Kawan-kawan... Tq friends..

Sunday, August 7, 2016

Projek Rumah : Kid's Corner in the making

Assalamualaikum...

Lama sungguh tidak bersiaran..
Sibuk beraya sebulan pulun abis..
Hahaha.. tak cukup-cukup ada juga yang buat pasca raya.. hihihi.. semua niat murni nak meraikan saudara-mara dan sahabat handai.. :)

Semalam saya eat clean semula.. Masaklah beras merah, grillkan ayam dan makan dengan salad.
Alhamdulillah pagi tadi ku beranikan jua diri ini untuk naik penimbang.. hehe.. seram sejuk rasa.. tengok-tengok berat makcik maintain uols... hihihi.. tak sangka dan tak percaya.. ingatkan penimbang tu pening lalat. amik dumb bell 2 kg timbang.. eh.. betul pulak.. hihihi... memang rasa kagum sekejap.. Syukur sangat.. sangat-sangat.. terus rasa nak lompat bintang.. hehehe...

Sebab berat maintain, maka untuk meraikan kegembiraan ini.. kami pi makan meatball kat ikea.. hahahaha... teruk betol.. sehari je eat clean.. hahahahah... alang-alang ke ikea saya beli la alas bangku. lama dah niat nak buat kids corner untuk anak-anak. Haritu pergi beraya rumah kawan. Dia buat kids corner memang meriah dengan mainan dan buku-buku. Anak-anak dia asyik main. Anak-anak saya pun sama.. Asyik diorang main sampai boleh la mak-mak beraya dengan tenang.. hahahah...

Jadi, saya rasa memang sewajarnya ada ruang untuk mereka. Ruang tu memula niat nak buat kat bilik diorang. tapi diorang ni jenis di mana mak bapak ada di situ mereka ada.. hahaha.. jadi buat kat bilik kang bukan diorang guna pun.. hihihi... buatlah dekat dengan dapur. supaya masa mak busy kat dapur takde orang dok mengacau. hihihihi... jadi inilah dia ruangnya setakat petang tadi, Masih kosong takde mainan lagi.. masih kemas la.. tengok lah nanti bila kesepahan berlaku..





Tengok google punya contoh rumah memang cantik belaka.. kalau rajin nanti nak letak frame. Nak sorok contengan si Aman kat dinding light blue tu.. hihihi...




Ho  ho  ho.. ini memang sepah.. 
ini kalau mak tak tahan sangat sepah nanti mak akan bubarkan ruang tersebut.. hahahahha..


oklah.. semoga dapat idea untuk bagi kid's corner ini berjaya.. hihihi..

Jumpa lagi..
tata..

8 comments:

  1. Good idea gak ada kids corner ni yer.. at least takde ler bersepah disetiap sudut rumah kikiki... dulu izzah dah besar idup aman damai. Ni ada budak kecik ni, kadang nak melangkah pun susah... kalau dibiarkan bersepah takmo plak main, dok cari barang lain nak dsepahkan, kalau dkemas, tak sampai seminit, dah di taburnya balik kuikui (jadi luahan rasa mak mak plak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... takpe kak.. ku faham luahan hati mu.. hahaha...

      ye lah kak.. saya rasalah kan.. rasa la.. kalau ada sudut diorang.. at least diorang tahu ke mana hala nak ditujukan mainan yang sebelum ini ada di segenap ruang.. hihihi.. anak dara akak sure suka amik pinggan mangkuk buat main kan.. hihihi... ;)

      Delete
  2. lawa biru tu...mainan akak sepah bila anak sedara datang.anak2 akak sepah buku pula...lepas baca lepak je atas meja geram betul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. kena minta anak2 dara kemaskan la kan kak.. ;) ;)
      dinding biru tu tak gheti nak hias cemaner.. huhuhuhu

      Delete
  3. Tahniah, di atas kejayaan maintain berat badan, Zila. :)
    Ha ah, best kalau ada kids corner. Anak-anak bole buat hal sendiri, tak kacau mak-mak sembang. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati.. tq.. sekarang pun masih berusaha nak maintain.. tak boleh makan sesuka hati sgt.. kalau terlajak makan, kena la reverse balik dgn senam.. hihihi...
      tak siap lg hias kids corner ni yati.. takde idea..hihihi..

      Delete
  4. Replies
    1. hihihi.. idea mmg comei.. cuma menjadi je belum ni.. hihihi

      Delete