Assalamualaikum..
Dari 1 Januari hingga 31 Disember 2014
.
.
.
Alhamdulillah.. sepanjang tahun 2014 saya berjaya menulis 56 blog entries termasuk entry ini.. tahun ni kebanyakan entries adalah diupdate menggunakan handphone.. on the way pergi or balik kerja di mana anak-anak tiada di kiri dan kanan hamba.. hihi.. Sehingga saat ini, blog ini dah ada 279 followers yang cun melecun semuanya... terima kasih semua.. kalian memang bloggers yang baik hati dan gorgeous... tahun 2013 ada 250.. memang i lap uols sesangat walaupun saya tau blog saya ni kategori suam-suam kuku je... kikiki... especially untuk pengunjung setia.. u know who you are.. ribuan.. eh.. billion terima kasih mamadaniel ucapkan.. kerana kalian lah blog ini masih bernyawa lagi hingga ke hari ini... chewah.. dan semoga ukhwah terjalin atas talian ini akan berkekalan hendaknya.. Amin...
Projek tahun 2014 juga tidaklah banyak.. jahit suka-suka saja.. crochet takde.. tak pegang benang kait langsung tahun ini.. huhuhu.. cross stitch pun sama.. manyak malas woo.. ikebana tak siap-siap sampai ke sudah.. ok.. ikebana masuk azam tahun depan la kot.. hahaha...
Walaupun saya tak banyak projek menjahit, saya sangatlah gembira sebab tahun 2014 ni saya dapat belajar perkara baru.. pertama saya dapat belajar berenang.. hihi.. saya ni fobia sebenarnya. saya takut air masuk dalam telinga saya.. hihihi.. jadi saya cuba lawan ketakutan itu dan belajar dengan coach yang betul. saya belajar dengan ezi2swim. walaupun coach silih berganti tapi Alhamdulillah saya boleh dah la berenang gaya katak tu.. breaststroke namanya.. paling basic.. lepas pandai tu saya belajar teknik freestyle.. tapi sampai sekarang tak pandai lagi nak amik nafas.. asyik tertelan air je.. rasanya kena practice lebih kerap. Daniel pun masuk kelas swimming. dia masuk dulu dari saya.. cuma sampai sekarang tak pepandai lagi sebab dia kuat main.. asyik melompat terjun masuk kolam.. jadi saya tak continue untuk dia.. tunggu dia besar sikit la, boleh terima arahan sebaiknya.. dan less playing around.. hehe..
Tahun 2014 juga saya berjaya masuk kelas belajar menjahit baju. Saya belajar jahit kurung Pahang. Saya mengaku saya juga ambil masa yang lama untuk mengambil keputusan ini.. saya berperasaan menjahit baju ni sangat2 lah susah dan rumit dan memeningkan. memang diizinkan Allah, saya berjaya juga ke kelas menjahit baju ni.. jumpa kawan yang sama minat, jumpa cikgu yang dekat, timing pun okeh.. memang rezeki... jadi sekarang sedang menjahit baju yang kedua.. pelan-pelan kayuh..
Saya juga baru mencuba jahit scraps saya.. seronok plak cantum kain kecik-kecik ni.. cantum ikut suka hati kan.. no rules.. senget pun boleh.. bila dah jadi tu memang sengih sampai ke telinga.. hihihi.. projek scraps ni mungkin makan bertahun-tahun lamanya yer.. serupa macam projek hexagon yang belum siap-siap ini.. hahaha...
Saya juga join 2014 Block of The Month game organized by Quilt Group kat fb. sepatutnya ada 9 blok sampai ke hujung tahun ni. tapi saya masih hutang 1 block lagi. Hari tu jadi tertangguh sebab mesin jahit Brother NV30 kita demam. masuk klinik punya la lama. berapa kali call klinik (sampai nak naik marah jugak la makcik ini), akhirnya dapat bawak balik ke rumah dalam keadaan sihat. Alhamdullilah.. belum balik modal lagi ye bro dan memang belum ada niat nak cari pengganti lagi yer ayang bro ku.. kikiki.. pertama kali mesin jahit rosak sejak beli. problem dia masa tu jarum takleh turun.. bergegar2 mcm sangkut.. terus hantar repair dan servis sekali.. kena la RM95.
Tahun ni home organizing tak berapa aktif.. mamahakimi bagi storage box untuk birthday present saya.. sampai ke hujung tahun saya tak guna lagi untuk kemas almari kat bilik jahit tu.. huhuhu.. punya la malas.. hihihi..
Dalam bulan Disember 2014 saya berpeluang jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa..jumpa kawan sekolah menengah rendah.. plan nak reunion tak jadik2.. ada je hal.. dapat berkumpul ni pun sebab saya nak ke Batu Pahat hantar quilt kat kawan dan collect set quilt cadar.. hehe.. dah lebih 20 tahun kitorang berkawan..
Sebelum tu, seorang kawan rapat semasa belajar di uniten dulu akhirnya menamatkan zaman bujang setelah sekian lama menyendiri.. Alhamdulillah.. Tahniah sahabatku.. semoga bahagia hingga ke syurga.. amin... we are so happy for you... ♡♥
Dalam bulan Disember 2014 saya berpeluang jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa..jumpa kawan sekolah menengah rendah.. plan nak reunion tak jadik2.. ada je hal.. dapat berkumpul ni pun sebab saya nak ke Batu Pahat hantar quilt kat kawan dan collect set quilt cadar.. hehe.. dah lebih 20 tahun kitorang berkawan..
Sebelum tu, seorang kawan rapat semasa belajar di uniten dulu akhirnya menamatkan zaman bujang setelah sekian lama menyendiri.. Alhamdulillah.. Tahniah sahabatku.. semoga bahagia hingga ke syurga.. amin... we are so happy for you... ♡♥
Anak-anak saya Alhamdulillah... rasa macam dah besar-besar semuanya. Dah takde yang naik buai lagi.. yang kecik dah setahun setengah.. cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah, tahun ni dapatlah bawak anak-anak berjalan cuti-cuti Malaysia. Banyak ke tempat yang ada water theme park. Berjaya ke the Little Big Club tapi Legoland masih belum berjaya sampai.. kerana janji saya pada anak-anak, kalau perangai dan pelajaran di tahap membanggakan, baru la boleh jejak kaki ke sana. Kalau salah satu darinya tidak membanggakan, tiket dah beli pun mama akan cancel... muahahaha... (gelak kuasa veto). So they listen and we'll see how next year... :)
Azam 2015?
macam biasa la.. nak kuruskan badan..
muahahaha...
;)
nak siapkan UFO..
nak belajar jahit blouse dan skirt..
nak deco bilik..
nak tanam pokok bunga..
haha.. macam-macam nak buat..
dan saya juga menjangkakan cabaran di tempat bertugas pada tahun 2015.
wish me luck!
Walau apapun, sesungguhnya saya amat bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.
Selamat menyambut tahun baru 2015!
Take care dan jumpa lagi!
Love,
zila@mamadaniel