Kawan-kawan... Tq friends..

Tuesday, October 30, 2012

Oren, hitam dan putih


 Mari kitar semula!
dari 3 helai baju t-shirt menjadi 3 buku benang
t-shirt yarn

Angan-angannya nak kumpul t-shirt yarn ni banyak-banyak
pastu nak crochet
nak buat alas kaki..
tapi..
tak jadi..
hehehe..

sudahnya..
jadi alas periuk..

untuk emak dan abah
alas periuk kat kampung
hehehe..
cepat siap alas periuk ni..
benang besar kan..
6 rounds je rasanya tu.. dah siap..

:D

---
Ini pula crochet emak saya..
Angan-angannya dulu nak buat table runner meja makan..
hahaha..
sudahnya siap sebagai runner side table..
jadik lah mak.. daripada tak siap..
 Warna memang cemerlang..
Mak kata dah boring dengan pattern ni..
jadi cepat-cepat siapkan si oren ni dan mula projek crochet yang baru..
hehehe.. macam biasa.. kitorang perangai serupa.. hehehe..

oklah.. pasni projek crochet dengan cik clover plak..hehehe..
Jumpa lagi!
Take care!

Friday, October 19, 2012

Sebuah kisah ditinggalkan..

Kisah ditinggalkan selama 10 hari.. 
Pertama kali dia buat passport..
Pertama kali dia ke luar negeri..
Terus dapat terbang jauh ke kota London
Rezeki dia..
Bertugas sempena Malaysia Week di sana..

dan
kerana ke sana
saya paksa relakan dia
melawat kedai ini..

hehe..
kesian dia..
tapi nasib baik
kedai ni sangat dekat dengan tempat event..
:D

Apa yang dia beli?

 3 buku benang dan 4 batang hooks..
hehe..
Ini je yang mampu..
kalau gaji dalam pound sterling, mungkin boleh borong lebih kat sana..
hahaha..
masa beli ni pun, dia call dari sana..
dan tanya satu-satu..
takut tersalah beli..
hehehe..

Suka betul dengan Clover Soft Touch Hook ni!

Cekau 4 batang hooks dengan saiz berbeza.. Satu batang 4 pound.. kira ok la tu.. hehehe..
Ini pun survey website dia baru tau harga.. Hook lain lagi mahal wo..!
:D

 hehe..
ini lah dia..
orang yang tinggalkan kami..

Gambar PapaD kat kedai tu..
sebagai bukti dia memang ke sana..
Dia paksa salesgirl tu amikkan gambar dia!
haish!

hahaha..

Apa pun, terima kasih Papa..
Terima kasih bersusah payah membeli benang dan jarum kait tu..
Mama suka sangat-sangat!
Lain kali bawa Mama dan hero3 kita ke sana ek..
:P
hahaha
berangan!!

oklah!
Take care!
Jumpa lagi!

Tuesday, October 16, 2012

Amar Danish is now 4

Dear Amar Danish....
sayang mama dan papa... 
sayang abang dan adik...
Selamat hari lahir yang ke 4 tahun...
semoga membesar dengan sihat sejahtera..
semoga dipelihara Allah dari segala macam jenis penyakit..
semoga menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat..
pendek kata..
semua doa yang baik-baik untuk Amar Danish..
amin....




and i'm so happy so share this great news!
kitorang dapat anak saudara baru..
baby boy, anak abang saya..
yang lahir jam 9.20 pagi tadi..
sama birthday dengan Amar Danish!
tak sangka!
tahun depan boleh potong kek sesama ek..
:D

muka sebijik bapak dia!

Jumpa lagi!
Take care!

Tuesday, October 9, 2012

Pasu biru idaman hatiku...

Jambangan bunga pastel
dalam pasu biru
memang telah lama
menjadi idaman hatiku..

Sebenar-benarnya.. saya nak pastel color semata-mata dalam jambangan ini.. tapi tukang gubah bunga iaitu kakak saya yang tersayang itu agak memiliki kuasa veto di sini dan juga semasa memilih bunga di kedai bunga itu.. jadinya saya redha je la dengan tambahan warna ungu di antara warna putih dan light pink itu.. itu pun saya dah cantas dah sekuntum bunga purple yang besar itu... huhuhu.. apa pun jambangan ini tetap cantik pada pandangan mata makcik... balik-balik rumah tersenyum je tengok bunga ni depan pintu masuk... hihihi..

Pasu ini asalnya warna putih.. dan telah dispraypaintkan dengan jayanya oleh anak saudara saya.. hehe..

Spray paint jenama Bosny.. warna River Blue.. RM5.50 jer... Kejap je rupanya kerja menyembur cat ni.. Selama-lama ni makcik ingat payah bebenor... hihihi... Pasu ni bukan tembikar yer puan-puan.. Pasu ini diperbuat daripada kertas.. Jadi dia sangat alergik dengan air.. Kalau kena air nanti dia kembang... huhuhu..


Ini pula jambangan orkid ungu untuk emak tersayang..
Bunga adalah pilihan emak dan kakak saya juga yang menggubahnya..
Inspirasi dicilok daripada jambangan bunga yang dia tengok kat klinik mana ntah..
hahaha..

Jambangan orkid kedua untuk emak juga.. abah kata yang ni letak dalam bilik tidur mak abah... awwwww!
Hahahaha... Jambangan ini adalah pilihan dan idea kakak den semata-mata.. cantik ke? tak berani nak komen... wakakaka... cantik la.. siap ada batu palsu salut lumut palsu lagi... pasu dia sama macam pasu biru saya cuma memang dah jual warna gini... ok.. siapa suka boleh tempah.. saya boleh jadi marketing manager.. sebab kakak saya tu tak berapa rajin amik tempahan.. dia kalau ada masa je dia rajin tidur.. wakakakaka...



Ini pula adalah aktiviti Si Kenit yang terkini.. Aktiviti memanjat tangga.. owh... apalah agaknya pertalian/correlation antara budak kecik dengan tangga ek.. sungguh la mamaD tak paham.. macam mana kita bagi mainan.. macam mana kita dok depan muka dia pun.. tangga tu juga yang ditujunya.. sekarang ni PapaD outstation 10 hari.. nasib baik lah tok mak dan tok abah sudi datang menemankan kami.. jadinya sekarang ni syok la Si Kenit.. Tok Abah rajin layan dia panjat tangga.. Oopps.. Tok Abah agak seksi di situ.. hhihihi.. Si Kenit dah nak masuk 9 bulan dan setakat ini telah berjaya memanjat tangga ini sampai atas... Tapi risau jugak.. huhuhu.. Nampaknya memang kena buat usul untuk beli pagar kat Manjaku kepada PapaD nanti... hihihi...Oklah.. itu saja cerita makcik.. Jumpa lagi..

:)

Take care!