Kawan-kawan... Tq friends..

Tuesday, March 26, 2013

Pink rug

Pink rug ini untuk seseorang..
yang sangat sabar.. menanti...
hihihihi


Menggunakan koleksi charm pack yang makcik simpan sekian lama..
Sayang wo charm pack ni! 
Tapi sebab tak sabar nak  buat.. dan tak sabar nak cuba quilting design ni..
ku korbankan jua charm pack ku itu..hehe... ;)
Zig zag quilting design tu saya tengok kat blog Crazy Mom Quilts yang menamakannya honeycomb quilting .. Macam mana boleh jadi nama honeycomb pun saya tak pasti..
hihihi..

Saya quilt ni dengan Encik Brother NV30 saya..guna stitch nombor 6 dan adjust stitch width dan stitch length mengikut selera saya.. Kalau tak silap yang ini saya guna sama macam crazy mom quilts punya stitch size..


Backing pink.. binding striking pink..
Saya suka tengok rug ni..
boleh dijadikan hot pad atau mug rug atau apa saja..
Harap penerimanya suka!
;)

Jumpa lagi..
Take care!

Wednesday, March 20, 2013

Inilah Daisy... :)

Assalamualaikum..
Hi!


Beg comel.. Very small..
Muat untuk telekung travel saya sahaja..
bagi menggantikan beg lama ini.. yang tak berkenan mata makcik menengoknya.. hihi..


Tutorial Daisy Granny Square ni saya ambil di blog-blog ini..
Tali beg tu saya guna tutorial crochet an i-cord kat you tube.



Seronok gak crochet si Daisy ni..
Cuma pilihan warna saya macam agak kelakar la..
macam ice cream..
hahaha..
Cara cantum nak jadikan beg pun ikut suka hati saya je..
hahaha..


Kalau buat sarung bantal ni memang cantik si Daisy ni..
Arghhhh.. berangan lagi.. hahaha

Selamat mencuba!
Take care!
:)

Thursday, March 14, 2013

Daniel, Danish, Dzikry and Daisy.... ;)

Sekejapnya dah pertengahan bulan Mac 2013..
baru sekarang nak cerita tentang hal sekolah cik abang berdua ni..
almaklumlah.. macam-macam hal.. hehe..

Daniel


Daniel sudah darjah dua.. Saya baru je hantar dia ke kelas tuisyen..Memula ingat nak hantar ke kelas melukis macam anak-anak Kak Suzie..Tapi bila saya ke Global Art Batu 11 Cheras, lepas discuss dengan teacher, lepas tu Daniel pun buat brain checker, maka saya dan PapaD decide Daniel masuk kelas Mental Arithmetic.. Belajar matematik guna abacus.. Kelas setiap hari Sabtu.. Gagahlah saya menghantarnya.. bila tak berapa gagah, ajak semua sekali turut serta hantar dia dan kemudian sarapan je kat luar.. hehe..Jimat tenaga mama basuh pinggan mangkuk kan... bijak tak mama? hihihi.. Masa kelas pertama Mental Arithmetic ni, balik-balik tuisyen kena buat homework sebanyak 10 pages.. hahaha.. bersemangat dia siapkan.. lepas tu pengsan..tidur petang.. haha.. lawak betul.. sebab Daniel ni sangat payah untuk tidur siang.. Saya suka gak dia belajar ni.. sebab masa tolong dia buat homework, secara tidak langsung saya pun belajar sekali cara nak kira dengan abacus tu.. kira mama pun tuisyen jugak la.. hehehehe... :)


