dapat hadiah untuk kedatangan terbaik (sebab mama dia cuti pun dia kena sekolah..hehe!) dan sahsiah terbaik.. (sahsiah.. hmmmmm...) Exam pula dia dapat nombor 4.. so, no present.. hahahaha..

---
ini pula aktiviti masa cuti sekolah aritu..
sebab cik abang ni tak gheti diam..
maka saya bagi la kerja.. racik kain..
untuk projek recycle saya..
masih WIP.. tak tau la bila bleh tayang.. hehee..


Okey.. Danish pun nak join jugak.. amikla gunting ni, racik kertas...
Dia berhenti main gunting bila tersepit jari sendiri.. hahaha... nasib baik tak terkacip...!

---

Lama tak update.. banyak kisah tertunda 2011 yang belum diceritakan..
Semoga sempat cerita lagi sebelum saya check in kat hospital.. ngeee...

Doakan saya dan baby!

:)