Kawan-kawan... Tq friends..

Monday, September 19, 2011

Bantal coklat

Sarung bantal coklat plain
dengan embroidery stitches

Corak Gucci atau ubat nyamuk..
mengikut kadar tarikan kain.. hehehehe
kemudian

sarung bantal coklat plain
with ruffled!
payah nak buat..
sebab tidak memiliki mesin jahit tepi..
kena jahit zig zag dua kali..

Sudahnya..
Sarung bantal yang ketiga kita buat simple jer la..
jahit je keliling.. sudah settle!
hehe..

Projek untuk warm up NV30 kita..
Sempena aidilfitri juga..



Bagi menggantikan 2 sarung bantal patchwork
yang saya jahit tahun lepas..

Sudah bebak (pecah) jahitannya...


Sesungguhnya kain langsir memang
tidak sesuai langsung untuk projek patchwork.
Lesson learnt!
Hehehe..

Wednesday, September 14, 2011

A ball of T-shirt yarn

in baby blue color..

Sebuah projek kitar semula..
semasa mendapat cuti rehat kerana tidak sihat minggu lepas..
;)

T shirt yarn itu berasal daripada baju tidur ini..

Baju yang dirasakan tidak begitu sesuai lagi dipakai pada ketika ini memandangkan anak bujang yang sudah agak besar..
macam segan la pulak nak pakai.. hehehe...

Cara meracik kain ini saya ikut tutorial daripada Polka Dot Pineapple.
Thank you so much for the tutorial!
Saya memang suka projek recycle nih!

dan

inilah hasilnya...

Alas periuk biru muda!

Scallop kat tepi tu terpaksa berbelang sikit sebab blue yarn ni tak cukup.. Warna putih itu pula adalah hasil racikan baju lama-lama anak saya! heeeheeee..

Crochet dengan menggunakan giant hook ini..
Tak silap size 8.. beli kat Haby & Wool, Ampang..

:)



Dapat alas periuk baru...
ngeeee..
:D

Happy recycling!

Monday, September 12, 2011

Hello from Ah Bear!

Hello!!!
comel tak saya?
\(*.*)/


Panel Fabric -Bear Hugs by Marcus Fabrics in Pink color..
Sesuai untuk baby girl...

Niat di hati nak jahit quilt untuk seorang sahabat,
yang baru dapat baby girl..
tapi saya sedang berfikir..mencari ilham..
Masih berfikir..
dan belum berjahit-jahit pun lagi.. muahaha..
mak baby pun dah nak habis pantang dah nih..
hehe.. mungkin quilt tersebut takde pun si Ah Bear ini..
heheheheeeee

Doakan saya segera mendapat ilham..
Amin..
:)

Friday, September 9, 2011

Salam Aidilfitri...

pada 11 Syawal 1432H

masih belum terlambat kan?
:D

Selamat Hari Raya Aidilifitri
Maaf Zahir dan Batin
daripada kami sekeluarga
:)


Tahun ni kami beraya di Johor dulu.. Sepatutnya giliran Kelantan.. tetapi di saat-saat akhir, PapaDaniel telah mengubah perancangan.. hehehe.. terima kasih yer Papa.. terima kasih kerana mengalah dengan muncung ku yang telah ku panjangkan secara tidak sengaja itu.. muahahahaa... ampun...!

Nasib baik beraya di Johor dulu tau.. dah bertahun kami 6 beradik tak dapat beraya bersama.. tahun ni dapat berkumpul semua.. memang meriah! Hari Raya Kedua, jam 5.30 pagi, kami dah selamat tiba di Pasir Mas, Kelantan.. Beraya dengan nasi dagang la pulak... ;)


Puas beraya di Kelantan, kami ke Cameron Highlands..
beraya dengan strawberry pulak.. sempena hari lahir Amir Daniel yang ke-6..




ambik gambar je bunga-bunga ni..
beli nyer tidak..
hehehe..


Selepas beraya dan cuti-cuti Malaysia, maka pulanglah kami ke rumah..

Home sweet home..

Walaupun sampai-sampai je, rumah saya banjir! Paip rumah sebelah pecah kat tingkat atas dan kemudian air memercik masuk ke dalam rumah saya.. huhu.. Bilik saya penuh dengan air.. nasib baik barang-barang tak rosak teruk.. gambar dalam frame kat dinding pun sempat diselamatkan. Cuma kaki almari baju jadi kembang. Yang lain-lain okey.. Syukurla.. Patutlah hati memang meronta-ronta nak balik cepat.. Jiran sebelah kanan memang dah call bagitau.. Dia nampak air keluar, ingatkan tangki rumah kitorang yang overflow, tapi paip utama dah tutup sebelum bertolak balik kampung.. Rupa-rupanya paip jiran sebelah kiri da.. Kesian jiran saya tu, rumah dia sure lagi parah banjirnya.. Moral of the story ialah jangan lupa bertukar-tukar nombor telefon dengan jiran tetangga ek! ;)

Selamat menziarah saudara mara dan sahabat handai di bulan yang mulia ini! Watch what you eat! :)

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Lahir Amir Daniel!

Sayang mama sudah 6 tahun...

Tahun ni macam-macam yang Niel explore..

Masuk Sukan Pasti, walaupun 1 acara sahaja.. hehehe
---

Masuk pertandingan azan, sebagai peserta last minute..
Dapatla hadiah saguhati..
---

Pergi Perpustakaan Kanak-kanak, Perpustakaan Negara untuk pertama kali.
Banyak sangat buku.. Budak-budak pun ramai.. Sungguh tak sangka.. :)

dan

Daniel's first soccer game..
Sepak bola masuk gawang sendiri..
Hahahahaha!


Happy 6th birthday dear..
Mama, Papa & Dedeq love you so much!

pssstt.. saya tak sangka anak saya dah besar..sebab.. terasa diri muda lagi.. muahaahha..