Kawan-kawan... Tq friends..

Thursday, January 22, 2015

Pink Purple Rug..

Sebuah projek kecil-kecilan...


Purple pink rug.. boleh jadi mug rug.. boleh jadi alas periuk.. boleh jadi apa sahaja.. ;) size lebih kurang 9 inci × 9 inci..

Lama simpan projek ni.. dah lama siap.. ingat nak bagi Disember tahun lepas.. tapi takde rezeki nak bertemu dengan bakal pemiliknya. Minggu lepas baru sempat diposlajukan.. ;)


Guna charm pack kesayangan.. charm pack yang sama dengan Quilt I.heart.purple. Quilting honeycomb style. Tapi banyak humps and bumps here and there.. hmmmmpphhh.. harap diampunkan.. binding pun macam pelik.. tengok macam binding tu matching dengan backing dia pulak.. hohoho.. ;) memula ingat nak machine binding je.. dah siap jahit 1 side.. fikir-fikir macam tak berapa cun pulak.. makanya tetas balik dan jahit lah dengan tangan keliling binding tu.. hehe..


Budak takde gigi ni pun interframe.. ;p


Projek comel nama manjanya..
Buat seorang sahabat..
Sebagai hadiah hari lahir tertunda..
Hehehe...
Hope u like it mamahakimi!
♡♥♡♥♡♥

Friday, January 16, 2015

Aman Dzikry sudah 3 tahun!

Selamat hari lahir Aman Dzikry.. sungguh cepat masa berlalu. Saya masih fikir dia ni baby lagi tau.. dah tiga tahun dah.. okey.. dia masih panggil diri dia baby.. hmmm.. kadang-kadang baby.. kadang-kadang dia kucing.. hahaha... suka hati Aman la..

budak 3 tahun yang pandai bergurau.. pandai berlakon.. pandai bercakap.. paling cheeky.. pandai nyanyi 'aku tanya apa khabar..semua..' hahaha... apa dia dgr kat tv semua dia nak follow.. jadi bila cakap depan Aman ni kena berhati-hati sikit.. hehe..



Saya rasa tahun depan saya nak masukkan dia ke sekolah dah.. kesian tengok dia kat umah pengasuh. Kakak yang sama dok situ pun dah sekolah. Kat rumah abang-abang dah sekolah.. kesian tengok dia ni.. dah la ada adik cepat.. Dia buat adik dia kena.. adik buat dia, dia jugak yang kena.. huhu.. jadi biarlah dia kat sekolah.. boleh main dengan kawan-kawan sepanjang hari..

Selamat hari lahir Aman Dzikry..
Kesayangan mama dan papa.. sparing partner abang-abang dan adik.. semoga membesar menjadi anak yang soleh.. sihat sejahtera.. diterangkan hati.. bahagia dunia akhirat.. segala doa yang baik untuk anak-anak mama jua.. Amin ya rabbal alamin...

♡♥♡♥♡♥

Saturday, January 10, 2015

Selamat datang 2015

Assalamualaikum..
Salam tahun baharu 2015..


Harap belum terlambat juga untuk ucapan salam maulidurrasul. Selawat dan salam kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w ahli keluarga dan para sahabat baginda. Saya ada terbaca satu wassap yang menasihatkan kita setiap kali lepas solat bacalah alfatihah untuk nabi kita..ibu bapa kita.. anak-anak kita.. adik beradik kita.. semoga ada rahmat di sebalik bacaan yang kita sedekahkan itu.. :) amin...
Kita mengakhiri 2014 dan memulakan tahun 2015 dengan cuaca yang sejuk. Negara diuji dengan bencana banjir.. bah besar.. Takziah untuk mangsa banjir.. semoga kalian tabah dan redha dengan ujian ini..dan semoga segala urusan kalian Allah permudahkan. Amin.. kampung suami di Kelantan pun banjir teruk. Kawasan tak pernah banjir pun naik air.. dalam rumah mertua saya air naik paras pinggang. Rumah tu tinggi tau.. nak naik rumah ada 4 mata tangga.. punya la dalam.. Dekat seminggu juga gagal dihubungi. Alhamdulillah.. setakat hari ni banjir kat sana surut.
Beberapa hari lepas mak saya di kampung pulak digigit lipan. Allahuakbar.. rasa nak nangis dengar.. sebelum tu mak demam.. baik demam kena gigit lipan pulak. Kena pkl 2 pagi waktu mak bangun tido.. kat bilik air. Sampai ke pagi x boleh tidur sebab bisa. Saya dapat tau pukul 1 petang. Tak pergi klinik lagi.. aduhai... saya dan kakak saya telefon banyak kali minta abah bawa gi klinik. Bising..bising..pukul 3 baru pergi klinik. Sampai klinik kena marah dengan doktor.. huhu. Lambat sangat datang.. nasib baik tak melarat. tapi memang dah bengkak dah kaki. Kena inject juga.. balik kaki berbalut.. huhu.. Alhamdulillah.. semalam call mak okey dah..


Dalam minggu ni juga kami mulakan sikit projek ubahsuai rumah.. Lama betul tunggu projek ni nak dimulakan. Penuh kerisauan dalam hati ini. Harap sangat orang yang kami amanahkan dapat laksanakan kerja dengan baik. Saya hanya mampu berdoa dan bertawakal.. buat masa sekarang inilah deco setelah berpindah randah dalam rumah.. hehe...

Awal tahun hidup dah berkecapi.. haha..
Next week anak-anak mula bersekolah semula. Daniel darjah 4 sekolah pagi.. Amar Danish pula darjah 1 kena sekolah petang.. kalau mamaD x kurus jugak tahun ni tak tahu la nak kata apa dengan lelemak ini.. hahaha... ;) 2 Januari 2015 dah daftar darjah 1 untuk Danish. Baru ambil ujian tentukan kelas. Kami tak dapat surat rupanya. Patutnya ujian tu bulan november.. aduhai.. nasib baik dapat tahu dari orang lain beberapa hari sebelum tu. Sempat telefon pejabat sekolah.. kalau tak daftar 2 Januari ni pun kami tak tahu.. Huhu..

Okey.. dzarif pun nak ucapkan tahun baharu.. peace y'all.. ;) jumpa lagi..


♡♥♡♥♡♥