Kawan-kawan... Tq friends..

Monday, May 11, 2015

Ho ho ho #3 : jalan-jalan cari idea @ ikea

Di suatu hujung minggu yang gigih.. kami berenam berjaya ke ikea damansara sanun untuk makan meatball dan skodeng idea deco rumahtangga.. hehehe..

Jom layan keberanganan mamadaniel.. 
:p:p

gambar ni saya suka layout dia.. macam depan almari hitam tu ada 1 lagi almari rendah.. jadi dia create macam laluan..  pastu saya suka dinding purple tu.. cantik.. sebab susah nak cari purple yang sesuai untuk ruang begini...



Wing chair hijau ni macam syok sebab ada stool tu.. tapi tengok kain yang suci murni ni rasa macam hmmmm.. kena fikir beberapa ratus ribu kali lah.. macam sekejap je selamat kecerahan dan kemurniannya tu.. hihi...

Kerusi ni pun cantik..

Sofa biru.. warna yang sentiasa di hati daku.. sofa ni sarungnya boleh cabut basuh..

Suka setting ni.. simple dan ramai orang boleh duduk.. tak payah berebut-rberebut-rebut tempat.. haahahaha


Sofa maroon ni pun cantik.. sama jenis dengan dark blue tadi..

Saya saja je nak rasa duduk sofa ikea ni.. nak cuba try test.. sedap ke tak landing.. selamat ke tak untuk kanak-kanak yang tengah melasak.. cantik memang cantik.. cuma bab ketahanan tu yang tak pasti..
hehe.. ada bajet nanti baru decide.. banyak masa lagi..tabung belum penuh.. ada banyak masa lagi nak berangan.. hahahaa... terima kasih kerana sudi melayan angan-angan makcik! Tata.. jumpa lagi! ♡♥♡♥♡♥

12 comments:

  1. Jalan2 kat Ikea ni mmg best .. sumber inspirasi .. Dah lama tak pi Ikea ... padahal takde la jauh mana pon ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik nadia.. memang seronok.. saya jauh la dari ikea.. tp dekat dgn ioicitymall.. hihihi... ;)

      Delete
  2. Akak pun lama x ke ikea....weekend sibuk dengan anak-anak ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Suzie.. sama la kak.. weekend busy mengerjakan laundry.. hihihi... ;)

      Delete
  3. bab2 cuci mata tengok deko ni memang sukaaaaaa.... rasa tenang jiwa berangan kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik aty!!! mmg seronok sgt!! kira tak terkilan la jiwa berangan kita ni... pasni nak gi berangan kat tempat lain plak.. hihihi... ;)

      Delete
  4. Kat Ikea ni semua cantik Zila... hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nisa.. tu la kan.. sana ada designer bertauliah.. saya ni desginer cabuk je.. hihihihi... ;)

      Delete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. Suka, suka! Itu la dia kan, kalau setakat cantik, mana boleh. Kena pikio daya ketahanan juga, untuk perabot rumah ni, memandangkan anak semua boys, kan.. macam selesa je crochet kat kerusi hijau tu, Zila. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati.. memang kena pikir la yati.. kerusi sekarang memang dah melendut ultraman buat lompat2.. duduk je tenggelam mak diorang yg comel ni.. hahaha... wing chair tu mmg best kan yati.. letak tepi tingkap... terang mak nak menjahit ke mengait ke kan.. hihihi... verangan... :P

      Delete