Kawan-kawan... Tq friends..

Wednesday, January 30, 2013

my first diapers stacker

Diaper stacker untuk Aman Dzikry..


Projek yang dah lama berangan nak buat..
akhirnya terlaksana juga..
dalam masa 2 hari..
hahaha..
lama tak?
hahaha...

Saya guna tutorial ini dari blog patch of life..
Agak senang nak faham..
Saya ada gak simpan tutorial lain, yang jenis boleh masuk penyangkut baju tu..
teringin nak jahit.. bila ada kerajinan, akan ku cuba.. hehehe..


Fabrik diaper stacker yang biru, gambar lebah-lebah berterbangan ni beli dari kawan saya yang borong kain kat Siam dulu.. Yang embellishment warna kelabu hitam tu hadiah dari kawan saya itu juga.. Memula letak reben sebagai hiasan di situ, tapi tak cantik.. jadi saya tutup la dengan fabrik kelabu tu.. nasib baik kena (pada pandangan mata ku...hehehehe)
Diaper stacker top tu saya letak batting dan quilt la sikit.. memula ingat nak FMQ stippling style.. nak practice la konon.. tapi fikir-fikir.. takut jahanam je kang, baik practice kat tempat lain.. hehehe..

Projek ni siap sebelum Aman masuk wad haritu..
Alhamdulillah.. Aman dah sihat, rashes pun dah hilang.. Ubat antibiotik pun dah habis makan..
Awal bulan Februari kena gi follow up kat hospital..
Doakan Aman ek..
:)

Take care!

Friday, January 25, 2013

a giant on a tiny wheel


Luckily it's quite a pretty cute giant!! hahaha... perasan!!!

Assalam semua..
 Saya mulakan 2013 dengan projek yang agak mencabar..
Quilting a single sized quilt with my NV30..
The quilt top was finished long ago..
Projek ni nak masuk 2 tahun dah..
malu makcik dengan tuan punya quilt yang sungguh sabar itu..
InsyaAllah.. sedang berusaha menyiapkannya..
hehe..

Berpeluh-peluh makcik nak quilt ni!
Dah lah basting pun ala-ala buat syarat aje.. 
memang menyesal tak baste betul-betul..
Lepas ni, tak kira quilt tu besar ke kecil ke, mesti baste betul-betul..
Mesti!!!

Tak boleh tayang lagi muka depannya..
Bila dah siap nanti.. bila dah sampai pada tuannya.. baru kita tayang ek..
:)

Memulakan tahun 2013 dengan sesuatu yang mencabar..
menggambarkan tahun 2013 bakal menjadi tahun yang mencabar..
untuk saya dan keluarga..
Doakan kami!
Take care!

Wednesday, January 16, 2013

SELAMAT HARI LAHIR AMAN DZIKRY.....

Aman sudah 1 tahun....

sambut birthday di Wad Kanak-kanak Hospital Serdang...

doakan Aman Dzikry cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala... Amin....


Update @ 21 January 2013

Alhamdulillah.. Aman dah selamat keluar dari wad Jumaat (18 Januari 2013) lepas..
Doktor conclude Aman diserang Scarlet Fever. Rawatan dengan antibiotik Penisilin selama 10 hari..
Doktor kata Aman kena habiskan ubat ni selama 10 hari bagi mengelakkan kuman tu merebak dan membesar. Kalau kita tak ikut, kuman tu akan lebih merbahaya dan boleh menyerang buah pinggang. Bakteria tu nama dia Streptococcus. Punca penyakit pun susah nak cakap.. mungkin udara, persekitaran dan sebagainya.

Memula doktor syak Kawasaki Disease. Tapi bila Aman response baik kepada antibiotik, demam pun turun, rashes kurang, jadi doktor conclude Aman terselamat dari Kawasaki. Treatment Kawasaki lagi teruk.. 10 jam kena masukkan ubat.. dan kalau tidak dirawat segera penyakit ni boleh attack jantung...

Simptom Kawasaki dan Scarlet ni macam lebih kurang.. Cuma kalau Kawasaki, demam adalah 5 hari dan lebih. Simptom lain adalah seperti rashes dari kaki tangan naik ke tengah badan, mata merah, bibir merah, lidah merah dan tiada selera makan.


Aman dan Mama di Wad 5B...

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada para doktor yang merawat Aman.. Doktor Johan Arif and team dan para jururawat yang baik-baik belaka.. Masa duduk wad asyik kena interview je dengan doktor pelatih, bakal doktor dan bakal medical assistants.. Kalau jawapan makcik lain-lain, jangan marah ek.. ramai sangat yang bertanya, makcik tak ingat... hihihihi..

Terima kasih juga kepada mak abah yang datang menolong menjaga anak-anak saya yang di rumah, adik beradik saya terutamanya kakak saya.. kawan-kawan dan saudara mara yang mendoakan Aman.. terima kasih semua.. hanya Allah mampu membalasnya...

Doakan Aman terus sembuh ek..
Amin...