Kawan-kawan... Tq friends..

Saturday, September 17, 2016

Projek 2016 : dari t-shirt kepada alas periuk

Assalamualaikum..
Inilah hasil cuti seminggu.. dari Hari Raya Aidiladha.. sehinggalah cuti Hari Malaysia. Anak-anak cuti sekolah.. jadi mak bapak cutilah jugak.. balik kampung pusing Semenanjung Malaysia lagi.. hehe.. ;)

Hasil siap dalam masa beberapa hari adalah t-shirt yarn rug ini.  Cinonit je.. buat alas periuk atok mak daniel kat kampung.. hehe..

sebuku t-shirt yarn dari sehelai t-shirt.. tak habis pun sebuku tu.. masa kait ni rasa lama-lama makin rapat plak round yang mula-mula tu.. apalah yang tak kena.. kena kaji balik kalau nak buat lagi kelak.. ;) Tutorial ada dalam bahasa Finnish.. hihihi... saya follow you tube punya version.. :)




Dalam perjalanan cuti-cuti ini juga saya mulakan projek ini..



Namanya Circle In Square Pillow..
Setakat ni baru ada beberapa inci.. harapan tinggi menggunung nak jadikan 14 atau 16 inci.. cantiknya kalau siap ni.. hahaha...harapan.. hahaha...

guna benang alize turkey mari.. lama peram benang ni.. dok ngemas2 terjumpa dah terbarai abis.. hahaha..nanges masa nak meleraikan benang berburas.. tapi bila berjaya gulung elok2 balik.. memang kepuasan.. hahaha.. nak puas tu berjam2 jugak la.. hahaa..

Oklah.. sekian cerita aktiviti cuti.. selain makan daging goreng, sup, rendang untuk beberapa hari berturut-turut tanpa rasa bersalah pada lelemak di badan.. hahaha.. kenalah pulun balik diet eatclean dan senam tabata zumba semua pasni. Nak turun sekilo punyalah seksa nyawa.. nak naik 2 ke 3 kilo ke alahai.. kelip-kelip mata je dah.. amikkaw.. hahaha..  jadi.. jom.. betulkan niat.. kalau dah betul.. teruskan usaha.. doa kuat-kuat.. jom! ;) untuk mencari semangat diet ini kembali..maka saya beranikan diri share lunch meal saya masa tengah gigih diet dulu.. dari februari hingga julai 2016.. saya tak pernah share makanan saya sebab saya malu.. hahaha.. sebab saya tak pandai masak.. :p semoga dapat kembali ke pangkal jalan.. hahahaa

Bye!
Jumpa lagi..
Take care!
:)

8 comments:

  1. Alahai.. akak pun nak kena jaga diet dah sekarang ni... cuti raya ni jer dah naik 2kg.. setelah sekian lama menten jer hahaha... production susu dah makin kurang kut, jadinya dah stored as lemak plak dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kecik molek je.. boleh menten tu.. hihi.. saya tak berani timbang.. takut down.. hihihi.. tapi tau pipi dah tembam.. hahaha..

      Delete
  2. opss.. nak Tanya sebenarnya.. ada tuto ker nak buat alas piyuk tuh.. teringin plak akak nak try (kononlah kannn kiki)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kak.. lupa nak masuk link.. saya tengok kat you tube..
      cuba akak tengok link ni ek.. :)

      http://www.ristiin-rastiin.fi/2013/05/virkkaamalla-kiinnitetty-matonkude.html?m=1

      Delete
  3. Haa.. jadi pun, macam Yati buat hari tu kan... senang je projek ni. Lawanya color biru... :) Tentang round mula-mula yang makin rapat tu.. yati pun tak pasti, Zila. Dia punya tension, tak yah kuat sangat kot tarik benang tu. Tu Yati guna 2 lapis t-shirt yarn, kalau selapis je, nipis je.
    Good luck, siapkan circle in square tu. Wah.. jadi alas meja cun jugak tu.
    Brown rice ke tu? Hebatnya Zila.. semoga terus istiqomah untuk eat clean.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati... tgk yati buat tu lah jadik teringin tu.. cantik sangat yati punya..
      yati.. bila dah banyak-banyak round tu dia jadi melengkung la yati.. pastu mak saya suh tambah stitch.. hihi.. melengkung macam mangkuk leper la.. pastu saya iron.. nasib boleh rata.. hihihi..

      aah yati.. brown rice ada.. red thai rice pun ada.. gemoks dah balik ari makan tido je.. hihihihi...;)
      nanti nak try lagi macam yati la 2 lapisan..

      Delete
    2. Yati buat based on panduan gambar dari pinterest. Link dia seperti berikut:
      https://www.pinterest.com/pin/267190190371779782/
      Cuba perati gambar dia ye, kadang dalam satu space, ada banyak stitches. Yati buat ni, sambil yati lay dia flat atas meja. Jadi, kita boleh nampak bila dia nak start melengkung, kita tambah stitches. Ada ruang sempit, Yati tak stitch pun. Ada ruang besar, kadang sampai 2 stitches. Kena adjust sendiri, ikut sesedap rasa, tengok tshirt yarn kita. Huuu.. tatau camna nak explain. Hehe.. sendiri pakai, takpe la iron pun. ^_^
      Yati pun gatal tangan nak buat lagi. Tapi tengah gila benda lain pulak. Buat lepas current projek le.
      Oh, ok. Kalau la anak-anak tak picky eater, boleh follow je apa kita makan, senang cerita. Rasa cam nak try masak nasi brown rice tu. :)

      Delete
    3. Yati.. tq tq.. memang rapat-rapat ek.. saya punya jarang-jarang stitchnya..hihihi..

      nanti nak try lagi.. insyaAllah.. t-shirt banyak nak dikorbankan.. hihihi

      Delete