Danish


Danish sudah masuk Pasti D'Sutera.. Dulu Daniel pre-school kat sini dan saya suka tengok perkembangan Daniel lepas masuk Pasti ni.. Jadinya, adik Daniel pun ikut lah jejak langkah abangnya.. Kata abang dia tu idola dia.. hihihi.. Tapi.. tapi.. tapi.. menghantar Danish ke sekolah adalah satu cabaran besar untuk saya dan PapaD. Saya rasa dekat 2 bulan dia akan menangis setiap kali kitorang hantar ke depan pagar sekolah.. Saya rasa hujung bulan Februari baru dia ok.. itu pun kena pujuk juga.. terpaksa bagi dia bawa botol susu dan bekas susu sekali ke sekolah... Aduhai.. malu juga. tapi nak buat cemaner..daripada dia melalak meraung memberontak.. ikutkan je la dulu kata dia.. payah betul nak stopkan botol dia nih... Alhamdulillah sekarang dah nampak ok..dah tak menangis.. Baru la mahu buka buku bila balik sekolah.. ada kerja sekolah mualimah bagi katanya.. hehe.. Masa dia bersemangat, sampai pukul 11 malam pun dok mewarna lagi... mamanya plak la mata dah separa kuyu menunggu dia buat homework.. hehehe.. Kenapa mama yang tunggu? Sebab PapaD ditugaskan menjaga Aman.. hihihihi... :P Sekarang Danish dah boleh baca Alfatihah, Doa Iftitah, bacaan Rukuk dan Sujud, doa-doa pendek macam doa makan, doa tidur, doa sihat tubuh badan, doa untuk ibu bapa.. walaupun bacaan dia ikut suka hati dia je la kan... haha.. buat kitorang ketawa je.. tapi dia sporting.. hahaha.. bantai gelak sekali.. hahaha...


 Dzikry

Aman Dzikry pun dah semakin okey..Syukurlah Alhamdulillah..
dan semakin lasak sejak dapat kaki ni...
nasib baik ada 2 orang abang yang tolong kepung..
hihihi.. mana ntah gambar dia.. tak jumpa plak..hihihi..


Daisy

Daisy bukan nama anak perempuan saya.. hehehee.. ;P
Daisy Granny Square..
hehehe..
Sebuah lagi projek kecil-kecilan oleh MamaDaniel..
Akan update nanti...
:)

Take care!
Jumpa lagi!

Sunday, March 10, 2013

Aman manja....

kena HFMD pula....
penyakit kaki tangan dan mulut..
sejak Jumaat lepas, 1 Mac 2013..
hari ini dah beransur pulih..
tinggal parut.. yang tak tahu lama mana boleh lenyap..


makanya..saya pun bercuti la seminggu yang lalu.. cuti menjaga anak yang dikuarantin.. tapi saya tidak dikuarantin.. tolak la cuti tahun kita.. nasib baik ada carry forward baki cuti tahun lepas.. macam dah terasa-rasa je.. kata tahun ni tahun yang mencabar kan... keh keh keh.. amikkkawww!!!!

Aman memang manja sekarang..
pandai melentok-lentokkan kepala kat riba kita..
budak manja yang baru pandai jalan..
terkedek-kedek berjalan selepas dipaksa berjalan atas rumput oleh PapaD.. hihihi..

Jadi sepanjang bercuti..sambil jaga Aman, sambil la menjahit hexagon kita ni..
Buat masa Aman tidur dan masa tu mama dia tak tidur sekali..
hehehe...
Hexagon project yang sudah hampir 4 tahun umurnya...
Last sekali saya update tentang projek ni ialah kira-kira setahun yang lalu.. eh.. bukan setahun la.. dua tahun yang lalu... mak ai!!! lamanya makcik peram!!! hahahaha...

Masalah negara saya sekarang ialah fabrik yang tidak mencukupi..
dan oleh kerana projek ni dah lama, maka memang la payah nak cari fabrik yang sama...
Fabrik peach color yang mengelilingi  big diamond dan fabrik dark brown yang mengelilingi small diamond..Dua-dua sudah zero...huhuhu...
Langkah seterusnya masih belum dimuktamadkan...
Any idea?

Saturday, March 2, 2013

Crocheted Scrunchies

Assalamualaikum..

Hai..

Inilah dia projek segera saya..

 

Crocheted Scrunchies.
Guna benang Daiso - Flower Garden Blue Mix..
dan dikait dengan Clover Soft Touch 2.5mm..
favorite hook makcik buat masa sekarang..
Tulip gold hook dah ikut atok mak balik Johor..
hihihi...
 
Siap dalam masa 2 jam kot..
Suka i dengan warna biru yang sejuk mata i memandang u!
Sayang nak guna..
hihihi..
:)

Lupa nak masukkan link tutorial..
Please visit here for the tutorial/pattern.. and..
This pattern was reserved for future project..kalau rajin.. hehehe..
Selamat berhujung minggu..
Take care!
:)