Assalamualaikum...
Kembara raya kita (baca macam tajuk kisah upin dan ipin tau.. macam Kembara Kembar Nakal.. heheheh)
Raya tahun 2014 ni patutnya giliran Kelantan.. tapi sebab familia PapaD nak buat reunion pada raya ketiga..maka dia pun paksa rela mengorbankan giliran beliau pada tahun ini..raya Johor dulu... takkan makcik nak sampai Johor raya kelima kot.. kaum kerabat aiii semua dah bertebaran di muka bumi ini uolsss... raya kan nak jumpa sanak sedara.. hahaha... tapi raya Johor sehari je pun... raya kedua pkl 11 pagi bertolak ke Kelantan.. pukul 11 malam sampai.. haha.. puas hati makan tido bangun balik pastu nak tido balik baru sampai kampung.. haha.. cenggitu la tetiap tahun... Raya ketiga reunion.. makan kambing golek.. sedappppp... Raya keempat gi makan laksa...
Raya kelima masih lagi di Kelantan.. bawa anak-anak menziarahi KPJ Perdana Kota Bharu pulak.. huhu... semua anak saya kena muntah2.. Paling teruk Si Aman la.. lembik membik jadinya dia.. lepas masuk ubat tahan muntah kat punggung baru la dia ok sikit.. baru boleh minum susu.. kalau tidak minum je terus keluar balik... Doktor kata musim raya mesti ramai kena penyakit macam ni.. dari raya pertama lagi dah ramai patient cenggini..Patutnya nak balik dah hari tu.. tapi postpone balik Sabtu...
Sabtu..raya keenam balik KL lalu Terengganu.. kereta banyak.. keluar dari KB pun dah pkl 1 tghari.. pastu takde plak nak survey pasal LPT2.. rupanya free lagi.. kami ni lalu la jalan biasa... pkl 12 malam baru sampai Kuantan.. PapaD dah sakit pinggang.. tak larat.. dapat bilik murah kat City Times Hotel..tidur sajalah di situ.. nampak sangat dah tanda2 penuaan Papa itu.. kalau dulu boleh je tahan drive sampai pukul 2-3 pagi... hehe..
Ahad petang baru sampai rumah.. macam biasa.. mesti singgah Temerloh makan ikan patin tempoyak.. hehe..
Sampai2 rumah terus terkam penimbang.. timbang berat badan aii dulu... hahaha... Psycho sangat kan! Hahaha... nasib sangat baik.. berat tak naik... yeay... Phewwwwww! Lega.... susah wo... puasa sebulan berat turun 2kilosetengah ajer... ;)
Ok..sekian cerita kembara raya kita..
Hari ni kami dapat anak saudara baru..
Adik saya baru bersalin pukul 5 pagi tadi.. anak kedua beliau selepas 7 tahun menanti dengan penuh kesabaran..
Gerammmnyaaa tengok baby! Buat aii teringin je tau! Hahahaha... gurau je.. hahaha.. :P
Okeybai!